Friday, July 23, 2010

KENAPA TERTEKAN?

Tekanan perasaan melampau dalam diri berpunca daripada pelbagai masalah hidup dikatakan mampu menjadi ‘api’ yang membakar diri seseorang sehingga bertindak di luar batasan dan hilang sifat perikemanusiaan.Sesetengah bangsa yang mengalami masalah ini akan mengambil mudah untuk menyelesaikan dengan membunuh diri, ada sebahagiannya menjadi gila, manakala golongan orang-orang barat akan memakan aiskrim untuk mengurangkan tekanan tersebut.

Bagaimana pula situasi yang melanda kaum muslim yang beragama islam?

Pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, apabila seseorang itu suka memendam perasaan dan tidak berpeluang meluahkannya secara terbuka, maka sifat itu akan menjadi ‘kudis’ mempengaruhi fikiran untuk bertindak kejam.

“Kewarasan akal fikiran seseorang itu akan hilang apabila otaknya serabut dan sering berdepan masalah kerunsingan, maka secara tidak langsung tekanan dihadapi akan mencecah paras kritikal iaitu peringkat tertinggi.

“Ada pelbagai masalah menjadi penyumbang utama keadaan ini termasuk tekanan kerja, masalah peribadi dan pergaulan hidup”.

Di dalam akhbar ada melaporkan seorang lelaki menemui ajal di tangan adiknya sendiri akibat ditikam berkali-kali dengan pisau serta dipukul menggunakan objek keras sehingga otaknya bersepai selepas kedua-dua mereka bertengkar disebabkan bil elektrik rumah didiami bersama tertunggak mencecah RM2,000.

Amir Khan Abdullah, 53, ditemui terbaring dalam bilik tengah rumahnya di Kampung Laksamana, Gombak di sini, dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada badan, kira-kira jam 9.45 pagi semalam. Difahamkan, perbalahan mangsa yang tinggal bersama adiknya itu sejak 10 tahun lalu dan tidak memiliki pekerjaan berlaku kira-kira jam 4 pagi berpunca daripada bil elektrik yang tertunggak menyebabkan bekalan elektrik di rumah itu hampir dipotong.

Mengulas kenyataan itu, Dr Mohd Fadzilah berkata, tidak mustahil ada unsur metafizik atau gangguan luar seperti gangguan makhluk halus yang mempengaruhinya.

Rentetan itu, Setiap hari masalah ini berlaku dimana-mana, sekarang ini pun berjuta-juta manusia mengalami tekanan perasaan, suami sedih dengan sikap isteri yg curang, isteri sedih dengan sikap suami yang bermain kayu tiga,isteri sedih suaminya kawin lebih dari satu, ibubapa sedih dengan anak-anaknya yang bersikap buruk, ibubapa malu dengan anak perempuannya mengandungkan anak luar nikah, ibubapa sedih dengan mak ayah mereka bersikap dingin dalam perhubungan kekeluargaan, pasangan yang baru kawin mengalami kekurangan kewangan, anak-anak muda yang mengalami tekanan disebabkan perlakuan jahatnya terdedah oleh pihak polis, mengalami tekanan disebabkan kerana bahan fitnah.

Setengahnya bagaikan nak gila memikirkan keadaan dirinya asyik bergelumang dengan dosa dan maksiat,ada pula berfikiran tertekan disebabkan apakah erti hidupnya yang dibelenggu oleh berbagai masalah, ada pula memikirkan siapakah dirinya?kenapa dirinya dijadikan begini begini begitu?Ada pula tu duk benggong dengan kerinduan dan kebengongan mencari tuhan, mencari diri, mencari wali, mencari nabi mencari makna kehidupan.

Dengan sebab perkara ini sering berlaku, wujudnya ilmu tasauf ilmu hakikat, wujudnya thorikat untuk memberi peluang kepada mereka untuk menerokai dan memahami apa isi kandungannya.Perkara seumpama ini perlu diselesaikan sedikit demi sedikit bagi memahami eeti kehidupan yang sebenar dan sejauhmana kita akan mengenalinya.......carilah jawapannya yg ada di dalam ruangan yang terdahulu mengenai kisah-kisah yang berkaitan. diharapkan kalian semua menemui jawapan yang sesuai dengan level iman anda....sekian terima kasih

No comments: