Thursday, February 4, 2010

JAGA HATI JAGA AKAL

Salam ziarah salam ukhwah kepada sidang pelawat blog sekelian,malam ini saya tertarik untuk menceritakan tentang jaga hati dan perasaan ketika berfikir dan minda berhati-hati berfikir perkara-perkara positif.Dalam kehidupan seharian, kita selalu diajar untuk mengendalikan fikiran negatif dan ketakutan kita. Para Motivatasi terkenal dimalaysia selalu menganjurkan kurusus dan mengenakan bayaran yang begitu tinggi. Didalam majlisnya sering menganjurkan utk melawan habis-habisan fikiran negatif(Kuasa pemusnah ) ini dan mengajar anda untuk berfikiran positif ( Kuasa kehidupan ).

Manusia itu merupakan makluk yang unik, pada sesetengah orang menggunakan cara berfikir yang positif 22%(minda dalam sedar) dapat membantu dan pada orang yang lain pula ianya berpotensi 88% menimbulkan konflik batin(minda bawah sedar).Kenapa berfikir Positif ini mempunyai kesan sampingan yang sangat tinggi?

Masalahnya sekarang ini,manusia tetap tewas untuk mencipta kuasa minda yang positif sedangkan ia juga dapat memberikan kehebatan pada dirinya. Mereka mudah lemah tapi ada sikap ego yang tinggi.

Tenaga batin (Energy) yang ditekan secara paksa tanpa persetujuan minda bawah sedar, akan menekan kita kembali dengan kekuatan yang sama sewaktu ditekan. Contohnya kita akan cuba memaksa diri anda untuk bersolat,tanpa ikhlas, tanpa rasa gembira,rasa bersalah,tanpa rasa tanggungjawab,tanpa kerana allah, tapi hati tidak ingin bersolat.Bagaimana kekuatan yang anda gunakan utk bersolat, sekuat itu juga kekuatan yang digunakan untuk menekan anda kembali.Walaupun pada hakikatnya semua manusia yang sejahil manapun tahu akibat disebalik tindakan itu,ianya sudah maklum bahawa dengan malas untuk melakukan solat hukumnya berdosa dan balasannya masuk neraka.Sudah berapa ramai kenalan, sahabat,saudara mara menasihatinya utk menjaga waktu solat, tapi ia tetap berdegil....so,dia tidak sedar lagi dan dia rasakan allah itu maha penerima taubat dan dia belum terhantuk lagi dengan ujian hidup,Akhirnya dia tetap bertahan mengikut rentak nafsunya.....

jadi lupakanlah dan dia sudah menantikan suatu musibah yang paling besar dulu untuk dia berubah. selamat menghadapi ujian bakal tiba kepada tuan punya badan
Fikiran negatif terdiri daripada rasa ketakutan,rasa bersalah pada diri sendiri,rasa terhina tidak bertempat,rasa rendah diri sehinggakan sanggup orang lain memijak kepalanya.Sebenarnya ia tidak hilang begitu saja. Dia terpendam pada alam bawah sedar. Ketika kekuatan Berfikir Positif kerkulai lemah perasaan nagetif itu akan muncul kembali,situasi ini akan berlaku setiap jam,sekiranya ia tidak menjana jiwanya melalui amalan zikir, semesti kedudukan akan hilang semangat diri untuk hidup.

Sebenarnya kita sudah tersalah dan tersesat untuk menggunakan module berfikir positif ini, mudah diserang stress, tekanan perasaan dan Spritual Deficit Disoder (SDD). SDD terjadi ketika seseorang berkeinginan sangat untuk menjadi orang yang lebih baik.Tetapi “disconneted” dengan perasaan yang sering dia tekan,Keinginan untuk berjaya selalu mendorongnya untuk berfikir positif, walaupun perasaanya tidak merasa selesa, nyaman, tidak percaya diri, resah gelisah dan sebagainya.Akhirnya berbagai jenis penyakit yang terpaksa dia hadapi seperti kencing manis,darah tinggi,darah rendah dan sebagainya.

Jeritan batin yang tidak selesa tersebut tidak lagi di hiraukan,jadi terus menerus kita perlu mencari seseorang untuk membatu kita cara berfikir yang wajar dan sesuai dgn kehendak penerimaan otak kita,berusaha berfikiran secara positif. Sudah tentu apa yang anda perolehi adalah stress, kerana anda telah berfikiran positif terus menerus tetapi hasilnya Zero. Sekiranya anda berhasil mendapatkan apa yang anda inginkan. Anda tidak dapat menikmati kehidupan anda dengan lebih tenang. Hidup anda menjadi tidak seimbang, sedangkan kebahagiaan hanya dapat diperolehi dalam pakej yang seimbang.

Apa-apa pun dengan niat,perancangan,usaha,berdoa,berharap,tawakal,ikhlas, jujur pada diri sendiri dan bersedia menerima keputusannya samada baik atau buruk kerana hidup kita terikat dengan KEIZINAN ALLAH SEMATA-MATA.

Sehebat mana pun kita,sekuat mana pun power kita....andainya allah tidak mengizinkan untuk kearah itu,maka kita terpaksa akur dengan rasa gembira dari ketentuan allah.

Situasi inilah memperjelaskan kepada kita kenapa orang yang kaya raya sentiasa berada dalam kegelisahan.Kenapa orang yang miskin raya pula sentiasa hidup dalam tidak berpuas hati.Ini menunjukkan keseimbangan diatara dunia akhirat tidak berjalan dengan adil lalu Hidup mereka sudah cukup dengan limpahan harta tapi jiwa mereka tetap merasa miskin sehingga sanggup melakukan rasuah, baik rasuah dalam bentuk wang atau berbau seks.

Untuk pengetahuan kita semua,isu rasuah tetap rasuah tidak boleh ditakrifkan sebagai sedekah. Dalam konsep berfikiran positif, seseorang yang ingin kaya harus tanam dalam fikiranya. Dia harus memperbesarkan keinginanya untuk menjadi kaya. Tanpa mengambil kira jurang yang terjadi antara fikiran “ INGIN KAYA” dan perasaan “MISKIN” yang semakin kuat. Konsep ini mengabaikan betapa pentingnya memerhatikan perasaan kita disaat kita berfikir.

Software Incompatibility:

Dalam istilah bahasa komputer yang sering kita gunakan setiap hari juga memberi kesan juga kepada tubuh badan kita dan membuktikan suati proses sistem yang tuhan cipta kepada kita hampir sama, masalah ini disebut sebagai Software Incompatibility Issue, iaitu terganggunya kinerja sebuah komputer akibat perisian yang tidak sesuai antara satu sama lain. Jika dipaksa bekerja, maka komputer akan mengalami crash atau hang up,mungkin sistem pening mencari perisian yang sudah diproseskan dalam memory asal dan akhirnya error lalu tidak dapat beroperasi lagi.Kemungkinan software yang kita dapatkan itu sudah expired date,atau ianya barang yang lama.

Dalam berfikiran positif ada dua pekara yang harus kita perhatikan. Iaitu dua jenis bentuk fikiran yang saling bertentangan dan dipaksa untuk bekerjasama ( timbulnya konflik dalaman ). Ketika seseorang berfikir dengan penuh kesedaran bahawa saya “ingin menjadi kaya” Ketika itu juga bawah sedar mula berkerja dan mengatakan “saya miskin” (sebab itulah saya perlu jadi kaya kerana sekarang saya orang miskin) Itulah hakikat alam bawah sedar yang berlaku bila anda ingin kaya.

Semakin kuat kita mengatakan “AKU INGIN KAYA”,“AKU INGIN KAYA” atau sebagainya. Semakin kuat juga alam bawah sedar “MENJERIT” saya masih lagi miskin sebab itu saya harus jadi kaya. Ingat kekuatan alam bawah sedar 88% lebih kuat dari alam sedar kita. Oleh kerana alam bawah sedar mempunyai kekuatan 88% berbanding 12% alam sedar maka . Fikiran alam bawah sedar sentiasa dominasi dalam kehidupan manusia.

Doa yang diiringi antara fikiran dan perasaan agar dimakbulkan Allah tidak mencukupi sesungguhnya ia mempunyai perkaitan antara alam rohani dan jasmani kena seiringan. Jadi oleh itu, Jeritan hati bawah sedar itulah yang akan merakamkan dalam kehidupan manusia dari proses awal pandangan-khayalan-merasai dari pengalaman dan barulah wujudnya suatu karamah dirinya.

Berfikiran positif ditanam dalam kehidupan kita hanya mempunyai kekuatan 12%. Bagaimana kita berupaya untuk berfikiran positif sedangkan 88% di alam bawah sedar kita masih mempunyai negatif.Pasti tindakan kita menjadi nagetif kembali.Ikhlaskan diri kita dengan perasaan yang redha tidak ada penciptaan Allah yang sia-sia, pasti kita perlu mempunyai fikiran yang “positif dalam positif”

Menurut kajian dan kefahaman saya dalam ilmu yang saya pelajari bahawa hati manusia sentiasa berubah-rubah setiap hari sebanyak 70,000 kali. lalu diterjemahkan oleh akal Manusia memiliki 70,000 fikiran setiap hari. Dapatkah anda bayangkan betapa sulitnya untuk membuat andaian pemikiran manusia yang ada disekeliling kita,bagaimana pula allah ciptakan binatang tidak mempunyai kemampuan utk berfikir,binatang hanya tahu makan dan berak sahaja.Jika anda dapat menyatukan dan menguasai fikiran kita dengan fikiran orang lain,kita pasti dapat “POSITIF dalam POSITIF”.

Dengan sebab inilah saya mencipta satu artikel berbentuk fikiran manusia.Sekarang marilah kita membuat sebuah kesimpulan kenapa kita harus berhati-hati dalam berfikiran positif.

Sifat fikiran yang abstrak, anda tidak menyedari bahawa fikiran positif dilahirkan dari perasaan yang negatif, merupakan sebuah getaran tenaga yang lebih tinggi dan halus dari fikiran. Fikiran positif ada manfaat 12% kepada sesetengah orang dan 88% bagi orang lain merupakan sebuah “resepi kejayaan” yang keliru.

Perasaan negatif muncul dari dalam hati lebih kepada perasaan. Apa alasan saya untuk mengatakan demikian. Bila kita duduk bersela betul dan menegakkan belakang kita,tidak bergerak, tidak ada fikiran lain hanya membaca zikir-zikir khusus...(sebuah rahsia meditasi yang belum terungkap).Bila kita berfikir untuk pergi kemekah atau kemana-mana anda suka ( minda sedar kita mula bekerja ),tapi masih belum bertindak untuk terbang ke,menaiki kereta ker,menaiki kapal terbang ker,

Apabila anda mula bertindak maka disinilah minda bawah sedar anda memproses data yang diterima oleh akal tapi bila persaaan dari hati kita menyatu dalam tindakan kita, maka di sini peranan energy yang lebih tinggi menyertai kita dalam setiap tindakan. Hasilnya setiap tindakan dalam fikiran yang positif harus bermula dari hati dan perasaan yang positif.

Bukan dari fikiran yang positif ( hanya berlaku 88% orang sahaja ). Bila kita terlalu fokus dengan cara pandang barat anda akan fokus pada fikiran,sehingga kita akan lupa bahawa Islam mempunyai cara pandang yang sangat berbeza.

Ketika kita berusaha berfikiran positif, secara tidak sedar kita telah “memusuhi, tidak suka dan benci” pada sebahagian dari diri sendiri. Sedangkan kita faham bahawa diri kita merupakan tajali(dipecahkan benteng kuasa yang datang dari allah),jika kita membenci sifatnya kita cenderung menanam bibit kebencian pada pencipta sifatnya.

Hukum alam pula mengatakan jika kita menanam kebencian dan bersikap acuh tak acuh kepada suruhan allah, maka kita juga akan menarik dan menempah satu tiket kebencian ke dalam diri. Kesanya kita tidak lagi menghargai diri sendiri dan jangan harap orang lain akan menghargai diri kita. Salah satu pakej kekayaan adalah jaringan persahabatan,jaringan kasih sayang kepada keluarga, apakah dapat membina jaringan perhubungan yang kukuh jika dalam diri kita ada bibit kebencian pada diri anda sendiri.

2 comments:

zakir932 said...

salam tuan amuji yang hancem lagi terpuji menegak hakiki mencurah bakti buat pedoman hati-hati yang mati pada materi.

terlebih dulu nak mintaklah izin bebanyak-banyak nak guna pakai beberapa patah kata tuanuntuk disematkan di dlm blog aku... mintak izinlah yerrrrr nolong lah... ayat nya ialah....

.....Sedangkan kita faham bahawa diri kita merupakan tajali(dipecahkan benteng kuasa yang datang dari allah),jika kita membenci sifatnya kita cenderung menanam bibit kebencian pada pencipta sifatnya....

...Doa yang diiringi antara fikiran dan perasaan agar dimakbulkan Allah tidak mencukupi sesungguhnya ia mempunyai perkaitan antara alam rohani dan jasmani kena seiringan. ...

ijinkanlah....

adakah konsep berfikiran di bawah sedar itu yang akan memperlihatkan halusinasi ataupun halusinasi itulah yang sebenarnya realiti bagi manifestasi(penampakan) ruh berada dalam ruang dan waktu yang bebas ke mana hala. adakah halusinasi itulah yang membuktikan penzahiran ruh berada dalam ruang dan waktu. tuan manakah yang lebih berkesan zikir yang difahami maknanyer ataupun zikir yang kita tahu penyebutannya bertujuan memuji dan mengagongkan sedangkan kita tak tahu maknanya secara detail.

afzam5607 said...

salam kembali utk zakir....saya izinkan awak ambik seberapa awak suka...

ohya!!persoalan kepada minda bawah sedar adalah berkaitan dengan roh, kedudukan roh akan menyerlah setelah dikuasai oleh suatu amalan zikir yang khusus,amalan meditasi yg diajar oleh sifu serta aurad yang diberikan oleh sifu,itulah rahsianya akan menyerlah sehari demi sehari,walaupun pada awalnya kita tahu tahu maknanya tapi kita menyebutnya dengan makraj yg betul...bukan kerana utk mengikut perintah allah semata2...bukan kerana menyucikan diri semata2..bukan kerana untuk menaikkan darjat semata-mata...bukan utk menangih simpati...bkn utk menolak bala bencana...bkn utk dihentikan kebaikan yg akan diterimanya... bukan dan bukan...tetapi ada satu rahsia yg akan dpt difahaminya setelah mendalami ilmunya satu persatu...

persoalan kepada