Tuesday, January 19, 2010

KEJAHATAN DALAM DUNIA MULTILEVEL MARKETING


ELAK MLM BERUNSUR SYUBHAH
CORAK perniagaan biasa memerlukan perkhidmatan wholeseller (jual secara pukal)bagi membekalkan barangan kepada retailer atau peruncit yang kemudian akan terus menjual produk tersebut kepada para pelanggan.

    Dibawah ini jenis perniagaan MLM (MultiLevel Marketing) pula sudah tumbuh bagaikan cendawan,
berbagai jenis produk dicipta untuk mencapai target jutawan oleh sesebuah syarikat pengeluar melantik ejen pengedar untuk menjual barang atau produk tersebut terus kpd pelanggan.Pelanggan menikmati harga kilang apabila membeli produk  tersebut.

    Namun, Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Gombak,Wan Rumaizi Wan Husin berkata,ejen pengedar tidak akan mampu untuk memasarkannya seorang diri. "Melainkan dia terpaksa melantik ‘kaki'di bawahnya atau lebih dikenali sebagai downline bagi membantunya memasarkan produk," serta dapat menjimatkan kos promosi sesuatu produk, katanya.Peringkat pertama atau level pertama yang dilantik itu akan diberi ganjaran tambahan jika dapat menjual produk tersebut kepada para pelanggan.Ganjaran di sini sama ada yang berbentuk mata markah atau ganjaran point yang dikumpulkan,hadiah-hadiah (kenderaan,rumah,pakej pelancongan dan sebagainya), wang ringgit atau produk jualan secara percuma ataupun bonus insentif". katanya.
   
    Peringkat pertama yang dilantik perlu membuat pembayaran pendaftaran atau terpaksa membeli set produk permulaan.Lazimnya mereka akan berusaha untuk menjual produk tersebut.Mereka cuba merebut ganjaran-ganjaran yang ditawarkan sehinggalah disatu peringkat mereka sendiri akan melantik downline seterusnya untuk membantu membuka pasaran dengan lebih luas. Lebih banyak produk yang dijual akan memberi banyak keuntungan kepada semua yang terlibat,katanya,
   
    Perniagaan seperti ini,kata Wan Rumaizi,berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung (AJL) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai badan yang memantau pergerakan atau operasi syarikat-syarikat yang berteraskan MLM."Jika dibuka laman web kementerian itu, kita akan dapati senarai syarikat MLM yang mematuhi semua peraturan jualan langsung.Maklumat itu saja sudah boleh membantu orang ramai menentukan yang mana satu syarikat MLM yang dibenarkan sebelum mereka menyertainya. MLM akan disenarai hitam apabila pihak kementerian mendapati mereka beroperasi secara skim piramid atau binari," katanya.
    
    Wan Rumaizi berkata,pernahkah para peserta MLM bertanya adakah perniagaan MLM mematuhi kehendak syarak?Lebih-lebih lagi pihak syarikat itu sendiri? Jika syarikat itu benar-benar mematuhi peraturan jualan langsung atau mengikut kaedah MLM yang sebenar, Islam menerima bentuk perniagaan seperti itu dan mengkategorikannya sebagai harus."Tetapi yang lebih dikhuatiri apabila di atas kertas syarikat itu merupakan syarikat jualan langsung MLM tetapi secara operasi mereka menggunakan teknik Skim Piramid.Jika berlaku keadaan seperti ini tidak sesiapa yang mengetahui hatta pihak kementerian sendiri," katanya. Isunya timbul apabila seorang ejen pengedar tidak lagi ‘berniaga' kecuali membekalkan produk dan hanya mengutip ganjaran.
  
    "Downline dikerah untuk mencari, menaja atau menambahkan downline yang sedia ada tanpa perlu membuat tumpuan terhadap jualan produk itu sendiri," katanya.Wan Rumaizi mendapati ketika perniagaan jualan langsung diperkenalkan pada akhir tahun 1990-an, kebanyakan syarikat pada masa itu benar-benar mematuhi peraturan. "Malah mereka begitu menekankan mutu atau kualiti produk supaya ia menjadi produk yang berprestij dan tidak didapati dalam pasaran biasa," katanya. Tetapi sejak kebelakangan ini beliau mendapati produk barangan itu hanya sebagai syarat untuk mendapatkan AJL.

     "Yang lebih menjadi tumpuan adalah usaha menambahkan downline hingga kepada jumlah yang tidak dihad, dikawal atau infiniti," katanya.Ini yang menyebabkan ada ‘kepala' yang melarikan diri apabila sebegitu banyak deposit dapat dikaut," katanya. Ia membawa kepada fenomena sejenis lagi bentuk perniagaan yang diuar-uarkan sebagai hibrid daripada perniagaan MLM dan e-dagang.Ada yang menggunakan istilah e-wallet.

    Menurut Wan Rumaizi, perniagaan seperti itu tidak lebih satu penjenamaan semula daripada beberapa aktiviti perniagaan yang sama sebelum ini."Dahulu kita ada Skim Cepat Kaya, Labu Peram, Pak Man Telo dan sebagainya. Skim itu tidak ada bezanya dengan skim yang ada sekarang."Semuanya berselindung di sebalik menggunakan Sistem Piramid yang diisytiharkan ‘haram' oleh pihak Kementerian," katanya. Apakah kesan sistem downline? "Istilahnya sama seperti kita dikehendaki membeli seekor burung tetapi burung itu masih lagi terbang di udara. Atau membeli ikan,tapi ikan itu masih belum ditangkap,masih di laut atau dikolam ternakan.

    Saya dapati tiada apa yang diniagakan oleh pengusaha-pengusaha ini,"tegasnya.Wan Rumaizi membuat kesimpulan bahawa perniagaan itu tanpa disedari mempunyai unsur atau elemen gharar (penipuan) di dalamnya."Jadi bagaimana Islam dapat membenarkan perniagaan seperti itu dilakukan?" katanya.
        Wan Rumaizi berkata, MLM yang mirip kepada Skim Piramid wajar mendapat perhatian pihak berkuasa agama."Kita memerlukan satu pendirian yang segera dan tegas daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menentukan status sebenar perniagaan MLM," katanya.Ramai umat Islam turut terpengaruh dan terlibat dalam perniagaan itu apabila mereka diberitahu si polan-si polan tokoh agama turut terlibat dalam perniagaan tersebut."Adakah ini sudah cukup untuk memberi justifikasi kepada umat Islam melibatkan diri mereka dalam bisnes yang meragukan itu," katanya.Wan Rumaizi percaya MLM versi Skim Piramid itu bukan satu persoalan yang rumit atau furu’ dalam perundangan Islam."Ini hanyalah satu persoalan yang begitu asas.

    Iaitu apabila tidak ada sebarang produk @ perkhidmatan spesifik yg ditawarkan,Islam tidak dapat mengenal pasti ia merupakan satu bentuk perniagaan yang dibenarkan. Berusaha untuk mencari tajaan atau downline bukan satu kegiatan ekonomi yang sihat,"katanya.Beliau berharap pengusaha atau syarikat MLM tidak mengambil kesempatan dengan cara yang tidak sihat untuk menarik masyarakat menambah pendapatan mereka."Secara keseluruhan MLM boleh diharuskan dalam Islam jika mereka tidak menyalah guna prinsip al-Jua'lah (reward system). "Tetapi jika perniagaan itu bukan satu pergerakan produk dari peringkat ia dikeluarkan di kilang yang akhirnya sampai kepada pengguna, maka tentunya ia boleh dihukumkan haram,"ujar Wan Rumaizi.

    Daripada semua kenyataan di atas,Afzam5607 ingin mengupas disebalik tajuk yang dibincangkan seperti mana apa yang saya perhatikan zaman sekarang,zaman 2010 kini sudah mula timbul satu pergolakan corak permainan di dalam MLM yang menjurus kepada membina network iaitu timbul perasaan jahat sesetengah pihak yang memperbodoh-bodohkan downline serta,mengutip wang-wang daripada downline serta dibawa lari entah kemana.Dari sudut lain pula,berlaku pergaduhan berbalas mulut dengan memaki hamun,serta mengheret downline orang lain ke dalam kumpulannya, Kejahatan itu pula semakin menyerlah,apabila prestasi kerjanya menurun disebabkan orang lain lebih bijak memecahkan empayar tempatnya dengan membawa suatu perubahan kemesraan di dalam dunia MLM.
     Pada musim tahun baru ini pula, wujud pula satu Sistem bisnes e-kutu online,bersama-sama mengajak orang ramai untuk menyertainya dan menyebabkan perniagaan  orang lain terjejas....lalu timbul pula fitnah memfitnah,memaki hamun,mengadu domba,memperlekehkan orang lain dan bermacam-macam lagi.Jadi oleh itu,bagaimana orang-orang islam melayu pada hari ini dapat bangkit dengan semangat baru untuk mengubah segala kecacatan diri dan tidak ada usaha untuk memperbaiki sikap TAMAK,HASAD DENGKI,RIAK, EGO,TERGILA-GILAKAN PANGKAT,GILAKAN PANGKAT 001 DALAM DUNIA MLM, GILA KEPADA DUNIA,GILA KEPADA HARTA,GILAKAN KEKAYAAN TANPA PEGANGAN ASAS AGAMA.
       Sekarang ini,saya melihat berapa ramai orang yang sudah mengecapi keuntungan disebalik perniagaan masing-masing,tapi timbul pula sifat kedekut,sifat ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya kemudian tanpa disedari sifat peribadi yang baik semakin hilang,hidupnya sudah pandai berkira-kira dan hilang pertimbangan diri, terlalu memikirkan keuntungan yang berlipat kali ganda, sehinggakan rumahtangga yang dibina mulai hancur,timbul tidak persefahaman diantara keluarganya.

    Memang betul apa yang berlaku pada zaman nabi,penerapan nilai-nilai murni yang dianjurkan rasulullah dulu amat penting untuk mewujudkan keseimbangan diantara kesibukan dengan hal dunia dan akhirat dititikberatkan. Akhirnya manusia kembali lalai dan alpa,sebagai contohnya,sewaktu susahnya dulu dia banyak mengeluh dengan ujian hidup,setelah ia berusaha dan bersemngat lalu mencapai kejayaan,maka dia terjerumus kepada kelekaan dan kehidupannya dipenuhi dengan hiburan,lawak jenaka dan berseronok,
Hidupnya penuh dengan menabur janji-janji palsu kepada orang ramai dan sehinggakan orang ramai menaruh harapan terhadap dirinya,tujuannya berbuat demikian adalah ingin mendapatkan sanjungan dan pujian. Kenapa dia merasakan dengan membanggakan diri dihadapan orang lain dianggap suatu kepuasan? Sedangkan di dalam agama mengatakan orang yang bersikap begitu,tidak ada nilai disisi tuhan.

       Ketika dia berada dalam zon selesa sebegitu, Tuhan tetap akan mengujinya pula dengan hal yang lain pula samada melalui kegagalan, kejatuhan, rebah tersungkur sehinggakan tidak dapat berbuat apa-apa.
Disaat itu,jiwanya akan mula mencari arah tuju hidup bahawa dia hanya memerlukan TUHAN untuk menolongnya dan ingin bersamaNYA, jerit tangis dihadapan tuhan agar memberi kehidupan baru kepadanya. kemudian dia menemui suatu aura kekuatan untuk bangkit semua mencipta semula kejayaan, setelah tuhan memberi peluang kepadanya untuk berusaha semula dan maju melangkah demi langkah, ia sudah berada diambang kejayaan.Jadi oleh itu, dia sudah mula hilang pertimbangan diri semula.Tercipta sikap mengabaikan ibadat solat,berselawat,berzikir,berjaga malam,

        Dia tidak sedar sewaktu dia dalam kesukaran hidup sebelum ini,apa yang telah dia lakukan dan apa yang telah dia berjanji dengan tuhan,"bahawa aku ini ingat kepada tuhan semata-mata".tidak ada apa-apa lagi yang aku perlukan hanya ingin mendekatkan diri kepadaNYa".Tuhan maha bijaksana dan maha mendengar, dia sengaja memperlakukan begitu dan ingin melihat sejauhmana janji yang dikotakan itu.Diri dia sudah lupa sewaktu dia dalam kesusahan, hidupnya sewaktu dalam kesusahan sebelum ini dipenuhi dengan ibadat-ibadat solat,berzikir bagaikan nak pecah buah tasbih,tidak mempedulikan hal orang lain. Tapi kini apa sudah jadi dengannya,tidak ada orang yang dapat memberi nasihat kepadanya. hilang kekuatan iman dalam dirinya telah membuat jiwa dan hatinya semakin keras,ibarat kata dia bersifat FIRAUN DAN QARUN.

       Alahai manusia sekelian.......semakin banyak penerapan agama disiarkan dalam media cetak dan media elektronik,semakin banyak pula kejahatan manusia lakukan,bukan setakat jahat kepada orang lain,Ia turut melakukan kejahatan utk dirinya sendiri.....Sehinggakan semua perkara yang dilakukan oleh orang lain,dia tidak menghormati, dia tidak menghargai, tidak menaruh perasaan kasih sayang dan belas ehsan,dia tidak berpuas hati,semuanya dianggap salah. Manakala setiap perbuatannya wajib disanjung,wajib dipuji,wajib di UP UP selalu,selalu kena hormat,selalu kena mengikut arahannya. Akhirnya....org sekeliling yg menerima tahik dari dia....apa jenis manusia mcm ini.

    Pokok pangkalnya,ASAS DALAM DIRI orang begini satu sahaja.NILAI MURNI SIFAT KASIH SAYANG TIDAK WUJUD SAMA SEKALI.Jadi setiap apa yang berlaku tidak ada nilai disisinya. Kesimpulannya dia akan menemui suatu kehidupan lain yang akan menempuh berbagai kecelaruan yang tidak berpenghujung selagi dia tidak sedar dan menanam azam baru untuk mengubah. BAHAYA BETUL KUASA WANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA........Sekian terima kasih.

MOHON MAAFLA YER

Astaqfirullah.......Dari sehari demi sehari,diriku tidak menyedari tentang blog ku ini sedikit sebanyak telah mendapat sambutan daripada mereka.....setelah aku mencuba explorer ruang blog ku sendiri...rupa-rupanya ada ruangan bersoal jawab dan komen berkomen...alahaiiiiiiiiiiiiii,dunia dah maju sangat,zaman pun semakin berubah, kedudukan cuaca dunia pun sudah berpusing-pusing.......

tanpa di duga-duga, ada member-member kita memberi sokongan padu dalam blog kita.Kita pula mencipta blog dengan cara tersendiri sekadar ingin berhibur dan berseronok sahaja dan sambil-sambil belajar menguasainya tetapi secara tak langsung dapat memberikan suatu erti kepada orang lain....akhirnya aku terpaksa bersikap serius laaa dalam hal ini memandangkan suatu ilham ilmu berupa pengalaman hidup aku ini memberi sumber inspirasi kepada orang lain........

buat masa ini,aku mintak maaf laaa di atas kelewatan dan terlepas pandang kepada ruangan komen ker atau apa2 lg ntah laa....masih jauh lagi utk aku menguasai dunia blog ku ini...harap2 kalian pun dapat memberi tunjuk ajar......sesungguhnya terciptanya blog ku ini adalah semata2 cadangan daripada seorang sahabatku yg mengatakan segala-galanya kita boleh luahkan dalam blog kita....member aku ini selalu berhubung dengan ku, dia dikenali sebagai highlander dan ateef....blog dia pun tertera diruangan list kat tepi sebelah kanan tu....jenguk2 laaa jgk blog dia...kalau sesiapa nk buat kuih tu..blh laaa belajar kat sana..kalau masuk melawat blog aku ni,citer2 pelik dan idea2 spontan jer aku cincai2.....

oklah....kepada si zakir kita,aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana selalu mengikuti perkembangan blog ku....dan aku pun tk berapa pandai lagi nk buat dan nak jawab dari persoalan dia..macamana respon aku terjawab erk.....ada yang belum terjawab tu....bagitau dalam ruangan shoutmix laa..senang skit aku nk follow...ok terima kasih banyak2...

Monday, January 18, 2010

SINARAN MENTARI





Sinaran mentari akan memberi peluang di dalam kehidupan kita setiap masa...usah dirisaukan...usah dibimbangkan...situasi yg berlaku sebagaimana apa yg telah berlaku kepada seorang saudara kita yang sudah berada dilevel yg tinggi...agak tidak sesuai utk dibincangkan panjang lebar...kerana ILMU RASA itu akan menjadi bahan fitnah kepada level orang awam....dan berbagai-bagai cadangan yang dikemukakan....akhirnya entah kemana....

jadi di sini,saya terpanggil oleh seorang sahabat blog saya....dia minta saya memberikan suatu jawapan yang dia ingin ketahuai....sahabat saya cuma terjemahkan dlm blognya....jadi tiada siapa dapat memberikan jawapan yang tepat....semuanya duk main kat ruang lingkup luaran sahaja.....perkaranya agak serius gak...hanya dia dan saya sahaja dapat merasai magnet disebalik apa yg berlaku....sambil-sambil tu,saudara saudari bolehlah melawat blognya....http://landskap-rohani.blogspot.com/

si zakir mintak tlg jgk ngan saya.....saya pun terlalu sibuk sangat dalam sehari dua ni...dan sempat jenguk2 kejap jer.....sebelum itu saya mintak maaf banyak2 laa kepada saudara sizakir....untuk tontonan umum...saya ada jawab jgk dalam blognya...tpi saya tak pasti laa..samada ada sampai ke tidak ruangan komen yang saya layangkan itu...jadi sekali lagi saya utarakan dilaman blog saya..kot2 dalam blognya tak sampai.....


salam saudara zakir....kehadapan saudara saudari islam seagama...terdahulu saya memohon kemaafan di atas tersalah kata dalam coretan komen...jadi di sini saya mencelah dari sumber2 ilmu yg saya dapati dari kengkawan kita semua..bahawa tahap pemikiran dan idea spontan yang dialami oleh sizakir kita agak luar biasa dan diluar kotak pemikiran manusia biasa...

jadi oleh itu,sebelum saya perlu lebih jauh..secara fitrah semulajadi manusia sememangnya kaya dengan sumber komen dan tafsir mengikut pengetahuan masing2 serta level kefahaman suatu ilmu..maka:satu contoh saya suka bawakan di sini ialah...sewaktu kita kecil,keluar aje dari perut ibu,maka disitulah terciptanya komen dr2 org2 yg bersama dgn ibubapa kita saudara kita melihat rupa paras kita...ala baby ni hitamnya dia.....ehh ehh baby ni hidungnya mancung laa...tk macam abah dia.....isk isk isk... kenapalah baby ni kulitnya jadi macam ni...

oleh itu marilah kita renung2kan bahawa dr kecil lagi,kita sudah diajar menjadi seorg pemberi komen....

jadi kalau nk berkomen2 ni,sampai kiamat pun tk abis2....lain yg diceritakan lain pula tajuk isu diperbesarkan....heheh

ohya!!situasi si zakir ni adalah agak luarbiasa
...otak,hati,jiwa,perasaan,roh agak berat utk menanggung kuasa pengetahuan ttg keagungan allah. oleh itu allah akan berikan kepada sesiapa tk kira brp usianya,brp byk ujian yg ditempuhi,brp byk amalan yg dilakukan,brp byk kejahatan yg dilakukan...sampai bila2 pun,kalau seseorg itu tenggelam dlm sifat lemah,hina,jahil serta miskin..selama itu tuhan akan celupkan dlm dirinya suatu ilmu mengenal allah...maka akan ditanggungnya tktau nk cakap..hanya empunya badan yg dpt merasai...

kesan ini berlaku disbbkan suatu kuasa amalan zikir yg diamalkan oleh si zakir kita ni....dan amalan2 wirid yg diambil dr sifunya atau dr sesaper laa...

jadi,kuasa frekuensi serta gelombang magnetik kesan dr zikir memenuhi ruang dlm badannya diantara roh n hati....pastu bila tiba suatu masa,pemikirannya akan jadi buntu....adakalahnya jiwanya tktau apa sebenar dirinya,kemana akan pergi...last2 sekali setelah gagal menemui jawapannya jgk...bagaikan suatu aura nk pecahkan kepalanya....inilah yg akan terjadi kpd seseorg itu,apabila rajin mencari mengkaji mengorek dan mengamalkan zikir khusus......akhirnya ia akan menangis tanpa diundang...setlh airmatanya kering,terciptalah suatu aura baru yg mengemaskini kan sofware dalamannya....

Monday, January 11, 2010

MENCARI ERTI DIRI

Assalamualaikum.saya telah diminta oleh beberapa kenalan internet untuk menceritakan kisah hidup,namun saya belum bersedia untuk mempersembahkan cerita saya.Buat setakat ini saya ingin menulis sedikit sebanyak kreativiti pemikirn saya dalam ruangan blog ini untuk tontonan umum.Sebelum dapat meneruskn cerita-cerita pengembaraan saya dalam hal-hal yang lain....ingin Saya ceritakan serba sedikit perjalanan hidup,saya dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang sangat mementingkn pencapaian akademik serta didikan agama.Secara semulajadi pula,Saya amat berminat membaca dan menimba pelbagai jenis ilmu,tidak kira dalam bidang apa jua...Suka ‘menelan’ bermcm2 buku& ensaiklopaedia,
menelaah berbagai subjek,dari ilmu agama,sains,falsafh, sejarah dan budaya masyarakat sampailah kecerita lawak.Tapi lebih penting lagi,saya ingin mengenali:

-Siapakah yg mencipta dan menjadikan semua ini?
-Siapakah yg menyatakan disebalik semua ilmu yang dicari itu benar?

Ini tdk menjdi masalah jika setakat bertanya Siapakah yang mencipta alam ini?Semua orang boleh jawab ialah Tuhan,Allah.Siapakah nabi kita? Semestinya semua tahu bahawa rasulullah.....tetapi malangnya.....hanya sedikit saja orang yang mengenali rasulullah,ramai yang kenal baginda pada luaranya sahaja serta memandang rasulullah sebagai manusia biasa,setengah manusia menganggap, kita tidak perlu mengagungkan Rasulullah,tidak perlu menyambut maulidul rasul dan macam-macam hal lagi mereka tidak suka tentang Rasulullah.Tidakkah pelik manusia seperti itu?

-Tapi bagaimana pula kalau bertanya tentang Tuhan itu bagaimana rupanya?
-Di manakh DIA berada?
-Bagaimanakh DIA menciptakn isi dunia?
-kenapa dijadikan sesetengah benda begini?
-kenapa ada yang dijadikan begitu?
-kenapa perlu ada baik dan jahat?

Dan berbagai lagi soalan berbentuk metafizik,paranormal,theology,mistik,ilmu ghaib,ilmu rohani.Apakah penerangan yang dapat memuaskn hati seorang yang selalu ingin mengorek jawapan sampai keakar umbi? Apakah kebenaran hakiki?Siapa yang sesat,siapa yang disesatkan, siapa yang betul,siapa yang benar,siapa yang kafir,siapa munafik,siapa yang fasik?

Kebetulan pula,saya kurang berminat pada subjek akademik semata-mata atau mengumpul harta benda.Namun lama kelamaan,saudara mara memberi sokongan dan memberi nasihat kpd saya agar terus mencuba dan mencari peluang dalam memantapkan kehidupan dari sudut kewangn agar lebih kukuh dan selesa.....Ketika ramai org mengidam untuk menjadi hartawan @ jutawn,saya lebih selesa hidup seperti seorang pengembara yang tidak terikat dengan sesiapa saja & yang tidak punya apa-apa dan tidak menyusahkn orang lain,saya pula tidak menagih simpati diatas kekurangan yang dimiliki,namun tetap merasakn ianya cukup nikmat.Maka lagilah ramai orang pening bila diceritakan minat dan kecenderungan...Dan yang paling pening adalah orang lain suka melihat orang yang susah...

Dari sudut pandangan ahli dunia tentang kejayaan hidup yang boleh dibuktikn melalui dengan pangkat,nama dan harta,sesuai dengan bakat,kebolehan dan kelulusan yang ada.Saya pula mempunyai cita-cita yang tinggi.Sejak berumur 18 tahun,saya mengidam untuk hidup di dalam sebuah negara berperadaban tinggi dengan rakyat yang sayangkan ilmu dan saya juga ingin bergelar sebagai profesor serba tau.namun apakan daya.....lain jadinya.

Dalam sebuah negara yang aman,tiada masalah penindasan kekejaman dan jenayah zalim,saya merasakan agak sesuai untuk tidak suka bercakap perkara yang remeh-temeh malah lebih suka berbincang tentang ilmu agama yang dalam,tentang kejadian alam, keTuhanan &
sebagainya.Tidak tahulah bagaimana rupa negara ini tapi apa yang dapat dilihat,
suasananya lebih kurang seperti zaman MAKSIAT SEKS kerana zaman IT pada masa kini mula meluas tanpa sempadan dan tersebarnya berbagai perkara negatif.

Manakala disebalik suasana Andalusia pula terkenal dengan peradaban keilmuan yang tinggi.Penuh dengan bangunan-bangunan seni & indah,dihuni pula manusia yang tinggi budi pekerti.Kemasyhurannya mengatasi Baghdad,pusat ketamadunan Islam zaman itu.Peradaban tingginya bakal menjadi contoh yang akan menyemarakkn kebangkitan tamadun Eropah,gerakan yang dikenali sebagai renaissance nanti.Tapi dimanakah hendak dicari negara seperti itu sekarang? Dalam mimpi? Atau angan-angan di siang hari?

Sebenarnya,masayarakat hari ini sudah berubah & begitu terpengaruh dengan cerita-cerita mengenai masayarakat bertamadun tinggi dengan bangunan yang canggih dan indah seperti terpapar dalam kisah sains fiksyen seperti Logan’s Run, Buck Rogers in the 25th Century dan Battlestar Galactica,siri-siri televisyen kegemaran zaman kanak-kanak dahulu.Maka itu,apabila terjumpa apa-apa set enksaikopaedia ataupun buku pengetahuan am terbaru,dia selalu mencari rencana dibawah kata nama future @ utopia untuk mendapatkan gambaran ideal dunia serba sempurna di dalamnya.

Disebabkan pemikiran semulajadinya beginilah hamba Allah sperti saya sering merasa kesepian,tiada teman yang benar-benar mengerti apa yang sebenarnya bersarang difikiran,apa lagi untuk diajak berkongsi cita-cita & rasa.Sudahlah tidak pandai bercakap bohong,lurus bendul macam watak cartoon...Akhirnya,‘terpaksa’ menjadi budak nakal yang suka menyampuk dan mengajuk cakap guru,suka bercerita merapu yang bukan-bukan, buat lawak & jenaka..Kerana kawan-kawan nampaknya lebih senang dengan cara sendiri daripada melayan kerenah seorang manusia yang lain pemikirnnya...kebanyakan fikiran mereka atas dasar lojik semata-mata melalui status acuan agama hanya 20% sahaja,dimana perginya 80% status agama yang berada didalam dirinya,dlm minda bawah sedar..dengan sebab itulah allah menyarankan manusia percaya kepada ilmu ghaib.tpi beginilah realiti kehidupan sekarang.

Berapa ramaikah rakan mahu mengambil tahu tentang jisim bulan berbanding bumi ataupun bintang? Berapa keratkah anak2 mahu mendengar huraian ilmiah tentang galaksi,sistem solar dan perjalanan alam? Siapa pula hendak diajak berbincang tentang Tuhan,Malaikat dan alam2 ghaib? Lainlah kalau cerita hantu,magic, cerita tentang seks,cerita bercakap dengan Jin & perkara-perkara yang ‘sewaktu’ dengannya.Cerita mengarut,lawak jenak,kutuk orang,menabur kata-kata mencarut sana-sini sering menarik perhatian pastu cerita tentang mencipta kejayaan melalui bisnes yang entah apa2.....Barulah ramai kawan!setelah menemui
kegagalan,hina,lemah,jahil,miskin, maka akan larilah kawan-kawan dan saudara-mara.

Saya masih teringat bagaimana sukarnya membesar dengan jiwa sebegini di kalangan remaja biasa yang cuma menurut kelaziman umum.Pd Tahun 1993, semasa menuntut di Tingkatan tiga Sekolah Menengah arab,anak kelahiran kelantan.Diwaktu itu saya memikirkn bagaimana perasaan memiliki seorang ibu dan ayah yang tidak normal berbanding dengan mereka yang mempunyai ibu ayah yang baik dan normal sihat dan tmpt untuk menagih kasih sayang.Stlh berfikir punya fikir akhirnya datanglah suatu data dan maklumat yang memberi suntikkan semangat baru dalam hidup iaitu untuk mengubah corak hidup dan ingin mengenali diri sendiri dan ingin mengenali tuhan.

Walaupun begitu,umur semakin meningkat dan penghayatan tentang mengenali diri terhalang disebabkan mengikut rentak kehidupan yang penuh dengan keseronokan dan kelalaian....
akhirnya pada hujung tahun 1997,saya telah mendapat suatu tarikan minat ingin melanjutkan pelajaran diluar negara, tanah arab mesir....di dalam melayari kehidupan dinegara orang telah banyak mengajar erti ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi,
sehinggalah sampai satu saat rebah tersungkur...akhirnya terjumpalah seorang sahabat yang low profile mengajak untuk bersamanya mengenali diri sendiri dan mengenali tuhan melalui seorang sifu yang hebat.

Akhirnya jawapan yang terbuku sebelum ini sudah hampir terjawab.....tapi setelah kembali ke tanah air...hidup kembali alpa dan lari dari dasar sebenar....beralih arah kebidang ahli dunia,kemudian terduduk kerana gagal...kemudian mencari pula erti kehidupan dalam ruangan santapan akhirat yang sebenarnya....selepas itu menemui jalan buntu pula...kerana tidak jumpa kebenaran hakiki yang dikehendaki.

Lalu berpusing pula dalam ruangan ahli dunia ingin mengejar kejayaan dan lupa segala2nya siapa diri sebenarnya....namun kembali rebah tersungkur kali yang keseterusnya,
kemudian terus berdiam diri tanpa melakukan apa-apa dalam masa yang agak lama...jadi memintas laluan pula untuk kembali kepangkal jalan yang telah diambil sewaktu berada dimesir dulu.... lebih kurang 6 bulan,tanpa berbuat apa-apa....akhirnya gagal ternganga,tidak dapat apa-apa keuntungan....lalu fikir punya fikir,kehidupan dunia mesti ditempuhi dengan semangat dan kekuatan,dipilih pula arena ahli keduniaan,dicuba dan dicuba lagi,jatuh terduduk pula....lebih teruk dari sebelum itu,akhirnya menikmati kehidupan seperti manusia biasa bagaikan pengembara jalanan,

Setelah dihayati ditenung ditilik difikir ditangisi dirasai....akhirnya lengkaplah kehidupan diantara jurang perbezaan ahli dunia ahli akhirat dan ahli ketuhanan.....maka sekarang ni,saya mengambil keputusan bahawa kehidupan ini perlu ditempuhi seadanya,kita hanya merancang dan bertindak mengikut niat,doa,berusaha,bergembira dengan nikmat yang diberi dan akhirnya tawakal sepenuh hati seikhlas kerana allah dan setiap gerak laku yang berlaku ke atas diri mahupun orang lain,kita hanya mampu menyaksikan kebesaran allah serta yakin dengan kuasa ALLAH segala-galanya dan melihat sejauh-jauhnya keagungan allah mengawal isi dunia ini.....disitulah akan terciptanya siapa diri kita siapa tuhan siapa wali siapa nabi siapa dan siapa dan siapa.....

erti susah....bagaimana merasainya.
erti sabar...bagaimana dihayatinya.
erti jahat....bagaimana menangungnya.
erti maksiat....bagaimana diharungi...
erti baik.....siapa yg memperlakukan..
erti nafsu....siapa yg bertanggungjwb...
erti hantu jin iblis...siapa yang berani melawan..
erti warak alim....siapa yang tentukannya...
erti kafir......siapa yang benar...
erti kebenaran hakiki.....adakah ianya berbaloi....
erti sesat...siapa yang pernah merasainya...
erti fasik....siapa yang untung..
erti ujian.....bagaimana untuk menghalangnya...
erti berlakon.....siapa yang untung dan siapa yang rugi..
erti kemewahan.....macamana ingin memilikinya dalam keredhaan allah
erti sakit....apakah perasaan menangungnya...
erti senang.....siapa yang selesa
erti kesukaran....untuk apa kita perlu tahu...
erti ego....buat apa?
erti riak.....demi diri sendiri?ahhhh
erti Bahagia....siapa yang memahaminya.

Semuanya adalah mainan dunia untuk melalaikn dan memesongkan matlamat hidup sebenar.....buat baik adalah untuk diri? buat jht untuk diri sendiri juga?
siapa yang untung dan siapa yang rugi? kalau buat jahat pun dapat untung.....adakah rasa selesa dengan keadaan begitu?sampai bila ia akan berakhir?

berapa ramai yg merasa selesa dgn kehidupannya....cukup mengamalkan rukun islam.....adakah mencukupi?sedangkan berapa ramai tertipu dgn dri sendiri...jadi oleh itu marilah sama2 kita mengkaji dan mengorek dan mecari rahsia sebenar kehidupan kita.......

Sunday, January 3, 2010

TABIAT MEROKOK DAN KESANNYA

Masyarakat dunia sependapat bahawa asap rokok punca utama masalah sekatan pulmonari kronik, jejaskan paru-paru dan sebagainya:


ANDA sering batuk berterusan dengan kahak selain pernafasan yang tercungap-cungap. Paling ketara, anda sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal seperti menaiki tangga mahu pun mandi atau semasa baring-baring menelentang.

Jika anda mengalami gejala sedemikian, ditambah lagi dengan faktor usia berusia 40 tahun, perokok atau tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok, maka anda berkemungkinan menghidap masalah dikenali sekatan sekatan pulmonari kronik atau COPD.

COPD bukanlah satu penyakit dan jika merujuk bahasa mudah, ia adalah sekatan secara progresif yang berlaku dalam tiub dan saluran udara yang menjadikan paru-paru gagal berfungsi.

Di Malaysia, penyakit berkaitan masalah respiratori menjadi penyumbang keempat terbesar terhadap jumlah pesakit yang dirujuk ke hospital kerajaan seluruh negara terutama membabitkan penyakit sekatan pulmonari kronik atau COPD.

Sifat penyakit COPD yang progresif dan simptom yang hanya mula dikesan selepas usia menjangkau lebih 40 tahun, menjadikan kesedaran masyarakat terhadapnya masih di tahap rendah.

Presiden Malaysian Thoracic Society, Prof Dr Roslina Abdul Manap, menjelaskan ramai pesakit yang mengalami COPD ini tidak menyedarinya pada peringkat awal sebaliknya menyangka simptom yang dialami adalah semula jadi dan sebahagian dari proses usia yang semakin meningkat.

“Ia yang turut dikenali dengan panggilan emphysema dan chronic bronchitis ini juga tiada kena mengena dengan serangan asma atau semput walaupun dalam banyak situasi ia ditandai dengan simptom dan kaedah rawatan yang hampir sama.

“Harus diingat bahawa COPD adalah penyakit yang tiada penawar dan mengancam nyawa. Tetapi pada masa sama, ia masih boleh dirawat untuk tujuan mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada bengkel COPD bertajuk ‘Breathless Not Helpless’ yang juga tema Hari COPD Sedunia yang jatuh pada 18 November lalu.

Biarpun disambut pada hari berkenaan, hakikatnya kempen mengelak COPD ini seharusnya menjadi satu usaha yang berterusan kerana tabiat merokok yang semakin menular, khususnya membabitkan golongan muda.

Seperti diakui Prof Roslina, tabiat buruk merokok sememangnya menjadi punca utama penyakit ini. Namun, apa yang menyedihkan, mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok atau dikenali perokok pasif, juga tidak terkecuali menjadi penghidapnya.

“Kira-kira 80 hingga 90 peratus pesakit COPD adalah perokok. Dalam kebanyakan kes, penderita COPD punya sejarah merokok lebih daripada 20 batang sehari selama 10 tahun atau lebih, sebelum simptom COPD bermula,” katanya.

Bagaimanapun, kata Prof Roslina, terdedah secara pasif pada asap rokok dan pencemaran udara yang konsisten juga menyumbang kepada kegagalan fungsi paru-paru ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan perokok pasif atau asap tembakau yang mencemar persekitaran dikaitkan dengan peningkatan sebanyak 10 hingga 43 peratus risiko mendapat COPD bagi orang dewasa.

“Pencemaran udara dilihat sebagai satu lagi faktor penyumbang terutama menerusi sulfur dioksida dan asap hitam. Malah risikonya sama tinggi dengan asap rokok.

“Habuk dan asap kimia di tempat kerja juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru. Pendedahan kepada Cadmium, arang batu, habuk silika juga sangat berbahaya malah diet dan genetik juga memainkan peranan dalam penularan COPD,” katanya.

Memandangkan sifatnya yang progresif, usaha dikenali Global Initiative for Chronic Obstructive Lung Disease (Gold) menyarankan mereka yang berpotensi menghidap COPD dikesan awal menerusi alat diagnosis dipanggil spirometry.

Alat ini mengukur berapa banyak udara mampu dihembus dalam satu saat selepas menarik nafas dalam dalam; berapa banyak udara mampu dihembus secara paksa selepas menarik nafas dalam dalam dan berapa banyak daripada jumlah semua udara yang dihembus secara paksa berjaya dihembus pada saat pertama.

INFO: COPD atau sekatan pulmonari kronik
Simptom

-batuk berterusan
-batuk yang berkahak dan berlendir
-sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal (cth: naik tangga, membeli belah, mandi dan memakai baju)

Mereka yang berusia lebih 40 tahun dan mempunyai simptom ini dinasihatkan berjumpa doktor

Diagnosis:
COPD dapat dikenal pasti melalui diagnosis dengan mengenal pasti sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, x-ray dan memeriksa fungsi paru-paru.

Kesan COPD:
Boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dengan ketara. Ini disebabkan gejala seperti batuk berterusan, menghalang pesakit daripada menjalankan aktiviti harian.

FAKTA:
WHO menganggarkan 210 juta penduduk dunia menghidap COPD, dan lebih dari 3 juta mati akibatnya pada 2005. Daripada pelbagai punca kematian utama dunia, lima peratus adalah disebabkan oleh COPD dan di ramalkan pada 2020 COPD menjadi penyebab kematian ketiga tertinggi di dunia.

Kesan COPD di rantau Asia Pasifik dikatakan membimbangkan berikutan peningkatan bilangan perokok.

Dianggarkan 50 peratus lelaki di Malaysia merokok dengan kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman manakala 500,000 penduduk adalah pesakit COPD sama ada pada tahap sederhana atau serius.

COPD turut membebankan ekonomi negara. Berbanding dua lagi penyakit berkaitan tabiat merokok, COPD menyumbang sehingga 77 peratus anggaran peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Kesimpulannya,sejauhmana usaha kerajaan menaikkan harga rokok pun,tidak memberi kesedaran kepada penagih-penagih rokok.Berapa harga rokok pun tetap akan dibeli oleh masyarakat.Bukan setakat rokok, syabu,dadah,air ketong,ganja,pil kuda dan seangkatan dengannya turut dibeli juga oleh penagih walau beribu harganya.....renung-renungkanlah wahai kerajaan.

Saturday, January 2, 2010

KENAPA PERLU BERFIRASAT?

Salam sejahtera,blog kali ini saya ingin mengupas sedikit artikel blog member saya mengenai Ilmu kajian personaliti,ilmu karakter,ilmu firasat.Profil yang sangat berkuasa hingga mampu mengawal dan memanipulasi keadaan


DICERITAKAN pada suatu ketika, dua ulama besar yang juga pengasas mazhab dalam Islam iaitu Imam Syafie dan gurunya Imam Malik sedang berbincang apabila terlihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid.

Lalu seorang daripada mereka mencadangkan masing-masing mencuba kebolehan(firasat)dengan meneka pekerjaan lelaki itu. Imam Syafie dan Imam Malik kemudian membuat taakulan mengenai pekerjaan lelaki itu berdasarkan pelbagai pemerhatian terhadap jasad, pakaian dan sebagainya.

Imam Syafie:peniaga.
Imam Malik:tukang besi,sekali gus meningkah jawapan anak muridnya.Bagi memastikan tekaan siapa yang benar,

Mereka berdua terus bertanya kepada lelaki itu sebaik dia keluar dari masjid.Lelaki itu memberitahu dia bekerja sebagai peniaga sekali gus membenarkan taakulan Imam Syafie. Bagaimanapun Imam Malik terus bertanyakan soalan kedua:Apa pekerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?
lelaki itu menjawab:tukang besi,sekali gus membenarkan juga taakulan Imam Malik.

Kisah itu membuktikan kedua-dua imam besar itu adalah ahli firasat dan ilmu itu sudah lama wujud di dunia ini.Malah,firasat jugalh menyebabkan Nabi Muhammad ketika kecilnya sudah diketahui bakal menjadi Rasul selepas Nabi Isa.

Ketika Rasulullah berusia 12 tahun,bapa saudaranya iaitu Abu Talib membawa Baginda ke Syam dan ketika perjalanan, mereka berjumpa seorang rahib Yahudi.Sebaik terlihat fizikal Baginda yang masih kanak-kanak ketika itu,rahib berkenaan sudah menjangkakan bahawa Nabi Muhammad bakal menjadi Rasulullah, suatu hari nanti.

Ilmu Firasat adalah satu ilmu yang kian meluas pada zaman sekarang,serta ramai dikalangan muda-mudi berminat ingin mendalami ilmu tersebut untuk mengenali antara satu sama lain samada dapat mengenal personaliti seseorang melalui tahi lalat,tarikh lahir,dari segi pakaian,cara berjalan,melalui bentuk penulisan serta memiliki banyak sudut dan cabang yang dapat dinilai.

Tetapi tujuan asal ilmu firasat ini adalah berlaku kepada golongan bijak pandai dan orang yang alim dalam agama, demi membantu anak-anak didiknya agar menjadi seorang yang bersifat terpuji.Ilmu firasat tersebut dianugerahkan allah kepada seseorang adalah semata-mata digunakan sebagai satu alat untuk memberi khidmat dalam agama agar dapat berjalan dengan lancar.ianya bukan suatu perkara yang main-main atau bertanding siapakah yang lebih hebat.

Ilmu firasat tidak akan memberi kesan dan tidak membantu dirinya selama-lama,kerana akhirnya ianya akan dipesongkan oleh kejahatan jin dan iblis lalu akan membuatkan dirinya rasa bangga dengan kehebatan tersebut serta memberi suatu gambaran yang negatif dalam kehidupannya,andaikata ia tidak mendapat tunjuk ajar dari seseorang guru.

Kebanyakan pada hari ini juga,ramai yang suka dan minat dalam bidang firasat,apabila menepati dari apa yang disangkakan,disitulah akan melahirkan bibit kekotoran dalam hatinya,secara tidak langsung akan meninggalkan kesan buruk pada dirinya.

Hakikatnya ilmu firasat adalah suatu anugerah allah yang luarbiasa dan tidak boleh dipelajari oleh sesiapa, kerana ianya berlaku tanpa disedari serta percikkan cahaya keimanan yang dapat dirasainya.
Apa-apapun,untuk mempelajari ilmu firasat tidak menjadi masalah kepada sesiapa sahaja,asalkan tujuan asal niatnya perlu selaras dengan kehendak ilmu agama,ilmu syariat.Ianya tidak terikat kepada sudut fakta semata-mata.

Oleh itu,kita perlu kembali kepada satu tujuan-mengenal pasti perwatakan manusia atas dasar apa? Firasat yang turut dikenali sebagai kajian karakter dan profil adalah ilmu yang sangat berkuasa malah dikatakan sesiapa mahir dan menguasai firasat dpt mengawal dan memanipulasi keadaan supaya memihak kepadanya.

Bayangkan dengan hanya sekali pandang, pengamal firasat sudah dapat mengenali sikap, rahsia, kelemahan n kekuatan seseorang, maka dia memanipulasi ilmu berkenaan untuk mendominasi pihak yang dihadapinya.

Justeru,ilmu firasat menyebabkan ramai pelanggan memberi produk jurujual yang mengamalkan firasat;pengundi mengundi calon politik malah dikatakan kebanyakan ahli psikik memanipulasi ilmu firasat untuk menyebabkan masyarakat percaya dia memiliki kuasa minda luar biasa.

Dengan hanya sekali pandang ke tempat jenayah pula, penyiasat yang mahir firasat (seperti watak detektif Sherlock Holmes rekaan Sir Arthur Conan Doyle) dapat menyimpulkan pelbagai taakulan yang menjurus kepada perwatakan penjenayah.

Dengan hanya memegang sebatang tongkat ditinggalkan suspek, ahli firasat sudah dapat mengagak saiz badan, ketinggian dan ciri fizikal penjenayah seterusnya membongkar siapa pesalah sebenarnya.

Dari sudut negatif, penipu dan penyamar yang mahir dengan firasat mampu menjalankan jenayah dengan menguasai kelemahan psikologi dan diri mangsa.

Penganalisis yang juga penulis buku politik, Syed Hussain Al-Attas, berkata ada pelbagai kaedah firasat bagi membolehkan kita mengetahui sikap serta perasaan seseorang dan antara kaedah asas adalah menerusi bahasa tubuh seperti melihat air muka seseorang.

Perasaan dalaman mampu terluah ke riak muka; jika tertekan, wajah runsing;jika suasana bahagia,wajah akan ceria,jika wajahnya nampak serabut bermakna ada sesuatu kesalahan yang dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa,ada juga wajah seseorang yang penipu dan suka "pow" duit orang contohnya,maka riak air mukanya akan memberi gambaran yang jelas bahawa air kejujuran itu akan hilang,manakala muka penagih dadah yang khayal juga berlainan. "Pepatah orang tua-tua kata sekilas ikan di air,sudah tahu jantan atau betina".

Kita dpt mengetahui jika seseorang itu tidak senang dgn kehadiran kita menerusi bahasa tubuhnya;seseorang yg bersalah akan menunjukkan perlakuan gelisah apabila diajak berborak dan disoal siasat.

Beliau bagaimanapun berkata, ada orang boleh menyembunyikan air muka dan perlakuan mereka tetapi bagi pengamal firasat mahir, topeng itu dapat disingkap juga antaranya dengan memerhatikan anak mata seseorang.

Antara kaedah mengenalpasti perasaan seseorang adalah dengan melihat mata seseorang, kajian saintifik sudah menyatakan yang anak mata berubah mengikut perasaan; bagi mereka yang pakar, lihat mata saja sudah boleh menceritakan segala-galanya.

Katanya, perbuatan seseorang juga meninggalkan kesan kekal di jasad menyebabkan ia dapat dikenal pasti menerusi firasat; contohnya mereka yang kerap mengerutkan dahi akibat kuat berfikir meninggalkan kesan tiga garis pada dahi; mereka yang memiliki banyak kedut di tepi mata adalah mereka yang banyak berjumpa dengan manusia lain dan berinteraksi;dan mereka yang bekerja sebagai tukang besi atau peninju akan menyebabkan tangan berotot dan keras.

Selain perwatakan yang tersembunyi di sebalik bentuk jasad dan perlakuan manusia,ada juga kelebihan diberikan Allah menerusi aura seseorang.Contohnya apabila kita lihat bayi, kita rasa suka dan tenang krn aura dalaman bayi masih suci daripada sebarang kekotoran dan dosa. Begitu juga wajah orang beriman akan terpancar aura mereka tetapi orang yang pergi haji berulang kali pun kalau tidak ikhlas, tidak terpancar aura mereka.

kemahiran menguasai firasat dapat dipelajari dan diasah dengan berkali-kali mengujinya sambail-sambil tidak meninggalkan amalan zikir yang dipelajarinya serta berdoa kepada Allah supaya diterangkan mata hatinya.

Semua ini hikmah Allah dalam mencipta sesuatu termasuk manusia selaku seindah-indah makhluk dan Allah menyuruh manusia mengkaji ciptaannya.Mereka yang memerhati ciptaan-Nya akan mengakui betapa Maha Agungnya Allah.

Mengenali watak pada tanda badan yang digambarkan dalam cerita-cerita tayangan dari barat memberi maksud sebenar apa yang berlaku dalam kehidupan orang islam,segala kehebatan luarbiasa,superpower adalah datangnya dari orang-orang islam.lalu golongan mereka menterjemahkan dalam penceritaan yang dipandang oleh masyarakat sekarang adalah suatu yang tidak lojik dan dongeng.

Ada satu kisah dialog di antara jurugambar dan datuk dr fadillah kamsah.

SIAPA nama? tanya Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah kepada jurugambar kami ketika sesi temubual di pejabatnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Jurugambar memberitahu nama yang bermaksud sabar dalam istilah Arab. Dr Fadzillah terdiam sejenak seolah-olah memikirkan sesuatu.

Lihat tangan kanan, arah pakar motivasi itu lagi menyebabkan rakan kami menghalakan telapak tangannya. Rapatkan (semua jari). Jurugambar kami merapatkan semua jarinya. Minda Dr Fadzillah berfikir lagi. Kemudian dia bertanya beberapa soalan lagi.

Dr Fadzillah: Tarikh lahir
Jurugambar: 20 November.
Dr Fadzillah: Anak ke berapa
Jurugambar: Sulong.
Dr Fadzillah: Tarikh lahir isteri
Jurugambar: 18 Julai.
Dr Fadzillah: Isteri anak ke berapa
Jurugambar: Sulong juga.

Pakar motivasi itu terdiam sebelum kembali berbicara: Saya tidak fikir anda seorang yang sabar, anda juga keras hati. Tapi walaupun tidak beberapa sabar, tapi anda simpan (pendam dalam hati). Orang tak faham yang dia simpan.

Dia (jurugambar) pandai ini, orang tak akan faham dia, isteri tak faham, anak keliru (sikap); dia suka berkawan tetapi selesa bersendirian, banyak berfikir, otak gila-gila.

Emak kata dia degil tapi bukan degil, dia keras hati. Dia, apabila hendak, dia mesti hendak dapatkannya. Dia orang baik, jarang marah tapi sekali marah… Dia kalau sayang, sayang betul tapi kalau menyampah, menyampah betul.

Sebab itu namanya (bermaksud sabar). Apabila dia lahir, Allah beri ilham kepada emak dan bapanya supaya menamakannya (dengan maksud sabar) sebagai ubat. Apabila orang panggil namanya, orang doakan supaya dia sabar. tapi syaratnya panggil nama penuh. Awak sakit pinggang tanyanya dan jurugambar kami mengatakan tidak.

Awak beruntung kerana 20 peratus saja orang lahir bulan November tidak sakit pinggang selepas 40 tahun. Dia dan isterinya kombinasi pasangan yang baik, dia tidak sabar tapi isterinya sabar.Walau tak banyak cakap, tapi sekali cakap ideanya bernas. Tapi ideanya acap kali kawan susah nak faham. Apa yang adik beradik suka, awak tak suka; apa yang awak suka, adik beradik tak faham. Tak semestinya begitu (perwatakan yang dijelaskan) tetapi acap kali begitulah. Seramai 30 peratus orang nama Sabariah, Sabri, Sabran (semuanya bermaksud sabar) tidak sabar, 70 peratus lagi penyabar,? jelasnya kepada kami semua menyebabkan rakan jurugambar tersenyum simpul.

Kami masih tertanya-tanya kebenarannya. Kemudian Pengarah Urusan Excell Training and Consultancy Sdn Bhd itu menguji kami seorang demi seorang dan setiap maklumat dibentangkannya menyebabkan kami hampir terlopong kekaguman.

Beliau berkata, seperti seorang doktor melihat penyakit pesakit menerusi simptom, perwatakan manusia dapat diagak menerusi tanda pada badan dan corak kehidupan yang diaturkan Allah SWT.

Katanya, Allah SWT menciptakan sesuatu mengikut sistem menyebabkan kebanyakan perwatakan manusia dapat diklasifikasi mengikut pemboleh ubah tertentu seperti tarikh lahir, bentuk badan, kedudukan tahi lalat, panjang ruas jari selain faktor psikologi seperti cara berjalan, cara makan, bilangan dalam keluarga, corak penulisan, warna kegemaran dan pelbagai lagi.

Beliau bagaimanapun berkata, untuk mengenali perwatakan seseorang, ia tidak boleh berdasarkan satu pemboleh ubah saja seperti melihat sikap berdasarkan bulan lahir saja tetapi perlu mengkaji secara pakej iaitu keseluruhan bulan lahir, tanda badan, bilangan dalam keluarga dan pelbagai lagi.

Semua keajaiban Allah ini dapat dikaji menerusi sains psikologi. Contohnya firasat orang zaman dulu yang berkata raut muka melambangkan perwatakan, mereka berkata berdasarkan pengalaman.

Mereka kata lelaki kening tebal kuat cemburu; saya kaji dari sudut sains mengapa lelaki kening tebal kuat cemburu dan mendapati ia berkait kerana lelaki, kening tebal akibat banyak hormon testeron dan hormon sama mempengaruhi sikapnya.Jika kita kaji perwatakan manusia, kita akan kagum dengan kebesaran Allah, hebatnya Allah, katanya.

Beliau berkata, walaupun seolah-olah ada satu kumpulan sifat menerusi tanda berkenaan, ia tidak semestinya 100 peratus tepat kerana sikap boleh dipengaruhi pelbagai faktor lain terutama corak kehidupan, keluarga, persekitaran termasuk keadaan ibu ketika mengandungkan seseorang. Sikap sebenar manusia juga boleh ditetapkan Allah SWT mengikut kehendak-Nya.

Beliau bagaimanapun berkata, manusia masih boleh mengubah tabiat yang tidak baik dalam diri mereka contohnya seseorang yang baran dan tidak sabar boleh mengawal sikap itu dalam diri mereka.

Orang kata sikap mungkin tidak boleh diubah tapi amalan dan tabiat boleh diubah. Dalam Islam, perlakuan yang dilakukan selama 40 hari berturut-turut akan menjadi tabiat baru dan nama juga menjadi doa bagi mengubati perlakuan buruk kita,katanya.

Thursday, December 31, 2009

DARJAT ZIKIR

Menjawab kepada persoalan masyarakat islam tentang minat utk mengamalkan zikir ini adalah pada awal blog saya sudah diceritakan serba sedikit,jadi oleh itu saya ingin ketengahkan lagi sumber penting dan penekanan penting dalam zikir adalah amat BESAR.


InsyaAllah,saya akan cuba menghuraikan sedikit tentang darjat zikir ya'ni peringkat-peringkat zikir.saya blh terangkan secara ringkas sebagai tambahan artikel dulu.mudahah-mudahan walaupun sikit,tapi bermanfaat kepada kita semua.sesungguhnya perbandingan pengetahuan Allah dengan hambaNya amatlah jauh berbeza.seperti yang tercoret di dalam Quran yang berbunyi;

"katakanlah Muhammad,seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum habisnya penulisan kalimat-kalimat Tuhanku,meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu(pula).(surah al kahfi ayat 109)"

Zikir secara umumnya ialah apa sahaja amalan dan perbuatan zahir dan batin yang membawa seseorang itu kepada mengingati Allah. Amal ibadat dan perbuatan sama ada yang zahir atau batin yang berlandaskan hukum syariat yang dikerjakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhoan Allah dikatakan ianya sebagai zikir.

Manakala secara khusus pula tentang zikir samada melalui amalan zahir dan batin dpt dinilai dan berlandaskan kepada konsep pegangan ilmu tasauf seiring dengan pegangan hukum syariat.Ini adalah kerana zikir itu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Zikir Anggota, Zikir Lisan, Zikir hati dan Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam pengamal zikir itu.zikir juga di sebut di dalam Quran yang berbunyi;

"(iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram".

Ayat diatas menunjukkan kepada kita betapa perlunya seorang hamba itu membasahi lisannya dengan berzikir.

Tingkatan Pertama:Zikir Lisan(dgn menggunakan lidah sambil disebut2 kalimat zikir dpt didengar oleh telinga sendiri)

Tuntutan untuk melakukan Zikir ini adalah sangat-sangat ditekankan sebagai senjata dan alat pencuci jiwa semasa dan sepanjang perjalanannya menuju kepada tuntutan agama.manakala peringkat kedua diamalkan juga dalam keadaan berterusan akan mencapai suatu aura luarbiasa utk mendekatkan diri kepada allah dan akhirnya akan dicampakkan oleh allah suatu perasaan segala amalan yg dilakukan semata2 kerana KASIH KEPADA ALLAH. Walaupun lalai atau merasa pahit dan berat untuk berzikir,

mereka digalakkan juga untuk mengistiqamahkan Zikir Lidah ini mengikut feeling masing2 dan bilangan-bilangan tertentu.Lidah yang digunakan untuk berzikir sekurang-kurangnya dapat mengelakkannya daripada mengumpat-umpat dan mengeji orang lain atau ucapan yang sia-sia atau melalaikan.

Inilah wajah-wajah kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada mereka yang berzikir walaupun hatinya lalai. Kemampuan untuk berzikir secara lisan tanpa keasyikan hati utk menerima kemanisannya ini hendaklah disyukuri agar nanti AKAN mendapat kurnia dan anugerah Allah.

Dengan kemuliaan kurnia Allah yang sedikit dan kelebihan yang ada pada orang yang bersyukur inilah, maka Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari mendatangkan suratan dalam bukunya (kalam hikmah)yang seterusnya sebagaimana berikut;

"Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir(lisan) serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh)erti dalam sedar dan manis".

Keterangan:
Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga dengan maha halusnya allah serta bantuan allah memberi sedikit power yg tidak disangka2 kerana bahawasanya jaga itu ingat hati daripada mengantuk dlm kelalaian dan tidur kepada(sempurna sebagai seorang hamba) dan Adab Al-Khidmat.

Disanalah akan berpindah ia daripada zikir lisan kepada zon zikir hatii yang datang tanpa diduga daripada melazimkan dia (zikir lisan).

Tingkatan Kedua:Zikir hati
Apabila seorang hamba mengistiqamahkan dan sentiasa bersyukur dengan Zikir Lisan mereka, Insya Allah.... Allah Yang Maha Lemah Lembut dengan pertolongan dan limpah kurniaNya akan mengangkatkan martabat Zikir Lisan mereka kepada Zikir dalam sedar zahir dan batin,hati hamba yang sebelum ini lalai atau lalai dengan gangguan-gangguan keduniaan,lalu akan terjaga dan tersentak sedar untuk mula melihat kepada hakikat Zikir Lisan serta segala suatu yang lain.Mata hati yang sebelum ini tertutup sewaktu berzikir akan terbuka untuk memandang Keesaan dan Keagungan Allah. Zikir-zikir lisan yang diucapkan akan terlancar dan bergerak selari dengan gerakan hati di samping dapat merasai makna-makna dan rahsia zikir mengikut kadar yang dikurniakan Allah.

Hati yang sebelum ini, buta dan jahil dengan hakikat dan makrifat mula mengenali dan memahami makna-makna di Alam Malakut(alam yg tidak dapat dilihat oleh mata zahir)yang terpancar pada zahir sesuatu.Mereka dapat melihat akan hikmah dan pengajaran di sebalik sesuatu yang zahir yang mendatangi mereka.Hiduplah hati atau jiwa mereka menuju kepada menghampiri allah yang akan menyempurnakan kebersihan hati untuk layak dipanggil sebagai seorang hamba dengan tahu melaksanakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan dengan pelbagai hal hati yang merujuk kepada kepatuhan dan ketundukkan yang penuh dengan kesedaran batin.

Dengan sebab inilah Zikir serta jaga ini dinamakan juga sebagai Zikir Hati kerana hidup hati itu dengan mengingati dan memandang Allah pada setiap kali memandang "selain dr allah" atau sesuatu yang zahir; sedar dan terjaga hati itu untuk mengenal dan memahami akan hakikat bagi segala sesuatu.

Dengan Zikir hati inilah, bermulalah satu perjalanan hati untuk meneroka dan memasuki alam-alam batin atau alam-alam rahsia atau Alam Ketuhanan Yang Maha Tinggi. Dan dengan kerana inilah digambarkan dan diceritakan pula oleh Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari sebagai menyambung tulisan beliau dalam kitabnya "kalam hikmah" yang seterusnya sebagaimana;

"Dan daripada zikir serta diperolehi jaga (Zikir Yaqozhoh) kepada zikir serta wujud Hudur serta Allah (Zikir Sir)".

Keterangan:
Dan daripada zikir serta diperolehi jaga pada zikir serta oleh Hadir hati dengan kehendak serta Allah. Dan adalah Hadir hati itu kepada mereka iaitu Hadir dengan kebenaran allah.tatkala ghaibnya daripada sekelian pancaindera dan daripada memandang semuanya.Dan dalam darjat ini berpindah ia daripada Zikir hati kepada Zikir Sir(naik level).Zikir Sir itu ghaib ia daripada barang yang lain daripada ahli zkir itu.

Tingkatan Ketiga:Zikir Sir
Sesungguhnya Allah itu maha Penyayang lagi maha Mengasihi akan hambaNya.Maka dengan KasihNya yang maha tinggi lalu Allah mengangkatkan darjat Zikir hatii seorang hamba pilihanNya kepada tingkat yang seterusnya iaitu Zikir Sir.Zikir Sir ini merupakan Zikir yang telah datang kehadiran hati serta Allah. Dan Zikir ini juga merujuk kepada kehadiran Rahsia diri yang terpendam sebelum ini. rahsia Hidupnya dengan TuhanNya di mana seluruh ingatan,seluruh pandangan,penyaksian dan seluruh "rasa" tertumpu kepada Yang Haq. Ingat dengan Yang Haq; Syuhud kepada Yang Haq dan "merasa" dengan Yang Haq. Dengan kata lain, seluruh anggota badan yang zahir dan batin sentiasa dalam keadaan Zikir

Ini adalah kerana,jiwa atau hati hamba telah hapus atau hilang atau qhaib daripada pengaruh pancaindera dan memandang kepada semua benda pada pihak tidak diiktibarkan apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dirasa, apa yang diucapkan; malah setiap hal zahir mereka adalah merupakan Zikir kerana mereka tidak melihat sesuatu itu melainkan dilihatNya Allah dan tidaklah mereka dilakukan sesuatu perbuatan atau amalan melainkan dengan "perintah" yang datang dari Allah.(tdk blh mendakwa diri dan tdk blh bising)

Sungguhpun demikiannya hal keadaan hati yang sentiasa ingat akan kehadiran Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu berzikir dan berzikir dengan Sirnya, namun ianya belum sampai kepada puncak kesempurnaannya yang Hakiki. Hati ini masih melihat dan memandang kepada dirinya sendiri, hati ini masih terpesona dengan keajaiban rahsia dirinya di mana hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi wujud yang lain iaitu dirinya.

walaubagaimanapun Allah lebih mengetahui akan rahsia di sebalik zikir itu.
Tingkatan Keempat:Darjat Kesempurnaan
nanti kita akan sambung lagi lain kali...apakah rahsia disebalik darjat kesempurnaan bagaimana perlu kita cari dan korek....???