Saturday, January 2, 2010

KENAPA PERLU BERFIRASAT?

Salam sejahtera,blog kali ini saya ingin mengupas sedikit artikel blog member saya mengenai Ilmu kajian personaliti,ilmu karakter,ilmu firasat.Profil yang sangat berkuasa hingga mampu mengawal dan memanipulasi keadaan


DICERITAKAN pada suatu ketika, dua ulama besar yang juga pengasas mazhab dalam Islam iaitu Imam Syafie dan gurunya Imam Malik sedang berbincang apabila terlihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid.

Lalu seorang daripada mereka mencadangkan masing-masing mencuba kebolehan(firasat)dengan meneka pekerjaan lelaki itu. Imam Syafie dan Imam Malik kemudian membuat taakulan mengenai pekerjaan lelaki itu berdasarkan pelbagai pemerhatian terhadap jasad, pakaian dan sebagainya.

Imam Syafie:peniaga.
Imam Malik:tukang besi,sekali gus meningkah jawapan anak muridnya.Bagi memastikan tekaan siapa yang benar,

Mereka berdua terus bertanya kepada lelaki itu sebaik dia keluar dari masjid.Lelaki itu memberitahu dia bekerja sebagai peniaga sekali gus membenarkan taakulan Imam Syafie. Bagaimanapun Imam Malik terus bertanyakan soalan kedua:Apa pekerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?
lelaki itu menjawab:tukang besi,sekali gus membenarkan juga taakulan Imam Malik.

Kisah itu membuktikan kedua-dua imam besar itu adalah ahli firasat dan ilmu itu sudah lama wujud di dunia ini.Malah,firasat jugalh menyebabkan Nabi Muhammad ketika kecilnya sudah diketahui bakal menjadi Rasul selepas Nabi Isa.

Ketika Rasulullah berusia 12 tahun,bapa saudaranya iaitu Abu Talib membawa Baginda ke Syam dan ketika perjalanan, mereka berjumpa seorang rahib Yahudi.Sebaik terlihat fizikal Baginda yang masih kanak-kanak ketika itu,rahib berkenaan sudah menjangkakan bahawa Nabi Muhammad bakal menjadi Rasulullah, suatu hari nanti.

Ilmu Firasat adalah satu ilmu yang kian meluas pada zaman sekarang,serta ramai dikalangan muda-mudi berminat ingin mendalami ilmu tersebut untuk mengenali antara satu sama lain samada dapat mengenal personaliti seseorang melalui tahi lalat,tarikh lahir,dari segi pakaian,cara berjalan,melalui bentuk penulisan serta memiliki banyak sudut dan cabang yang dapat dinilai.

Tetapi tujuan asal ilmu firasat ini adalah berlaku kepada golongan bijak pandai dan orang yang alim dalam agama, demi membantu anak-anak didiknya agar menjadi seorang yang bersifat terpuji.Ilmu firasat tersebut dianugerahkan allah kepada seseorang adalah semata-mata digunakan sebagai satu alat untuk memberi khidmat dalam agama agar dapat berjalan dengan lancar.ianya bukan suatu perkara yang main-main atau bertanding siapakah yang lebih hebat.

Ilmu firasat tidak akan memberi kesan dan tidak membantu dirinya selama-lama,kerana akhirnya ianya akan dipesongkan oleh kejahatan jin dan iblis lalu akan membuatkan dirinya rasa bangga dengan kehebatan tersebut serta memberi suatu gambaran yang negatif dalam kehidupannya,andaikata ia tidak mendapat tunjuk ajar dari seseorang guru.

Kebanyakan pada hari ini juga,ramai yang suka dan minat dalam bidang firasat,apabila menepati dari apa yang disangkakan,disitulah akan melahirkan bibit kekotoran dalam hatinya,secara tidak langsung akan meninggalkan kesan buruk pada dirinya.

Hakikatnya ilmu firasat adalah suatu anugerah allah yang luarbiasa dan tidak boleh dipelajari oleh sesiapa, kerana ianya berlaku tanpa disedari serta percikkan cahaya keimanan yang dapat dirasainya.
Apa-apapun,untuk mempelajari ilmu firasat tidak menjadi masalah kepada sesiapa sahaja,asalkan tujuan asal niatnya perlu selaras dengan kehendak ilmu agama,ilmu syariat.Ianya tidak terikat kepada sudut fakta semata-mata.

Oleh itu,kita perlu kembali kepada satu tujuan-mengenal pasti perwatakan manusia atas dasar apa? Firasat yang turut dikenali sebagai kajian karakter dan profil adalah ilmu yang sangat berkuasa malah dikatakan sesiapa mahir dan menguasai firasat dpt mengawal dan memanipulasi keadaan supaya memihak kepadanya.

Bayangkan dengan hanya sekali pandang, pengamal firasat sudah dapat mengenali sikap, rahsia, kelemahan n kekuatan seseorang, maka dia memanipulasi ilmu berkenaan untuk mendominasi pihak yang dihadapinya.

Justeru,ilmu firasat menyebabkan ramai pelanggan memberi produk jurujual yang mengamalkan firasat;pengundi mengundi calon politik malah dikatakan kebanyakan ahli psikik memanipulasi ilmu firasat untuk menyebabkan masyarakat percaya dia memiliki kuasa minda luar biasa.

Dengan hanya sekali pandang ke tempat jenayah pula, penyiasat yang mahir firasat (seperti watak detektif Sherlock Holmes rekaan Sir Arthur Conan Doyle) dapat menyimpulkan pelbagai taakulan yang menjurus kepada perwatakan penjenayah.

Dengan hanya memegang sebatang tongkat ditinggalkan suspek, ahli firasat sudah dapat mengagak saiz badan, ketinggian dan ciri fizikal penjenayah seterusnya membongkar siapa pesalah sebenarnya.

Dari sudut negatif, penipu dan penyamar yang mahir dengan firasat mampu menjalankan jenayah dengan menguasai kelemahan psikologi dan diri mangsa.

Penganalisis yang juga penulis buku politik, Syed Hussain Al-Attas, berkata ada pelbagai kaedah firasat bagi membolehkan kita mengetahui sikap serta perasaan seseorang dan antara kaedah asas adalah menerusi bahasa tubuh seperti melihat air muka seseorang.

Perasaan dalaman mampu terluah ke riak muka; jika tertekan, wajah runsing;jika suasana bahagia,wajah akan ceria,jika wajahnya nampak serabut bermakna ada sesuatu kesalahan yang dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa,ada juga wajah seseorang yang penipu dan suka "pow" duit orang contohnya,maka riak air mukanya akan memberi gambaran yang jelas bahawa air kejujuran itu akan hilang,manakala muka penagih dadah yang khayal juga berlainan. "Pepatah orang tua-tua kata sekilas ikan di air,sudah tahu jantan atau betina".

Kita dpt mengetahui jika seseorang itu tidak senang dgn kehadiran kita menerusi bahasa tubuhnya;seseorang yg bersalah akan menunjukkan perlakuan gelisah apabila diajak berborak dan disoal siasat.

Beliau bagaimanapun berkata, ada orang boleh menyembunyikan air muka dan perlakuan mereka tetapi bagi pengamal firasat mahir, topeng itu dapat disingkap juga antaranya dengan memerhatikan anak mata seseorang.

Antara kaedah mengenalpasti perasaan seseorang adalah dengan melihat mata seseorang, kajian saintifik sudah menyatakan yang anak mata berubah mengikut perasaan; bagi mereka yang pakar, lihat mata saja sudah boleh menceritakan segala-galanya.

Katanya, perbuatan seseorang juga meninggalkan kesan kekal di jasad menyebabkan ia dapat dikenal pasti menerusi firasat; contohnya mereka yang kerap mengerutkan dahi akibat kuat berfikir meninggalkan kesan tiga garis pada dahi; mereka yang memiliki banyak kedut di tepi mata adalah mereka yang banyak berjumpa dengan manusia lain dan berinteraksi;dan mereka yang bekerja sebagai tukang besi atau peninju akan menyebabkan tangan berotot dan keras.

Selain perwatakan yang tersembunyi di sebalik bentuk jasad dan perlakuan manusia,ada juga kelebihan diberikan Allah menerusi aura seseorang.Contohnya apabila kita lihat bayi, kita rasa suka dan tenang krn aura dalaman bayi masih suci daripada sebarang kekotoran dan dosa. Begitu juga wajah orang beriman akan terpancar aura mereka tetapi orang yang pergi haji berulang kali pun kalau tidak ikhlas, tidak terpancar aura mereka.

kemahiran menguasai firasat dapat dipelajari dan diasah dengan berkali-kali mengujinya sambail-sambil tidak meninggalkan amalan zikir yang dipelajarinya serta berdoa kepada Allah supaya diterangkan mata hatinya.

Semua ini hikmah Allah dalam mencipta sesuatu termasuk manusia selaku seindah-indah makhluk dan Allah menyuruh manusia mengkaji ciptaannya.Mereka yang memerhati ciptaan-Nya akan mengakui betapa Maha Agungnya Allah.

Mengenali watak pada tanda badan yang digambarkan dalam cerita-cerita tayangan dari barat memberi maksud sebenar apa yang berlaku dalam kehidupan orang islam,segala kehebatan luarbiasa,superpower adalah datangnya dari orang-orang islam.lalu golongan mereka menterjemahkan dalam penceritaan yang dipandang oleh masyarakat sekarang adalah suatu yang tidak lojik dan dongeng.

Ada satu kisah dialog di antara jurugambar dan datuk dr fadillah kamsah.

SIAPA nama? tanya Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah kepada jurugambar kami ketika sesi temubual di pejabatnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Jurugambar memberitahu nama yang bermaksud sabar dalam istilah Arab. Dr Fadzillah terdiam sejenak seolah-olah memikirkan sesuatu.

Lihat tangan kanan, arah pakar motivasi itu lagi menyebabkan rakan kami menghalakan telapak tangannya. Rapatkan (semua jari). Jurugambar kami merapatkan semua jarinya. Minda Dr Fadzillah berfikir lagi. Kemudian dia bertanya beberapa soalan lagi.

Dr Fadzillah: Tarikh lahir
Jurugambar: 20 November.
Dr Fadzillah: Anak ke berapa
Jurugambar: Sulong.
Dr Fadzillah: Tarikh lahir isteri
Jurugambar: 18 Julai.
Dr Fadzillah: Isteri anak ke berapa
Jurugambar: Sulong juga.

Pakar motivasi itu terdiam sebelum kembali berbicara: Saya tidak fikir anda seorang yang sabar, anda juga keras hati. Tapi walaupun tidak beberapa sabar, tapi anda simpan (pendam dalam hati). Orang tak faham yang dia simpan.

Dia (jurugambar) pandai ini, orang tak akan faham dia, isteri tak faham, anak keliru (sikap); dia suka berkawan tetapi selesa bersendirian, banyak berfikir, otak gila-gila.

Emak kata dia degil tapi bukan degil, dia keras hati. Dia, apabila hendak, dia mesti hendak dapatkannya. Dia orang baik, jarang marah tapi sekali marah… Dia kalau sayang, sayang betul tapi kalau menyampah, menyampah betul.

Sebab itu namanya (bermaksud sabar). Apabila dia lahir, Allah beri ilham kepada emak dan bapanya supaya menamakannya (dengan maksud sabar) sebagai ubat. Apabila orang panggil namanya, orang doakan supaya dia sabar. tapi syaratnya panggil nama penuh. Awak sakit pinggang tanyanya dan jurugambar kami mengatakan tidak.

Awak beruntung kerana 20 peratus saja orang lahir bulan November tidak sakit pinggang selepas 40 tahun. Dia dan isterinya kombinasi pasangan yang baik, dia tidak sabar tapi isterinya sabar.Walau tak banyak cakap, tapi sekali cakap ideanya bernas. Tapi ideanya acap kali kawan susah nak faham. Apa yang adik beradik suka, awak tak suka; apa yang awak suka, adik beradik tak faham. Tak semestinya begitu (perwatakan yang dijelaskan) tetapi acap kali begitulah. Seramai 30 peratus orang nama Sabariah, Sabri, Sabran (semuanya bermaksud sabar) tidak sabar, 70 peratus lagi penyabar,? jelasnya kepada kami semua menyebabkan rakan jurugambar tersenyum simpul.

Kami masih tertanya-tanya kebenarannya. Kemudian Pengarah Urusan Excell Training and Consultancy Sdn Bhd itu menguji kami seorang demi seorang dan setiap maklumat dibentangkannya menyebabkan kami hampir terlopong kekaguman.

Beliau berkata, seperti seorang doktor melihat penyakit pesakit menerusi simptom, perwatakan manusia dapat diagak menerusi tanda pada badan dan corak kehidupan yang diaturkan Allah SWT.

Katanya, Allah SWT menciptakan sesuatu mengikut sistem menyebabkan kebanyakan perwatakan manusia dapat diklasifikasi mengikut pemboleh ubah tertentu seperti tarikh lahir, bentuk badan, kedudukan tahi lalat, panjang ruas jari selain faktor psikologi seperti cara berjalan, cara makan, bilangan dalam keluarga, corak penulisan, warna kegemaran dan pelbagai lagi.

Beliau bagaimanapun berkata, untuk mengenali perwatakan seseorang, ia tidak boleh berdasarkan satu pemboleh ubah saja seperti melihat sikap berdasarkan bulan lahir saja tetapi perlu mengkaji secara pakej iaitu keseluruhan bulan lahir, tanda badan, bilangan dalam keluarga dan pelbagai lagi.

Semua keajaiban Allah ini dapat dikaji menerusi sains psikologi. Contohnya firasat orang zaman dulu yang berkata raut muka melambangkan perwatakan, mereka berkata berdasarkan pengalaman.

Mereka kata lelaki kening tebal kuat cemburu; saya kaji dari sudut sains mengapa lelaki kening tebal kuat cemburu dan mendapati ia berkait kerana lelaki, kening tebal akibat banyak hormon testeron dan hormon sama mempengaruhi sikapnya.Jika kita kaji perwatakan manusia, kita akan kagum dengan kebesaran Allah, hebatnya Allah, katanya.

Beliau berkata, walaupun seolah-olah ada satu kumpulan sifat menerusi tanda berkenaan, ia tidak semestinya 100 peratus tepat kerana sikap boleh dipengaruhi pelbagai faktor lain terutama corak kehidupan, keluarga, persekitaran termasuk keadaan ibu ketika mengandungkan seseorang. Sikap sebenar manusia juga boleh ditetapkan Allah SWT mengikut kehendak-Nya.

Beliau bagaimanapun berkata, manusia masih boleh mengubah tabiat yang tidak baik dalam diri mereka contohnya seseorang yang baran dan tidak sabar boleh mengawal sikap itu dalam diri mereka.

Orang kata sikap mungkin tidak boleh diubah tapi amalan dan tabiat boleh diubah. Dalam Islam, perlakuan yang dilakukan selama 40 hari berturut-turut akan menjadi tabiat baru dan nama juga menjadi doa bagi mengubati perlakuan buruk kita,katanya.

1 comment:

zakir932 said...

salam dari fakir nusantara....,

mintak tuan label kan setiap posting erk