Thursday, June 3, 2010

APA CERITA NI?


    Ramai orang menunggu-nunggu peluang. Pada zaman skrg ni byk perkara yg berlaku,zaman dah berubah dunia dah maju.Jadi sekarang ini sudah menjadi sebilangan kecil kpd sebahagian besar yang mencarinya. Tersangat sedikit daripada bilangan yang kecil itu berusaha mencipta peluang. Apa kedudukan anda?

    Tanpa disedari saya meneliti dan mengkaji serta memerhatikan banyak kes yang berlaku secara luaran mahupun yg dalaman.Saya telah menghabiskan hampir 20 tahun menunggu dan mencari jawapan yang lojik serta munasabah utk diterjemahkan di dalam kehidupan. Apa yang ditunggu pun tidak jelas. Untung sabut timbul untung batu tenggelam, pepatah melayu. Sejak 7 tahun yang lepas akhirnya saya dapat melepasi kategori penunggu tu Memang seksa giler jadi penunggu. Dalam anjakan yang dibuat tu terdapat beberapa keputusan besar yang perlu diambil. (Perkara ini akan dibongkar apabila tiba masanya.) Taklah ke peringkat antara hidup dan mati! Sampai ada yang menegur, "Kenapa ambil risiko. Kekal cara sedia ada kan baik. Kenapa nak buat kerja gila macam tu."

Alhamdulillah kini saya sudah menjadi pencari. Pencari peluang. Tak nak tunggu lagi dah. Diunjur ke masa depan 5 tahun lagi, targetnya nak upgrade kan diri menjadi pencipta peluang hidup sendiri berpandukan dengan pegangan agama di era globalisasi pula. Ameen.

Ambil inspirasi daripada kata-kata:
"Great people talk about ideas. Average people talk about things. Small people talk about other people."

Mungkin dapat disetarakan penunggu peluang tu dengan jenis minda yang suka bercakap tentang orang. Pencipta peluang setara dengan jenis minda yang gemar bercakap tentang idea. Agak mustahil minda yang suka cakap tentang orang dapat mengeluarkan idea bernas.

Kembali kepada soal risiko. Bukankah hidup ini berisiko? Sejak hari pertama hendak dilahirkan sudah ada risiko -- antara hidup dan mati.  Tak mati di medan perang, mati di rumah. Setiap hari kita mendengar berita baru-baru setiap masa, mati dilanggar kereta dan macam-macam ada. Siapa sangka. Nampaknya risiko ada di mana-mana. Kalau lari dari ketakutan lebih baik berhadapan. Dalam perkara yang nak diceburi sudah tentu perlu ada persiapan sebelum terjun. Kalau dah tahu tak boleh berenang kenapa terjun tanpa life jacket.

Namun tak perlu tunggu semua dah sempurna baru nak terjun. Bagi yang nak tunggu perfect tu biarkan mereka. Bagi saya pula sedang asyik menikmati keselesaan kereta yg memuaskan hati pengguna,takkan inginkan terbabas melanggar pembahagi jalan.Oleh itu tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang sempurna ada di syurga ciptaan allah yg akan diberikan kepada sesiapa sahaja yg dia pilih tanpa syarat atau rukun. Di dunia semuanya berisiko dan tidak sempurna. Teruskan menongkah arus. Teruskan pendakian. Tak perlu pandang belakang.

Ringkasnya, minda kaya ialah minda segar yang mencipta peluang. Minda yang mempunyai agenda besar. Minda yang melahirkan idea. Minda yang tidak kenal apa itu risiko. Itulah fitrah kejadian manusia.

Berbalik kepada kisah sekarang ini yg menjadi cerita yang topten antara hubungan suami isteri, rumahtangga mereka yg baru bermula,ada yg hampir hancur dan ada yg sudah retak dan berbagai masalah yg timbul.Kebanyakan yg kita lihat golongan isteri-isteri teraniaya,suami pula bersedap-sedap dan berlazat di luar sana.Di dalam hal ini,adakah golongan suami yg bermasalah dan bersalah?Jadi oleh itu, mari lah sama-sama kita buka minda dan tidak menuding jari kemana-mana pihak,situasi dunia skrg ni, nisbah bagi kaum lelaki dengan wanita adalah (1:50).

Kalau kita bercakap dan bertanya kabar situ sini,kenapa ramai golongan suami tambah isteri, itulah yg menjadi persoalan yg tidak dapat diterima oleh golongan isteri.Mereka hanya tahu menganggap bahawa suami tk kenang budi la,tidak menghargai perhubunganla,tidak dapat membalas pengorbanan isteri la dan tidak jujur la,curang la dan macam-macam hal lah..........

kalau kita bercakap pasal poligami,si suami tambah isteri pada 30tahun yang lepas, memanglah lojik kerana ianya jarang berlaku memandangkan pada waktu itu,golongan isteri memiliki pengetahuan agama yg tinggi.Tabah-kuat-sabar-semangat-cool-sikap terbuka dan serah pada takdir dengan redha dan hepi.

Namun kini,30 tahun kehadapan,golongan isteri hanya pandai membangkang dan mengkritik dan tidak berpuas hati kerana iman dan pengetahuan agama mereka agak nipis bagaikan kulit bawang.Apabila mereka berada dalam zon selesa-aman-tenang-selamat-bahagia.Maka kehidupan seorang isteri hanya hidup dalam beragama biasa-biasa saja.Ada masa buruk sangka, ada masa meradang,ada masa tidak penyabar,ada masa pemarah,ada masa benci dengan suami,ada masa tidak hormat suami,ada masa melawan cakap suami,ada masa membantah, ada masa buat bodoh dengan suami,ada masa mengabaikan suami,ada masa tidak berpuas hati,ada masa tidak boleh bergurau.Itulah dinamakan seorang yg beragama islam biasa-biasa saja.

Apabila dirinya dirundung seribu masalah,bermulalah nak insaf.....tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu saja insaf,tapi nafsunya duk mengekang utk belum bersedia utk berubah.
Lama kelamaan,dirinya diuji lagi dan mengalami penganiayaan,maka barulah ia mula terasa ingin berhijrah dan berubah...tetapi masih belum bersedia dan dia menganggap dirinya masih belum layak untuk berubah sikap dan sifat luar dan dalam,apatah lagi utk berusaha utk mengenal diri.
Setelah diberi tekanan oleh dunia melalu takdir allah,disitulah ia merasakan dirinya sudah tidak ada makna lagi,maka dia merasakan dirinya sudah tidak ada makna lagi utk hidup di dunia ini. dia sudah menyerah kalah dan rebah tersungkur,Disitu lah akan terbuka buku baru utk dirinya MENGENAL DIRI............................SIAPAKAH DIRIKU SEBENARNYA?APAKAH TUJUAN AKU HIDUP DI DUNIA INI?APA TUGAS AKU SEBAGAI SEORG INSAN? BAGAIMANA BERAKHIRNYA KEHIDUPAN AKU?

Tuesday, June 1, 2010

UJIAN HIDUPKU

Salam bahagia salam ketenangan.....tidakku sangka panas ditengahari tapi rupanya hujan jugak yer.... begitulah ujian,masalah,cabaran,bala,malapetaka, yg terpaksa dilalui dan ditempuhi oleh setiap manusia yg sentiasa percaya kepada tuhan......iman seseorang yg dapat membezakan antara apa itu ujian apa itu maksiat apa itu bala apa itu nikmat......jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit kisah malang yg berlaku kepada saya sekeluarga...kereta mewah dan mahal dan selesa yg baru saya miliki dalam dua bulan ini yg memiliki rupa yg cantik putih berseri2.....kini sudah hancur dimakan besi pembahagi jalan....kejadian ini berlaku dihighway dari kuantan menghala ke pekan selepas persimpangan ke tanjung lumpur,sungai soi.kejadian ini berlaku pada kul 5 petang.

ketika kejadian ini berlaku....saya sekeluarga menikmati keselesaan kereta camry ini,dengan kelajuan 150km sejam,ketika hujan mula turun,saya cuba memperlahankan kelajuan itu,lebih kurang ia turun kepada 100km sejam, entah tetiba dalam selekoh biasa saja........kereta saya berpusing2 sebanyak 3 kali.....pada waktu itu, saya kelu sekejap dan tktau nk buat apa....kemudian datang seseorang yg ingin memberi bantuan....dan menyuruh kami sekeluarga keluar dari kereta itu..memandang kereta2 dari arah sana yg begitu laju.....

dan ada beberapa org cuba datang menolak kenderaan saya ke tepi....alhamdulillah semua keluarga saya tidak mengalami kecederaan.....saya pun ada terfikir,kenapa perkara ini berlaku yer.....hairan bin ajaib.....inilah yg dinamakan takdir allah...dia melakukan kepada sesiapa sahaja....tidak kira tua atau muda,miskin atau kaya..berilmu atau jahil....org yg alim atau jahil....dalam hal ini saya sudah ceritakan di dalam bab ujian hidup dalam tajuk yg lepas2.......kalau setakat nk cakap saja dan tidak pernah mengalami kesukaran hidup....tk perlu laaa bercakap besar sejauhmana utk menempuh sebarang ujian hidup.....oklah nanti saya sambung lagi citer ini....sekian terima kasih...