Saturday, January 23, 2010

KEJAHATAN TIDAK BOLEH DIBENDUNG?


ZINA-ARAK-JUDI-HISAP DADAH-HISAH GANJA-HISAB SYABU-MINUM UBAT BATUK-MEROMPAK-MENCURI-MERAGUT-SKODENG-ROGOL-MENCABUL-MEMBUNUH-MEMBULI-FITNAH DAN MACAM-MACAM HAL LAH.


    DIsebalik perbuatan di atas adalah suatu perbuatan berbentuk fikizal yang tidak melibatkan dalaman sahaja,tetapi kesan dan punca tindakan itu adalah suatu ilham yang dicorakkan oleh hati yang halus menjadi berkarat apabila ia bermula diwaktu umur baligh lagi kemudian tempias dari bisikan syaitan dan bisikan nafsu.Pada hakikatnya empunya badan tidak mahu melakukannya,tetapi jiwanya didesak oleh suatu kuasa jin dan iblis yang memperngaruhinya lalu  hatinya sudah ditawan oleh raja NAFSU.


    Perbuatan jahat itu tidak akan berhenti dari melakukannya sehingga dirinya sendiri akan terhantuk, terjerumus kelembah kehinaan dan terjatuh ke dalam lembah kesukaran.Kehidupan sehariannya akan mengalami  produktiviti dalam kerjanya menurun,hubungan kekeluargaan semakin pudar,mukanya keruh, cahaya perbuatan kebaikan tidak dihormati,nilai kejujurannya diabaikan,wang ringgitnya sentiasa tidak mencukupi,hatinya dirundung kerisauan,kegelisahan,kecelaruan yang berpanjangan. Akhirnya ia mengambil jalan pintas UNTUK BERPUTUS ASA.........


    Punca utama Kebaikan dan kejahatan yg dilakukan adalah krn REDHA TERHADAP NAFSUNYA....
Manusia!!!Dalam bahasa arab memberi maksud INSAN...terjemahan kepada insan adalah LUPA.Jadi oleh itu,apabila kita bergelar sebagai manusia,maka hidup kita setiap saat akan melupakan perkara yang dilakukan itu.Kenapa manusia memiliki HATI, dalam terjemahan bahasa arab HATI itu adalah QALBU, terjemahan kepada QALBU itu adalah BERUBAH-RUBAH,maka wajarnya setiap INSAN yang memiliki hati boleh berubah-rubah setiap masa...Hidup manusia pula dipenuhi dengan alam maksiat,sebabnya perbuatan maksiat itu adalah pelanggaran terhadap perintah-perintah allah,itulah yang disukai oleh raja NAFSU.


    Kedudukan syahwat yang sering menghantui jiwa semua manusia tidak kira mereka berada di dalam status mana pun tetap kalah untuk melawannya,samada mereka berjawatan tinggi, berilmu,beragama,alim,kuat ibadat,remaja,orang jahil,orang kurang upaya dan sebagainya akan tewas bila berdepan dengan situasi syahwat,dirinya akan melepaskan keinginan besar nafsu yang dirasakan sedap dan seronok dengan kelazatan yang dinikmatinya sehinggakan akan berulang-ulang dilakukan.


    Punca-punca ini sering melalaikan seseorang dan boleh melengahkan segala hak yang wajib dan yang sunat.....pokok pangkalnya ramai yang tewas untuk menanganinya dan membendung dan mengelakkan dirinya sendiri apatah lagi orang lain.Status perkembangan masyarakat pada hari ini sudah banyak kes yang dipaparkan dalam media elektronik media cetak tentang kejahatan manusia semakin berleluasa dan seperti tidak ada jalan yang dapat menbendungnya. Alahai DUNIA.......!!!!!!!Dunia yang bersifat ketamakan, kerakusan,kejahatan, ketidakpastian,kekeliruan telah menghinakan kehidupan manusia sejagat...


    Semua golongan lapisan masyarakat pada hari ini semakin asyik dibuai cinta dibuai alam zina,kalangan yang sudah berkahwin pun turut menerima ujian hidup ini begitu juga golongan atasan.....semuanya tewas dengan godaan dunia ini.Suami isteri bercerai berai,anak-anak terabai,Pihak berkuasa,pakar motivasi,guru agama,orang alim pun tidak dapat berbuat apa-apa ?Sesungguhnya diri mereka sendiri yang telah menganiaya diri mereka sendiri. Jadi oleh itu, tiada siapa yang layak dan berhak menuding jari mereka itu salah atau betul, orang yang menuding jari boleh berkata begitu kerana ianya tidak berlaku kepada dirinya dan keluarganya....maka oleh itu ia perlulah banyak-banyak bersyukur...Jadi bantulah mereka yang menjadi mangsa kejahatan itu samada meraka yang baru bermula untuk melakukan atau yang sedang merasai kejahatan atau yang sudah berkali-kali menikmatinya kejahatan tersebut......


Di dalam pengkajian saya juga,Hal ini akan bertambah serius apabila golongan ibubapa tidak seiringan dengan anak-anak masing untuk menambahkan dan mengisi masa dengan ilmu-ilmu pengetahuan agama dan ilmu dunia yang boleh memandu arah hidup mengiku kesesuaian jiwa masing-masing.Nilai-nilai murni perlu dibentuk setiap masa kerana Di dalam hati MANUSIA itu ada keganasan,didalam hati manusia juga ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali berjinak-jinak dengan agama dan di dalam hati manusia juga ada kegelisahan dan tidak akan pudar kecuali berlindung dan berhasrat dan bercita untuk mendekatkan dengan agama yang sewajarnya.....Maksudnya bukan mengokong diri sendiri.SIapakah yang bersalah?siapakah yang perlu dipersalahkan?Alahai dunia......!!!!

    Darimana punca ini berlaku?Sebenarnya kita selalu melihat bahawa diri kitalah yang benar......kononnya kita sayang pada diri dan bukanlah sayang pada agama dan kepentingan orang sekeliling kita......Selalu juga kita menafikan segala keaiban diri,kelemahan diri, kita selalu merasai tidak ada kekurangn apa-apa.Diri kita selalu berasa senang terhadap Nafsu dan dianggap semuanya baik-baik ajer...Maka disitulah hatinya dikuasai oleh kelalaian yang berpanjangan....

    Akhir kata.....saya juga tidak mampu untuk membantu saudara-mara kita yang sudah hilang arah tuju hidup namun saya hanya mampu berdoa serta saya hanya boleh luahkan segala rahsia yang saya tahu melalui laman blog untuk tontonan bersama.....oleh itu fikir-fikirkanlah:
JALAN KESYURGA DIPENUHI DENGAN BERBAGAI MASALAH
JALAN KENERAKA DIPENUHI DENGAN BERBAGAI KESENANGAN DAN KELAZATAN
JALAN KEKAYAAN DIPENUHI DENGAN BERBAGAI HALANGAN
JALAN KEGAGALAN DIPENUHI DENGAN BERBAGAI ALASAN.

CERITAKU DAN LUAHANKU




KENAPAKAH LILIN INI 7 BATANG?


    Al-kisahhhhh suatu cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda semua hari ini adalah sambungan cerita mengenai pengalaman hidup yang dipaparkan dalam tajuk dibawah mencari erti hidup.Di dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan,satu persatu saya dapat belajar daripada peristiwa yang berlaku dihadapan mata,kejadian yang melibatkan diri, kesukaran yang ditempuhi,jerit tangis mengenang nasib hidup,keseronokan di dalam hiburan, kegelisahan di dalam kejahatan, kecelaruan di dalam maksiat,kemiskinan orang lain dapat dirasai dengan kesedihan,kekurangan bekalan untuk mengisi perut yang kekosongan memulas keroncong sumbang sentiasa minta diisi.

    Akhirnya dapat menemui satu jalan untuk memperlengkapkan serta memantapkan lagi diri sendiri dalam meneruskan kehidupan yang terlebih baik, di dalam usaha untuk memperkemaskan diri serta membaiki keadaan diri dan keluarga,di saat itu juga di uji dan diberi amanah oleh allah untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan kesukaran dan kegelisahan dan kesedihan.Sesungguhnya setiap kekurangan yang berlaku pada diri sendiri adalah menjadi satu pengalaman masin dan manis untuk diterjemahkan kepada orang lain yang belum merasainya.....sebelum orang lain yang merasainya,maka saya terlebih dahulu merasainya untuk diajarkan dan ditegur kepada mereka-mereka yang menjadi mangsa keadaan yang tiada tempat untuk mencari jalan penyelesaian.Tugas saya adalah membantu kategori orang-orang yang berdekatan sahaja.kalau yang kaya-raya yang cerdik pandai yang berjawatan yang berstatus tinggi semestinya mereka akan merujuk diKL dengan pakar-pakar motivasi.

    Sudahlah diri sendiri pun masih belum terkawal untuk mempertahankan diri dalam kekalutan dunia,dengan tidak semena-mena adalah menjadi suatu tanggungjawab dan tugas untuk berkhidmat demi agama mengajak dan membawa mereka yang hampir terjerumus kelembah putus asa dan hilang keyakinan diri,AL-maklumlah kebanyakan orang akan berkata....
"aahhhh!!!cakap tak serupa bikin,masalah itu tk pernah berlaku atas diri sendiri,bila kena pada diri sendiri baru laaa tahu sakit ke sedap".Walaupun agak pahit untuk ditelan kebaikan yang kita lakukan....namun,sifu saya berpesan,khabarkan dan ajarkan kepada mereka mengikut level mereka yang memerlukan walaupun diri sendiri masih rasa kurang.

    Maka ditakdirkan allah,saya terpaksa menanggung kesengsaraan dan kecelaruan orang lain,lalu allah memiilih saya sebagai pemandu pelancong peringkat dalaman sahaja.Apa-apapun saya terpaksa akur dan menyerah kalah dengan takdir penentu segalanya bahawa saya perlu menghayati,menjiwai dan merasai dimana punca setiap kejadian,dimana silapnya,dimana sesatnya,dimana kebenaran hakiki yang sewajarnya untuk diajarkan kepada orang lain.Alhamdulillah,terima kasih banyak-banyak ya allah,engkau telah mengajarkan kepada aku suatu ilmu yang tidak tercatat di dalam mana-mana buku melainkan aura percikan cahaya iman dari sifu serta keberkatan dari rasululllah.

    Walaupun begitu,berbuat baik terhadap sesama manusia,bersedekah pada orang yang susah,menolong orang-orang yang dizalimi,meringakkan beban orang yang menderita,memberi makan kepada orang yang kelaparan,jenguk-jenguk orang yang sakit dan membantu orang yang ditimpa musibah telah memberi suatu kuasa menyejukkan hati serta merasa diri bahagia tenag dan damai,walaupun dipenghujung kebaikan yang kita persembahkan dibalas dengan najis sekali pun.....inilah yang sifu saya ajarkan.

    Walau bagaimanapun dalam meneliti perjalanan hidup yang saya tempuhi kini tidak habis-habis dengan ujian hidup, semakin kuat beramal,semakin kaya,semakin miskin,semakin baik sifat,semakin berubah,semakin low profile semakin hebat ujian yang terpaksa ditempuhi.......keluarga@sahabat@jiran@orang sekeliling akan berkata: "bersabarlaaa saudara!!!!setiap perkara yang allah lakukan itu ada hikmatnya.."Begitulah realiti kehidupan,manusia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berserah diri kepada allah semata-mata setelah dia buntu.Jadi oleh itu,apa yang manusia boleh katakan???

    Sejarah hidup seseorang yang merasai saat pahit manis dan masin dalam kehidupan itu sebenarnya diberikan oleh allah adalah suatu RAHMAT yang cukup hebat kerana pada peringkat awal kita menjadi hamba allah hanyalah ingin berpegang kepada SURUHAN dan larangan allah dan mengharapkan balasan syurga disebalik kebaikan yang dilakukan dan takut menerima balasan neraka disebalik kejahatan yang dilakukan. Apa-apapun untuk mencapai darjat level iman kita diangkat dari suatu kesalahan yang dilakukan akan diberikan oleh allah pula suatu kefahaman adalah beramal semata-mata utk MENGENALI allah,lalu allah membawa datang suatu musibah dan ujian besar dalam bentuk yang lain dan dia terlepas dari ujian itu,allah ingin mengangkat darjatnya kepada level iman supaya orang itu dapat MENDEKATKAN diri kepada allah pula,lalu ujian datang pula dengan lebih teruk lagi iaiitu dihadiahkan kepadanya masalah hidup besar berbanding sebelumnya.
Tiba satu masa dia berjaya melepasi tekanan masalah itu,lalu allah mewujudkan suatu perasaan untuk dirinya dapat merasai suatu kuasa hidupnya adalah dapat BERTEMU dengan allah pula.

    Setelah ia berpegang dengan kuat keagungan allah untuk MENEMUI allah,lalu allah akan berikan kepadanya suatu tekanan hidup yang dianggap dia akan rebah tersungkur,rebah lemah longlai,lemah tak bermaya....di saat itu,dirinya tenggelam dalam kuasa allah secara mutlak dan menyerah diri 100% dan setelah ia berjaya melepasi tekanan itu,dirinya diletakkan pada level imannya yang kukuh bahawa dia sudah bersedia untuk menemui saat kematian....

    Allah yang Maha bijaksana dan Maha Agung,DIAlah yang memperlakukan berbagai cara dan rupa tanpa terikat dengan sebarang makhluk dan mengikut kehendaknya sendiri,setelah hamba itu sudah hilang rasa takut untuk mati dan hilang rasa takut neraka, maka ia akan diuji dengan rasa malas untuk beramal semata-mata kerana allah dan dia akan mendakwa dirinya bahawa sudah sampai tahap semuanya adalah kehendak allah yang menjadikan dia begitu.kononnya ia telah asyik dibuai pertuturan ketuhanan.....

    Disaat itu pula dia dapat terlepas ujian allah begitu,lalu dirinya akan diubah citarasa jiwa dalamannya(feeling) kearah JATUH CINTA kepada allah dan mula rasa RINDU kepada allah....inilah saat makrifat dan hakikat penghujung kehidupannya yang dia pilih....

    Last sekali hiduplah dia sebagai manusia biasa yang tidak terjejas dengan apa-apa situasi dan kebanyakkan dirinya hanyalah berlakon di dalam kehidupan masyarakat. bahkan dirinya pada waktu itu hanya menjadi manusia biasa dan tidak dapat dikesan kehebatan dimilikinya yang diberikan oleh allah secara rahsia.

    Kadang-kadang allah menguji juga keadaan dirinya dengan power yang dimilikinya itu dibongkarkan allah kepada orang awam bahawa dirinya begini begitu lalu seseorang itu akan menyebarkan cerita itu kepada orang ramai....sebagai contoh dia pandai mengajar suatu ilmu yang baik kepada orang ramai,mengubat orang sakit,memberi pertolongan dalam sudut motivasi,menahan kejahatan berlaku dalam masyarakat, menjampi menghalau kejahatan jin iblis,pandai mengurut orang,memiliki ilmu firasat yang luarbiasa,kaya tanpa bekerja, berharta tanpa berpenat lelah,dapat mengawal keadaan yang penuh kekalutan dan macam-macam lagi.

    Apabila dia sudah memahami situasi itu merupakan ujian besar bagi dirinya,
maka dia akan cuba menghilangkan diri dan menyembunyikan kehebatan itu setelah allah melihat reaksi dirinya tidak mahu berkeadaan begitu,lalu allah menarik power itu serta merta.Setelah dia memahami gelagat manusia yang dipenuhi dengan sifat-sifat tercela dan dirinya tidak rasa selesa dengan kehidupan dalam masyarakat ini,lalu dia lebih suka memilih untuk bersendirian(uzlah) di dalam rumahnya atau di dalam gua....

    Keadaan ini tidak menjadi suatu halangan lagi baginya,tiada takut,tiada keluh kesah,tiada ego,tiada tamak,tiada hasad dengki,tiada riak,tiada terkesan apa-apa dari gangguan dan godaan dunia dan akhirat. sebab dia sudah sampai tahap mengenali dirinya dan mengenali allah.rahsianya tetap dipegang dan disimpan dan dia abadikan hanya untuk dirinya sahaja tanpa mengajar ilmunya kepada sesiapapun melainkan allah yang memilih sesiapa sahaja utk menemuinya.Hidupnya pula penuh dengan lakonan untuk menjaga pandangan orang ramai.Supaya tidak timbul fitnah.

    Bahana yang dapat dirasai oleh saya semakin keliru,sebagaimana persoalannya berbunyi untuk apa aku hidup didunia ini?apakah matlamat hiduku?Apakah kepentinganku kepada orang awam?apakah kerugian yang terpaksa aku tanggung dari kebaikan dan kejahatan manusia lakukan keatas diriku?setelah allah memberikan jawapan yang lebih halus,maka terpancarlah suatu sinaran baru serta keyakinan yang kuat untuk disalurkan dalam kehidupanku dan diteliti setiap masa dan hidup penuh waspada serta low profile.

    Memang betullah dengan apa yang berlaku kepada para wali-wali dahulu kala dan kini yang membentuk dan mewujudkan suatu organisasi amalan berzikir dan majlis ilmu khusus semata-mata ingin mengajak dan melahirkan manusia yang bersopan santun dihadapan allah dan memiliki sifat-sifat terpuji.Jika seseorang itu tidak mendalami ilmu ini dan memberanikan diri untuk mendampingi pusat-pusat jemaah islam ini nescaya dirinya akan terpesong jauh dari landasan yang sebenar.Sebagaimana Hidupnya tidak lekang dari sifat-sifat yang boleh merosakkan dirinya dan jiwanya akan dihiasi dengan kekayaan sifat tercela berpanjangan seperti BERSANGKA BURUK SESAMA SENDIRI-KELUH KESAH-PUTUS ASA-EGO-MEMBANGGAKAN DIRI-RASA DIRNYA HEBAT-RASA DIRINYA BAIK=RASA DIRINYA CUKUP AMALAN-RASA DIRINYA CUKUP HEBAT-TIDAK ADA NILAI IKHLAS-MENGELUH-RIAK-HASAD DENGKI-TAMAK-RASA SUDAH CUKUP APA YANG ADA-TAKUT BERIMPIAN-BERANI BERANGAN-ANGAN KOSONG-REBUT JAWATAN-SUKA KEPADA GOSIP- SUKA MENGUNGKIT KEBAIKAN YANG DILAKUKANNYA-SUKA MEMBURUKKAN ORANG LAIN DIHADAPAN ORANG LAIN-MAHU DI PUJI-MAHU DISANJUNG-(Ini adalah pengkajian saya sahaja, bukan bermaksud untuk merendah sesiapa,kalau ada sesiapa rasa saya yang teruk,katakanlah sepuas hati, saya sanggup terima hukumannya).

    Rentetan itu,rahsia paling besar dalam kehidupan manusia ini sudah terjawab untuk saya simpan selama-lamanya.Kenapa allah melakukan berbagai benda atas dunia ini?
Kenapa allah menjadikan kejahatan dan menjadikan kebaikan?sekian terima kasih.

Friday, January 22, 2010

ORANG YANG BAHAGIA



Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.

Menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwa.
Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.
Menyediakan waktu untuk berzikir kerana berzikir adalah untuk melahirkan sifat terpuji.
Menyediakan waktu untuk b'senda kerana b'senda itu akan m'buatkan muda selalu.
Menyediakan waktu untuk berselawat kerana untuk mendapatkan syafaat dunia dan akhirat
Menyediakan waktu untuk berBlog kerana dapat mencipta suatu kreativiti idea.
Menyediakan waktu untuk bermuhasabah diri kerana mengikis sikap negatif dalam diri.
Menyediakan waktu untuk b'ibadat kerana b'ibadat itu adalh ibu sgl ketenangan

    Cinta seringkali akan lari bila kita m'cari,tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.Jika kejahatan dibalas kejahatan,maka itu adalah dendam.Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji.Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman,belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok.

Wednesday, January 20, 2010

PERTUTUTURAN DAN AMALAN ADALAH GAMBARAN HATI

Apabila kita lupa kepada ALLAH,apa saja dibuat dalam hidup serba tak kena dan orang lain yang perlakukan kepadanya pun tak kena.Mereka akan banyak bercakap berkenaan kerjanya,perbuatannya,kesukaannya,citaranya.

Orang miskin pula apabila kekurangan belanja akan memikirkan bagaimana untuk mengatasinya.Orang kaya dan berharta sentiasa membayangkan harta dan kekayaannya.Mereka akan bercakap soal projek dan bagaimana mengatur strategi bagi menambah kekayaan.

Seorang pendakwah fikirannya sentiasa berlegar terhadap masalah umat dan cara memperbaiki serta menyampaikannya. Mereka sentiasa berbicara bagaimana dakwahnya boleh sampai ke telinga mereka yang masih tidak dapat menerimanya.

Seorang pakar perubatan tradisional sperti bomoh memikirkan dan bercakap tentang jenis jin hantu dan ubat-ubatan dan mencari-cari pesakit.

Seorang yang sentiasa hidup memburu nafsu akan mencari kawan sealiran dengan mereka untuk berseronok. Seorang yang sedang bercinta akan suka bercakap dengan kekasihnya hingga ia terbawa-bawa di dalam mimpi disebabkan terlalu banyak mengingatinya.

Apa yang kita cakap dan lakukan selama ini mencerminkan apa yang ada di dalam hati kita. Apa yang diutarakan ini nampak seperti berbelit-belit tetapi sebenarnya yang lebih ditakuti, jika kita terbelit dengan fikiran dan tindakan yang tidak berasaskan ingatan terhadap Allah. Kita banyak berfikir terhadap hal keduniaan tetapi kita tidak berapa mengingati kepada yang lebih agung iaitu Allah yang mencipta seluruh kejadian di muka bumi ini. Kita banyak memikirkan ciptaan Allah tetapi kita lupa kepada penciptanya.

Kita banyak memikirkan dan berbicara tentang ganjaran dan balasan disebalik perkara yang kita lakukan dan terlalu yakin dengan claim dari ALLAH.

Kalau kita bercakap pun kurang, apatah lagi amalan kita. Kalau yang kita cakap itu pun belum tentu dibuat, apatah lagi yang tidak bercakap langsung, malah lebih parah terlintas di fikiran pun tidak.


Bayangkan kalau tidak terlintas sedikit pun mahu melaksanakan perintah beribadat, bersyukur, berzikir,berselawat,memikirkan kebesaran ALLAH memberikan berbagai perkara dalam kehidupan kita,tidak berserah diri dengan tindak tanduk yang kita lakukan semata-mata kerana ALLAH, serta memperjuangkan kalimah Allah. Itulah yang membawa kepada segala gejala. Sebenarnya gejala sosial bermula apabila kita 'bermasalah' dengan Allah.

Pendek kata, punca segala yang tidak kena dengan kehidupan kita apabila kita MULA melupakan Allah. Kalau menyebut pun sudah jarang-jarang, bagaimana pula hendak ingat ALLAH dalam hati dan dalam pemikiran Tentang ALLAH apatah lagi rasa sayang dan rindu ALLAH.serta Dalam suasana orang kita bercakap polemik kalimah Allah ditulis di gereja, sebahagian kita baru tersentak yang mana satu betul. Masa ini baru hendak ambil pusing nama Allah yang dulunya banyak 'terpusing' dengan putaran dunia. Solat dan zakat serta haji entah ke mana, malah semuanya tidak ke mana. Kita bukan hanya perlu memperjuangkan kalimah Allah yang Maha Agung semata-mata tetapi hendak hidup dan mati dengan 'skrip' Allah melalui al-Quran dan hadis.

Apa ertinya kita pertahankan nama Allah tetapi hidup menyusahkan diri sendiri sebagai seorang Islam yang menzalimi diri sendiri dan keluarga dan tidak mengambil kisah dari apa yg berlaku dan tidak berfikir jauh dan menggunakan hati yang ikhlas mencari keredhaan ALLAH......Zaman kini adalah manusia menitikberatkan pasal nama ALLAH sahaja dan amalan semata-mata tanpa mengorek mencari nilai cinta dan kasih sayang kepada ALLAH.....Hidupnya selesa membangkit dari kejahatan orang lain dan membangkit kebaikan yang dilakukan....apa kejadah manusia yang bersikap sedemikian rupa seperti ini..........Hidupnya hanya membuat fitnah terhadap agama gara-gara perilaku kita.

Sama juga kita bermati-matian mempertahankan identiti seorang mualaf yang mati supaya dikebumikan di kubur orang Islam. Tetapi ketika hidupnya, kita tidak prihatin untuk menyampaikan dakwah dan tidak ambil tahu kehidupan agamanya.

Akhir kata,eloklah kita meneliti di peringkat mana hati dan ingatan kita terhadap Allah agar selepas ini, kita lebih prihatin dengan diri kita dan keadaan umat Islam serta hubungan kita dengan Allah. Adakah kita perlu untuk mempercayai kewujudan Jin Syaitan?Adakah kita perlu mengambil tahu hal ALLAH? apa maknanya kalau kita percaya kepada kewujudan JIN SYAITAN sedangkan kewujudan ALLAH diperlekehkan?

Cuba perhatikan di mana kedudukan kita?

1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat Allah bila susah dan bermasalah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat(mengenal) kepada Allah,

Kedudukan hati di peringkat pertama dan kedua, kita belum selamat dan tidak boleh diharap menjadi penyelamat serta pembela kepada diri, keluarga serta masyarakat. Usahakan semoga kita dapat naik ke peringkat ketiga kerana pada peringkat itu kita mulai selamat dan menyelamat manakala peringkat keempat adalah peringkat pejuang serta pemenang dunia dan akhirat serta superpower.

REBUTLAH PELUANG HIDUP DGN SEIMBANG



    Pernahkah kita dengar kata-kata hikmat sakti yang menikam kalbu ni.."ORANG KAYA MAKIN KAYA..YANG MISKIN MAKIN MISKIN!!"Ramai yang cakap benda ni..tapi selalunya dengar dari mulut 'yang miskin' pasal tak puas hati dengan 'yang kaya bertambah kaya'..!Tapi cuba kita tengok kenapa jadi macam tu..!Orang miskin suka beli 'LIABILITI'..senang cerita semua duit keluar..dapat gaji habis keluar bayar itu ini..

    Orang kaya suka beli 'ASET'..senang cerita 'duit masuk' atau bahasa inggerisnya 'mesin cop duit'..Tapi ada banyak kategori ASET ni..ada aset beku, ada aset cair, aset cepat,aset lambat. masalahnya dari 'miskin' nak pergi 'kaya' tu macam mana nak mula
KAMI ADA JAWAPANNYA!!Cuba tengok diri kita sendiri..selama ni apa aset yang kita ada Berapa banyak sumber income kita..kalau makan gaji cuma ada 1 sumber je..kalau dapat gaji apa yang kita buat Bayar kereta, rumah, bil-bil, minyak kereta, belanja makan minum anak isteri...so yang mana satu bagi duit balik pada kita setelah keluarkan duit.

    duit tu Tak ada Maknanya semua tu liabiliti (termasuk la rumah tu..pasal duit keluar bukan duit masuk..So jangan heran kalau statement bank kita selalunya ciput dan seram mata memandang..pasal kita salah konsep!!Join DREAM CLUB EXCLUSIVE (DCE)Sistem e-kutu online terkini dapat membantu semua orang,walaupun slow-slow tidak mencari orang untuk menyertai DCE,namun Orang awal yang  telah menyertai akan menyumbangkan kepada anda akaun dibawah anda,apabila ada bergerak bercerita dan mengajak dan bersantai sembang mengajak orang ramai maka lebih cepat anda dapat menjana pendapatan anada dan anda akan diajar bagaimana menjadikan setiap RM1 anda sebagai 'Biji Benih' dan cara paling efektif 'semai benih' untuk dapat berlipat kali ganda..ibarat dari sebiji beras akhirnya jadi satu ladang tanaman yang besar!!Sebenarnya, dengan teknik yang betul,dari RM1 tu kita boleh collect RM1,000,000.00..pelik tul bunyinya kan! Nak tau?

    Dunia dah berubah,zaman dah maju.....Kiamat pun dah dekat..amalan pula berkurangan......zakat diabaikan....Ilmu agama tidak belajar.....ilmu bacaan quran diabaikan.........ibubapa diabaikan.......hutang keliling pinggang.....dosa pula semakin banyak.....perangai pulak jadi semakin jahat....hidup penuh dengan dengki.....tidak berpuas hati dalam hidup..........buat kerja tidak ikhlas.......ADA DUIT MANUSIA BOLEH JADI JAHAT............TAKDER DUIT PULA BOLEH BUAT MANUSIA SEMAKIN JAHAT......
JADI OLEH ITU?APA PERLU KITA BUAT?....

KUASA BERFIKIR MENCIPTA KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN


Gambar apa ni?sebetulnya adalah gambar otak...eeiii jijiknya rupa sebenar otak manusia yer...tapi
begitulah hakikat kebenaran disebalik apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Apakah anda semua tahu bahawa anda memiliki suatu kuasa@aura?Cuba kita berfikir sejenak, bagaimana orang lain yang bijak melalui proses kehidupannya?sedangkan otak manusia adalah sama belaka.
Inilah kuasa allah menjadikan manusia berbagai bentuk dan rupa,tapi memiliki suatu kuasa pemikiran yang hebat.Cuba kita terfikir dalam diri kita bagaimana ingin menjadi seorang yang berkuasa,supernatural,superpower,seperti citer mat saleh tentang the jumper,x-file,matrix dan macam-macam lagi.DIsebalik apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian hanyalah kita berfikir 5saat sahaja. Saya melihat manusia jarang berfikir untuk mencipta empayar kekayaan dan kebahagiaan sendiri.Kerana Kekayaan dan kebahagiaan anda boleh berkuasa untuk meletakkan diri anda dan siapa sahaja yang anada suka untuk berjaya.Prinsip ini boleh membuktikan anda mempunyai kekuatan mencapai kekayaan dan kebahagiaan demi diri sendiri sahaja.
Kita semua sebenarnya memiliki potensi yang besar untuk berjaya dan bahagia,tetapi kita perlu mengenali kelemahan diri sendiri dan mengenali fikiran kita kearah mana,kemudian menjalani hidup kita sendiri untuk mendapatkannya.Tapi malangnya kita banyak menggunakan fikiran NAFSU dan SYAITAN semata-mata.
Oleh itu,kenalilah batin(jiwa dalaman) anda sendiri dan anda akan mendapat apa yang anda inginkan dalam lingkungan kehendak yang perlu diutamakan dan kehendak yang tidak diperlukan,samada perlu segera atau tidak perlu disegerakan...............Kenapakah setiap diri kita,setiap perkara yang berkaitan kehidupan dunia semuanya ingin diutamakan dan disegerakan dan perkara yang berkaitan dengan akhirat dilewat-lewatkan dan tidak perlu segera?

Ada suatu masa dalam hidup,manusia akan melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan.....apakah perkara itu?Mereka suka melakukan perkara yang tidak wajib dan perkara yang remeh temeh,tetapi ingin disanjung dan dipuji dan ingin mendapat penghormatan dikacamata manusia lain.......Jadi oleh itu,kehidupan anda akan lebih bahagia dan berjaya jika anda dapat berfikir 10kali.....iaitu berfikir secara matang sejak usia muda lagi.
Tetapi sejak berakhirnya zaman pemerintahan nabi Muhammad,ramai manusia islam melakukan perubahan besar dengan mengikis sikap membiarkan orang lain menentukan apa yang harus dilakukan tetapi mereka akan menentukan sendiri corak kehidupan mereka.

ALLAH yang kita percaya yang kita sembah yang kita bergantung denganNYA telah memberi manusia hak keistimewaan yang berupa kebebasan untuk berfikir.ALLAH mempunyai tujuan untuk mendorong manusia menjalani kehidupan sendiri......tapi alangkah sedihnya,kehebatan berfikir yang dianugerahkan oleh ALLAH itu tidak digunakan sebaiknya,Jadi marilah sama-sama kita mengenali potensi diri dengan merajinkan diri kita dengan baja iman dan amalan-amalan ibadat untuk mendekatkan diri,secara tidak langsung minda dibawah sedar itu akan menyerlah dan melebihi taraf minda dalam sedar(otak yang kita guna utk berfikir).

Setelah seseorang itu sudah mengetahui rahsia disebalik minda bawah sedar itu lebih hebat....maka disitulah akan terciptanya suatu kekuatan luarbiasa....dia dapat menolong orang lain dan dapat menolong dirinya....
setelah ALLAH membuka ruang minda bawah sedar itu,kehidupannya dipenuhi dengan zikir serta fikir yang unik.....oklah,cukuplah dulu untuk setakat ini,nanti saya akan kupaskan lagi bab ini....sekian terima kasih. 

Tuesday, January 19, 2010

KEJAHATAN DALAM DUNIA MULTILEVEL MARKETING


ELAK MLM BERUNSUR SYUBHAH
CORAK perniagaan biasa memerlukan perkhidmatan wholeseller (jual secara pukal)bagi membekalkan barangan kepada retailer atau peruncit yang kemudian akan terus menjual produk tersebut kepada para pelanggan.

    Dibawah ini jenis perniagaan MLM (MultiLevel Marketing) pula sudah tumbuh bagaikan cendawan,
berbagai jenis produk dicipta untuk mencapai target jutawan oleh sesebuah syarikat pengeluar melantik ejen pengedar untuk menjual barang atau produk tersebut terus kpd pelanggan.Pelanggan menikmati harga kilang apabila membeli produk  tersebut.

    Namun, Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Gombak,Wan Rumaizi Wan Husin berkata,ejen pengedar tidak akan mampu untuk memasarkannya seorang diri. "Melainkan dia terpaksa melantik ‘kaki'di bawahnya atau lebih dikenali sebagai downline bagi membantunya memasarkan produk," serta dapat menjimatkan kos promosi sesuatu produk, katanya.Peringkat pertama atau level pertama yang dilantik itu akan diberi ganjaran tambahan jika dapat menjual produk tersebut kepada para pelanggan.Ganjaran di sini sama ada yang berbentuk mata markah atau ganjaran point yang dikumpulkan,hadiah-hadiah (kenderaan,rumah,pakej pelancongan dan sebagainya), wang ringgit atau produk jualan secara percuma ataupun bonus insentif". katanya.
   
    Peringkat pertama yang dilantik perlu membuat pembayaran pendaftaran atau terpaksa membeli set produk permulaan.Lazimnya mereka akan berusaha untuk menjual produk tersebut.Mereka cuba merebut ganjaran-ganjaran yang ditawarkan sehinggalah disatu peringkat mereka sendiri akan melantik downline seterusnya untuk membantu membuka pasaran dengan lebih luas. Lebih banyak produk yang dijual akan memberi banyak keuntungan kepada semua yang terlibat,katanya,
   
    Perniagaan seperti ini,kata Wan Rumaizi,berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung (AJL) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai badan yang memantau pergerakan atau operasi syarikat-syarikat yang berteraskan MLM."Jika dibuka laman web kementerian itu, kita akan dapati senarai syarikat MLM yang mematuhi semua peraturan jualan langsung.Maklumat itu saja sudah boleh membantu orang ramai menentukan yang mana satu syarikat MLM yang dibenarkan sebelum mereka menyertainya. MLM akan disenarai hitam apabila pihak kementerian mendapati mereka beroperasi secara skim piramid atau binari," katanya.
    
    Wan Rumaizi berkata,pernahkah para peserta MLM bertanya adakah perniagaan MLM mematuhi kehendak syarak?Lebih-lebih lagi pihak syarikat itu sendiri? Jika syarikat itu benar-benar mematuhi peraturan jualan langsung atau mengikut kaedah MLM yang sebenar, Islam menerima bentuk perniagaan seperti itu dan mengkategorikannya sebagai harus."Tetapi yang lebih dikhuatiri apabila di atas kertas syarikat itu merupakan syarikat jualan langsung MLM tetapi secara operasi mereka menggunakan teknik Skim Piramid.Jika berlaku keadaan seperti ini tidak sesiapa yang mengetahui hatta pihak kementerian sendiri," katanya. Isunya timbul apabila seorang ejen pengedar tidak lagi ‘berniaga' kecuali membekalkan produk dan hanya mengutip ganjaran.
  
    "Downline dikerah untuk mencari, menaja atau menambahkan downline yang sedia ada tanpa perlu membuat tumpuan terhadap jualan produk itu sendiri," katanya.Wan Rumaizi mendapati ketika perniagaan jualan langsung diperkenalkan pada akhir tahun 1990-an, kebanyakan syarikat pada masa itu benar-benar mematuhi peraturan. "Malah mereka begitu menekankan mutu atau kualiti produk supaya ia menjadi produk yang berprestij dan tidak didapati dalam pasaran biasa," katanya. Tetapi sejak kebelakangan ini beliau mendapati produk barangan itu hanya sebagai syarat untuk mendapatkan AJL.

     "Yang lebih menjadi tumpuan adalah usaha menambahkan downline hingga kepada jumlah yang tidak dihad, dikawal atau infiniti," katanya.Ini yang menyebabkan ada ‘kepala' yang melarikan diri apabila sebegitu banyak deposit dapat dikaut," katanya. Ia membawa kepada fenomena sejenis lagi bentuk perniagaan yang diuar-uarkan sebagai hibrid daripada perniagaan MLM dan e-dagang.Ada yang menggunakan istilah e-wallet.

    Menurut Wan Rumaizi, perniagaan seperti itu tidak lebih satu penjenamaan semula daripada beberapa aktiviti perniagaan yang sama sebelum ini."Dahulu kita ada Skim Cepat Kaya, Labu Peram, Pak Man Telo dan sebagainya. Skim itu tidak ada bezanya dengan skim yang ada sekarang."Semuanya berselindung di sebalik menggunakan Sistem Piramid yang diisytiharkan ‘haram' oleh pihak Kementerian," katanya. Apakah kesan sistem downline? "Istilahnya sama seperti kita dikehendaki membeli seekor burung tetapi burung itu masih lagi terbang di udara. Atau membeli ikan,tapi ikan itu masih belum ditangkap,masih di laut atau dikolam ternakan.

    Saya dapati tiada apa yang diniagakan oleh pengusaha-pengusaha ini,"tegasnya.Wan Rumaizi membuat kesimpulan bahawa perniagaan itu tanpa disedari mempunyai unsur atau elemen gharar (penipuan) di dalamnya."Jadi bagaimana Islam dapat membenarkan perniagaan seperti itu dilakukan?" katanya.
        Wan Rumaizi berkata, MLM yang mirip kepada Skim Piramid wajar mendapat perhatian pihak berkuasa agama."Kita memerlukan satu pendirian yang segera dan tegas daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menentukan status sebenar perniagaan MLM," katanya.Ramai umat Islam turut terpengaruh dan terlibat dalam perniagaan itu apabila mereka diberitahu si polan-si polan tokoh agama turut terlibat dalam perniagaan tersebut."Adakah ini sudah cukup untuk memberi justifikasi kepada umat Islam melibatkan diri mereka dalam bisnes yang meragukan itu," katanya.Wan Rumaizi percaya MLM versi Skim Piramid itu bukan satu persoalan yang rumit atau furu’ dalam perundangan Islam."Ini hanyalah satu persoalan yang begitu asas.

    Iaitu apabila tidak ada sebarang produk @ perkhidmatan spesifik yg ditawarkan,Islam tidak dapat mengenal pasti ia merupakan satu bentuk perniagaan yang dibenarkan. Berusaha untuk mencari tajaan atau downline bukan satu kegiatan ekonomi yang sihat,"katanya.Beliau berharap pengusaha atau syarikat MLM tidak mengambil kesempatan dengan cara yang tidak sihat untuk menarik masyarakat menambah pendapatan mereka."Secara keseluruhan MLM boleh diharuskan dalam Islam jika mereka tidak menyalah guna prinsip al-Jua'lah (reward system). "Tetapi jika perniagaan itu bukan satu pergerakan produk dari peringkat ia dikeluarkan di kilang yang akhirnya sampai kepada pengguna, maka tentunya ia boleh dihukumkan haram,"ujar Wan Rumaizi.

    Daripada semua kenyataan di atas,Afzam5607 ingin mengupas disebalik tajuk yang dibincangkan seperti mana apa yang saya perhatikan zaman sekarang,zaman 2010 kini sudah mula timbul satu pergolakan corak permainan di dalam MLM yang menjurus kepada membina network iaitu timbul perasaan jahat sesetengah pihak yang memperbodoh-bodohkan downline serta,mengutip wang-wang daripada downline serta dibawa lari entah kemana.Dari sudut lain pula,berlaku pergaduhan berbalas mulut dengan memaki hamun,serta mengheret downline orang lain ke dalam kumpulannya, Kejahatan itu pula semakin menyerlah,apabila prestasi kerjanya menurun disebabkan orang lain lebih bijak memecahkan empayar tempatnya dengan membawa suatu perubahan kemesraan di dalam dunia MLM.
     Pada musim tahun baru ini pula, wujud pula satu Sistem bisnes e-kutu online,bersama-sama mengajak orang ramai untuk menyertainya dan menyebabkan perniagaan  orang lain terjejas....lalu timbul pula fitnah memfitnah,memaki hamun,mengadu domba,memperlekehkan orang lain dan bermacam-macam lagi.Jadi oleh itu,bagaimana orang-orang islam melayu pada hari ini dapat bangkit dengan semangat baru untuk mengubah segala kecacatan diri dan tidak ada usaha untuk memperbaiki sikap TAMAK,HASAD DENGKI,RIAK, EGO,TERGILA-GILAKAN PANGKAT,GILAKAN PANGKAT 001 DALAM DUNIA MLM, GILA KEPADA DUNIA,GILA KEPADA HARTA,GILAKAN KEKAYAAN TANPA PEGANGAN ASAS AGAMA.
       Sekarang ini,saya melihat berapa ramai orang yang sudah mengecapi keuntungan disebalik perniagaan masing-masing,tapi timbul pula sifat kedekut,sifat ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya kemudian tanpa disedari sifat peribadi yang baik semakin hilang,hidupnya sudah pandai berkira-kira dan hilang pertimbangan diri, terlalu memikirkan keuntungan yang berlipat kali ganda, sehinggakan rumahtangga yang dibina mulai hancur,timbul tidak persefahaman diantara keluarganya.

    Memang betul apa yang berlaku pada zaman nabi,penerapan nilai-nilai murni yang dianjurkan rasulullah dulu amat penting untuk mewujudkan keseimbangan diantara kesibukan dengan hal dunia dan akhirat dititikberatkan. Akhirnya manusia kembali lalai dan alpa,sebagai contohnya,sewaktu susahnya dulu dia banyak mengeluh dengan ujian hidup,setelah ia berusaha dan bersemngat lalu mencapai kejayaan,maka dia terjerumus kepada kelekaan dan kehidupannya dipenuhi dengan hiburan,lawak jenaka dan berseronok,
Hidupnya penuh dengan menabur janji-janji palsu kepada orang ramai dan sehinggakan orang ramai menaruh harapan terhadap dirinya,tujuannya berbuat demikian adalah ingin mendapatkan sanjungan dan pujian. Kenapa dia merasakan dengan membanggakan diri dihadapan orang lain dianggap suatu kepuasan? Sedangkan di dalam agama mengatakan orang yang bersikap begitu,tidak ada nilai disisi tuhan.

       Ketika dia berada dalam zon selesa sebegitu, Tuhan tetap akan mengujinya pula dengan hal yang lain pula samada melalui kegagalan, kejatuhan, rebah tersungkur sehinggakan tidak dapat berbuat apa-apa.
Disaat itu,jiwanya akan mula mencari arah tuju hidup bahawa dia hanya memerlukan TUHAN untuk menolongnya dan ingin bersamaNYA, jerit tangis dihadapan tuhan agar memberi kehidupan baru kepadanya. kemudian dia menemui suatu aura kekuatan untuk bangkit semua mencipta semula kejayaan, setelah tuhan memberi peluang kepadanya untuk berusaha semula dan maju melangkah demi langkah, ia sudah berada diambang kejayaan.Jadi oleh itu, dia sudah mula hilang pertimbangan diri semula.Tercipta sikap mengabaikan ibadat solat,berselawat,berzikir,berjaga malam,

        Dia tidak sedar sewaktu dia dalam kesukaran hidup sebelum ini,apa yang telah dia lakukan dan apa yang telah dia berjanji dengan tuhan,"bahawa aku ini ingat kepada tuhan semata-mata".tidak ada apa-apa lagi yang aku perlukan hanya ingin mendekatkan diri kepadaNYa".Tuhan maha bijaksana dan maha mendengar, dia sengaja memperlakukan begitu dan ingin melihat sejauhmana janji yang dikotakan itu.Diri dia sudah lupa sewaktu dia dalam kesusahan, hidupnya sewaktu dalam kesusahan sebelum ini dipenuhi dengan ibadat-ibadat solat,berzikir bagaikan nak pecah buah tasbih,tidak mempedulikan hal orang lain. Tapi kini apa sudah jadi dengannya,tidak ada orang yang dapat memberi nasihat kepadanya. hilang kekuatan iman dalam dirinya telah membuat jiwa dan hatinya semakin keras,ibarat kata dia bersifat FIRAUN DAN QARUN.

       Alahai manusia sekelian.......semakin banyak penerapan agama disiarkan dalam media cetak dan media elektronik,semakin banyak pula kejahatan manusia lakukan,bukan setakat jahat kepada orang lain,Ia turut melakukan kejahatan utk dirinya sendiri.....Sehinggakan semua perkara yang dilakukan oleh orang lain,dia tidak menghormati, dia tidak menghargai, tidak menaruh perasaan kasih sayang dan belas ehsan,dia tidak berpuas hati,semuanya dianggap salah. Manakala setiap perbuatannya wajib disanjung,wajib dipuji,wajib di UP UP selalu,selalu kena hormat,selalu kena mengikut arahannya. Akhirnya....org sekeliling yg menerima tahik dari dia....apa jenis manusia mcm ini.

    Pokok pangkalnya,ASAS DALAM DIRI orang begini satu sahaja.NILAI MURNI SIFAT KASIH SAYANG TIDAK WUJUD SAMA SEKALI.Jadi setiap apa yang berlaku tidak ada nilai disisinya. Kesimpulannya dia akan menemui suatu kehidupan lain yang akan menempuh berbagai kecelaruan yang tidak berpenghujung selagi dia tidak sedar dan menanam azam baru untuk mengubah. BAHAYA BETUL KUASA WANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA........Sekian terima kasih.

MOHON MAAFLA YER

Astaqfirullah.......Dari sehari demi sehari,diriku tidak menyedari tentang blog ku ini sedikit sebanyak telah mendapat sambutan daripada mereka.....setelah aku mencuba explorer ruang blog ku sendiri...rupa-rupanya ada ruangan bersoal jawab dan komen berkomen...alahaiiiiiiiiiiiiii,dunia dah maju sangat,zaman pun semakin berubah, kedudukan cuaca dunia pun sudah berpusing-pusing.......

tanpa di duga-duga, ada member-member kita memberi sokongan padu dalam blog kita.Kita pula mencipta blog dengan cara tersendiri sekadar ingin berhibur dan berseronok sahaja dan sambil-sambil belajar menguasainya tetapi secara tak langsung dapat memberikan suatu erti kepada orang lain....akhirnya aku terpaksa bersikap serius laaa dalam hal ini memandangkan suatu ilham ilmu berupa pengalaman hidup aku ini memberi sumber inspirasi kepada orang lain........

buat masa ini,aku mintak maaf laaa di atas kelewatan dan terlepas pandang kepada ruangan komen ker atau apa2 lg ntah laa....masih jauh lagi utk aku menguasai dunia blog ku ini...harap2 kalian pun dapat memberi tunjuk ajar......sesungguhnya terciptanya blog ku ini adalah semata2 cadangan daripada seorang sahabatku yg mengatakan segala-galanya kita boleh luahkan dalam blog kita....member aku ini selalu berhubung dengan ku, dia dikenali sebagai highlander dan ateef....blog dia pun tertera diruangan list kat tepi sebelah kanan tu....jenguk2 laaa jgk blog dia...kalau sesiapa nk buat kuih tu..blh laaa belajar kat sana..kalau masuk melawat blog aku ni,citer2 pelik dan idea2 spontan jer aku cincai2.....

oklah....kepada si zakir kita,aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana selalu mengikuti perkembangan blog ku....dan aku pun tk berapa pandai lagi nk buat dan nak jawab dari persoalan dia..macamana respon aku terjawab erk.....ada yang belum terjawab tu....bagitau dalam ruangan shoutmix laa..senang skit aku nk follow...ok terima kasih banyak2...

Monday, January 18, 2010

SINARAN MENTARI





Sinaran mentari akan memberi peluang di dalam kehidupan kita setiap masa...usah dirisaukan...usah dibimbangkan...situasi yg berlaku sebagaimana apa yg telah berlaku kepada seorang saudara kita yang sudah berada dilevel yg tinggi...agak tidak sesuai utk dibincangkan panjang lebar...kerana ILMU RASA itu akan menjadi bahan fitnah kepada level orang awam....dan berbagai-bagai cadangan yang dikemukakan....akhirnya entah kemana....

jadi di sini,saya terpanggil oleh seorang sahabat blog saya....dia minta saya memberikan suatu jawapan yang dia ingin ketahuai....sahabat saya cuma terjemahkan dlm blognya....jadi tiada siapa dapat memberikan jawapan yang tepat....semuanya duk main kat ruang lingkup luaran sahaja.....perkaranya agak serius gak...hanya dia dan saya sahaja dapat merasai magnet disebalik apa yg berlaku....sambil-sambil tu,saudara saudari bolehlah melawat blognya....http://landskap-rohani.blogspot.com/

si zakir mintak tlg jgk ngan saya.....saya pun terlalu sibuk sangat dalam sehari dua ni...dan sempat jenguk2 kejap jer.....sebelum itu saya mintak maaf banyak2 laa kepada saudara sizakir....untuk tontonan umum...saya ada jawab jgk dalam blognya...tpi saya tak pasti laa..samada ada sampai ke tidak ruangan komen yang saya layangkan itu...jadi sekali lagi saya utarakan dilaman blog saya..kot2 dalam blognya tak sampai.....


salam saudara zakir....kehadapan saudara saudari islam seagama...terdahulu saya memohon kemaafan di atas tersalah kata dalam coretan komen...jadi di sini saya mencelah dari sumber2 ilmu yg saya dapati dari kengkawan kita semua..bahawa tahap pemikiran dan idea spontan yang dialami oleh sizakir kita agak luar biasa dan diluar kotak pemikiran manusia biasa...

jadi oleh itu,sebelum saya perlu lebih jauh..secara fitrah semulajadi manusia sememangnya kaya dengan sumber komen dan tafsir mengikut pengetahuan masing2 serta level kefahaman suatu ilmu..maka:satu contoh saya suka bawakan di sini ialah...sewaktu kita kecil,keluar aje dari perut ibu,maka disitulah terciptanya komen dr2 org2 yg bersama dgn ibubapa kita saudara kita melihat rupa paras kita...ala baby ni hitamnya dia.....ehh ehh baby ni hidungnya mancung laa...tk macam abah dia.....isk isk isk... kenapalah baby ni kulitnya jadi macam ni...

oleh itu marilah kita renung2kan bahawa dr kecil lagi,kita sudah diajar menjadi seorg pemberi komen....

jadi kalau nk berkomen2 ni,sampai kiamat pun tk abis2....lain yg diceritakan lain pula tajuk isu diperbesarkan....heheh

ohya!!situasi si zakir ni adalah agak luarbiasa
...otak,hati,jiwa,perasaan,roh agak berat utk menanggung kuasa pengetahuan ttg keagungan allah. oleh itu allah akan berikan kepada sesiapa tk kira brp usianya,brp byk ujian yg ditempuhi,brp byk amalan yg dilakukan,brp byk kejahatan yg dilakukan...sampai bila2 pun,kalau seseorg itu tenggelam dlm sifat lemah,hina,jahil serta miskin..selama itu tuhan akan celupkan dlm dirinya suatu ilmu mengenal allah...maka akan ditanggungnya tktau nk cakap..hanya empunya badan yg dpt merasai...

kesan ini berlaku disbbkan suatu kuasa amalan zikir yg diamalkan oleh si zakir kita ni....dan amalan2 wirid yg diambil dr sifunya atau dr sesaper laa...

jadi,kuasa frekuensi serta gelombang magnetik kesan dr zikir memenuhi ruang dlm badannya diantara roh n hati....pastu bila tiba suatu masa,pemikirannya akan jadi buntu....adakalahnya jiwanya tktau apa sebenar dirinya,kemana akan pergi...last2 sekali setelah gagal menemui jawapannya jgk...bagaikan suatu aura nk pecahkan kepalanya....inilah yg akan terjadi kpd seseorg itu,apabila rajin mencari mengkaji mengorek dan mengamalkan zikir khusus......akhirnya ia akan menangis tanpa diundang...setlh airmatanya kering,terciptalah suatu aura baru yg mengemaskini kan sofware dalamannya....