Monday, March 29, 2010

KNP SUSAH NAK TAAT KPD ALLAH ERK?

Tipu daya syaitan jin iblis terhdp org yg taat dan tidak taat kpd allah terpaksa dilalui oleh semua golongan manusia adalah boleh menjadikan seseorg itu berburuk sangka kpd allah dgn mengatakan bahawa allah itu adalah syaitan.Kenyataan seumpama ini disebabkan perasaan kesedihan dan kesengsaraan yg dilalui dalam hidupnya belum berakhir lg.Lantaran itu dirinya akan berputus asa utk melakukan sebarang kebaikan lagi,kerana baginya sudah tiada nilai lagi dirinya di sisi allah.

"KESEDIHAN DAN KESENGSARAAN YG DILALUI MRK LANTARAN TDK LG MAMPU UTK BERBUAT TAAT.TDK DIANUGERAHKN UTK BERGERAK BERBUAT DEMIKIAN.AKHIR,DIRINYA SUDAH MENJADI DIRI SYAITAN ITU".

Dunia adalah suatu sifat kepuraan, ramai dikalangan manusia mempunyai ilusi tersendiri,seolah-olah diri mereka menganggap berada di dlm zon selamat dan zon selesa, namun begitu mrk tdk sedar bhw di dlm dunia itu dipenuhi dgn warna-warna syaitan yg menutup pandangan mata hati manusia.

Hati yg tertarik kpd warna syaitan akan menghadap kpdnya sambil membelakangi kebenaran.Walaupun syaitan mencuba sedaya upaya menutup hati manusia tpi kdg-kdg ada juga cahaya kebenaran yg berjaya menyelinap masuk ke dlm hati.Pd masa itu orang yg berkenaan dpt melihat keburukan dan kecacatan yg ada pada dirinya.Dia akan berasa gundah-gulana melihat keadaan dirinya yg tdk berbuat taat kpd Allah.

    Dia melihat kpd umurnya yg berlalu dgn sia-sia,setiap perbuatannya menemui kegagalan. Timbullah keinginanya utk mengubah cara hidup.Dia akan mencuba merasai sesuatu yg mungkin pernah dia lakukan sewaktu dulu atau mencuba merasai nikmat kejahatan itu yg belum dia lakukan lagi atau sebagainya.Ada ketika pula, apabila dia melihat org lain rajin berulang-alik ke masjid dia pun ingin berbuat demikian,tp masih lg ditangguhkan krn ada sebab-sebab tertentu yg difikirkan belum bersedia utk bertindak.Bila dia melihat org lain rajin beribadat, berzikir, memuji Allah,mencari kekayaan mencari kejayaan,maka dia juga mahu berbuat demikian.Namun ianya menjadi angan-angan semata-mata.

    Bila dia melihat org lain berilmu dlm bidang agama dia pun ingin menjadi sepertinya juga. Apa juga bidang ketaatan kpd Allah yg org lain buat dia juga ingin membuatnya,bahkan dia ingin melakukan lbh dr org lain.Begitulah keinsafan ataupun kesedaran yg timbul pd dirinya.
Org yg rohaninya masih terkurung di dlm cermin dunia tdk terlps dr gangguan warna syaitan walau sekelip mata.Syaitan sentiasa shj memancarkan cahayanya bagi mengelirukan pandangan hati. Syaitan mempunyai berbagai-bagai cara dlm memesongkan manusia dari jln Allah.

    Kejayaan syaitan yg paling besar adalah jika dpt mengheret manusia melakukan kederhakaan kpd Allah dgn berbuat syirik.Jika ia gagal berbuat demikian ia tidak akan membiarkan hamba-hamba Allah berjln dgn senang lenang di atas jln yg lurus.Tetap diberikan suatu tekanan lagi dan merosakkan pemikiran seseorang itu melalui sesuatu perkara.

    Syaitan akan mengenakan berbagai-bagai tipu muslihat terhdp manusia yg sdh timbul keinsafan utk berbuat taat kpd Allah. Syaitan tdk melawannya dgn kekerasan. Org ini akan dihadapi dgn lemah-lembut dan pujuk rayu. Perhatian org tadi dialihkan drpd apa yg dia ingin lakukan kpd apa yg dia sdh lakukan.Syaitan memperlihatkan kpdnya betapa besarnya kebaikan yg pernah dilakukannya Ditiupkan ke dlm hati org itu bhw dia sebenarnya sdh berada di atas jln yg lurus(zon selesa@zon selamat).

    Syaitan membuktikannya dgn memperingatkannya tentang segala kebaikan yg tlh dilakukannya. Tlh ramai org yg ditolongnya, semuanya dia masih ingat. Tlh byk sedekah yg dikeluarkannya, semuanya dia masih ingat. Dia juga biasa bersembahyang, walaupun dia juga biasa meninggalkannya. Dia tertinggal sembahyang bkn krn cuai, tpi krn kesibukan dan tdk disengajakan.

    Byk lg perkara-perkara baik yg diulang tayang oleh syaitan.Syaitan terus membuaikan hatinya sehingga dia merasakan yg dirinya tdklah seburuk yg disangkakannya ketika mula-mula dtg keinsafan tadi. Hilanglah kesedihan yg mengacau jiwanya lantaran menyangka yg dia mmg sdh berada dlm golongan yg taat. Keinginan yg membara tadi sudah mula malap dan akhirnya padam terus. Dia kembali kpd kehidupannya sebagaimana sediakala.

    Begitulah cara syaitan memperdayakan manusia. Mula-mula ditiupkan waswas ke dlm hati, kemudian dibentuknya sangkaan-sangkaan yg menutup kebenaran.Manusia pun menurut sangkaan dgn meyakini bhw apa yg dituruti itu adalah kebenaran. Begitulah yg terjadi kpd org yg melihat kpd amal secara lahiriah shj. Penglihatannya tdk sampai kpd roh amal itu.
Oleh itu,setelah kalian semua dapat memahami ruangan cerita saya ini,carilah jalan mencari seseorg yg blh dipercayai dan baikilah diri seadanya.