Friday, February 26, 2010

SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Kebesaran Allah Dan kemuliaan Rasulullah:

BerSyukur kita ke hadrat Allah yang telah memberi peluang untuk kita menikmati kehidupan di dunia ini serta dalam masa yang sama telah menganugerahkan kepada kita dapat berziarah-ziarah,singgah menyinggah dan membaca ruangan blog yang agak unik tiap-tiap individu,Berbalik kepada blog saya pula tidaklah sehebat blog kawan-kawan kita yang lain, Jadi di sini,untuk memeriahkan lagi suasana blog saya ini dipaparkan satu tajuk untuk memuji Baginda rasulullah agar saya dan kalian semua mendapat rahmat dan syafaat.

Pada malam ini,sempatlah saya melakarkan satu lagi tajuk mengenai kebesaran dan keagungan ALLAH serta kemuliaan dan kebijaksaan Rasulullah yang telah memberi percikan cahaya keimanannya kepada kekasihnya serta dicurahkan kepada kita suatu aura keimanan dan mudah-mudahan ianya tidak hilang begitu saja serta boleh menambahkan tahap keyakinan sebagai seorang yang beragama islam.

Malam ini masih lagi termasuk dalam hari jumaat selagi belum sampai pukul 12 malam,semoga dengan keberkatan hari jumaat ini mudah-mudahan Allah mencurahkan rahmatNya kepada kita sekelian dengan itu dapatlah kita meraikan (menyambut) majlis perayaan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad sollolahu alaihi wassallam.Dengan kelahiran Rasulullah s.a.w ke dunia terpadamlah api kekufuran dan kesyirikan yang bermaharajalela di muka bumi ini. Semoga dengan kita menyebut kebesaran Allah dan kemuliaan Rasulullah pada hari ini diseluruh negeri,mudah-mudahan akan terpadamlah kesyirikan dan kekufuran yang bertahta di dalam hati kita.

Apa-apa pun masih tidak mencukupi kepada seseorang muslim mengikuti majlis-majlis itu sahaja bahkan ianya perlu memperbanyakkan juga menyebut kalimah(la ila ha illallah muhammadur rasulullah dan allahumma solli ala saidina muhammad).Mudah-mudahan dengan ucapan itu berkali-kali diulangi boleh membunuh racun-racun kesyirikan dan kebiadapan yang bermaharajalela di dalam hati setiap orang,serta dapat membentuk nilai kasihsayang kpd rasulullah semakin bertambah. Pandangan dan kefahaman saya selaku anak didikan sifu perjalanan auliya’ serta rakan-rakan yang sealiran dengan saya sudah mengetahui hal ini dan menyokong kenyataan saya.

Ucapan dan Lafaz selawat ke atas RASULULLAH akan dilimpahkan fadilat rahmat yang berlipatkali ganda.Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa mebacakan selawat untukku satu kali, Allah akan memberinya rahmat sepuluh kali ganda"

1.Allah akan menggandakan limpah kurnia serta RahmatNya pada orang tersebut melalui keikhlasan hati orang itu.

2.Akan beroleh syafaat dari Rasulullah pada dunia dan hari kiamat kelak.

3.Dapat memantapkan jiwanya serta terserapnya nilai kasih sayang serta dapat melembutkan hatinya.

4.Membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah s.a.w.

5.Akan Mewarisi rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah.

6.Memantapkan iman di dalam hati serta melakukan sesuatu di atas dasar apa yang nabi ajar,bukannya melakukan apa yang nabi buat.

7.Seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari segala apa yang mendukacitakan atau yang merbahayakan dari hal-hal keduniaan mahupun akhirat.Dalam maksudnya bahawa kehidupannya akan dipenuhi dengan suatu aras keyakinan yang tinggi serta ada pengharapan dan takwa.

8.Kedudukannya di akhirat kelak ia sentiasa hampir di sisi Rasulullah walau di mana saja baginda berada.

Bagaimana pula keadaan seseorang yang kaya dengan sifat Tolol, bangang,jahil,dungu,dayus,Sombong?Kadangkalanya apabila saya lihat sebahagian manusia yang bertahun-tahun mencorak kehidupan masing-masing,Setiap tahun juga beria-ia menyambut hari perayaan maulidul rasul,tetapi masih tidak boleh berubah disebabkan kelalaian,keegoan, kesyirikan, kekufuran dan kealpaan yg ada di dalam hatinya.

Ramai juga dikalangan mereka bersikap sombong!Angkuh!Jahil dihadapan Allah dan biadab dihadapan rasulullah,Mereka tidak sedar yang mereka itu adalah jahil,begitu juga dengan diri saya pun masih lgi mencari kejahilan dalam diri yg tidak berpenghujung.Ada pula dikalangannya tidak mahu mengaku kejahilan yang ada pada mereka. Mereka menganggap rasulullah adalah manusia biasa dan adakah patut hanya ingat kepada rasulullah sewaktu menyambut hari kelahirannya sahaja,bila diri dirundung masalah dengan berbagai penyakit,mulalah berselawat dan bila mengalami kesusahan,mula lah berselawat.Bila ingin melakukan sesuatu amalan mulalah ingat kepada ucapan rasulullah.

Selepas saya membuat kajian berlandaskan ilmu yang dipelajari selama 12 tahun, punca mereka ini tidak dapat mengubah diri mereka yang hidup dlm penipuan,hasad dengki,tamak,jahat,dan sebagainya.Usaha untuk meningkatkan diri mereka tentang keyakinan dan kemantapan keimanan adalah agak sukar dan hanya 15% sahaja,kenapa ini terjadi kepada mereka?kerana mereka tidak mahu mengaku Dirinya LEMAH,HINA, JAHIL DAN MISKIN yang ada pada diri mereka.

Mereka tidak mahu mengaku kejahilan yang ada pada diri mereka. Mereka juga tidak mahu mengaku kesombongan yg ada pd diri mereka.Empat perkara inilah yg membawa seseorang itu ke lembah bencana.

Dalam Quran sudah dijelaskan tentang perkara ini,Ustaz-ustaz pun sampai berbuih-buih mulut mereka mengulang tayang cerita yang sama, tetapi mereka tidak mahu membaca,mengkaji,menghayati apa yang telah Allah peringatkan dalam Quran. Mereka semuanya meniru gaya hidup syaitan.Kalaulah agama islam tidak menyediakan ganjaran amalan dan tidak disediakan fadilat dalam rahsia amalan,rasanya tidak tahulah bagaimana rupanya kehidupan manusia yang normal ini berlaku.

Pada hari ini juga saya berpesan ingin kepada diri saya dan kepada kamu semua, tolonglah mohon dengan bersungguh-sungguh kpd Allah jalan keluar,jalan kebenaran,jalan kebenaran hakiki,Hanya Allah dan RasulNya dan para auliya’Nya yang tahu jalan keluar drpd kecelaruan dunia.Allah telah menyediakan, menjaga,membimbing dan memberi ilmu kepada Rasulullah s.a.w dan para auliya’ tentang perkara ini.

Jadi oleh itu,janganlah pula kita BERPERASAN PULA!Kenapa kamu menjadi orang yang perasan? Pohonlah jalan keluar dengan kebesaran dan keagungan Allah yang telah menjadikan Rasulullah s.a.w dan para auliya’Nya sebagai orang tengah.

Saya bukanlah ingin memberi kepada anda suatu peluang dan jalan keluar dan untuk sama-sama meningkatkn level iman ke tahap ke aras tinggi.Sekiranya kamu seorang auliya’ kamu akan berdiam seribu bahasa bersembunyi di dalam gua ketuhanan.Kamu tolong ingat kenapa punca kamu kena rejam ataupun kena laknat.kerana hidup penuh dengan raba belaka. Puncanya tidak ada lain melainkan kamu meniru Iblis iaitu membantah dan sombong, perkara ini sudah Allah peringatkan dalam Alquran iaitu:”Telah membantahlah iblis dan ia juga menyombongkan diri dan adalah ia termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir” (surah Al-Baqarah ayat 34).

Perangai kamu (nafsu kamu) sama dengan Iblis tapi kamu lebih teruk daripada dia.Pada Iblis,Tuhan hanya menceritakan dua perkara sahaja kejahatannya iaitu (membantah dan sombong), sedangkan manusia macam-macam yang Allah sebut seperti,jahil,zalim,penipu pada diri sendiri, menganiayai diri sendiri dan berbagai-bagai lagi.

Saya hanya mampu memperingati sahaja dan bukan hendak apa-apa dari kamu.Saya hanya mahu kamu cuba mencontohi orang yang mendapat rahmat Allah.Tengoklah perjalanan hidup syeikh junid,syeikh abdul qadir jailani,syeikh hasan basri.Saya pula hanya ingin mengajak kamu jadi hamba Allah sahaja.Mengimbangi kehidupan yang seimbang di antara dunia dan akhirat.Bukanlah ajak kamu jadi wali atau mejadi selain dari hamba Allah.Tapi ingin mengajak Kamu menjadi diri kamu sendiri dan lagipun bukannya kamu kenal orang yang Allah lantik jadi Tok Wali.

Selagi penyakit ini (perangai Iblis ini)anda tidak merawatnya sehingga sembuh,kamu jangan perasanlah duduk di bumi Allah ini.Pada permulaan Allah anugerahkan chanelling data kepada saya terus saya terima bulat-bulat:”Kau tak boleh sampai kepada AkU melainkan kau kena ikut guide (wasilah)@perantaraan.”... maksudnya apa-apa pun yang berlaku tetap meletakkan diri kamu sebagai anak didik daripada salah seorang sifu kamu seorang yang alim dan bertaraf wali.

Kalau kamu nak duduk dalam suasana menyombongkan diri(menolak)juga dgn apa yg saya bincangkan, pergilah cari blog lain!Pergilah kamu berjalan mengadap Allah sendiri!Kamu pergilah mengadap Tuhan dengan cara kamu sendiri,kamu pergilah tanya Tuhan sendiri.Tapi nescaya kamu akan pecah hancur terbakar dimkn cahaya kerohanian tanpa pembimbing. krn diri kamu semakin bengong utk meneruskan kehidupan. Kalau kamu dah kenal Tuhan tak perlulah kamu dengar saya bercakap.

Saya bukannya nak paksa kamu ikut saya! Saya hanya mahu kamu kenal diri kamu dan Tuhan sahaja! Tapi apa yang saya dengar daripada suara ketuhanan, seseorang itu tak boleh sampai kepada Allah melainkan dengan adanya guide (wasilah).Kenapa saya berani berkata demikian?kenapa zaman dahulu kala,allah lahirkan beberapa orang rasul,kemudian dipilih nabi-nabi tertentu?kenapa berpindah pula kepada sahabat-sahabat?Kenapa nabi musa belajar ilmu-ilmu rahsia melalui waliyullah(saidina khidir)?kalau nabi-nabi,sahabat sudah tidak wujud lagi?adakah adil dunia ini tanpa penganti?tanpa nabi,tanpa sahabat,tanpa wali-wali?Semestinya para auliya lah sebagai penganti mereka yang membantu kita untuk sampai kepada sasaran sebenar untuk menempuhi kehidupan yang seimbang.

Kenapa masih ramai yang takut untuk berdamping dengan para wali? Kenapa mereka menganggap bahawa apabila berdamping dengan para wali akan terpaksa meninggalkan kehidupan dunia?kenapa ramai yang berfahaman bahawa mengikut dan menjadi anak murid wali suatu perkara yang amat berat?kenapa ramai yang menganggap golongan wali tidak wajar untuk didekati?Kenapa mereka menganggap untuk mendekati golongan wali itu suatu perkara mustahil?kenapa ramai golongan wali sukar untuk dikenali?Kenapa para wali sukar ditemui?

Kamu setiap hari bercakap dengan mengikut nafsu kamu semata-mata. Apa yang kamu ada sebenarnya?keegoan?kesombongan?kehebatan?kemuliaan?kehormatan?keagungan?kesanjungan?Kenapa kamu nak sombong dengan susunan yang telah Allah tetapkan? Ini adalah sedikit cebisan pengalaman yang saya lalui selepas hidup saya bertunggang-langgang terbalik sana sini,bergelumang dengan najis-najis kejahatan dan terpaksa merempuh latihan kerohanian selama 12 tahun.

Akhir kata hendaklah kita memandang keluasan rahmat Tuhan yang Maha kaya. Hendaklah kita semua memperbaik zon keselesaan diri masing-masing terhadap Allah. Walau kita dijadikan dari air kencing siapa pun, walau kita dari air kencing beruk mana pun tetapi hendaklah kita jaga zon kita terhadap Allah. Kamu mengajilah sehingga sampai ke situ.mantapkan zon kita dengan Tuhan semoga dengan itu Dia akan menjernihkan segala kekeruhan yang ada pada kita dan rentap kita ke hadratNya yang suci. Dia Tuhan kan....dia tahu laa apa yang betul dan apa salah bagi kita utk dia jugak!

Peringkat permulaan untuk memperbaik zon diri mestilah berpegang dengan syariat dan thorikat.Selagimana kamu berpegang dengan formula ini kamu tidak akan disesatkan oleh iblis dan kuncu-kuncunya.Selepas mana saya buat permerhatian selama ini di dalam keseluruhan dunia, kesimpulan yang saya dapat ialah kita mestilah husnul dzon dengan Allah. Selagimana seseorang itu masih mengikut dzon asal kejadiannya yang Allah jadikan daripada air yang hina selama itulah dia tidak akan dapat memahami rahsia yang Allah amanahkan kepada para nabi, rasul dan aulia’Nya. Saya berharap agar orang yang mahu mengikut atur cara perjalanan kami tolonglah perbaiki zon mengenali diri.(khusus utk orang yang berminat sahaja).

Fana ialah TERBUKA HIJAB(penghalang)DIRI.
Kesimpulan yang saya dapat ialah selagimana kita terasa kita ada, selama itulah kita menderita.Tuhan tidak akan bersama kita selagi diri kita masih ada lagi ilmu untuk mengenal diriNYA,kerana dalam diam-diam dan tersembunyinya diri kita mensyirikkan Dia.Disini perlulah kita bersungguh-sungguh memperbaiki diri kita sehingga kita fana’. Fana’ terbahagi kepada tiga peringkat :
1.fana’ lillah.
2.fana’ billah.
3.fana’ fillah.

Thursday, February 25, 2010

APA MATLAMAT HIDUP 03....

Dalam perjalanan takdir hidup seseorang manusia, muncul lintasan hati melalui akal yang diterjemahkan oleh nafsu seperti kehendak dirinya kepada sesuatu.Akal itu dibahagikan kepada dua iaitu minda dalam sedar dan minda bawah sedar(separa sedar).Apa yg dimaksudkan dengan minda bawah sedar ini berkaitan dengan bab tajrid dan asbab dalam kehidupan kita.Jadi oleh itu saya ingin buka sikit tentang minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semulajadi tanpa kita sedar atau merasainya. Aktivitinya melibatkan kerjasama dengan dalaman(hati)iaitu menterjemahkan soal perasaan,emosi dan sebagainya.

Minda separa sedar juga bertugas secara terlatih apabila diri seseorang itu istiqamah dengan amalan zikir yang khusus. Minda separa sedar juga dapat mencetuskan idea-idea baru dan hebat.Ia juga dapat menyembuhkan dan menghalang penyakit. Kesan ini dianugerahkan melalui cahaya keimanan yg tidak disengajakan dan pancaran serta percikan cahaya itu bertali arus melalui sifu yang diredhai allah.Bakat-bakat diri digerakkan bagi mendapatkan apa yang dikehendaki itu. Biasa terjadi kekuatan bakat diri tidak mampu mendapatkan apa yg diingini. Kejadian seperti ini menambahkan kesedaran manusia kepada Pemilik sebenar yang berkuasa mengatasi hak yang ada pada pengguna.

Dengan demikian pengguna akan rasa bersyukur dlm menggunakan alat(tangan+kaki+pancaindera+akal) yang dipinjamkan kepadanya dan dia juga sentiasa ingat kepada Pemilik sebenar,melalui satu deria rasa hebat iaitu dalam istilah MUSYAHADAH,dirinya sentiasa berhajat kepadaNya dan tunduk kepada keputusanNya yang Mutlak.Manusia itu juga sedar bhw Pemilik sebenar blh mengambil balik apa yg dipinjamkanNya kepada hambaNya,pada bila-bila masa yang Dia kehendaki dan tiada siapa dapat menghalangNya.

Terjemahan kepada suasana beriman kepada Qada' dan Qadar allah bergantung kepada kedudukan seseorang. Orang yang didudukkan di dalam medan asbab(berusaha) perlu melihat kepada niat,doa,perjuangan, usaha, ikhtiar,tawakal dan bergembira menerima sebarang keputusan dan sebagainya dalam melaksanakan tuntutan imannya itu.Orang yang berada dalam medan tajrid(tanpa usaha) tidak melihat kepada perkara-perkara yang demikian. Mata hatinya tertutup daripada melihat kepada kekuatan dirinya dan bakatnya.

Walaupun seseorang itu berstatus pda rukun asbab atau tajrid, pasti ada sesuatu yang berlaku pada dirinya, ada perbuatan, perkataan dan lain-lain. Perkara yang berlaku pada ahli asbab(usaha)adalah serupa dengan yang berlaku pada ahli tajrid(tanpa usaha).contohnya utk membezakan antara keduanya seperti,bagi ahli asbab ada perbuatan memanjat pokok kerana mahu memetik buah kelapa.

Pada ahli tajrid juga ada perbuatan yang serupa. Ahli asbab melihat perbuatan tersebut sebagai perbuatan dirinya.Dia menggunakan bakat-bakat yang lahir bersama kelahirannya.Ahli tajrid melihat perbuatan tersebut sebagai takdirnya melalui mata hatinya yang dicorakkan melalui darjat iman dan aras kemantapan pegangan allah.

Takdir yang menggunakan bakat-bakat yang tersimpan pada dirinya. Oleh yang demikian, orang yang berada dalam medan asbab secara fikiran dan perasaannya, tidak seharusnya menggunakan hujah ahli tajrid untuk merombak kepercayaan kepada Qadak dan Qadar. Ahli tajrid pula tidak seharusnya menyalahkan huraian mengenai Qadak dan Qadar yang dibuat oleh ahli asbab dengan menggunakan fikiran dan perasaan asbab. Mengetahui kedudukan masing-masing boleh mengelakkan perbalahan yang tidak berkesudahan tentang Qadak dan Qadar.

Fitnah kehidupan seharian juga lebih banyak mengenai ahli asbab daripada ahli tajrid. Orang tajrid dipertahankan oleh perasaan redha dengan apa juga takdir yang menimpanya. Ahli asbab pula perlu bertahan dengan kepercayaan kepada hari akhirat. Beriman kepada Akhirat menjadi benteng yang mempertahankan ahli asbab daripada jatuh ke dalam jurang kemusnahan, sama ada kemusnahan pada jiwa atau pada akidah apabila berhadapan dengan kegoncangan yang berlaku pada kehidupannya.

Akhirat adalah pemisah di antara orang yang beriman dengan orang yang kafir.Di dunia ini orang yang beriman boleh mengadakan ikhtiar sebagaimana yang dilakukan oleh orang kafir, tetapi sering terjadi usaha orang kafir lebih mendatangkan keuntungan. Orang yang beriman mesti meyakini bahawa pengadilan di dunia tidak muktamad. Banyak daripada balasan baik untuk orang yang beriman disimpan di akhirat, bukan kerana Tuhan berkira dengan orang yang beriman tetapi kerana balasan yang Tuhan sediakan itu tidak layak dimuatkan di dalam dunia.

Dunia ini terlalu sempit untuk dimuatkan dengan balasan baik yang Tuhan sediakan untuk orang mukmin. Orang mukmin melakukan kebaikan dengan kekuatan rohani yang berunsur nur atau cahaya. Cahaya boleh meliputi ruang yang luas dan melintasi zaman. Cahaya daripada sebahagian bintang mengambil masa beratus tahun untuk sampai ke bumi dan ada pula bintang yang cahayanya tidak akan sampai ke bumi. Cahaya rohani manusia lebih latif(halus) daripada cahaya bintang.

Nabi Ibrahim yang mempunyai kekuatan rohani yang tinggi, berdoa kepada Tuhan agar Kaabatullah dikunjungi org bagi mengerjakan haji.Kekuatan doa Nabi Ibrahim yang timbul daripada rohani yang suci bersih itu menarik manusia berduyun-duyun ke Makkah, sehingga ke hari kiamat. Ruang yang ada dalam dunia ini tidak cukup memuatkan balasan kepada kebaikan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang hanyalah sepotong doa, belum dicampurkan dengan kebaikan-kebaikan yang lain. Ruang yang cukup luas bagi memuatkan balasan orang mukmin berada di akhirat. Oleh kerana orang mukmin perlu menunggu untuk mendapatkan balasannya maka Tuhan menggandakan balasan tersebut.

Keadaan orang kafir berbeza daripada orang mukmin. Orang kafir berbuat kebaikan bukan atas dasar beriman kepada Allah.Oleh itu tidak ada balasan kebaikan bagi mereka di akhirat. Balasan kebaikan orang kafir diselesaikan di dunia ini juga. Sebab itulah usaha mereka yang sedikit mendapat pulangan yang banyak. Tuhan sentiasa memberi lebih banyak daripada apa yang mereka usahakan supaya mereka tidak ada hak lagi untuk membuat tuntutan di akhirat.

Allah ciptakan manusia sebagai kekasihNya,hambaNya dan untukNya.Sebab itu hati hamba cenderung untuk kembali kepadaNya.Dia telah sediakan jalan kembali kepadaNya.Itulah jalan yang lurus.Orang yang mengikuti jalan yang lurus bertindak sesuai dengan tujuan dia diciptakan dan citarasanya yang asli. Apabila tujuan, tindakan dan citarasa bersepakat akan lahirlah kedamaian dalam hati.

Kesejahteraan hati diperolehi di atas jalan yang lurus.Jika seseorang hamba lari dari jalan yang lurus hatinya akan memberontak. Akibatnya dia tidak akan merasakan kedamaian. Dia akan merasakan kekosongan di dalam jiwa. Rasa kekosongan itu menggerakkannya mencari tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang dicarinya. Ketidak-pastian yang menguasainya membuatnya mencari menurut sangkaan.

Sangkaan tidak menemukannya dengan yang sebenarnya dicari. Bila pencarian berlaku di luar daripada sempadan yang lurus yang ditemui hanyalah bayangan. Bayangan tidak membawa kebahagiaan yang sejati.Harta kekayaan, pangkat kebesaran dan lain-lain yang digunakan bagi mencari di luar daripada sempadan jalan yang lurus hanya memberi pulangan yang sia-sia. Hanya jalan yang lurus boleh membawa hamba kepada kebenaran yang dicari. Pada jalan yang lurus, harta dan pangkat akan mendatangkan keberkatan kepada dirinya dan memberi manfaat kepada makhluk Tuhan. Segala pemilikan menjadi alat bagi mendptkn keredhaan Allah,berbakti kepadaNya dan membantu makhluk-Nya.

Bila tindakan dibuat sesuai dengan peraturan jalan yang lurus hati akan menjadi damai dan sejahtera. Tiada lagi pemberontakan dan tiada lagi kekosongan.

Suka, duka, senang, susah, bahagia, celaka dan semuanya ditanggung oleh hati kerana hati yang memerintah sekalian anggota dan hati yang membuat keputusan dan pilihan. Hati perlu diperkuatkan agar ia dapat membuat pilihan yang baik dan benar dan mengawal anggotanya daripada lari ke jalan yang tidak lurus. Kekuatan hati boleh dipertingkatkan dengan amalan zikir. Hati perlu dibenamkan ke dalam suasana zikir sebanyak mungkin. Kekuatan zikir hati menyata sebagai zikir anggota. Bila anggota sudah dikuasai oleh zikir ia tidak lagi keluar daripada jalan yang lurus.

Perjalanan kehidupan harian perlu dilakukan dalam suasana hati yang mengingati Allah iaitu zikir.Seseorang itu perlu berzikir ketika berjalan, memandu, memasak, berbaring dan pada semua keadaan. Kepenatan bekerja perlu direhatkan dengan zikir. Biar roh zikir menguasai semua aktiviti kehidupan. Berjalan ke bilik mesyuarat dengan zikir, bagi memperolehi keberkatan pada semua keputusan yang akan dibuat nanti.Semasa duk bersendirian menonton televisyen pun masih boleh berzikir,semasa makan pun boleh berzikir,bersama isteri pun boleh berzikir,bergurau senda dengan anak-anak pun boleh berzikir. Menunggu kapal terbang sampai dengan berzikir, menaiki kapal terbang dengan zikir dan turun dari kapal terbang juga dengan zikir.Jika seseorang itu dicabut nyawanya maka dia ‘keluar’ bersama ingatan kepada Allah.

Selain daripada melakukan zikir beserta kegiatan harian, zikir perlu juga dibuat secara khusus, terutamanya pada waktu malam, setelah segala kegiatan harian berakhir. Zikir secara khusus memudahkan zikir secara perbuatan dan perkataan dalam kehidupan harian.

Zikir mengubah suasana hati,akal dan roh.Perjalanan kehidupan harian mengubah kerohanian tanpa mengubah penghidupan harian. Orang masih boleh bekerja, menjaga isteri dan anak-anak serta berkhidmat kepada masyarakat. Bila tidak ada perubahan yang mendadak tidak ada pula kegoncangan yang mencabar iman. Dunia dan akhirat menjadi seimbang dalam matlamat hidupnya.Takwa (memelihara batasan yang ditentukan Tuhan) menjadi suluk. Perkataannya menjadi zikir, perbuatannya menjadi zikir dan perasaannya juga zikir.

Roh amal bagi matlamat kehidupan harian adalah ikhlas. Apabila seseorang sudah berjaya mencapai darjat yakin+harap dan ikhlas dalam menjalani kehidupannya dengan mematuhi perintah Tuhan, sesungguhnya dia sudah memperolehi NIKMAT YANG SANGAT BESAR.

Dia sudah berjaya mengikuti kehidupan para waliyullah,sahabat-sahabat dan Rasulullah s.a.w.





Monday, February 22, 2010

APA MATLAMAT HIDUP 02(SAMBUNGAN LPS 01)


 Dalam kehidupan seharian ada juga orang yang dipaksa oleh takdir supaya terjun ke dalam lautan tajrid(meninggalkan ikhtiar usaha).Orang ini asalnya tergolong di dalam kumpulan ahli asbab(yg perlu berusaha) yang hidup menurut hukum sebab musabab seperti orang ramai. Kehidupan dalam daerah asbab(sebab) itu tidak menambahkan kemantapan rohaninya.Dia perlu membawa satu anjakan paradigma,iaitu suatu perubahan dalam bidang kehidupan, baharulah rohaninya boleh berkembang maju. Bagi tujuan menambahkan kekuatan kerohaniannya, takdir memisahkannya daripada apa sahaja yang menghalangnya daripada berjalan menujui allah.

    Pada peringkat permulaan menerima kedatangn takdir yg demikian, sebagai seorang yg masih terikat dengan hukum sebab akibat(ahli dunia),dia akan berusaha sedaya upayanya untuk menahan takdir yang tidak diingininya itu. Bila dia tidak berdaya menolong dirinya sendiri dia akan meminta pertolongan dengan orang lain yang mempunyai kelebihan dan kemampuan.Kuasa yang ada dengan manusia tidak mampu juga menolongnya menyekat kemaraan takdir yg mendatanginya itu, seperti mengalami penyakit yg teruk atau mengalami kemiskinan papa kedana,sikapnya bertambah celaru & rumahtangga hampir kucar-kacir ataupun sebagainya

    Dia boleh mengadakan sebab tetapi akibat(keputusan daripada sebab yang dilakukan itu) yg diharapkan tidak berlaku.Dia menghadapi keadaan di mana hukum sebab akibat tidak berdaya menembusi benteng takdir (maksudnya lain yang dicitakan yang pula yang dapat).Setelah puas berusaha dan meminta pertolongan orang lain, dia tidak ada pilihan lagi kecuali lari berhadapan dengan allah.Dia merayu sambil menangis, memohon agar allah menolongnya, supaya melepaskannya daripada takdir yang menimpanya itu. Walau bagaimana sekalipun dia merayu namun tangan takdir yang mencengkamnya tidak juga terlepas.

    Akhirnya dia tidak berkuasa melawan lagi. Dia mengaku kalah lemah,hina,jahil,miskin dan tunduk kepada perjalanan takdir yang menguasainya.Maka Redhalah dia dengan apa juga takdir yang sedang menimpanya dan yang akan ditempuhinya. Dia tidak lagi merayu kepada allah lagi bahkan dia mendapat suatu aura keyakinan dan sebaliknya dia menyerah bulat-bulat kepada allah. Tidak ada lagi ikhtiar, pilihan dan kehendak diri sendiri.(jadilah dia seorg ahli ketuhanan)

    Jadilah dia seorang hamba Allah yang bertajrid(meninggalkan usahanya)sepenuhnya. Bila seseorang hamba benar-benar bertajrid maka Allah akan menguruskan kehidupannya segala-galanya.Sebagaimana contoh yang berlaku kepada para wali-wali dan beberapa banyak binatang yang melata yang tidak sanggup membawa rezekinya.

    Cuba kita tengok corak kehidupan seekor cicak,ianya berkaki empat dan merangkak-merangkak di dinding dan siling rumah,tetapi perlu mencari rezeki melalui sumber makanannya berbentuk serangga yang berterbangan, kalau kita nisbahkan kehidupan cicak lagi yang terlebih awal memprotes Allah yang menjamin rezekinya yang belum tentu cicak perolehi. Tetapi dengan kuasa allah,sedikit usaha cicak menantikan mangsanya dicelah-celah lampu,lalu dibawa datangkan oleh allah beberapa ekor serangga untuk menjadi santapan cicak itu. Sepatutnya dan sewajarnya cicak pun perlu terbang juga la....

    Tengoklah betapa hebatnya ciptaan allah.Tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang pekerjaan allah,hanya manusia sahaja yg tahu mengeluh mengeluh mengeluh dan tidak berpuas hati dengan kehendak allah dan dengan mudah melarikan diri supaya dapat berada dalam dunia TAJRID.

    Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui.(Ayat60:al-Ankabut )
Perhatikan pula kepada Makhluk Tuhan seperti burung,ikan,ulat,semut, kuman dan berbagai-bagai lagi tidak memiliki kebun dan kilang makanan.Mereka adalah ahli tajrid yg dijamin rezeki mrk oleh Tuhan.

    Manusia tajrid juga dijamin rezekinya oleh Tuhan. Bukan sekadar rezeki yg dijamin oleh Tuhan,malah segala aspek kehidupannya diuruskan oleh Tuhan. Tuhan mencabut kehendak dirinya yang lama dan digantikan-Nya dengan kehendak yang lain yang sesuai dengan kehendak-Nya. Tuhan memeliharanya daripada melakukan apa yang Dia murkai.Apa sahaja yang Dia mahu hantarkan kpd hamba-Nya yang bertajrid,ditapis-Nya agar ia tidak merosakkan iman dan iktikadnya.Dia memelihara hamba-Nya yang demikian drpd gangguan manusia lain yg tdk mengerti. Dia yang membela hamba-Nya yg demikian yang teraniaya.

    Penjagaan Tuhan terhadap hamba-Nya yang bertajrid melebihi penjagaan seorang ibu terhadap anaknya yang masih bayi.Begitu juga dari apa yang berlaku kepada kehidupan wali agung pada zamannya iaitu saidatul rabiah adawiyah.Allah menghalang tangan manusia yg kotor dan aniaya drpd sampai kpd hamba-Nya yang menyerahkan urusan kepada-Nya.

    Tanda Allah meletakkan seseorang hamba-Nya itu dlm daerah tajrid adalah Dia memudahkan baginya rezeki dan penyelesaian masalahnya dgn cara yg tidak disangkanya.Jiwanya dijaga agar sentiasa tenteram walaupun berlaku kekurangan rezeki atau dia ditimpa oleh kesusahan.Allah membela hamba-Nya yg bertajrid secara langsung atau dihantarkan-Nya makhluk-Nya untuk membantu hamba-Nya itu.Orang yang berperang dengan hamba Allah yang bertajrid sebenarnya berperang dengan Allah krn hamba tersebut telah menyerahkan segala urusannya kpd Tuhannya dan Tuhan menghantarkan tentera-Nya yang tidak kelihatan bagi melindungi hamba-Nya yang bertajrid itu.

     Seseorang hamba perlulah menerima dengan rela kedudukan yang Tuhan kurniakan kepadanya.Berserahlah kepada Allah Yang Maha Mengerti dan Maha Mentadbir.Apa yang penting dilakukan bukanlah mengubah dgn serta merta bentuk kehidupan yg sedang dimiliki.Tumpuan awal hendaklah ditujukan kpd mengubah suasana hati walaupun suasana kehidupan belum berubah.Ketika masih dlm daerah asbab tidaklah wajar jika seseorang mencampakkan segala-galanya.
    Mulailah dengan kehidupan yang sedia ada tetapi dengan suasana hati yang berbeza. Hati hendaklah dipaksakan supaya sentiasa mengingati Allah, ada hubungan dengan-Nya. Segala sesuatu dan segala perkara hendaklah dilihat sebagai ada pertalian dengan urusan dan pentadbiran Tuhan. Tidak ada sesuatu yang bebas bergerak sendiri tanpa tadbir Ilahi.

    Beriman kepada Qadak dan Qadar memainkan peranan yang penting dalam tarekat kehidupan harian. Qadak dan Qadar adalah urusan Tuhan. Apa sahaja yang dinisbahkan sebagai urusan Tuhan walaupun boleh dijelaskan melalui bakat dan nilai yang ada dengan manusia tetapi maksud yang sebenar melampaui penjelasan tersebut. Beriman kepada Qadak dan Qadar mengandungi penyerahan tanpa takwil terhadap apa yang tidak mampu dihuraikan secara terperinci melalui kekuatan akal, logik dan dalil. Walau bagaimana pun bolehlah dikatakan Qadak dan Qadar adalah suasana Ilmu Tuhan mengenai segala perkara yang Dia berkehendak menciptakan. Suasana dalam Ilmu Tuhan adalah awalnya itulah akhirnya dan zahirnya itulah batinnya, tidak ada perpisahan. Penciptaan manusia pertama dengan penciptaan manusia terakhir tidak ada jarak masa, ruang dan zaman dalam Ilmu Tuhan, tetapi perkara tersebut ada pada penciptaan yang nyata atau makhluk. Oleh sebab itu Tuhan mengetahui hal-ehwal manusia pertama dan terakhir sekaligus. Tuhan mengetahui yang azali dan yang abadi sekaligus. Tidak ada sesuatu yang melindungi sesuatu yang lain pada pengetahuan Tuhan. Tuhan mengetahui roh seseorang dan pada masa yang sama juga Dia mengetahui jasadnya. Tidak akan berlaku keadaan Tuhan tersalah meletakkan roh kepada jasad yang bukan untuknya. Roh adalah urusan Tuhan. Segala maklumat yang berhubung dengan penciptaan sesuatu makhluk itu telah disimpankan pada roh urusan-Nya itu. Roh urusan-Nya akan bergerak menurut ketentuan yang Tuhan letakkan padanya dan ia mengheret yang di bawah jagaannya menurut ketentuan yang sama. Dengan cara yang demikian apa yang Tuhan telah tentukan pada Ilmu-Nya berlaku dalam alam makhluk.

 Qadak dan Qadar memperkenalkan Kudrat, Iradat dan Ilmu Tuhan yang menguruskan segala perkara mengenai makhluk seperti penciptaan, keutuhan sebagai ciptaan yang mampu mengeluarkan kesan dan ciptaan itu menjadi asas kepada kewujudan di dunia dan di akhirat. Medan takdir menjadi cermin yang padanya manusia dapat melihat sesuatu mengenai Tuhan dan melaluinya manusia mengenal Tuhan. Beriman kepada Qadak dan Qadar mempereratkan hubungan hamba dengan Hadrat Tuhan yang “Dia beserta kamu walau di mana kamu berada”; “ Ke mana kamu hadapkan muka kamu di sana ada Wajah Tuhan (perihal tentang Tuhan”; “Tidak ada daya dan upaya melainkan beserta Allah”. Tanpa iman kepada Qadak dan Qadar tidak boleh wujud hubungan yang erat di antara hati hamba dengan Tuhan.

 Beriman kepada Qadak dan Qadar juga membuatkan manusia mengakui keberkesanan bakat-bakat yang Tuhan kurniakan kepadanya menyertai penciptaannya. Pengakuan tersebut membuat manusia menghargai bakat-bakat kurniaan Tuhan itu dan menggunakannya menurut peraturan Tuhan demi mencari keredaan-Nya. Beriman kepada Qadak dan Qadar cara begini membuat manusia melihat bakat-bakat dirinya sebagai alat yang Tuhan amanahkan kepadanya untuk dijaga dan digunakan sebaik mungkin. Alat-alat tersebut akan diserahkan kembali kepada Tuhan, Pemilik sebenar yang akan memerikasanya.