Taubat adalah satu langkah nyata seseorang hamba dalam menyesali dosa-dosanya. Orang yang bertaubat akan sentiasa berusaha menahan dirinya (bukannya mudah saudara-saudara nk menahan diri dari kesalahan-kesalahan tersebut) dari kembali melakukan kesalahan/maksiat yang sama berulang-kali.......Sesungguhnya perkara ini memerlukan beberapa proses yang rapi.
Tidak mencukupi hanya menyesal semata-mata,tidak memadai dengan berniat sahaja,tidak sempurna dengan solat hajat, tidak selesa dengan solat taubat semata-mata, tidak bahagia hanya membaca quran.................sesungguhnya kuncinya ada pada seorang wali....pergilah dapatkannya.......
Sebagaimana saidina yang paling mulia paling agung nabi muhammad s.a.w bersabda: "barangsiapa yang melazimkan serta beristiqomah memohon keampunan(beristiqfar) kepada allah setiap saat, maka allah akan membuka segala jalan kesempitan yang ditempuhinya, manakala yang berada dalam kesedihan dan kesengsaraan akan dibahagiakannya dan akan diberikan rezeki dan keberkatan tanpa hitung (tanpa sebab)".
Manusia adalah makhluk yang selalu diancam oleh hawa nafsu dan syahwat yang mengintai dan sentiasa bersedia menyeretnya ke lembah kubangan maksiat. Lalu berlakulah dosa dan diikuti pula penyesalan tanpa kesudahan. Namun, kerap-kali terjadi betapa ramainya yang tidak tahu apa yang mesti dilakukan ketika menyesal dengan perbuatan maksiat yang telah dilakukan. Ramai yang terpinga-pinga bagaimanakah sebenarnya mahu bertaubat, adakah taubat diterima, bagaimana mahu meninggalkan maksiat, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya bertaubat, dan pelbagai lagi persoalan yang timbul di fikiran.
Memandangkan zaman dah berubah dunia dah maju,berbagai dorongan dan kejahatan yang sering menghantui jiwa masing-masing. dengan adanya perkhidmatan internet,jalur lebar tanpa sempadan ini telah membuatkan diri seseorang itu dimanjai dan akhirnya leka dan lama-kelamaan entah jadi apa.......itulah lumrah kehidupan manusia yang berpaksa berjihad sungguh-sungguh untuk menangani masalah tersebut.Semuanya tidak kira usia atau status. Semuanya akan tewas....berbagai-bagai kisah yang kita dengar dan tengok dalam berita, kebanyakan kes-kes zina-zina-zina-seks-seks-duit-duit-duit......aduhai!!!!!saya sendiri pun taktau nk komen.....
Dari sudut lain pula, muncul pula kelompok manusia yang mendabik dada dirinya suci tetapi suka mencela dengan sombong dan merendahkan mereka yang mahu bertaubat kembali ke pangkal jalan yang baik. Dalam satu sisi yang lain, terfikirkah kita bahawa orang yang merasa berdosa/bersalah lalu mahu kembali kepada kebaikan itu adalah jauh lebih baik berbanding orang yang suka mencela orang lain dengan perasan menganggap dirinya sentiasa suci tanpa dosa.
InsyaAllah, dengan artikel yang ringkas ini selain memberi harapan kepada mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan, ia turut memberikan sebuah penjelasan yang terperinci berkaitan perngertian dan tatacara taubat yang sebenar. Selain itu, saya juga mampu memberi sedikit tips-tips dan clue-clue dan ingin mengajak kepada masyarakat awam agar sentiasa bersifat rendah hati, bijaksana, dan memberi motivasi/semangat kepada golongan yang mahu kembali kepada kebaikan.
Di antara kandungan buku yang terjual dipasaran mempunyai macam-macam untuk membantu masyarakat tentang penjelasan hakikat taubat, syarat-syarat taubat, tanda-tanda diterimanya taubat, taubat berlaku untuk setiap dosa termasuk dosa tanpa sedar, taubat nasuha, penjelasan tentang bentuk-bentuk maksiat, hakikat syirik dan taubat, perkara-perkara yang mengahalang taubat seperti syirik, bid'ah, kejahilan dan berburuk sangka kepada Allah, kemudiannya buku-buku yang dijual juga turut menjelaskan berkenaan penawar-penawar maksiat iaitu perbuatan yang dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Yang terakhir, buku tersebut turut membimbing anda melakukan solat Taubat dan amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa.
"Ya Allah! Bantulah kami, Engkau sebagus-bagus Penolong, bukakanlah (menangkanlah) kami, Engkau sebagus-bagus yang membukakan, ampunilah kami. Engkau sebagus-bagus Pengampunan, kasihanilah kami, Engkau sebagus-bagus Pengasih, berilah kami rezeki. Pemberi Rezeki, tunjukkanlah kami dan hindarkanlah kami dari diri kami yang menzalimi diri kami sendiri serta dari kaum yang zalim.
No comments:
Post a Comment