Friday, April 16, 2010

APA BEZA REDHA DGN TIDAK REDHA?

REDHA ATAU TDK REDHA KPD NAFSU PUNCA MELAKUKAN MAKSIAT ATAU KETAATAN ADALAH BERSANDARKAN NIAT KEPADA APA?

INDUK SEGALA MAKSIAT, SYAHWAT DAN KELALAIAN ADALAH REDHA TERHADAP NAFSU DAN SUMBER SEGALA TAAT, TERPELIHARA DIRI (DARI SYAHWAT) DAN BANGUN (PADA TAAT) ADALAH TIDAK REDHA KPD NAFSU.

BERSAHABAT DGN ORG JAHIL YG TDK MENURUT HAWA NAFSU  LBH BAIK DRPD BERSAHABAT DGN ORG ALIM YG TUNDUK DAN KALAH KPD NAFSU. ILMU APAKAH YG DPT DIPANGGIL BAGI ORG ALIM YG DITAWAN OLEH NAFSUNYA, SEBALIKNYA KEJAHILAN APAKAH YG DPT DISEBUTKAN BAGI SESEORG YG SDH DPT MENGEKANG NAFSUNYA.

Hikmat ini memaparkan sifat iblis yg bercanggah dgn kehendak Allah dlm sudut mengabdikan diri kepada Allah (ubudiyah). Hikmat 43 ini pula akan menghuraikan nafsu, yg biasa dipanggil hawa nafsu. Terdpt perbezaan antara sifat iblis dgn hawa nafsu. Sifat iblis adalah pendtg haram sementara hawa nafsu adalah tuan rumah yg mengizinkan pendtg haram tinggal di rumahnya. Tdk mungkin ada sifat yg menyalahi ubudiyah jika tdk ada hawa nafsu. Malaikat tdk mempunyai hawa nafsu, sbb itu mrk sentiasa taat dan menjlnkan tugas mrk dgn sempurna, malah mrk tdk tahu berbuat derhaka kpd Allah. Matahari tdk ada hawa nafsu,sbb itu ia tidak menyimpang dari orbitnya. Manusia mempunyai hawa nafsu sbb itu manusia blh berbuat apa saja demi memuaskan keinginannya dan blh lari dr jln lurus yg dibentangkan kpd mrk.

Iblis dan kuncu-kuncunya iaitu syaitan bertindak memberi saranan dan cadangan tetapi tidak berkuasa menggerakkan mana-mana anggota manusia spy  melakukan sesuatu yg dia ingini. Tetapi, jika hawa nafsu menerima saranan dan cadangan iblis itu maka hawa nafsu berkuasa memaksa anggota tubuh badannya spy berbuat sebagaimana yg disarankan oleh iblis itu. Iblis menyalurkan sifat-sifat, dan hawa nafsulah yg menerima serta memakai sifat-sifat tersebut. Satu perkara yg ketara adalah saranan atau idea yg disampaikan oleh iblis dan syaitan kpd hawa nafsu itu dirasai oleh hawa nafsu bhw saranan itu dtg dari dirinya sendiri, bukan disalurkan kpdnya dari sumber lain.

Hawa nafsu akan mempertahankan pendpt iblis dan syaitan yg diterimanya itu seperti dia mempertahankan pendptnya sendiri bahkan dia mendabik dada mengakui bahawa pendpt tersebut adalah pendapatnya sendiri (yg kononnya dtgnya ilham dari ALLAH). Karl Marx yg menyebarkan fahaman tdk bertuhan tidak mengatakan fahaman itu sebagai rencana iblis tetapi dia mengakui bhw dialah yg menemui fahaman tersebut.Pendirian mrk kebanyakkan tlh serap dalam diri bahawa kehidupan mrk akan bahagia stlh menemui kematian.Doa dan ucapan yg manis-manis diucapkan oleh orang alim dari kalangan mrk ini memukau golongan tersebut. Dari itu mrk bebas melakukan apa sahaja utk berhibur dan berseronok.

Peter yg menyebarkan fahaman Tuhan tiga dlm satu tidak mengatakan iblis yg mengajarnya tetapi mengatakan dia menerima wahyu dari Tuhan. Begitulah kebodohan dan kesombongan hawa nafsu yang tidak sedar dirinya ditunggangi oleh iblis dan syaitan. Apabila dia menerima cadangan dari iblis dan syaitan dia derhaka kpd ALLAH dan melakukan syirik terhdp Allah.

Hawa nafsu bukan setakat mampu menerima rangsangan dari iblis dan syaitan malah dia sendiri berupaya merangsang dirinya sendiri tanpa dirangsang oleh iblis dan syaitan. Rangsangan yg muncul dari hawa nafsu sendiri mengarah kpd melakukan maksiat adalah utk melepaskan tekanan perasaan yg tidak puas dan menyedapkan, memenuhi tuntutan syahwat dan asyik dgn perkara yg melalaikan. Apabila iblis dan syaitan memberi rangsangan yg sesuai dgn sifat nafsu itu sendiri mudahlah dia melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia tdk berasa sedih bila berbuat kejhtn dan tidak berasa rugi bila hanyut di dalam lautan kelalaian. Apa yg penting baginya ialah memenuhi apa yang dia ingini tanpa menghiraukan akibatnya.

Seseorg yg diistilahkan sebagai jahil tetapi tidak menurut hawa nafsu, tidak ada padanya sifat megah, sombong, takbur dan bodoh. Dia boleh tunduk kpd kebenaran jika kebenaran itu pahit utk ditelannya. Dia blh juga menyampaikan kebenaran yg diketahuinya kpd orang lain. Jadi, kebodohan apakah yg blh dikatakan kpd org seperti ini yg bersedia menerima dan menyampaikan kebenaran. Org yg diistilahkan sebagai alim pula, bagaimana blh dikatakan alim jika dia menurut hawa nafsunya, memakai sifat bodoh dan sombong, menolak kebenaran jika dtg dr org lain atau tdk secucuk dgn kehdk nafsunya.

Org alim yg menurut hawa nafsu tdk dpt mengjk manusia utk mendekatkan diri kpd Allah, sebaliknya mengajak mrk menyembah ilmunya. Manusia lain menjd alat baginya utk menaikkan ego dirinya sendiri. Oleh yg demikian adalah lebih baik jika bersahabat dgn org jahil yg tdk tunduk kpd hawa nafsunya. Kejahilan tdk menghalangnya utk mengenali kebenaran dan dia juga mampu memberi sokongan ke arah kebenaran.

Sifat iblis adalah hijab(benteng) DI LUAR hati dan sifat hawa nafsu adalah hijab(benteng) DI DLM hati. Jika hijab diluar disingkapkan dgn tenaga kebenaran, maka hijab di dlm ini juga perlu disingkapkan dgn tenaga kebenaran. Nafsu mesti ditundukkan kpd kebenaran. Pekerjaan ini bknlah mdh krn nafsu kita adalah diri kita sendiri. Tdk ada beza pd hakikatnya di antara nafsu, hati dgn diri. MEMERANGI HAWA NAFSU BERERTI MEMERANGI DIRI SENDIRI.
Di dlm diri sendiri itu berkumpul kemahuan, cita-cita, ilmu pengetahuan dan lain-lain. Apabila mahu berperang dgn diri sendiri tdk cukup dgn meminta pertolongan kpd diri sendiri,terpaksa memerlukan bantuan daripada pakar ilmu tasauf serta amalan zikir yg disampaikan. Ilmu sahaja tdk berdaya menentang hawa nafsu krn ilmu adalah alatnya dan alat akan patuh kpd tuannya.

Perbahasan ilmu yg berlarutan akn menmbhkan kekeliruan dan akn MENEGUHKAN NAFSU. Walaupun memiliki kefahaman ilmu Makrifat yg tinggi pun tidak blh digunakan utk melawan hawa nafsu krn jika makrifat digunakan ia akan menarik ke dlm ilmu, maka terjadilah yg serupa. Oleh itu jgn meminta tolong kpd ilmu dan jgn meminta bantuan makrifat utk melawan nafsu tetapi LARILAH kpd sifu yg pakar dlm tasaufnya dan larilah kpd Allah. Menjeritlah sekuat-kuat hati,Menangislah bagaikan menitiskan air mata darah sekalipun dan  pintalah pertolonganNya. Istiqamah atau tetap di dlm ubudiyah, menunaikan kewajipan sambil terus berserah diri kpd Allah, itulah kekuatan yg dpt menumpaskan hawa nafsu. Jgn sekali-kali menuntut kekeramatan krn ia juga menjadi alat hawa nafsu.

Tetaplah di dlm zikir-selawat-meditasi dan ubudiyah lain, tdak berubah keyakinan terhdp Allah, kekuasanNya, kebijaksanaanNya dan ketuhananNya baik ketika sihat atau sakit, senang atau susah, kaya atau miskin, suka atau duka. Apabila wujud sifat redha kpd ketentuan Allah,itu tandanya hawa nafsu sdh tunduk kpd kebenaran.Tetapi ianya memakan masa yg lama utk berhempas pulas dgn perkara ini.Namunnnnnnn.................Teruskanlah usaha ini sehingga akan merasai nikmat kesengsaraan ini dan jgn berputus asa dlm mencari kebenaran hakikat diri

NIAT YG TERSANDAR KE MANA?

BERSANDARKAN NIAT KEPADA ALLAH SEBULAT-BULAT TUMPUAN.
TIDAK SIA-SIA SESUATU MAKSUD APABILA DISANDARKAN KPD ALLAH  DAN TIDAK MUDAH TERCAPAI TUJUAN JIKA DISANDARKAN KPD DIRI SENDIRI.

Hikmat dan maksud yg tersirat disebalik sandaran niat yg mutlak kpd allah ini menggambarkan keadaan hamba Allah yg mempunyai pegangan dan prinsip yang baik  serta jelas iaitu mahu mengubah kehidupan isi dunia utknya supaya menjd tmpt kehidupan yg sentosa, tetapi ternyata gagal melaksanakan maksudnya apabila dia bersandar kpd kekuatan dirinya sendiri. Bersandarkan kpd kemampuan dan ilmu yg dimilikinya dpt mengubah segala-galanya yg diingini. Allah menyifatkan dunia sebagai tempat huru-hara dan kekeruhan dan kecelaruan.

Sesiapa yg memasuki alam dunia pasti menemui dgn keadaan tersebut. Kekuatan huru-hara dan kecelaruan yg ada pd dunia sgtlah kuat krn Allah yg meletakkan hukum kekuatan itu padanya. Percubaan utk mengubah apa yg Allah tentukan akan menjadi sia-sia. Allah yg menetapkan sesuatu perkara, hanya Dia shj yg dpt mengubahnya. Segala kekuatan, baik dan buruk, semuanya dtg drpd ALLAH.dgn maksudnya.Sebagai satu contoh: "alaaaaa...semua org pasti tahu setiap perkara yg berlaku dtgnya dari allah,samada dia buta atau tuli atau sebagainya"....
Hakikatnya semua jadi kabur bila berdepan dgn situasi yg menyakitkan jiwanya. Oleh yg demikian jika mahu menghadapi sesuatu kekuatan yg dtg dari ALLAH  mestilah juga dgn kekuatanNya.

Kemampuan yg paling kuat bagi menghadapi kekuatan yg dipunyai oleh dunia ialah kekuatan QANAAH (bersederhana dan berpada-pada) berserah diri kpd Allah. Kembalikan semua urusan kpdNya. Rasulullah s.a.w tlh memberi pengajaran dlm menghadapi bencana, ujian, malapetaka,musibah,bala, dgn ucapan dan penghayatan: Firman Allah SWT : "Kami datang dari Allah. Dan kepada Allah kami kembali."

Semua perkara dtgnya dari Allah dan akan kembali kpd Allah juga. Tapi sampai bila ianya dpt bertahan dgn memegang prinsip begitu. Misalnya, api yg dinyalakan, dari mana datangnya jika tidak dari Allah dan ke mana perginya bila dipadamkan jika tdk kpd Allah.Cuba kita renungkan sekejap, sifat api adalah panas dan blh membakar apa saja. Tetapi kpd sifat api boleh berubah apabila nabi ibrahim dicampakkan kedlm api,pd saat itu nabi ibrahim blh kesejukan.Adakah disbbkan nabi kekasih Allah?Adakah itu mukjizat nabi?Apakah sifat sebnr bagi api?Adakah kehendak Allah menjadikan begitu? Yg jelasnya semua perkara dtgnya dari Allah,jadi oleh itu Allah ingin melakukan apa saja yg diingininya tanpa sbb atau tanpa syarat tanpa rukun tanpa dan tanpa.......

Apabila sesuatu maksud disandarkan kpd Allah maka menjadi hak Allah utk melaksanakannya. Tdk kira seseorg itu masih dlm kemiskinan,kegagalan,kaya,sihat,sakit,sengsara. Samada dia orang yg dihormati, wali,sahabat,org soleh,org biasa atau sesiapa sahaja.Begitu juga dgn Nabi Adam yg mempunyai maksud baik iaitu mahu menyebarkan agama Allah di atas muka bumi ini dan menyandarkan maksud yg baik itu kpd Allah. Manakala Allah pula menerima maksud tersebut.Setlh Nabi Adam wafat, maksud dan tujuan beliau masih diteruskan dan diambil alih. Allah memerintahkan maksud tersebut dipikul oleh nabi-nabi yg lain sehingga kpd nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Setlh Nabi Muhammad s.a.w wafat ia dipikul pula oleh para ulama,para cendikiawan yg menjd penganti atau pewaris nabi-nabi. Ia tidak akan berhenti selama ada org yg menyeru kpd jalan Allah. Jika dipandang dari segi perjalanan pahala maka boleh dikatakan pahala yg diterima oleh Nabi Adam krn maksud baiknya berjln terus selama agama Allah berkembang dan selagi ada org yg mewarisi dan meneruskan amanah ini.

Hati yg sedar berbeza drpd hati yg lalai. Hati yg sedar sentiasa menginsafi dan berhati-hati akan hakikat kejadiannya pd masa org lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bhw ia dijadikan utk mengabdikan diri kpd Allah sahaja.Taat dan patuh kpd segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan.Hati yg sedar juga menyedari bhw ia akan kembali kpd Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yg tlh dilakukan di dunia.

Hati yang sedar yakin dan benar-benar beriman kpd Allah. Hati yang sedar adalah hati yg gementar terhdp kekuatan Allah , hati yg berman kpd Allah dan hari akhirat serta rukun iman yg lain juga rela mengorbankan segala jiwa dan raga utk perjuangan Islam. Imannya sentiasa menjd pemancar utk setiap amalannya. Apa jua yg dilakukannya hanyalah utk mendpt keredhaanNya. Sentiasa terbayang akan janji-janji Allah dibenaknya yg tidak terpaut dgn dunia dan takut dengan siksaan Allah kelak.

Hati yg lalai membenci dan menentang kebenaran.Redha bersama kebathilan yg ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yg sedar akan sering menjaga personalitinya dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yg sedar akan sering bermunajat dgn Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur.

Jika kita bantu agama ALLAH, Insya ALLAH..ALLAH juga akan membantu kita walaupun pada batinnya kita tidak perasan.Banyakkanlah menyebut namaNYA dan zikru'llah.Moga hati kita akan tenang serta tenteram apabila menyebut namanya..