Saturday, February 6, 2010

KENAPA YAHUDI BIJAK?MELAYU LEMAH?

PELIK LAA...ORANG YAHUDI NI BIJAK DAN PANDAI?
AsSalamualaikum....kembali lagi untuk ruangan terbaru kali ini, saya dapat satu idea selepas mengikuti satu program bisnes untuk menjana pendptn luarbiasa....iaitu DCE,Kebetulan pada satu masa saya berboraklah dengan seorang member, dalam diam-diam saya duk teliti mendengar perbualannya itu,saya dapat merekodkan bahawa dia amat mengagungkan dan menaikkan nama yahudi,bagi pendapatnya bahawa YAHUDI adalah sebuah bangsa yang hebat dan bijak.

Kenapa dia begitu lantang memberanikan dirinya mengatakan bahawa yahudi lagi hebat?..saya pun tertanya-tanya..."apakah rahsianya dan mengapa orang yahudi itu bijak pandai?..dan kebanyakkan orang melayu islam itu bodoh? Pelik....memang pelik kan!!...jadi saya mula ingin mengkaji,kenapa jadi begitu? sebabnya Rata-ratanya manusia ni Mudah lemah tapi ego tinggi..."ahh aku tahulaa kerja aku"kau peduli apa?..aku ada plan....kau jangan nak menyibuk..kau jangan nak nasihat aku...aku tahu apa yg aku buat..."Suatu ungkapan yang biasa kita dengar dari mulut saudara-saudara kita.

Saya harap kali ini kalau siapa-siapa ingin mengetahui rahsianya, mungkin dengan membaca artikel ni..kita boleh membuka mata dan menyedari kelemahan sistem pendidikan dan cara hidup kita....Ada member saya kata hidup kita ada 4 peringkat,pada berumur 25 hingga 35 hidup kita berpegang pada falsafah PANDANGAN,pd umur 35-45 thn hidupnya berpegang pada KHAYALAN,umur 45 -55 thn hidupnya berpegang pada PENGALAMAN dan umur 55 samapi mati berpegang pada KARAMAHNYA(nikmat yang dimilikinya tidak boleh sama dengan org lain, contohnya ada ke patut,orang lelaki yang dah tua bangka,tapi boleh bercinta dan berkahwin dengan seorang wanita yg cantik muda seksi).

Baiklah,berbalik kepada cerita saya tentang YAHUDI,Setiap tahun kita akan mendengar dan melihat bahawa Yahudi bermaharja lela menghentam penduduk dimana berada, samada di Gaza,mencipta berbagai produk,mencipta berbagai teknologi dan berbagai benda lagi yang hebat,kebanyakkan produk ciptaanya hak milik mereka sampaikan tersebar ke seluruh negara,Sebagaimana suntikan kefahaman mereka dalam agama juga dapat dicontrol juga seperti kewujudan golongan wahabi dan fahaman2 lain,tujuannya ialah ingin memecahbelahkan masyarakat islam.Pastu pula masyarakat islam melenting sana-sini dan berbagai cara untuk melawan balik kegiatan YAHUDI,tapi masih tidak berjaya.

Ada sebahagiannya melancarkan promosi dan iklan-iklan dan berita untuk memboikot barang-barang mereka.....usaha dan tindakan yang gigih bagi sesetengah pihak itu,kita mengucapkan terima kasih laa...tetapi sejauhmana ianya memberi kesan......al-maklumlah lain ilmu lain caranya...kita akur aje laa yer....bagi kaum Yahudi,semua negara ingin mereka explorer,termasukkan amerika,Palestin. Walaupun dari segi sejarah memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak.

Terima kasih kepada kerajaan British yg memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi perilaku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta-juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa di dunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil?

Jika kita lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi...ahh,tak payahlah saya huraikan dalam sudut sejarah. Setelah saya memerhati dan mengkaji dan memantau beberapa lama mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk memberi penerangan dan memanfaatkan kepada kita dan generasi akan datang. Janganlah kita hanya pandai mengutuk kaum Yahudi, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israel dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Mengapa Yahudi Bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Kenapa ALLAH memberikan segala-galanya kepada yahudi?Ilmu matematik, sains,boilogi,fizik, dan macam-macamla....Kerajaan malaysia pula berusaha dengan gigih untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berjaya dalam semua dalam lapangan hidup,Sistem pendidikan diberi penekanan dalam bab ilmu matematik,tapi ianya tdk mendatangkan kesan yang baik,kebanyakkannya tetap gagal dan lemah dalam ilmu matematik...berbagai usaha kerajaan dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat bijak mate, contohnya... akhirnya Adi putra sorang jer yang menonjol...dan Apakah ini suatu kebetulan? Atau salah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Sebagaimana gaya hidup masyarakat YAHUDI selalu diamalkan ialah semasa ingin melahirkan zuriat (untuk dapatkan anak yang bijak).Kaum-kaum ibu yg mengandung mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, mereka akan bertindak sering membaca buku,banyak melakukan kerja-kerja amal,banyak buat kerja rumah, ada yang menyanyi,bermain piano,menari dan bla bla bla dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami.

Gaya hidup mereka agak menarik manakala gaya hidup orang melayu pula...contohnya bila seseorang isteri yang mengandung hanya pandai bermanja-manja, tidak boleh buat kerja rumah,nanti penatla, kononnya akan menjejaskan kesihatan anak dalam kandungan, hanya banyak tidur, berpantang itu ini, mudah kecil hati, malas bergerak ke sana sini...akhirnya anak-anak akan jadi apa-apa entah, Minta maaflah yer, kupasan ini saya ketengahkan kerana melihat situasi masyarakat melayu pada hari ini memang macam itu, Lain pula kedudukan masyarakat islam zaman dahulu kala....contohnya cuba kita tengok status mak, nenek kita dulu....mereka rajin bekerja, rajin buat ke hulur ke hilir mencari rezeki.

Semenjak 20 tahun kebelakangan ini,kebanyakan anak-anak dan remaja entah sudah jadi apa?Walaupun mereka berilmu,cerdik dan sudah memiliki sijil, tapi mereka tidak mempunyai sikap yang baik dan macam-macam hal la. Ibubapa duk sakit kepala berdepan dengan perangai anak-anak mereka, sehingga ada yang mendapatkan khidmat bomoh sana-sini untuk dapatkan air tawar, bla bla dan macam-macam lagi usahanya untuk mencorakkan anak-anak menjadi seorang anak yang baik...

Kaum ibubapa tidak sedar disebalik kesan ke atas anak-anaknya berpunca daripada siapa? Adakah anda pernah tengok satu kisah temuramah dalam rancangan televisyen bercerita tentang ibu ADI PUTRA, ibunya bercerita semasa dia mengandungkan adi putra...dia selalu buat kerja amal, buat kerja itu ini dan rajin membaca quran surah maryam.....tengoklah kesan sekarang,hebatnya adi putra....

Sebagai satu contoh ingin saya kongsikan, ada pasangan suami isteri tidak sefahaman dan masing-masing mengabaikan tanggungjawab, macam-macam masalah blh timbul dalam hubungan, lalu bertindaklah diluar kawalan contohnya, sisuami bermain cinta dengan isteri orang, sisuami bermain cinta dengan anak dara orang,si suami melanggan pelacur,sisuami suka buang masa, sisuami banyak melakukan perkara-perkara negatif, suami terlalu panas baran, semua perkara yang isteri lakukan tidak kena dengan kehendak suami seperti masakan tidak sedap,layan tidak cukup dan bla bla bla.

Isteri menggunkan duit yang telah diizinkan oleh suami secara sah pun kena, al-maklumlah kena minta izin dengan suami setiap saat, nilai kasih sayang suami yang ada pada diri suami pula tidak ditonjolkan kepada anak isteri kerana suami memiliki  sikap terlalu serius, suami tidak pandai bergurau senda, suami pula terlalu pentingkan yang hal-hal besar,hal remeh temeh diabaikan, sisuami menganggap dirinya terlalu hebat (dalam hatinya menganggap bahawa dialah RAJA), lalu dia boleh buat sesuka hatilaa.Sehinggakan berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat diselesaikan dalam rumahtangga, ada ketika isterinya memberi sedikit cadangan untuk diterima pakai,namun cadangan itu tidak dihormati dan dimarahi pulak,oleh kerana bagi suami  menganggap isterinya terlalu bodoh dan macam-macam hal lah tidak boleh dibincangkan......apa akan jadi?

Manakala sesetengah sikap si isteri yang jenis suka berleter, suka menangis, beremosi, putus asa, bersikap cemburu, sikap tidak puas hati dgn suami, dayus, mengabaikan layanan kepada suami, si isteri menyediakan keperluan suami dan kelengkapan tapi dalam keadaan tidak ikhlas, terlalu manja, terlalu ego, berlaku curang, jahat mulut, suka memaki hamun suami dari belakang, menceritakan keaiban suami kepada orang-orang lain. Jadi oleh itu, walau apapun berlaku kehidupan mereka masih boleh bertahan lagi,yang hairannya masing-masing keras kepala tapi  sempat lagi menimang beberapa orang anak....akhirnya anak-anak pula tidak sehebat sebaik yang disangkakan kerana suasana rumahtangga hilang keceriaan dan kebahagiaan....... SIAPAKAH YANG BERSALAH DALAM HAL INI?

Seperkara lagi dalam hal pemakanan pula, pasangan suami isteri kaum yahudi menitikberatkan soal makanan yang seimbang, si ibu pula sejak awal mengandung lagi mereka gemar sekali memakan kacang badam,air soya, kurma bersama susu dan untuk menyediakan makanan utama tengahari mereka ialah roti+ikan tanpa kepala +salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.Betul juga apa yang dikatakan oleh rasulullah bahawa kepala ikan ada mengandungi bahan kimia yg tidak sesuai utk dimakan.

Menurut adat orang orang barat dan yahudi juga ketika mengandung menjadi semacam kewajipan untuk kaum ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah kepada anak-anak.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.(Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? tekalah sendiri..!)

Pemakanan anak-anak perlu dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan memakan pil minyak ikan (code oil lever).Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak  Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan  mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak bagi kaum Cina juga bijak dalam ilmu matematik.Kanak-kanak kaum cina boleh menguasai ilmu matematik setaraf dengan kaum yahudi dan mereka jauh berbeza tentang IQ dengan kaum melayu, boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah dapat di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran lain, aktiviti sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut pengkajian memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya di sekolah tinggi (menengah) mereka ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetapi bila diteliti dengan serius ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan diketengahkan ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka sungguh serius tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dan akan menerima hadiah.Adakah anda pernah tengok rancangan MR.TRUMPH di TV3 ?Satu rancangan realiti memilih beberapa orang yang boleh menyelesaikan beberapa rangkaian bisnes dengan berurusan online dengan seluruh dunia dan dalam masa yang sama mereka ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah sambil membaca beberapa keratan ayat-ayat sucinya sambil menggoyangkan kepala mereka, menurutnya ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (Kebiasaan ditimur tengah diamalkan amalan menggoyangkan kepala adalah dari jemaah ahli torikat ketika berzikir), kesannya amat memberangsangkan. begitu juga kita lihat orang orang Jepun, mereka sering menundukkan kepala walaupun ianya sebagai adat.  ada makna disebalik kesan ilmu sains itu.

Bagaimana pula dengan orang orang Jepun yg pandai?Mereka juga bijak juga mencipta teknologi. Adakah ianya suatu kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, Untuk melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg lembab,lemah dan bodoh.sebagaimana budaya merokok di Singapore pada tahun 2005 dititikberatkan. disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Fikir-fikirkanlah.

Friday, February 5, 2010

BERFIKIR SAMBIL MENILIK

Ada orang berfikir kenapa Allah selalu menguji. Apakah ALLAH tidak tahu hasil ujiannya ke atas manusia yang telah diprogramkan sejak azali. Dalam Al-Quran banyak menjelaskan perihal manusia diuji....dan Allah menyebut tujuan Ia menguji adalah untuk mengetahui hambanya yang benar-benar beriman dan yakin dengan keagungan ALLAH. Sesetengah ayat quran tersebut mengambarkan seperti Allah itu lemah sebenarnya adalah tafsiran bagi orang yg jahil..... kerana ayat itu adalah tafsiran manusia biasa. Apabila seseorg dpt mengenal Allah dan mengenal dirinya, maka ia akan fahamlah akan sebenarnya isi tersirat disebalik ayat-ayat tersebut.


Kepada yang ingin mengenal diri memerlukan kepada ketahanan ujian yang berbagai rupa dan setiap saat. Persoalannya bukan atas dasar berjaya atau tidak, tetapi merujuk kepada persoalan keredhaan iaitu saling redha-meredhai(manusia+Allah). Kesabaran dan keikhlasan yang dibentuk oleh sang hamba melalui ujian itulah yang akan membuatnya lbh tabah meneruskan kehidupannya. Ujian tidak akan berakhir selagi jiwa tak mengenal erti tenang, damai, selesa, yakin, rindu dan kasih kepada allah. Kerana jiwa yang tenang tidak akan mengendahkan  lagi kepada kepenatan, kesakitan,kesusahan, kepayahan, ketakutan,keresahan n kerunsingn. Bagi dirinya hanya menganggap semua situasi yang dialaminya itu adalah perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk mencapai keyakinan yang hakiki.


Adakah hidup ini suatu ujian @suatu paksaan @ suatu pilihan @ kebetulan @ suratan? ALLAH menciptakan makhluk dan menghidupkannya dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk, berbagai bangsa, berbagai syariat, agama, pegangan dan kebebasan.Tapi proses perkembangan, kemajuan,kehancuran, kemelesetan, kekejaman tidak akan berhenti selagi dunia ini tidak hancur sehancurnya.Setiap orang melihat dirinya dan melihat di sekelilingnya terdapat byk bilangan. Kehidupan yang bermacam-macam... hingga kita kata ini adalah UJIAN Allah. Ada orang yg akan rasa bertuah setelah dpt melepasi ujian dengan penuh kegembiraan ada pula merasakan sungguh malang hidupnya kerana masih gagal dan buntu untuk melepasi sempadan ujian tersebut.


Yang lucunya dlm  kehidupan manusia, saya telah menilik kesan Ujian yang terkena kepada sesetengah golongan manusia, contohnya seseorg wanita cantik manis berpelajaran tinggi, bersosial, dipenuhi dengan keseronokan dan hampir lupa diri, lalu dia berjinak-jinak ke dalam dunia percintaan dgn seorang lelaki yang dianggapnya blh  menjadi teman hidupnya sampai bila-bila. khayalan itu telah membawa dirinya entah ke mana-mana, padahal wanita itu masih lg belajar,belum bekerja,masih berada dibawah perlindungan ibubapa, tetapi mempunyai angan-angan yg besar untuk mendirikan rumahtangga dan membina sebuah keluarga bahagia. Setelah dia gagal dalam dunia percintaan, hidupnya telah hancur diterjah oleh kekasihnya. Akhirnya ia merana dan berputus asa dalam hidup,lalu dia berbisik dalam hatinya "kenapa tuhan perlakukan begini  kepadaku", "kenapa allah menguji aku begini"...apa salahku"? Apa akan berlaku kepada hidupku akan datang"? macamana aku ingin berdepan dengan masyarakat"?Tengoklah dirinya...tak sedar diri lagi kenapa?


Situasi kedua bagi pasangan suami istri yg hidup dalam kemewahan, ada ramai kenalan,berjawatan tinggi, selalu disanjung tinggi dan dihormati,hidup dipenuhi dengan lakonan,bertindak sebagai vvip yang sopan santun,dalam masa yang sama pasangan itu ada kekurangan kepada tugas tanggungjawab masing-masing. Hal tanggungjawab dalam agama diremehkan, hidup bersosial melebihi batas, sudah bertahun-tahun mrk mendirikan rumahtangga, namun mrk tidak memiliki zuriat, akhirnya berlaku diluar kawalan antara pasangan tersebut menyalahkan antara satu sama lain, hidupnya kembali suram, keseronokan dlm perhubungan pula semakin pudar, hidup mereka dirasakan amat sunyi sepi tanpa orang ketiga,akhirnya mereka berbisik dlm hati mereka sendiri dengan rasa tidak puas hati , "kenapakah tuhan menguji hidup mereka sedemikian rupa?"kenapa mereka dipilih untuk berdepan dengan ujian ini?kenapa tidak orang lain?"


Situasi ketiga bagi pasangan suami istri ini berbeza dengan pasangan di atas. Mereka ini pula yang mulanya dipenuhi dengan kemewahan semata-mata, pasangan mereka diibaratkan macam pasangan sejoli, secocok, standad, bijak,hidup penuh sopan santun, istri selalu dimanjakan, semua yang dikehendaki oleh isterinya pasti ditunaikan, lama kelamaa si isteri sudah lupa siapa dirinya,(tdk berpijak dibumi yg nyata) sudah lupa kepada tanggungjawab untuk melayan dan menjaga suami sebaik mungkin, secara tidak sedar si isteri mula terikut-ikut perangai suami yang malas untuk mendirikan solat, malas berpuasa, malas berzakat, tanpa ribut tanpa hujan mereka juga telah mengabaikan  ibubapa, sering meninggikan suara di hadapan ibubapa, bersikap kasar dengan anak-anak, Ada ketika tu,aktiviti kaum wanita sempat mengisi masa lapang bersama jiran-jiran,saudara mara dan bersantai-santai di petang hari, si isteri  masing-masing sempat beramah mesra asyik bercerita potpat potpet, duk bercerita kebaikan dan keburukan suami dan ada yang tu pula selalu di up up up kan punya up tentang suaminya itu seorang yang baik, pelawak, penyayang,pemurah,sopan,lalu dinisbahkan suami orang lain tidak sehebat suaminya.


Akhirnya  pecahla rahsia bahawa suami yang dipuja-puja itu adalah telah berlaku curang.....pelaminku sudah musnah disebabkan suaminya bermain cinta dengan wanita lain....pastu  suaminya selalu sibuk dengan tugasnya, ada contrak yang belum diselesaikan,selalu isterinya ditinggalkan bagaikan bergantung tidak bertali. Apakah bisikan hati si isteri ketika itu selepas mengetahui aktiviti sebenar sisuaminya, HANCUR....PEDIH... GERAM.. .BENCI..TERLUKA.. "kenapakah aku perlu dpn dengan ujian hidup ini"?kenapa suamiku menduakan aku"? "tergamaknya suami buat begini kepadaku sedangkan aku adalah isteri yang paling baik dan hati bersih"."kalau aku tahu ini akan berlaku, nescaya aku tidak akan berkahwin dengan suamiku?Cubalah kalian semua perhatikan sikap isteri,masih tidak sedar diri kenapa berlaku begitu?


Situasi keempat,seseorang yang berstatus alim,beragama,kemana-mana saja dia pergi,orang akan menghormatinya, dimana-mana tempat orang membuat majlis amal,dia tidak ketinggalan akan dijemput untuk membacakan doa selamat dan macam-macam kepakaran laa diperlukan oleh orang kampung,lama kelamaan dirinya telah hilang dirinya yang sebenar,riak,ego,tamak,rasa dirinya lebih hebat dari orang lain,kemudian entah kenapa,dia boleh tergoda dengan seseorang wanita yang kebetulan berpakaian seksi dan nafsunya tidak tertahan lalu berlakulah terjah menerjah antara mereka,akhirnya berita tersebar dari hasil perzinaan yang dilakukan itu telah meninggalkan benih zuriat tanpa perkahwinan.akhirnya dialah puncanya dan dalam diam dirinya terdetik,kenapakah aku diuji sebegini rupa,kenapa aku terpaksa menangung malu dihadapan orang kampung,untuk apa sebenarnya aku hidup di dunia ini kalau tidak berbakti kepada agama....


Situasi kelima,beberapa orang perempuan yang baru belasan tahun, masih bersekolah, hidupnya penuh dengan kebebasan, suka merayau ke sana-sini,bergedik- gedik seolah-olah tindakan mereka itu memberi ruang untuk membangkitkan ghairah kaum lelaki, hidupnya mahu dipuji berpanjangan,dibelai dan sebagainya, situasi begini disebabkan ibubapanya tidak ada pegangan agama yang baik serta mengabaikan agama, masing-masing berpakat melepaskan tangan untuk membentuk anak-anak menjadi seorang yang baik, ibubapanya tidak menekankan soal pemakaian anak - anak, kemudian terjadilah sesuatu perkara yang tidak dijangka-jangka,sianaknya dirogol beramai-ramai dan didapati anaknya mengandung...apakah bisikan hati ibubapanya..."kenapakah kami diuji sebegini rupa?",manakala si anak pula berfikir,"kenapakah aku dipilih untuk dirogol, kenapa aku diuji begini"?tengoklah manusia.......


Situasi keenam,pasangan suami isteri ini pula hidup dalam ketidaksefahaman, selalu berlaku pergaduhan, semuanya tidak kena,si suami kata kepada istri tidak pandai melayan dan menjaga suamin dengan baik, masakan dan minuman isetri tidak sedap, setiap kebaikan yang dilakukan oleh isteri tidak disanjung dihormati dan dihargai,seandainya berlaku kesilapan dipihak isteri, maka suami akan melenting dan siap naik kaki tangan dan mengungkit bermacam-macam hal, sampaikan melontarkan kuasa cerai kepada isterinya.Ada ketika isterinya melakukan kebaikan, tetapi tetap dianggap suatu kesalahan juga,apabila isteri ingin mempertahankan perkara betul yang dilakukan tetap dibangkang oleh suami, susulan dari itu, hidup mereka dipenuhi dengan kekosongan jiwa.


Kehidupan mereka juga tidak menerapkan unsur lawak jenaka atau bergurau senda bersama keluarga. Tambahan itu pula, ibubapanya diabaikan....nilai kasih sayang tidak ditonjolkan dan tidak melekat dalam hatinya, baginya tidak ada erti untuk dipersembahkan untuk keluarga, apa nak jadi pun jadilah...ia menganggap kalau tuhan ingin mencampakkannya ke neraka pun dia sudah bersedia, apatah lagi untuk berimpian mencapai ke alam syurga...akhirnya berlakulah ujian hidup yang membuatkan dia tidak sedar diri, ada ketika dia jadi kalut, ada kala dia serabut, ada kala dia tidak tahu arah hidupnya, ada kala semua orang tidak hormatinya,adakala orang membencinya,adakala kebaikan yang dilakukannya tidak dihargai....akhirnya dia kalah pada takdir hidup....dia terfikir!!"kenapa sewaktu aku berada dalam kesusahan pada waktu itu,aku dapat melebihkan masa dihadapan allah,setelah aku sudah berada dalam zon selesa,aku tidak sedar yang aku kembali menonjolkan sifat ego, riak, tamak, tidak puas hati, hilang selera makan dan bla bla bla....sakit itu dan sakit ini, aku mula hilang tumpuan untuk mendekatkan diri kepada allah yang telah memberikan kpdku segala-galanya". Jadi nasihat orang lain tidak diperlukan lagi kerana dia memandang dirinya sudah kental,kalis dengan ujian hidup dan tidak apa-apa lagi yang perlu difikirkan hanya menunggu saat mati sahaja.....


Lain pula hal orang begini, pemuda ini dianggap sudah tenggelam dalam kehendak allah, Dia memahami kehendak dirinya sendiri, tidak perlu orang lain untuk memahaminya kerana bagi dia, setiap perbuatannya tidak ada nilai di sisi allah, dia merasakan hidupnya tidak ada tujuan, dia menganggap dirinya hanya untuk membantu orang, bagi dirinya hanya untuk menceriakan keadaan sahaja, buat sesuatu pun tidak ada apa-apa nilai dan erti , tidak melakukan apa-apa pun tetap tidak mendatangkan apa-apa faedah...akhirnya dia beranggapan dan bermain dalam hati nuraninya sendiri "kenapakah aku di uji begini rupa","sedangkan orang lain tidak ada yang melalui proses ujian dalaman seperti dirinya". Dia bagaikan duk berperang dalam hatinya sendiri. Dirinya sudah terjerumus dalam kemaruk cinta dan rindu kepada allah semata-mata,setiap perbuatan yang dilakukan hanya menunggu signal dari allah sahaja.....lalu dia hilang arah tujuan hidup kerana apa lagi ? lalu dia memohon agar dipercepatkan untuk menemui saat kematian.


Jadi oleh itu, cuba kita perhatikan situasi ujian yang dilalui oleh mereka sangat berbeza kedudukan. Di sisi seseorang itu akan menganggap bahawa dirinya sahaja menanggung suatu perasaan yang tidak terperi. Manakala disebalik pandangan Allah pula kepada manusia itu adalah  ingin melihat sejauhmanakah kebergantungan manusia kepada allah serta tahap keyakinan dengan kuasa allah. Hakikat meleburkan diri dan pandang pada satu hakikat Wujud akan memahami erti ujian. Sebenarnya bukan ujian tapi  KEADILAN DAN KEIKHLASAN atas dasar perjanjian dan amanah. Sebab itu Allah ada berkata..."apa yang dilakukan dan diamalkan manusia adalah kembali pada diri manusia itu sendiri"....kalau dia buat baik utk dirinya,kalau buat jahat pun,hanya menzalimi dirinya sendiri.


Kesimpulannya di sini bahawa pengertian UJIAN yang terpaksa dilalui oleh manusia adalah untuk membezakan mereka yang ada nilai keikhlasan diri. Jelasnya, nilai keikhlasan dlm melakukan kebaikan semata-mata kerana  untuk Allah tidak berlaku sama sekali kerana sifat asal manusia ingin mencapai keikhlasan apabila melakukan kejahatan. Mereka boleh mengikhlaskan diri apabila mendapat keseronokan nafsunya seperti mendapat kepujian,kebanggaan,dihormati,disanjungi,diagung-agungkan. Setiap perbuatan jahat itu dianggap baik baginya,disitulah akan timbulnya sebenar-benar keikhlasan KERANA NAFSU,
....sebab nilai keikhlasan dalam amalan kebaikan utk ALLAH  itu akan bercanggah dengan kehendak nafsunya.

Realitinya keikhlasan yang dicari-cari oleh mereka itu tidak ada nilai disisi allah kerana perbuatan kebaikan yang dilakukan itu adalah "buat kerana TERPAKSA".Manakala keikhlasan melakukan perbuatan kejahatan itu adalah kerana KEREDHAAN NAFSU.

Keikhlasan dalam melakukan amalan kebaikan bukan mudah dicapai,kerana KEIKHLASAN yang sebenarnya bukan setakat menqosadkan(niat) dalam hati bahawa amalan itu dilakukan untuk allah semata-mata,tetapi keikhlasan hanya akan tercapai apabila amalan itu dilakukan dalam keadaan MUSYAHADAH.
Apa itu musyahadah?....erm,lain kali laa saya huraikan..


Setiap gerak-geri yang dilakukan sebenarnya beserta dengan kehadiran hati. Masalahnya,macamana ingin melahirkan kehadiran hati? sedangkan pada waktu hatinya dipenuhi dengan karat keduniaan dan nafsu. Jika ingat Allah pun hanya beberapa saat sahaja tidak menyampaikan erti solat. Apakah perasaan kita jika berjalan tanpa pakaian? Mujurlah kera-kera di hutan ada bulu. Jadi tidaklah ia terasa sangat jika tak berpakaian pun.

Sebenarnya, memang payah untuk melontarkan bahasa tentang sesuatu ilmu kerana ahli-ahli pemikir yang taksub dengan fakta ilmunya ditambah lagi dengan jumudnya dan memahami ilmu. Kebanyakan manusia beragama tetapi tidak memahami isi ajaran kitab apatah lagi untuk dihayatinya.Samada kitab taurat dari umat Musa, Injil oleh umat Isa dan Al-Quran untuk  umat nabi Muhammad. Masing-masing ada syariat dan nabinya. Syariat yang banyak dengan tauhid yang satu.
(artikel ini telah diubah suai dari blog asal member saya:http://ateef.blogspot.com/)......


       

Thursday, February 4, 2010

SIAPA MAHU JADI MANUSIA LUARBIASA?

SIAPAKAH MAHU MENCIPTA KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT?

Mahu menjadi manusia yang luarbiasa?mengapa mereka luarbiasa?kenapa wali- wali luarbiasa?kenapa para nabi luarbiasa?kenapa pula sahabat-sahabat boleh turun jadi luarbiasa?

Adakah kita sebagai manusia biasa tidak mampu untuk mencipta dan menjadi manusia yang luarbiasa?adakah dengan menjadi manusia luarbiasa itu memerlukan berbagai-bagai ilmu,berpindah tempat belajar ilmu,memiliki bermacam-macam sijil?atau adakah hidupnya perlu tampil didalam media elektronik media cetak dulu,barulah akan jadi manusia luarbiasa?adakah perlu mahir dalam semua bidang ilmu terlebih dahulu?adalah perlu memiliki rupa yang cantik manis dan ayu dan bercahaya terlebih dahulu?

Pada hakikatnya,ingin mencipta kebolehan diri dan power itu perlu diselidiki sebagaimana yang dilalui dalam kehidupan mereka-mereka dahulu kala.Kerana pada saat ekonomi merosot,org luarbiasa itu lebih berusaha, orang lain melihat kesulitan,mereka melihat kesempatan,orang lain ragu-ragu,mereka percaya dan yakin dengan keagungan allah,orang lain lambat bertindak,mereka lebih cepat untuk bertindak,orang lain melarikan diri,mereka tetap bertahan,orang lain patah semangat,mereka melihat harapan dan pertolongan allah melalui keberkatan mahagurunya dan nikmat sebagai umat rasulullah,orang lain lalai berada dalam kegelapan,mereka selalu melihat cahaya sedang menanti, orang lain merasakan dirinya tidak sempurna,mereka akan menyempurnakan diri untuk melaksanakan secara maksimun mungkin. mereka tidak memikirkan apa orang akan kata.

Kerana dunia selalu akan melakarkan berbagai rupa dan bahasa, buat baik tetap dianggap jahat,manakala buat jahat pun dinilai zalim.....semuanya tidak sempurna melainkan ikhlas mencari diri sendiri.Hidupnya perlu berterima kasih kepada orang yang selalu melukai hatinya kerana dapat memperkuatkan semangat, berterima kasih kepada orang yang pernah menipu kerana dengan penipuan itu mereka menganggap sebagai warna kehidupan, berterima kasih kepada orang yang memarahinya kerana dapat mengingati kelemahan diri dan berterima kasih orang yang menekan diri mereka itu sebagai tanda untuk lebih berdikari.

Apa-apapun mereka merancang secara terperinci dengan langkah-langkah yang harus diambil dan pengorbanan yang dilalui. setiap ujian yang ditempuhi dengan sabar,kuat,bersemangat,berusaha, berdoa, berniat,meneliti pergerakan dirinya berlandaskan kepada kehendak allah atau kehendak syaitan. Akhirnya terciptalah suatu SUPERPOWER dalam hidupnya......sekian terima kasih.

MANUSIA MUDAH LEMAH?TAPI ADA EGO KE?.


Mereka yang GAGAL DUNIA DAN AKHIRAT,Mereka yang mudah lemah adalah mereka yang hanya pandai memberi alasan.Hidup dipenuhi dengan keegoan yang tinggi,tidak boleh menerima nasihat dan kaya dengan berbagai alasan.Terlalu mudah membuat keputusan negatif sebelum bertindak terlalu memikirkan akibat buruk.

Manakala mereka yang BERJAYA adalah mereka yang pandai mencari penyelesaian,mengintai peluang, memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan dan melihat segala kesempitan sebagai kesempatan.

Jadi pilihlah samada anda ingin menjadi orang yang hanya pandai memberi alasan, atau kuat berusaha menyelesaikan diri sendiri dan membantu menyelesaikan masalah orang lain...Ingat!Kita pasti tidak akan berjaya jika sering memberikan pelbagai alasan.Habis,Mengapa masih perlu dan mahu cakap itu dan ini, Mengapa masih beri pelbagai alasan demi alasan,Jika hadapi masalah, tak usahlah sibuk memberi sebab dan alasan. Tetapi fokus dan teruskanlah mencari penyelesaian...Itulah tanda orang berjaya...Tahukah anda, ada 3 sebab utama mengapa kita mundur dan tidak berjaya.Dahla kita fikir negatif, bagi pula macam-macam alasan...Lepas tu MALAS pulak.

Akhirnya apa yang dia tahu,KENAPA AKU WUJUD DI DUNIA INI?KENAPA AKU TERPAKSA MENANGGUNG BEBAN INI?KALAULAH AKU TAHU HAL INI BERLAKU,AKU TAKKAN MEMILIHNYA?.......

Apa ni? sudah hilang pedoman hidup dengan menyuarakan persoalan macam-macam apa ntah....Kalau macam itu hal kita,maka selesailah situasi bahawa  kita selesa berada dalam zon itu dan habislah cerita, macamana nak maju?

Semoga saya dan tuan puan semua dapat mengikis dan mengubah cara berfikir dan bertindak mengikut kehendak islam yang sebenar begitu juga tiga sifat tabiat buruk yang disebutkan tadi.Amin.....berikanlah kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini.

TIADA SIAPA YANG PAKSA KITA UNTUK JADI SUSAH, SEDANGKAN KITA BOLEH SENANG DENGAN MEMBERI PELUANG PADA DIRI KITA SENDIRI.Anda Tidak Perlu "PERFECT" untuk jadi JUTAWAN !!!PELUANG telah terbentang di depan mata, terpulang kepada kebijaksaan anda untuk membuat PILIHAN...

Akhir sekali anda bacalah tiga kali kunci kata ini:

"AKU PERCAYA KPD KEBOLEHAN AKU!!!AKU PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN AKU!!!!
AKU TIDAK AKAN MEMBANDINGKAN KEKURANGANKU DGN KELEBIHAN ORG LAIN!!
AKU SEDAR"AKU ADALAH JUARA"."AKU ADALAH JUARA"."AKU ADALAH JUARA"
MEMANG ADA ORANG ATAU SITUASI YANG AKAN MENGHALANGKU TETAPI AKU TAHU PENGHALANG YANG TERBESAR ADALAH DIRIKU SENDIRI.......3X

JAGA HATI JAGA AKAL

Salam ziarah salam ukhwah kepada sidang pelawat blog sekelian,malam ini saya tertarik untuk menceritakan tentang jaga hati dan perasaan ketika berfikir dan minda berhati-hati berfikir perkara-perkara positif.Dalam kehidupan seharian, kita selalu diajar untuk mengendalikan fikiran negatif dan ketakutan kita. Para Motivatasi terkenal dimalaysia selalu menganjurkan kurusus dan mengenakan bayaran yang begitu tinggi. Didalam majlisnya sering menganjurkan utk melawan habis-habisan fikiran negatif(Kuasa pemusnah ) ini dan mengajar anda untuk berfikiran positif ( Kuasa kehidupan ).

Manusia itu merupakan makluk yang unik, pada sesetengah orang menggunakan cara berfikir yang positif 22%(minda dalam sedar) dapat membantu dan pada orang yang lain pula ianya berpotensi 88% menimbulkan konflik batin(minda bawah sedar).Kenapa berfikir Positif ini mempunyai kesan sampingan yang sangat tinggi?

Masalahnya sekarang ini,manusia tetap tewas untuk mencipta kuasa minda yang positif sedangkan ia juga dapat memberikan kehebatan pada dirinya. Mereka mudah lemah tapi ada sikap ego yang tinggi.

Tenaga batin (Energy) yang ditekan secara paksa tanpa persetujuan minda bawah sedar, akan menekan kita kembali dengan kekuatan yang sama sewaktu ditekan. Contohnya kita akan cuba memaksa diri anda untuk bersolat,tanpa ikhlas, tanpa rasa gembira,rasa bersalah,tanpa rasa tanggungjawab,tanpa kerana allah, tapi hati tidak ingin bersolat.Bagaimana kekuatan yang anda gunakan utk bersolat, sekuat itu juga kekuatan yang digunakan untuk menekan anda kembali.Walaupun pada hakikatnya semua manusia yang sejahil manapun tahu akibat disebalik tindakan itu,ianya sudah maklum bahawa dengan malas untuk melakukan solat hukumnya berdosa dan balasannya masuk neraka.Sudah berapa ramai kenalan, sahabat,saudara mara menasihatinya utk menjaga waktu solat, tapi ia tetap berdegil....so,dia tidak sedar lagi dan dia rasakan allah itu maha penerima taubat dan dia belum terhantuk lagi dengan ujian hidup,Akhirnya dia tetap bertahan mengikut rentak nafsunya.....

jadi lupakanlah dan dia sudah menantikan suatu musibah yang paling besar dulu untuk dia berubah. selamat menghadapi ujian bakal tiba kepada tuan punya badan
Fikiran negatif terdiri daripada rasa ketakutan,rasa bersalah pada diri sendiri,rasa terhina tidak bertempat,rasa rendah diri sehinggakan sanggup orang lain memijak kepalanya.Sebenarnya ia tidak hilang begitu saja. Dia terpendam pada alam bawah sedar. Ketika kekuatan Berfikir Positif kerkulai lemah perasaan nagetif itu akan muncul kembali,situasi ini akan berlaku setiap jam,sekiranya ia tidak menjana jiwanya melalui amalan zikir, semesti kedudukan akan hilang semangat diri untuk hidup.

Sebenarnya kita sudah tersalah dan tersesat untuk menggunakan module berfikir positif ini, mudah diserang stress, tekanan perasaan dan Spritual Deficit Disoder (SDD). SDD terjadi ketika seseorang berkeinginan sangat untuk menjadi orang yang lebih baik.Tetapi “disconneted” dengan perasaan yang sering dia tekan,Keinginan untuk berjaya selalu mendorongnya untuk berfikir positif, walaupun perasaanya tidak merasa selesa, nyaman, tidak percaya diri, resah gelisah dan sebagainya.Akhirnya berbagai jenis penyakit yang terpaksa dia hadapi seperti kencing manis,darah tinggi,darah rendah dan sebagainya.

Jeritan batin yang tidak selesa tersebut tidak lagi di hiraukan,jadi terus menerus kita perlu mencari seseorang untuk membatu kita cara berfikir yang wajar dan sesuai dgn kehendak penerimaan otak kita,berusaha berfikiran secara positif. Sudah tentu apa yang anda perolehi adalah stress, kerana anda telah berfikiran positif terus menerus tetapi hasilnya Zero. Sekiranya anda berhasil mendapatkan apa yang anda inginkan. Anda tidak dapat menikmati kehidupan anda dengan lebih tenang. Hidup anda menjadi tidak seimbang, sedangkan kebahagiaan hanya dapat diperolehi dalam pakej yang seimbang.

Apa-apa pun dengan niat,perancangan,usaha,berdoa,berharap,tawakal,ikhlas, jujur pada diri sendiri dan bersedia menerima keputusannya samada baik atau buruk kerana hidup kita terikat dengan KEIZINAN ALLAH SEMATA-MATA.

Sehebat mana pun kita,sekuat mana pun power kita....andainya allah tidak mengizinkan untuk kearah itu,maka kita terpaksa akur dengan rasa gembira dari ketentuan allah.

Situasi inilah memperjelaskan kepada kita kenapa orang yang kaya raya sentiasa berada dalam kegelisahan.Kenapa orang yang miskin raya pula sentiasa hidup dalam tidak berpuas hati.Ini menunjukkan keseimbangan diatara dunia akhirat tidak berjalan dengan adil lalu Hidup mereka sudah cukup dengan limpahan harta tapi jiwa mereka tetap merasa miskin sehingga sanggup melakukan rasuah, baik rasuah dalam bentuk wang atau berbau seks.

Untuk pengetahuan kita semua,isu rasuah tetap rasuah tidak boleh ditakrifkan sebagai sedekah. Dalam konsep berfikiran positif, seseorang yang ingin kaya harus tanam dalam fikiranya. Dia harus memperbesarkan keinginanya untuk menjadi kaya. Tanpa mengambil kira jurang yang terjadi antara fikiran “ INGIN KAYA” dan perasaan “MISKIN” yang semakin kuat. Konsep ini mengabaikan betapa pentingnya memerhatikan perasaan kita disaat kita berfikir.

Software Incompatibility:

Dalam istilah bahasa komputer yang sering kita gunakan setiap hari juga memberi kesan juga kepada tubuh badan kita dan membuktikan suati proses sistem yang tuhan cipta kepada kita hampir sama, masalah ini disebut sebagai Software Incompatibility Issue, iaitu terganggunya kinerja sebuah komputer akibat perisian yang tidak sesuai antara satu sama lain. Jika dipaksa bekerja, maka komputer akan mengalami crash atau hang up,mungkin sistem pening mencari perisian yang sudah diproseskan dalam memory asal dan akhirnya error lalu tidak dapat beroperasi lagi.Kemungkinan software yang kita dapatkan itu sudah expired date,atau ianya barang yang lama.

Dalam berfikiran positif ada dua pekara yang harus kita perhatikan. Iaitu dua jenis bentuk fikiran yang saling bertentangan dan dipaksa untuk bekerjasama ( timbulnya konflik dalaman ). Ketika seseorang berfikir dengan penuh kesedaran bahawa saya “ingin menjadi kaya” Ketika itu juga bawah sedar mula berkerja dan mengatakan “saya miskin” (sebab itulah saya perlu jadi kaya kerana sekarang saya orang miskin) Itulah hakikat alam bawah sedar yang berlaku bila anda ingin kaya.

Semakin kuat kita mengatakan “AKU INGIN KAYA”,“AKU INGIN KAYA” atau sebagainya. Semakin kuat juga alam bawah sedar “MENJERIT” saya masih lagi miskin sebab itu saya harus jadi kaya. Ingat kekuatan alam bawah sedar 88% lebih kuat dari alam sedar kita. Oleh kerana alam bawah sedar mempunyai kekuatan 88% berbanding 12% alam sedar maka . Fikiran alam bawah sedar sentiasa dominasi dalam kehidupan manusia.

Doa yang diiringi antara fikiran dan perasaan agar dimakbulkan Allah tidak mencukupi sesungguhnya ia mempunyai perkaitan antara alam rohani dan jasmani kena seiringan. Jadi oleh itu, Jeritan hati bawah sedar itulah yang akan merakamkan dalam kehidupan manusia dari proses awal pandangan-khayalan-merasai dari pengalaman dan barulah wujudnya suatu karamah dirinya.

Berfikiran positif ditanam dalam kehidupan kita hanya mempunyai kekuatan 12%. Bagaimana kita berupaya untuk berfikiran positif sedangkan 88% di alam bawah sedar kita masih mempunyai negatif.Pasti tindakan kita menjadi nagetif kembali.Ikhlaskan diri kita dengan perasaan yang redha tidak ada penciptaan Allah yang sia-sia, pasti kita perlu mempunyai fikiran yang “positif dalam positif”

Menurut kajian dan kefahaman saya dalam ilmu yang saya pelajari bahawa hati manusia sentiasa berubah-rubah setiap hari sebanyak 70,000 kali. lalu diterjemahkan oleh akal Manusia memiliki 70,000 fikiran setiap hari. Dapatkah anda bayangkan betapa sulitnya untuk membuat andaian pemikiran manusia yang ada disekeliling kita,bagaimana pula allah ciptakan binatang tidak mempunyai kemampuan utk berfikir,binatang hanya tahu makan dan berak sahaja.Jika anda dapat menyatukan dan menguasai fikiran kita dengan fikiran orang lain,kita pasti dapat “POSITIF dalam POSITIF”.

Dengan sebab inilah saya mencipta satu artikel berbentuk fikiran manusia.Sekarang marilah kita membuat sebuah kesimpulan kenapa kita harus berhati-hati dalam berfikiran positif.

Sifat fikiran yang abstrak, anda tidak menyedari bahawa fikiran positif dilahirkan dari perasaan yang negatif, merupakan sebuah getaran tenaga yang lebih tinggi dan halus dari fikiran. Fikiran positif ada manfaat 12% kepada sesetengah orang dan 88% bagi orang lain merupakan sebuah “resepi kejayaan” yang keliru.

Perasaan negatif muncul dari dalam hati lebih kepada perasaan. Apa alasan saya untuk mengatakan demikian. Bila kita duduk bersela betul dan menegakkan belakang kita,tidak bergerak, tidak ada fikiran lain hanya membaca zikir-zikir khusus...(sebuah rahsia meditasi yang belum terungkap).Bila kita berfikir untuk pergi kemekah atau kemana-mana anda suka ( minda sedar kita mula bekerja ),tapi masih belum bertindak untuk terbang ke,menaiki kereta ker,menaiki kapal terbang ker,

Apabila anda mula bertindak maka disinilah minda bawah sedar anda memproses data yang diterima oleh akal tapi bila persaaan dari hati kita menyatu dalam tindakan kita, maka di sini peranan energy yang lebih tinggi menyertai kita dalam setiap tindakan. Hasilnya setiap tindakan dalam fikiran yang positif harus bermula dari hati dan perasaan yang positif.

Bukan dari fikiran yang positif ( hanya berlaku 88% orang sahaja ). Bila kita terlalu fokus dengan cara pandang barat anda akan fokus pada fikiran,sehingga kita akan lupa bahawa Islam mempunyai cara pandang yang sangat berbeza.

Ketika kita berusaha berfikiran positif, secara tidak sedar kita telah “memusuhi, tidak suka dan benci” pada sebahagian dari diri sendiri. Sedangkan kita faham bahawa diri kita merupakan tajali(dipecahkan benteng kuasa yang datang dari allah),jika kita membenci sifatnya kita cenderung menanam bibit kebencian pada pencipta sifatnya.

Hukum alam pula mengatakan jika kita menanam kebencian dan bersikap acuh tak acuh kepada suruhan allah, maka kita juga akan menarik dan menempah satu tiket kebencian ke dalam diri. Kesanya kita tidak lagi menghargai diri sendiri dan jangan harap orang lain akan menghargai diri kita. Salah satu pakej kekayaan adalah jaringan persahabatan,jaringan kasih sayang kepada keluarga, apakah dapat membina jaringan perhubungan yang kukuh jika dalam diri kita ada bibit kebencian pada diri anda sendiri.

CERITA APA NI?


       Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi…. aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

       Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

       Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

       Aaaaa!!!!… Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

       Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya

       Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

       Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

       Hamba Allah tu kata, “Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.” kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah….

Cuba kita renung sekejap:

Madu… madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah kiasan kepada nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.Pastu pula,bila kita banyak melakukan kejahatan semestinya kita akan mengikhlaskan diri untuk itu kerana nikmatnya,kalau ingin melakukan kebaikan kerana allah,nilai ikhlas bagi dirinya tidak timbul, sememangnya apa yang dilakukan adalah kerana apa-apa ntah la....kerana mudah-mudahan dapat claime dari allah,dpt masuk syurga, dapat apa-apa kot.Begitu juga contohnya kepada nilai ikhlas yang dicipta dipelakunya dalam hal kejahatan seperti rasa lazat dengan selera nafsu,rasa puas hati bila menunjuk-nunjukkan sesuatu hak miliknya yang luarbiasa dari orang lain, rasa tenang bila dapat membanggakan dirinya,rasa sedapp dan manis bila bersikap dalam situasi  riak,ego,takabur...Astaghfirullah.....saya pun naik hairan...kenapa manusia suka begini erk????


-Kiasan disebalik cerita yang tiada penghujungnya itu adalah suatu gmbran,Kalau semua nak tahu …si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

-2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

-Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

-Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.




Sunday, January 31, 2010

ILMU ORANG TAK NAMPAK

Assalamualaikum......hari ini saya rasa nk santai-santai jer dalam ruangan ini bercerita tentang SUATU ILMU ORANG TAK NAMPAK.....heheheh, kalau dalam bahasa rasmi ialah Ilmu ghaib. Bukan kita nak ghaib kemana-mana,cuma nk sentuh skit jer...sebab dalam rukun iman menyarankan kepada seluruh umat islam mempercayainya dan yakin dengan kewujudan ilmu ghaib.....jadi oleh itu,kisah yang dipaparkan dalam al-quran mengenai saidina musa diarahkan oleh allah untuk mempelajari suatu ilmu ghaib dengan saidina khidir....sedangkan kalau berfikir secara lojik,bagaimana seorang nabi dan rasul boleh belajar ilmu dengan seseorang yang berdarjat wali...

         Maka di sinilah rahsia yang ingin dikupaskan bahawa bukan semua nabi,rasul,sahabat,orang alim,
ulamak,orang soleh yang dapat mengetahui rahsia disebalik ilmu ghaib itu...hanya allah sahaja yang akan memberikan kelebihan itu utk kebaikan bersama.Jadi oleh itu kita sebagai manusia biasa perlu merenung dan menghayati disebalik kisah ini adakah ianya memberi keuntungan kepada kita ataupun rugi.Macamana pula ianya boleh berlaku sepanjang masa? Subjek yang menjadi kegemaran saya selain daripada subjek sains minda dan subjek pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib yang saya minat juga seperti ilmu bidang bio-energi atau terapi energi manakala bagi pengkhususan blog saya tertumpukan kepada ilmu metafizik.

      Sebenarnya, artikel dalam blog saya ini lebih banyak menyentuh juga tentang metafizik,ilmu dalaman, tentang terapi energi dan setiap kalinya saya mesti menyentuh juga dari sudut sains.Kalau anda pernah membaca artikel awal di blog ini , anda pasti tahu subjek ini kerap saya tulis walau dalam nada yang ringan sahaja.

     Tentang apakah yang menariknya memahami bidang bio-energi ini.Sebabnya,dua tiga hari lepas ada member saya menghantarkan sms meminta untuk belajar ilmu energi ini.Bagi saya diluar sana banyak menganjurkan kursus untuk belajar ilmu itu,tapi baginya ia lebih suka kepada tabletalk menjimatkan masa dan tempat serta ongkosnya.Tambahan pula semangat saya untuk tuliskan bab ini semata-mata kerana dia. Jadi buku-buku yang diterbitkan juga amat banyak membincangkan bab ILMU GHAIB.Nak buat macamana kita ni,lain orang citarasa dan keinginannya.

    Sebenarnya,buku The Secret adalah buku yang membicarakan tentang ilmu energi. minat membaca buku itu yang malasnya...begitu juga ruangan blog, buku Michael Losier “The Law of Attraction” juga adalah tentang ilmu metafizik iaitu ilmu energi. Tambahan pula subjek feng shhui seperti buku aliran Lillian Too juga sebenarnya sains energi yang menjadi tabiat semulajadi manusia  Berapa ramai yang tahu, ratusan perguruan tenaga dalam yang “tumbuh bak cendawa selepas hujan” pada awal tahun 90an juga adalah penuh dengan elemen ilmu energi? Kerana itu pukulan jarak jauh hanya berkesan jika musuh juga beremosi.

    Ramai juga yang tidak tahu terapi “mandi bunga” juga adalah dari aliran terapi energi.Sebagaimana yang diamalkan sesetengah pakar bomoh yang menyuruh pesakitnya mandi bunga yang dipilihnya.Kerana itu jika kita faham tentang ilmu energi itu baru ada penjelasan kenapa ritual@terapi tersebut memerlukan tujuh jenis bunga.Tapi kenapa dengan 7 jenis bunga erk??? Tidaklah nanti kita hanya menerima tanpa mengetahui sains di sebalik ritual atau terapi tersebut.

     Bagi peminat batu-batu cincin Kristal atau peminat batu-batu hikmat yang banyak dijual sehingga berharga beribu-ribu ringgit mungkin kerana telah “diisi” oleh “paranormal” atau tokoh-tokoh energi untuk tujuan yang pelbagai seperti tarik rezeki, pengasih, dan sebagainya juga perlu mengetahui bahawa memakai cincin tersebut adalah satu kaedah terapi energi atau bio energi.Sekarang ini pun sudah banyak tersebarnya blog,saudara-saudara kita menjana perniagaan dengan cara ini melalui blog.

    Kepada orang yang minat cincin teras kayu juga sebenarnya terdapat unsur-unsur penerangan ilmu energi disebalik “ke-magis-an” yang dikatakan dimiliki oleh sesuatu teras kayu atau azimat tersebut. Malahan ramai orang tidak tahu kenapa ada sesetengah tempat yang agak “keramat”; yang dikatakan agak sesuai untuk tujuan-tujuan meditasi dan kenapa tempat-tempat yang tertentu seperti laut, air terjun , gua dan lain-lain sangat mujarab untuk tujuan mendapat ilmu ghaib.Tempat itu juga banyak menghasilkan ION NEGATIF.

    Tradisi dan budaya mahupun ritual yang kita diamalkan dalam semua bangsa dan agama memang diterima pakai semenjak zaman dahulu kala lagi,hingga kini tidak difahami secara saintifik (walaupun ia kelihatan sangat metafizik) tetapi sebenarnya boleh dikupas dan diterangkan secara ilmiah apabila kita memahami ilmu energi.

    Kadang kala saya terkejut juga dengan sesetengah orang mencela,memaki dan menuduh yang bukan- bukan apabila masyarakat mudah membuat penilaian pada ilmu energi atau terapi energi yang MEREKA tidak FAHAMI atau KENALI kerana pada asalnya bagi mereka tidak dapat diterima oleh akal apatah lagi hati untuk menerimanya.Di sebaliknya mereka sendiri mengamalkan pelbagai budaya dan amalan yang dibawa oleh datuk nenek kita yang masih bersifat tahyul dan khurafat malahan boleh merosakkan akidah jika tidak difahami dan hanya menerima dan mempercayainya bulat-bulat.

    Kedudukan sekarang,usahlah terlalu cepat melenting bila kita melihat sesuatu perkara yang berlaku dipersekitaran kita,Lebih baik kita hanya berdiam diri sahaja.Itulah cara yang lebih selamat kerana sedikit sebanyak dapat dosa apabila berburuk sangka dengan semua perkara. Jadi situasi sekarang ini saya ingin cuba singkap sedutan akhbar-akhbar tabloid tertentu yang banyak mempromosikan ritual yang mistikal dan mereka sendiri tidak faham apakah penjelasan yang mereka boleh terangkan pada setiap ritual yang mereka lakukan.

    Di dalam dunia dialam bidang ilmu bio-energi atau terapi energi, terdapat pelbagai kaedah dan aliran yang kita boleh pelajari dan gunakan dalam kehidupan setiap hari. Yang penting kita kena tahu dan mendalami secara asas pekara yang kita ingin pelajari. Terdapat pelbagai perguruan dan sekolah yang menawarkan ilmu ini. Ada yang ditawarkan secara instant dan ada yang berbentuk kelas yang lengkap.

    Sebagai seorang pengamal terapi energy; baik dari aliran chakra mahupun meridian seperti Reiki, Perguruan Tenaga Dalam, RES56, EFT sehingga kepada moden terapi energy seperti radionics dan terapi frekuansi- untuk mendalami ilmu energi ini perlu kesabaran yang tinggi dan ujian yang mendatang pula berbagai rupa,untuk mendapatkan pengesahan dari gurunya yang ikhlas dan benar-benar ingin memakmurkan ilmu itu sendiri atau adakah gurunya bersedia menanggung kekuatan dan kelemahan anak muridnya.

    Pada saya dengan mempelajari ilmu energi ini bukan untuk menjadi tabib,tok bomoh,tukang ubat,orang biasa menjadi luar biasa cepat dan sebagainya sahaja. Ia lebih luas dari itu. Tetapi hanya mereka yang benar-benar yang terlibat sahaja yang akan memahaminya.Ia juga bukan sekadar attunement, pengijazahan, transfer, penbangkitan, abhiseka, shaktipat , channeling dan pelbagai lagi bahasa metafiziknya yang tidak difahami oleh peminat yang ingin belajar.

    Kalau Di barat dan lain-lain negara,mereka boleh berbuat sesuka hati samada ingin menjual semua produk ilmu itu. Kerana bagi mereka adalah sangat bebas dari segi pegangan dan kepercayaan. Kita sebagai orang islam melayu tidak boleh mengenepikan tanggungjawab pada akidah dan iman yang dianuti. Jika kita tidak menerangkan ilmu energi ini secara ilmu, maklumat dan ilmiah, dikuatiri ia mendatangkan kerosakan pada pegangan diri pengamal yang baru itu.Malahan mereka yang kurang faham ini akan sukar untuk menjawab soalan dari masyarakat luar yang suka “melabel” tanpa memahami sesuatu ilmu.

    Saya rasa ramai diluar sana sudah hebat dan ada juga yang ingin menjadi “luar biasa” hebat akan tertarik apabila membaca ilmu yang ditawarkan. Maka, jika anda berminat sudah tentu anda perlu mendalami dahulu dan bertanya pada mereka yang faham sebelum membuat keputusan. Pada saya, Ilmu bio energy ini sedang berkembang dengan lebih positif. Jika dahulu ia banyak di gunakan untuk masalah penyembuhan fizikal dan masalah kerohanian yang tertentu,

    Tapi pada hari ini terapi energi telah mula bercambah dalam bidang psikologi. Masalah kehidupan seperti hilang keyakinan diri,masalah kemiskinan,masalah dalam hubungan,masalah dalam perniagaan dan sebagainya sudah boleh diatasi dengan mengunakan terapi energi. Jika dahulu, bila dikatakan ilmu ghaib sahaja sudah terbayangkan mahu jadi kebal,ilmu berdamping dengan jin,ilmu kebatinan,pukulan jarak jauh, ilmu jurus, patahkan besi,makan kaca,makan macam-macam benda pun tidak ada kesan apa-apa dan sebaginya.

    Hari ini saya gembira memberitahu, ilmu ghaib juga boleh kita gunakan untuk mencapai impian kita, mencapai kejayaan dalam bisnes kita, menarik kekayaan datang dalam kehidupan kita, menjadikan kita gembira dan makmur selalu.bagaimana bidang psikologi , motivasi dan terapi energy di gabungkan dan menghasilkan satu FENOMENA baru dalam industri pembangunan diri manusia lalu dijadikan satu perniagaan besar.

    Ilmu ghaib bukan sekadar para mistik dan diajar di tempat-tempat yang tertutup tetapi ilmu ghaib kini melangkaui skop yang lebih luas dan lebih kedepan...Sekurang-kurangnya kita telah mula membuat satu anjakan pradigma atau menukar mindset kita di dalam bidang ilmu energy ini...