Thursday, April 22, 2010

TIPU DAYA-TERTIPU-DITIPU ATAU MENIPU.

TIPU DAYA TERHDP ORG YG TIDAK TAAT

RASA SEDIH LANTARAN TDK KUAT UTK BERBUAT TAAT TETAPI TDK MAMPU BERGERAK UTK BERBUAT DEMIKIAN,MANAKALA RASA SEDIH BILA TDK KUAT UTK BERBUAT KEJAHATAN ITU TETAPI MAMPU UTK BERBUAT DEMIKIAN, TIMBUL RASA PENYESALAN APABILA TERBUAT KEJAHATAN ITU ADALAH TANDA DIPERDAYA  (OLEH SYAITAN).


Dunia adalah satu bola besar yg di dlmnya penuh dgn warna-warna syaitan yg menutup pandangan mata hati manusia. Hati yg tertarik kpd warna syaitan akan menghadap kpdnya sambil membelakangi kebenaran. Walaupun syaitan mencuba sedaya upaya menutup hati manusia tetapi kadang-kadang ada juga cahaya kebenaran yg berjaya menyelinap masuk ke dalam hati.

Pd masa itu org yg berkenaan dpt melihat keburukan dan kecacatan yg ada pd dirinya. Dia akan berasa gundah-gulana melihat keadaan dirinya yg tdk berbuat taat kpd Allah. Dia melihat kpd umurnya yg berlalu dgn sia-sia. Timbullah keinginanya utk mengubah cara hidup. Bila dia melihat org lain rajin berulang-alik ke masjid dia pun ingin berbuat demikian. Bila dia melihat org lain rajin beribadat, berzikir, memuji dan memuja Allah, dia juga mahu berbuat demikian. Bila dia melihat org lain alim dlm bidang agama dia pun ingin menjadi alim juga.Apa juga bidang ketaatan kpd Allah yg org lain buat dia juga ingin membuatnya, bahkan dia ingin melakukan lbh dr org lain. Begitulah keinsafan yg timbul pd dirinya.

Org yg rohaninya masih terkurung di dlm bola dunia tdk terlps dri gangguan warna syaitan. Syaitan sentiasa shj memancarkan cahayanya bagi mengelirukan pandangan hati. Syaitan mempunyai berbagai-bagai cara dlm memesungkan manusia dari jln Allah. Kejayaan syaitan yg paling besar adalah jika dpt mengheret manusia melakukan kederhakaan kpd Allah dgn berbuat syirik. Jika ia gagal berbuat demikian ia tdk akan membiarkan hamba-hamba Allah berjln dgn senang lenang di atas jln yg lurus.

Syaitan akan mengenakan berbagai-bagai tipu muslihat terhdp manusia yg sudah timbul keinsafan utk berbuat taat kpd Allah. Syaitan tdk melawannya dgn kekerasan. Org ini akan dihdpi dgn lemah-lembut dan pujuk rayu. Perhatian org tadi dialihkan drpd apa yg dia ingin lakukan kpd apa yg dia sudah lakukan. Syaitan memperlihatkan kpdnya betapa besarnya kebaikan yg pernah dilakukannya

Ditiupkan ke dlm hati org itu bhw dia sebenarnya sudah berada di atas jln yg lurus. Syaitan membuktikannya dgn memperingatkannya tentang segala kebaikan yg tlh dilakukannya. Tlh ramai org yg ditolongnya, semuanya dia masih ingat. Tlh byk sedekah yg dikeluarkannya, semuanya dia masih ingat. Dia juga biasa bersembahyang, walaupun dia juga biasa meninggalkannya. Dia tertinggal sembahyang bkn krn cuai, tetapi krn kesibukan dan tdk disengajakan.

Byk lg perkara-perkara baik yg diulang tayang oleh syaitan. Syaitan terus membuaikan hatinya sehingga dia merasakan yg dirinya tdklah seburuk yg disangkakannya ketika mula-mula dtg keinsafan tadi. Hilanglah kesedihan yg mengacau jiwanya lantaran menyangka yg dia memang sudah berada dlm golongan yg taat. Keinginan yg membara tadi sudah mula malap dan akhirnya padam terus. Dia pula kembali kpd kehidupannya sebagaimana sediakala.

Begitulah cara syaitan memperdayakan manusia. Mula-mula ditiupkan waswas ke dlm hati, kemudian dibentuknya sangkaan-sangkaan yg menutup kebenaran kononnya kehidupannya tidak memerlukan pegangan syariat,apatah lagi ilmu tasauf,inikan pula hanya mengambil berat pasal ilmu hakikat sahaja. Manusia pun menurut sangkaan dgn meyakini bhw apa yg dituruti itu adalah kebenaran. Begitulah yg terjadi kpd org yg melihat kpd amal secara lahiriah sahaja. Penglihatannya tidak sampai kepada roh amal itu.wallahu a'lamm.....nanti kita sambung lgi erk.