Thursday, January 28, 2010

BISIKAN HATI-CHANNELING DATA

Pertama sekali saya ingin bercerita sikit tentang kisah apa erkk di dalam blog selayang pandang untuk tontonan umum,harapan saya agar ianya  memberi kebaikan kepada kita bersama. Jadi,setakat ini saya masih tidak dapat menganggap tentang status sebenar blog saya.Apakah agenda besar utk difokuskn blog saya.Oleh itu,pada peringkat ini saya terpaksa membuat title Besar dikepala blog saya "selayang pandang",Memandangkan hasil pengkajian saya dalam arena kehidupan saya serta orang lain terlalu luas untuk dikupas dan diperhalusi,maka disebalik penceritaan setiap ruangan artikel saya ini, Kita serahkan pada takdir allah dan penilaian allah semata-mata....saya berharap mudah-mudahan ianya memberi ketenangan dan keluasan berfikir dan dapat mematangkan daya upaya idea kita untuk terus maju di dunia n akhirat.

    Berdasarkan kepada pengalaman hidup seseorang itu sebenarnya banyak memberi pengajaran disebalik kisah lampau samada pahit manis yang ditempuhi,begitu juga ia dapat memberi sumber inspirasi agar lebih mengenali diri kita sendiri.Pada saya pula,pengalaman yang saya lalui ini agak unik juga walaupun mungkin orang lain pun pernah mengalaminya juga dan mungkin sudah berada diaras level yang tinggi menjulang, mungkin lebih suka disembunyikan.Manakal dipihak saya,diringankan utk berkongsi bersama.

    Sebelum itu Saya ingin menyentuh sikit tentang nabi Muhammad,Beliau merupakan seorang manusia luarbiasa yang BIJAKSANA,JUJUR,AMANAH,BENAR.Sesungguhnya semua makhluk di atas muka dunia mengenali Beliau seadanya dan hampir segenap pelusuk dunia mengetahui status Beliau. Disebalik fakta dan hujah setiap bangsa ingin menegakkan kebenaran mereka contohnya seperti Arab mengatakan merekalah pengasas kebangkitan itu, negara cina, korea bahkan mana-mana negara mahu menjadi pengasas pada kebangkitan itu. Agama lain menanti 'savior' atau 'messiah' atau 'avatar' mereka. orang islam juga menunggu Imam mahdi mereka.Lain agama lain pula bukti yang kukuh daripada kitab suci pegangan mereka.TAPI HAKIKAT KEBENARANNYA TETAP MERUJUK PADA YANG SATU JUGA. Apapun pergolakan,perebutan kuasa,penindasan dan sebagainya tidak akan berhenti selagi tidak berlaku kiamat.Persoalannya, bila?

    Ohya!!!kita kembali kepada kisah hidup saya,Berbangkit pada tajuk dan tujuan saya,ingin menerangkan semula apa itu 'channeling' dan kaitannya dengan sains.Jadi istilah Channeling yang selalu dibincangkan oleh saudara-saudara kita dalam ruangan forum telah terbukti dan ianya memang berlaku dalam hidup saya iaitu Suatu proses yg manusia menjadi medium utk memterjemahkn sesuatu yg bersumber dari sesuatu yg unik, abstrak/halus.

    Ini adalah suatu kajian dan penelitian serta pengesahan saya dlm mengenal dan memahami 'alam melayu islam dan kekuatannya' serta 'keupayaan sebenar manusia' sebagaimana berlaku dalam kehidupan para wali-wali.Berikutan itu juga saya bertanyakan hal luarbiasa yang selalu saya alami,tetapi ramai yang tidak dapat memberi respon apa-apa,melainkan setelah saya berjinak-jinak dlm dunia internet,setiap persoalan mula terjawab kenapa jadi begini dan begitu,saya alami setiap perkara itu dianggap biasa sahaja pada kacamata orang ramai,tapi bagi saya perlu dikemaskini dan untuk disesuaikan dalam kehidupan seharian agar ia tidak lari dari landasan yang sebenarnya.

    Sebelum ini saya tidak mengambil berat perkara ini kerana pada mulanya menganggap bahawa ia adalah suatu keadaan TAKDIR penentu kehidupan iaitu SUATU KEBETULAN@SURATAN.Tambahan pula kesamaan dan keselarasan disebalik kejadian itu memberi 1001 satu makna dan betul apa yang diceritakan oleh mereka yang pernah merasainya.Akhirnya ia menjadi sebati dalam sanubari saya sehinggakan dijadikan satu pegangan yang kukuh untuk berada di atas jalan yang kukuh serta keyakinan yang tinggi.

    Saya tahu, ramai di luar sana menganggap ini semua tahyul dan syirik dan mungkin diluar pemikiran manusia.tapi.....saya begitu yakin apa yg sedang di lakukan ini dan kami ada team mate(sealiran). Kami ada guru masing-masing dan akan ada yang mempertikaikan sekiranya salah tindakan tersebut.

    Perkaitan bukti saintifik dengan kisah hidup saya. Untuk kali ini, saya berjaya meringkaskan dan saya mencari bukti dalam internet melalui rakaman beberapa video mengenai frenquensi, minda dalam sedar,minda bawah sedar,abstrak travel,DNA, RNA, mind power, dan lain-lain.

    Channeling adalah suatu interaksi antara benda berfizikal dgn data yg tersimpan di dlm entiti bersifat halus @ abstrak.Entiti ini blh kita katakan sebagai jin,syaitan, jelmaan,hantu,toyol dan mambang tanah,mambang pulau,mambang bukti dan sebagainya.Manakala rujukan dari landasan pelajaran saya pula adalah melalui bisikan (lintasan hati itu boleh terbentuk melalui bbrpa cara) seperti bisikan malaikat,bisikan syaitan,bisikan jin,bisikan nafsu serta bisikan ketuhanan.Masalahnya ialah bagaimanakah kita dapat membezakan di antara kesemuanya? Maka wajarlah setengah pihak yang menjadi mangsa keadaan seperti mengalami penyakit halusinasi itu tidak dapat mengawal dirinya lalu ia jadi gila disebabkan perkara itu.Ada juga tidak dapat mengawal perasaan disebabkan bisikan nafsunya,ada juga semakin tertekan dengan bisikan syaitan dan macam-macam hal....

    Jika anda mengatakan jin syaitan dan iblis mempunyai keupayaan utk access data dan memberiknnya pd manusia,memang ianya boleh berlaku dengan mudah sekali,kerana makhluk-makhluk seperti mereka itu adalah makhluk yang terawal dan terhebat dan paling kuat beramal berbanding dengan kita sebelum ini.Tapi manusia yang rajin mencari diri dan sudah mengenali dirinya sebaik-baik,maka dia ada kekuatan utk menentang dan berlawan serta berjuang dengan golongan itu seadanya melainkan dengan keizinan allah.

    Telah di riwayatkan bahawa saat kelahiran baginda rasul,perhubungan antara langit dan bumi telah tertutup oleh kerana itulah syaitan tidak mampu lagi untuk mengumpul data.Tapi mereka boleh menganggu sahaja,Jika meraka inginkan data itu,terpaksalh mereka gunakan manusia untuk membuka 'pintu langit'itu,tapi tak sempat nak kumpul,para syaitan ini telah hilang kaki tgnnya @ kepalanya kerana di 'tembak' dgn 'api dr langit' yang datangnya dari power aulia' allah itu.

    "Dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk mendengar berita. tapi sekarang, barangsiapa yang cuba mencuri dengar, tentu akan menjumpai panah api yang membakar".....(surah al-jinn ayat:9)

    Selain itu juga, beberapa prosedur telah di buat sebelum memulakan channeling ini.Anda boleh melakukannya untuk mendapatkan data tersebut melalui cara mengambil wuduk, kalau boleh bersolat sunat,berselawat dan berzikir khusus,dengan cara muraqabah(meditasi) dan ada juga kebiasaannya apabila kita tertekan,lalu kita melakukan solat  hajat memohon jalan terbaik,sesudah itu anda akan mendapat suatu data mengenai cara-cara terbaik untuk dilakukan atau akan dipertemukan kepada seseorang yang boleh dipercayai dan selepas itu anda akan merasai ketenangan yang luarbiasa.Tapi, kalau data itu datangnya dari syaitan juga, agak kebal juga lah syaitan tu ya. 
Hasil Channeling ini kadang kala sesuatu yang di luar akal manusia, tapi hal ini telah di nyatakan di dalam quran tentang 'perkhabaran yang tidak kamu ketahui'. Seandainya perkara itu di ketahui manusia umum, jadi apa kejadahnya semua ini?!UJIANNNNNNNNNNN.....(dipilih allah untuk menaikkan darjat imannya)

    "Bacalah; dengan nama tuhammu yang mencipta. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah; dan tuhammu maha pemurah. yang mengajar dengan qalam. Dia mengajar apa yang tidak di ketahui"(Surah al-alaq ayat:1-5)

    Bagi 'ahli channeling'(ahli-ahli zikir) tentu tahu mengenai surah al-alaq ini berkisarkan kepada apa. Surah ini bukan saja merakam peristiwa surah pertama di turunkan, bahkan lebih dari itu. Iqra selain membawa pergertian baca, tafsir, fikir dan sebagainya, ia juga mengenai 'method ilmu/data itu di turunkan'. Walaubagaimanapun, lain orang lain pula pengalamannya dan lain sifu lain pula penyampaian ilmu,lain amalan lain pula khasiatnya,sudah tentunya semua itu bersumber dari ALLAH yang maha berkuasa juga.

    Saya tahu, akan ada manusia yang berkata begini "macam-macamlah manusia ni....."ada pulak yg berkata:"dari mana datangnya ilmu ini?"arghh...beriman sangat laa sampai leh dapat berita camni?'"ermm copy paste jer tu". Iman atau tidak itu urusan DIA. Orang yang sudah memahami konsep ini "channeling" ini hanya mendapat potensi mungkin dari kepakaran generasi lalu,seperti contoh citer "hideaway".... kebolehan semulajadi atau terpilih,tapi citer itu berkisarkan kebolehan berinteraksi dengan makhluk yang jahat...melalui penggunaan mata batin. Jadi oleh itu,hal ini melibatkan potensi DNA untuk memproses perkara yang datang sebagai frenquensi lalu di terjemahkan pada Akal fikiran,Itu saja.

    Sesiapa juga mampu membuatnya.Tapi ianya boleh bertahan berapa lama dan adakah berakhir dengan jalan baik atau jahat seandainya dalam hidupnya tidak ada sifu yang sentiasa memberi pengajaran kepadanya dan memantau situasinya...sebagaimana kita tengok kisah "adukateruna" sekarang ini...Kehebatan dia dapat berhujah dengan sesiapa sahaja dan berani menampilkan diri serta banyak pendedahan yang dipelajari itu adalah berpandukan ILMU LOJIK SEMATA-MATA telah membawa kepada jalan kerosakan diri sendiri.....oleh kerana dia belum menemui seseorang untuk mengesahkan tuturkatanya serta belum mencari sifu untuk membimbingnya.

    Cuma yang berbezanya ialah antara mahu atau tidak mahu atau believe it or not,Itu saja,tepuk dada tanya hati...buat solat hajat,memohon kepada allah ke mana halatuju hidup sebenarnya....apa-apapun  hidup kita dipaksa memilih antara keduanya...adakah mahu syurga atau neraka,adakah suka memilih jalan kekayaan dgn cara mudah? atau memilih utk hidup miskin?,atau memilih untuk hidup CUKUP APA YG ADA,nak pilih sakit atau sihat....gagal atau berjaya...terserah pada diri sendiri yang membuat pilihan....

    Pada hakikatnya,Saya berpegang pada prinsip "kita semua sama bodoh dan sama cerdik,yg bezanya usaha".Dari segi sainsnya, ia melibatkan potensi quantum fizik serta elemen metafizik.Saya ada deria pengalaman itu lalu bolehlah dikongsi bersama,memandangkan ada seorang dua member kita yang kini berada dalam situasi dilema,mudah-mudahan mereka rajinlah follow my blog...mungkin sedikit sebanyak ia dapat membantu untuk mereka mengesahkan diri mereka serta menambahkan lagi pengukuhan kajian saya dan mereka boleh buat keputusan tersendiri.

    Jika ada yang langsung tidak percaya method interaksi data ini,PERSOALANNYA,Jika method ini tidak wujud dan hanyalah reka-rekaan semata2,kenapa isu 'menurun'di kalangan bomoh @ saka menjadi suatu yang sukar untuk dirawati serta rasuk-merasuk dan projection maya di kawasan-kawasan tertentu terjadi.
Pertanyaan lebih besar ialah, Adakah hanya manusia yang wujud di muka bumi?Adakah semua benda 'mati'?Adakah hanya jin hantu syaitan yang berkuasa untuk menindas manusia?adakah manusia itu lemah.....?

    Jadi,ujikaji ini adalah utk memberitahu pada umum,semua di sekeliling kita yang 'hidup' dan menyimpan 'memori' baik di benak akal atau di dalam potensi DNA atau lebih dari itu.SEmua di sekeliling kita saling berinteraksi.Cuma kita tidak sedarinya kerana kita sengaja memekakkan telinga kita dan membutakan mata kita dgn menipu diri sendiri,mengatakan bahawa manusia adalah keseorangan dan semua adalah hamba pada manusia dan menganggap manusia tidak dapat lari dari kesilapan.....manusia tetap tidak maksum....apa semuanya ini?bagaimana ada di dalam al-quran menyebutkan bahawa ada sesetengah hamba allah itu,syaitan dan jin iblis tidak boleh ganggu dan mendekati mereka.Oleh kerana tahap pemikirannya diperkayakan dengan perkara negatif lalu senanglah dan mudahlah bagi manusia merosakkan alam dan seterusnya membinasakan apa saja di hadapan mereka dan mencari keuntungan melalui kejahatan dan penipuan.

    Manusia kini tidak ubah seperti ya'juj makjuj yg membinasakan apa sj kerana terlepas pandang pada sifat semulajadi dunia yang rakus,tamak,penipuan,penindasan.Selain Channeling,saya juga cuba berinteraksi dengan pokok-pokok yang berada di dimana-mana.Saya juga selalu berbual mesra dengan air....setiap kali ingin mandi,saya minta izin dengan air terlebih dahulu....dan bla bla bla..tidaklah bercakap seorang diri dengan pokok itu, tapi sepanjang perjalanan, saya akan senyum pada pokok itu dan menyentuhnya. Jika rajin, saya ucapkan 'assalamualaikum' Hasilnya, saya seolah-olah mendapat extra energy. Bunyinya kelakar, tapi itulah yang terjadi. Jika tak percaya, silalah cuba. Tapi saya lebih percaya bahawa anda akan berkata "apa kejadahnya aku cuba, gila ke apa?!".

    Jadi, jika itu jawapan anda, sampai mati pun anda akan mempersoalkan setiap perkara yang terjadi di sekeliling anda. Kalau mengikut kata ahli falsafah, 'anda baru saja gagal kerana anda telah gagal sebelum mencuba'.Begitu juga telah berkata imam ibnu sina,pakar perubatan bahawa ilmu sains dan agama tidak boleh dipisahkan....

    Jadi, teori 'semua saling berinteraksi' ini mungkin benar dan chanelling adalah salah satu method yang berhasil dalam membuktikan teori 'semua saling berinteraksi' ini. Ini berdasarkan frenquensi yang saling pantul memantul dan di serap oleh DNA atau RNA pada jasad manusia lalu di olah di otak manusia. Kemudiannya, data itu di olah melalui beberapa method yang telah di sebutkan di dalam artikel CHANNELING ber2.0 seperti mata maya, mimpi, tangan tulis dan lain-lain. Dan jika ini benar, ternyata, seluruh hidup kita ini, sedaya upaya alam cuba memberitahu sesuatu kepada kita. Selain itu juga, saya mendengar khabar bahawa zaman mahdi nanti, segala alat elektronik akan lumpuh. Jika tiada alat-alat komunikasi seperti sekarang, bagaimana anda mahu mendapat berita dari saudara mara yang jauh.

    Bagaimana anda mendapat berita mengenai apa yang telah terjadi di luar negara. Jika saya kata, Channeling adalah caranya, tidak salah bukan?! Apapun, saya tinggalkan anda dengan berfikir dan silalah mencari lagi rahsia disebalik topik ini dengan hati terbuka. Mungkin ini adalah artikel terakhir yang berkisarkan bab CHANNELING ini.

    Andai kata kita sebagai seorang yang rajin memberi khidmat utk agama,jgnlah pula kita memulau atau menyisihkan mereka yang memerlukan bimbingan,janganlah benci kepada mereka yang telah terlanjur dari melakukan perbuatan jahat....sebetulnya mendampingi mereka,memberi nasihat seadanya dan tegurlah dengan cara hikmah....nilai nasihat akan jadi berharga apabila pemberi nasihat itu ada nilai sifat terpuji pd pandangan allah,lalu akan terbentuklah hikmah ke atasnya itu...

    Tapi jika anda bijak memilih bahan bacaan dan sumber untuk menyakinkan diri anda bahawa Channeling memang 'wujud' dan berlaku, makanya teruskanlah dan kini kemaskini dan selalulah update minda anda.....
alhamdulilah, ramai yang telah sedar potensi diri sendiri sebagai MANUSIA... kita tak bergantung pada jin mahupun syaitan untuk mendapat data. Hanya ALLAH sumber kita dan kita telah di berikan cara untuk menerima data itu, tapi kebanyakkannya menipu diri sendiri dan memperlekehkan diri sendiri sebagai manusia. Apa ciptaan terhebat dan sempurna yang telah di nyatakan dalam quran?! Sudah tentu MANUSIA.Kenapa manusia terpilih,kerana manusia yang layak memegang rahsia keagungan allah.

    Penghujungnya hanya ALLAHlah yang maha mengetahui apa yang tersembunyi dan nyata. Malaikat diberikan tugas untuk apa?para nabi dijadikan kerana apa?sahabat-sahabat nabi diangkat martabat mereka demi apa?para wali bertaburan di dunia ditugaskan untuk siapa?Jika ada sesiapa yang ingin memberi komen,persilakan kemukakan dan kita boleh bincang2 untuk menambahkan kemesraan kretiviti idea yang terpendam. Jika ada yang komen dengan ayat yang sungguh 'sedap' di dengar, sesungguhnya manusia ni Macam-macam ada'level' sedang mencari,menambah,mengesahkan,menafikan,memperkemaskini,
dan macam-macamlah.ALLAH maha melihat dan mendengar dan maha mengetahui gerak hati anda.

Tuesday, January 26, 2010

KENAPA PERLU FIKIR KEBELAKANG?


Assalamualaikum...salam bahagia,salam ceria buat sidang ahli ziarah blog semua.Hari ini saya tertarik nak bercerita tentang ANJAKAN PARADIGMA....ORANG YANG BERAKAL..DAN MINDA PENCIPTA. kisah ini sebenarnya tercipta disebabkan semalam saya telah menemui beberapa orang kawan dan dalam beberapa situasi yang berbeza dan masa pun tidak sama....disebalik berbual mesra dengan mereka, saya dapati hasil pemikiran mereka yang saya dapat simpulkan di antara keempat orang yang saya temui itu...

Setiap falsafah hidup manusia,saya rungkaikan bahawa 90% pemikiran manusia lebih suka berfikir dan mengingati kisah-kisah lampau dan suka melihat kebelakang. Kesan,akibat dan risiko yang ditanggung oleh mereka disebabkan kegagalan mereka tempuhi dalam kehidupan...sehinggakan kesukaran dan kegagalan hidup mereka menjadi satu tekanan,satu fobio dan takut untuk mencuba lagi....sedangkan setiap saat dia melalui kehidupannya adalah bermula dari lahir lagi sampailah sekarang pun masih tidak putus-putus dengan risiko hidup.

Contoh senang yang ingin saya ingin bawakan adalah tentang dunia perniagaan...memandangkan trend di malaysia...ramai yang sudah celik mata dan berebut2 peluang untuk mengaut keuntungan di dalam bidang MULTILEVEL MARKETING, dunia perniagaan membina rangkaian, ada diantaranya ramai yang berjaya, ramai yang jadi jutawan dan ramai jugak yang gagal....Oleh kerana setiap bidang yang direbutnya sering menemui kegagalan...setengahnya tertipu,ditipu dan dipaksa untuk menipu...kerana dia tidak tahu bahawa dia tertipu....Akhirnya ia membuat keputusan untuk hidup "CUKUPLAH APA YANG ADA" dan menanamkan pemikiran yang negatif memanjang dalam hidupnya....

Permainan jiwa dalamannya berlagu seperti ini: "Kalau aku masuk bisnes ni...nanti aku akan gagal pula....
nanti aku rugi pulak,isk isk isk...kan aku akan tertipu lak.....lama kan aku akan jadi orang yang terakhir... Adakah syarikat ini boleh bertahan lama?....ada lesen tak syarikat ini?,kerajaan lulus tak syarikat ini?adakah orang lain akan turut menyertainya......dari mana duit syarikat akan dapat bayar bonus?rasanya tiga bulan dah lingkup syarikat ni.......ini menipu ni!!!!alaaa..kalau aku tak join kan, nanti rugi pulak....isk isk isk...adakah orang akan percayakan aku lagi erk?....orang beli ker produk yang mahal mcam ni?.ada tak orang akan akan ikut aku?.....kalau syarikat ni tipu...macamana pula dengan kehidupan aku di dalam masyarakat".......

Anggapan dan andaian seperti inilah yang akan merosakkan jiwa dan hidupnya,tambahan pula dia akan hilang pertimbangan dirinya dan hilang pegangan asas agama yang baik serta akan mencorakkan dirinya dengan sifat- sifat yang buruk(sifat-sifat tercela).Begitu juga keyakinan diri menjadi suram serta tidak ada susun jalur seperti berniat-berdoa-berusaha-bertawakal-redha dengan ketentuan allah serta bergembira menerima keputusan dari kehendak allah samada memberi kebaikan kepadanya atau keburukan....

Andai kata sesebuah negara seperti amerika,jepun,myammar,indonesia yang sering berhadapan dengan BENCANA ALAM Setiap tahun.....tapi adakah negara-negara tersebut MENGHENTIKAN PEMBANGUNAN MEREKA DAN MEMAJUKAN NEGARA MEREKA?Tapi mereka tetap bertahan dan sering berfikir dan mencari jalan sebaik mungkin untuk terus maju......Kalaulah pemikiran Orang-orang yang bukan beragama islam dapat memikirkan perkara-perkara kedepan, kenapa pula kita sebagai seorang islam yang berakal dan mempunyai kekuatan dalaman serta yakin dengan ketentuan allah,tapi ada juga ala-ala ketakutan untuk MAJU?

Memang betullah apa yang dikatakan orang-orang tua dahulu...memikirkan kebelakang itu adalah untuk dijadikan sebagai tauladan dan pedoman dan hidup penuh dengan berhati-hati.......tapi masalahnya,kita Hanya pandai berwaspada akhirnya makan diri sendiri.....mcmanan untuk kita mencipta suatu yg luarbiasa tu???tengok-tengoklah dalam tajuk dibawah yang ada gambar otak.

Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak.....kita Kembali kepada soal risiko. adakah hidup kita tidak perlu menempuh risiko? Sejak hari pertama hendak dilahirkan sudah ada risiko -- antara hidup dan mati.Ada yang berimpian ingin pergi berperang melawan musuh-mush agama dan berharap bahawa dia akan mati syahid...tapi dia Tak mati juga di medan perang, dia boleh mati di rumah.

Macam kisah-kisah pelik yang berlaku di malaysia contohnya mati dalam kemalangan dijalan raya....mati digigit nyamuk...mati disebabkan denggi...Siapa sangka?. Nampaknya risiko ada di mana-mana. Daripada lari ketakutan lebih baik berhadapan. Dalam perkara yang nak diceburi sudah tentu perlu ada persiapan sebelum terjun. Kalau dah tahu tak boleh berenang kenapa terjun tanpa apa-apa alat.

Namun kita tak perlu tunggu  dulu kalau peluang baik dan peluang yang begitu besar dihadapan kita pastu kita tak perlu kena faham, kena khatam semua ilmu dan kena sempurna zahir batin baru kita hendak bermula.. kita tengoklah jutawan2 negara...mcamana perjalanan hidup mereka adakah mereka banyak bertanya dan banyak mencipta alasan........macamana perjalanan hidup wali-wali, nabi-nabi dan alim ulamak...Bagi yang nak tunggu perfect tu biarkan mereka dan yang nak tunggu Hebat serba tahu.

Bagi saya tidak ada apa-apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang sempurna HANYA MILIK ALLAH DAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SESIAPA YANG DIA SAJA SUKA-SUKA NAK PILIH.

Hidup Di dunia semuanya berisiko dan tidak sempurna.Hidup didunia juga penuh dengan Sifat tamak,
keji,hina,jahat,celaru....dan tidak akan hilang sifat semulajadi Dunia dimata manusia.....Hanya orang yang berakal dan berfikiran untuk maju dan kaya dan bahagia saja yang melihat dan terus menerus melangkah demi langkah menongkah arus perdana. Teruskan pendakian. Tak perlu pandang belakang.

Akhir kata saya memetik kata-kata Ringkas dari pemilik blog yang berjiwa besar dan berpengalaman iaitu pensyarah yang saya hormatinya yang bernama md noordin abu bakar,pensyarah USM PULAU PINANG.blognya:http://tquick.blogspot.com/, "minda kaya ialah minda segar yang mencipta peluang. Minda yang mempunyai agenda besar. Minda yang melahirkan idea. Minda yang tidak kenal apa itu risiko. Itulah fitrah kejadian manusia."

Sunday, January 24, 2010

RAHSIA TENAGA BATIN


Rasulullah bersabda:
"Kesembuhan suatu penyakit itu didapati dengan 3 cara iaitu dengan minum madu, dengan berbekam dan membakar dengan besi panas. Tapi aku melarang umatku menggunakan besi panas."(H.R. Bukhari Muslim menerusi ibnu Abbas)

Kehidupan Manusia sebenarnya sentiasa berada dalam pencarian pengembara, perlu mencari jawapan terhadap persoalan diri yang menjadi tanda tanya dan misteri.Di sebalik misteri itulah dirinya dihalang oleh berbagai kejahatan seperti yang diceritakan pada tajuk dibawah itu,Oleh kerana Makhluk berupa jin iblis syaitan lebih mengetahui rahsia kehebatan manusia.Maka manusia yang mudah berputus asa diibaratkan ia hidup seumpama melaluinya dalam suatu teka-teki yang tidak bertepi sehingga ia terus berusaha dengan gigih mengorek dan membongkarkan rahsia dirinya sendiri sebenar, Jadi oleh itu,setelah tuhan melihat kekuatan dan semangat yang utuh manusia untuk mencari diri, lalu tuhan akan memberi ruang kepadanya menemui jawapan secara berperingkat dan terhasillah  ketenangan yang hakiki.

TENAGA DALAMAN adalah suatu medan tenaga elektromagnetik yang wujud disekeliling kehidupan samada manusia, tumbuhan, haiwan dan jisim-jisim. Mempunyai lapisan warna-warna tertentu yang mempengaruhi  tahap perkembangan Mental, Emosional, Fizikal dan Spiritual.

AURA bagi orang sakit dan sihat sangat berbeza. Ia membezakan samada seseorang individu itu terdiri daripada elemen Tanah, Air, Api  atau Angin dan setiap kelahiran manusia pula dapat membezakan tahap kehebatan manusia yang suatu masa akan berkhidmat untuk masyarakat. 

MINDA manusia yang saya bincangkan dalam tajuk di bawah mengenai daya pemikiran yang hebat adalah suatu kurniaan Illahi kepada insan yang unik dan menakjubkan.Dibahagikan kepada Minda Sedar 20% dan Minda Bawah Sedar 80%. Hakikatnya manusia mempunyai keupayaan yang tidak terhad terhadap ruang dan waktu serta jarak.

INNER-POWER merupakan suatu kuasa tenaga dalaman yang sedia wujud di dalam setiap diri manusia. Tenaga yang boleh diaktifkan bagi menguasai minda dan perasaan diri sendiri dan orang lain.Suatu tenaga yang boleh dikemaskini,diupdatekan,di installkan,di scan,di back up,direfresh,diclean kan old file dan sebagainya.

Kuasa Minda  atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA , budaya mengaktifkan aura ini sudah diamalkan oleh masyarakat Indonesia lalu mula kian dibangkitkan semula dalam masyarakat  di Malaysia pula. Adalah penting untuk  mendedahkan fungsi Kuasa Minda atau Mind Power dan tahu bagaimana mengimplementasikan tenaga dalaman ini dalam kehidupan seharian, baik dalam rumah tangga, pejabat, mahupun institusi lain yang berkaitan.

Di negara-negara maju, pendedahan seumpama ini telah lama mendapat perhatian dan dianggap sebagai salah satu ilmu yang amat berkesan bagi melahirkan individu yang mantap fizikal, mental, emosional dan spiritualnya,  dari itu tidak hairanlah mengapa mereka sering dikatakan sebagai masyarakat yang lebih maju ke hadapan dari aspek pembangunan minda, akademik dan sebagainya. Kenapa bangsa melayu islam terkebelakang?

Untuk meningkatkan pengembangan diri, kita perlu mengetahui bagaimana untuk menjana dan meningkatkan potensi diri melalui kaedah Kuasa Minda (Inner Power) bagi membuka minda sedar dan bawah sedar individu sebelum, semasa dan selepas melakukan sebarang tindakan atau melaksanakan sesuatu program.

Ternyata hasil daripada pendedahan ilmu ini telah membawa perubahan yang amat membanggakan bukan sahaja kepada individu yang mengamalkannya, malah juga bermanfaat kepada institusi kekeluargaan, perniagaan dan kewangan serta memantapkan lagi tahap keyakinan dan kebolehan dalam menghadapi sebarang situasi serta cabaran.  

Kebolehan menguasai Kuasa Minda ini mampu membantu  mencemerlangkan potensi diri, kerjaya dan perniagaan  melalui kaedah Kuasa Minda, Tenaga Dalaman atau Inner Power dan Aura, ianya juga  boleh membantu kita mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menjejaskan keupayaan dan kemajuan diri dan cara mengatasinya serta dapat membantu menghancurkan kejahatan syaitan,jin dan iblis.

Keupayaan Kuasa Minda atau Aura ini juga boleh digunakan dalam rawatan alternatif  sama ada bersifat  fizikal, emosional  mahupun spiritual. Insyaallah, dengan kaedah yang betul, seseorang individu yang terlatih boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh, katakanlah, ‘Ruh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit” Ilmu yang sedikit dimata Tuhan adalah bagaikan lautan ilmu tanpa batas dimata manusia. Ruh adalah inti kehidupan.

Ruh adalah energi kekal, energi hidup yang mendiami setiap diri manusia, tidak peduli siapakah dia ?adakah dia seorang yang kaya? Miskin? Sehat?sakit? bahagia ataupun orang penuh penderitaan? Ruh tetap berdiam diri  di dalamnya. Tanpa Ruh manusia hanyalah selonggok daging yang tidak berharga yang akan berubah menjadi bangkai. Sungguh sangat luar biasa keberadaan Ruh dan Ruh inilah yang membuat manusia dapat hidup dan berupaya  mempunyai  nilai. Untuk mengekalkan energi ruh ini dapat dijana berterusan dan semakin mantap dalam diri manusia itu adalah melalui amalan zikir-zikir khusus yang diajarkan oleh sifu masing-masing.

Ruh adalah energi yang berasal  langsung dari Tuhan. Sungguhpun  energi yang luar biasa. Ruh adalah energi suci, maka janganlah engkau kotori Ruhmu dengan perbuatan yang menentang Tuhan. Jadi  dari  mempelajari energi  inti Ruh adalah sentiasa dirinya menjauhkan dari perbuatan yang menentang Tuhan,Tidak dilupakan juga saranan daripada hadis-hadis nabi agar kita semua menerapkan nilai-nilai sifat terpuji dan menghapuskan sifat-sifat tercela.Walaupun pada hakikatnya energi tenaga dalaman suatu fitrah semulajadi ciptaan allah, namun ianya boleh jadi conderm(low batery)seandainya tidak dicas-cas setiap hari berupa niat-doa-amalan- impian-keikhlasan dan kejujuran,ianya boleh jadi mati terus.
.
 Apakah keistimewaan energi Ruh?

1.    Energi Ruh adalah energi yang langsung datang dari  anugerah Allah.
2.    Energi Ruh besifat kekal dan mempunyai kekuatan tanpa batas.
3.    Energi Ruh ada dalam setiap diri manusia.
4.    Energi Ruh adalah energi inti yang dapat merubah nasib/kehidupan.
5.    Energi Ruh mempunyai kekuatan diatas semua energi (Prana, kundalini, Reiki dll)
6.    Energi Ruh dapat mengenalkan kita pada diri sendiri yang sejati

Dapatkah kita mengakses/memperdayakan energi Ruh? Ini adalah pertanyan yang seringkali muncul pada setiap manusia. Jawapannya adalah boleh, walau ilmu tentang Ruh hanya sedikit diberi oleh tuhan. Kini hampir semua pelajaran spiritual baik melalui meditasi, thariqot, yoga, sufi dll, tidak lain adalah untuk menemukan diri sejati  iaitu ruh yang bersemanyang dalam diri.

Manusia sangat menyedari akan pentingnya mengenal ruh sebagai jambatan untuk mengenal nabinya,walinya dan Tuhannya. Energi Inti Ruh Akan mengajarkan kepada kita cara mengenal energi  Ruh dengan metode yang cepat dan sederhana serta memperdayakannya dalam kehidupan sehari-hari. Apa yang akan dicapainya setelah belajar energi inti ruh:

1. Akan dapat memahami diri sejati.

2. Akan dapat mengaktifkan kekuatan tanpa batas: clairvoyance (pewaskitaan), Clairaudience (pendgrn   ghaib), Telepati (perhubungan fikiran, perasaan dll).

3. Akan dapat membantu menyembuhkan orang lain baik penyakit ajaib, mental, spiritual.

4. Akan dapat membuka pintu-pintu kemakmuran.

5. Dan akan banyak lagi keajaiban yang muncul di dalam diri  setelah mempelajari energi  inti ruh Anda Sakit?

Bagaimana dengan kehidupan anda  sekarang ini,adakah mempunyai masalah yang tak dapat diselesaikan ? masalah berlaku halusisasi?masalah saka? atau Orang yang sangat anda cintai sedang menderita?atau Anda Stress,bingung dan tak tahu lagi mesti  kemana berubat? Bila  Anda betul-betul  ingin menyembuhkan diri  Anda sendiri, dan terbebas dari semua problem yang mengganggu kehidupan anda.Berjumpalah dengan orang yang memahami konsep ilmu tasauf atau menanamkan azam yang tinggi untuk berjumpa dengan wali-wali ataupun paling tidak dapat menemui anak-anak murid wali pun sudah memadai.