Terlbh dahulu izinkn saya mengucapkn slmt dtg kpd para pengunjung blog minggu ini.Setlh sebulan berlalu, kini sudah tiba masanya kita menempuh bln yg baru. Tpi,di Malaysia ini amat pelik dan sungguh hebat. Jikalau di luar Negara lg dasyat. Di malaysia, kita menyambutnya hari2 kehidupn dgn perasaan damai n blh meraikan kebebasan hidup tanpa menimbulkn unsur2 keganasan dan penindasan.
Itu tdk menjdi mslh pd saya krn hari2 yg dilalui ini ialah hari di mana silaturahim dpt dieratkan dr semasa kesemasa dan kegembiraan di kongsi bersama,manakala lain pula halnya bila menyambut hari raya. Tpi apa akan jd kpd mrk2 yg hidup dlm suasana kesusahan,kemiskinn& mcm2 ada lg. Itu kita kena tanya diri sendiri.
Saya ingin memberitahu bhw ada satu org tlh dtg pd sya& m’perknlkn dirinya. Setlh berborak2,dia meminta kpd saya utk menolongnya dlm menyelesaikn mslh jiwa dlmannya. Stlh dikaji dan di selidiki,semmgnya
dia mempunyai suatu penyakit yg sgt luarbiasa.
Tanpa berlengah masa, saya terus membaca bbrpa potongan ayat yg diajarkn oleh sifu sya. Dgn sepintas lalu ia menunjukkn reaksi yg menakutkn,saya tdk sangka air bacaan saya amat berkesan.Dia terasa loya dan muntah,bbrp seketika saya menghampirinya utk memastikan keadaannya stabil,tpi rupa2nya dia sudah brubah imej dan watak.
Keadaannya agak menakutkn saya,ketika itu situasi dia berubah,ia menjadi harimau jadian.lalu dia mengeluarkn suara :"hei!!aku adalah raja seluruh alam!!aku nk bertumbuk ngan kau disuatu tmpt yg luas". pd ketika itu saya agak terkejut krn saya bknnya pandai berurusan ngan org sebegini,dgn kuasa allah dan madad guru,saya mendpt suatu energy dan aura percikan guru saya dgn lantang saya menjwb bhw:hei!!mu knl ke aku ni siapa?mu tk pyh lawan guru aku la...memadai mu lwn dgn aku saja, aku adalah anak murid syeikh aku yg paling agung didunia dan diakhirat".aku akan bunuhmu"
Kemudiannya,saya memulakn lngkh ke2 dgn membca bbrpa potongan ayat utk menghancurkn jin setan yg menguasai tubuhnya.Pd fikirn saya,tdk begitu yakin dgn kejadian itu mcm suatu permainan dan lakonan semata2..sewaktu saya sdg membaca ayat2 suci...dia menunjukkn reaksi pelik dgn menyanyi dan berlagu dgn ayat2 quran.....naik bengong saya pd saat itu,seolah2 dia mempersendakn keje saya,tpi saya meneruskn jg usaha utk membaca ayat2 suci yg power...akhirnya dia mengaku kalah dan memohon saya hentikn bacaan ayat itu,:dia berkata....cukup!!cukup!!aku tk thn ni,rasa panas dan sakit....kejadian itu semakin memuncak dgn geraklakunya mcm diikat dgn kuat sekali...
Akhirnya dia lemah jatuh terlentang tk bermaya..saya pun cuba menyedarkn
nya&ingin memastikn keadaanya kembali stabil,lalu dia pun menjwb:apa yg berlaku tdi...penatnya dan sakitnya dan pahitnya dan panasnya rasa...
ok tkpela!nanti saya akn ceritakn hal sbnrnya...
Alhamdulillah,tdk ada daya upaya melainkn dgn kuasa allah yg mutlak... disamping bantuan dr belakang oleh sifu saya....ianya kembali stabil dan sihat....Pd hakikatnya allah belaka yg mengwl kehidupn kita,tanpa kita sedari tanpa kita pelajari tanpa kita rancang tanpa diupah tanpa bayarn....ianya berlaku dgn sekelip mata....
Sblm ini saya tdk brp pasti dan yakin dgn alam2 ghaib yg cuba menganggu kehidupan manusia yg berbagai cara dan penyakit.saya pun tdk pernah melihat atau mendgr lembaga2 pelik diluar sana...maksudnya saya tknk ambik tau psl2 alam lain...stlh peristiwa itu berlaku,byk perkara tlh mengjr saya erti perjuangan hidup ini tdk dpt lari gangguan nafsu,
syaitan dan jin samada ianya berlaku atas diri kita mahupun org lain.
Knpkah perkara ini berlaku setiap masa?knp ujian sebegini perlu dilalui? bagaimana utk menanganinya?siapa yg blh menolong kita?knp kita perlu percaya kpd alam ghaib?
Kini saya sdg sibuk dgn Thesis pengkajian saya yg tdk bertauliah,tp tlh mendptkn pengesahn wakil sifu saya.Kini Saya sdg berusaha utk mengumpul data n menganalisa ttg kecacatan dan kelemahan yg berlaku dlm kehidupan org melayu islam pd zaman ini.Dimanakah silapnya dan knp ianya tdk dpt
menyelesaikn& membasmi&mengurangkn jurang kejhtn&maksiat dlm masyarakat?
Sedikit sebyk saya sdh dpt melihat bhw MELAYU ini adalah satu kompleksi yg sgt hebat.Meskipun tiada bukti berbentuk artifek,tpi dgn tulisan manuskrip serta teori dari golongan pengkaji serta akedemik, ia dapat memberi sedikit gmbrn bhw mmg benar DISINILAH BERMULANYA DAN DI SINILAH JUGA AKHIRNYA.
Dri kajian saya jga,sgl sifat melayu yg dikatakn negatif seperti pemalas,iri hati,hasad dengki,tamak,suka menjaga hal org lain,suka kpd seks,mengalami penyakit kencing manis dan darah tinggi dan sebagainya, Pd dasarnya adalah gmbrn bhw itulah sifat 'melayu' dulu kala.Maksud saya mengenai 'melayu' dulu kala itu bknnya melayu zmn hang tuah atau empayar srivijaya,tpi ke belakang lagi.Melayu yg saya maksudkan itu ialah MELAYU LEMURIA dan ATLANTIS.
Ya,itulah yg saya dpti pengkajian saya ini.Dgn bukti dr bbrp buah buku, blog,forum serta teori,HAL INILAH YG CUBA DI TUTUP OLEH PENJAJAH SERTA SHADOW GOVERMENT spy melayu nusantara tdk knl lg siapa mrk.
Inilah di katakan operasi menidurkan sang naga oleh beberapa pihak sejak zaman dulu kala lagi. Takkala sang naga bangkit bangun, tiada siapa lagi mampu untuk menghalang. Dek kerana itulah Rasullullah mengatakan kebangkitan bermula dari timur.
Jika 'penjahat' telah menidurkan sang naga, kini marilah kita bersama-sama memulakan operasi membangkitkan nusanaga ini. Insyallah, sedikit demi sedikit saya akan siarkan 'progress' kajian saya ini.
Apa yang pasti, sifat kemelayuan yang di katakan negatif itu bukanlah buruk tapi ianya adalah projeksi kepada sifat nenek moyang kita dulu. Lemuria di nusantara ini cukup hebat teknologi spiritualnya. Mereka tidak berjalan seperti kita, tapi cukuplah mereka untuk teleport atau melayang-layang di atas angin. Dek kerana itulah mereka kelihatan sedikit bermalas-malasan.
Bila ada segolongan yang tidak mampu untuk berbuat demikian, dengan akal yang cukup bijak, golongan ini membina satu lagi ketamadunan yang di gelar ATLANTIS. ketamadunan ini mempunyai sifat yang cukup iri hati, dengki dan cemburu dengan kehebatan golongan lemuria ini. Dek kerana itu, terjadilah peperangan antara keduanya dan menyaksikan kedua-duanya turut musnah lalu tenggelam (sila perhatikan kisah nabi nuh).
Kisah perjlnan bagaimana Origin of Malay ini berasimilasi dgn kaum2 lain sepnjng perjlnan blk ke 'Cradle of life' ini cukup panjang.Dek krn itulah, bila tiba msa kita, wajah2 melayu amat berbeza&tiada spesifikasi yg khusus utk menentukn apakah itu Melayu?apakh melayu islm?
Jadi, apakah bagusnya jika nusantara saling bergaduh padahal kita semua dari leluhur yang sama. Jadi terus terang saya katakan, jika mahu bangkitkan kembali naga yang tidur, eratkanlah hubungan persaudaraan dengan 'kaum sedarah sedaging kita' yakni rakyat sumatra, tanah semenanjung, cina dan india serta orang asli,maka turut sertalah kita secara ramai2 menyertai majlis keilmuan tasauf yg tersimpan didlmnya 1001 rahsia kebaikan yg wujud dimalaysia ini.
Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan& Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan& Allah melepaskan engkau dari keduanya,supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain ALLAH.ALLAH.ALLAH
Friday, December 11, 2009
Wednesday, December 9, 2009
PEMIKIRAN SEORG TOKOH HEBAT
Malik Bennabi (1906-1973) seorang tokoh ilmuwan Islam yang berasal dari Algeria telah menulis tidak kurang daripada enam buah buku mengenai struktur masyarakat dan keilmuan al-Quran dan menterjemahkan lbh tiga buah buku mengenai dinamik budaya dan pemikiran ke dlm bahasa Arab. Dilahirkan di Konstantin, sebuah kota di Algeria Timur dan mendpt pendidikn awal diMadrasah al-Quran di Perancis dan pd thn 1930, melanjutkan pelajaran di Kolej Kejuruteraan di Perancis. Pada tahun 1931, berkahwin dgn wanita Perancis (memeluk Islam).Terlibat dlm pelbagai gerakan pembaharuan Islam dan mengadakan pertemuan dgn byk tokoh pemikiran Islam.
Nuansa pengetahuan dan pengalamannya yg meluas,tlh menjdikn beliau seorg pemikir pembaharuan Islam,sekali gus penggerak falsafah kemodenan Algeria.Malik mempunyai minat yang mendalam mempelajari dan membaca karya yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh terkenal, termasuk Syeikh al-Maulud bin al-Mauhub, Ibn Hasib dari Algeria, dan tokoh pemikir pembaharuan Mesir yang terkenal, Muhammad Abduh.
Antara buku karya Malik Bennabi yang terkenal ialah The Qur’anic Phenomenan: An Essay of a Theory on the Qur’an yang ditulis dalam pada asalnya dalam bahasa Perancis dan mula diterbitkan pada tahun 1947. Buku ini kemudiannya disunting dan diberikan ulasan terbaru oleh Mohamad El-Tahir El-Mesawi, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, diterbitkan pada tahun 2001. Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengambil inisiatif menerbitkannya dalam bahasa Melayu dan diterjemahkan oleh Rosiyah Abd. Latif pada tahun 2008.
Buku Fenomena al-Quran ini dibahagikan kepada 3 bahagian:
Bahagian 1 mengandungi dua bab (Bab 2 dan Bab 3) melandaskan perbincangan berdasarkan bebrp pertimbangan falsafah&metodologi agama.
Bahagian 2 (mengandungi 7 Bab, iaitu dari Bab 4 hingga Bab 10) membahaskan mengenai cirri-ciri kerasulan Muhamad s.a.w yang menjadi penerima wahyu, iaitu al-Quran.
Bahagian 3 mengandungi 5 bab (dari Bab 11 hingga 15) membincangkan mengenai ciri-ciri risalah, iaitu kandungan wahyu.
Fenomena al-Quran yang dikaji oleh Malik Bennabi ini ialah percubaan yang menarik telah mendapat perhatian meluas bukan sahaja berdasarkan keilmiahannya, tetapi juga kerana memberikan penekanan yang mendalam mengenai pemikiran keagamaan dan falasafah al-Quran yang banyak menjadi minat pengkaji Barat atau Arab sendiri.
Pemikiran yang cuba dibawa melalui pendekatan Fenomena al-Quran ialah menghapuskan sikap imperialistik dikalangan umat Islam terutamanya berhubung dengan falsafah kemodenan. Kemodenan yang semestinya adalah berkait rapat dengan falsafah keilmuan barat dan teknologi rentas budaya, telah menyebabkan ia semakin kehilangan roh dan semangatnya, yang tinggal hanyalah mekanismenya sahaja.
Imperialistik semakin mengalami kemerosotan dalam zaman pasca moden di mana persoalan kemanusiaan bangkit semula. Kebangkitan dan kelahiran semula sikap kemanusiaan inilah cuba dikaji secara mendalam oleh Malik Bennabi, sikap sufistik yang dipanggil sebagai fenomena al-Quran.
Fenomena Kebangkitan Islam yang semakin rancak telah diremehkan dengan melakukan nilai tara dan kerangka pemikiran Barat, dan dengan itu, Malik Bennabi “pemikiran ini bukan sahaja mempengaruhi kehidupan bersifat material yang baru dan semakin diamalkan oleh pemuda Islam” malah menyebabkan pendukung budaya Arab “mendokong pandangan yang diasaskan oleh profesor Barat mereka.”
Orientalisme turut menyusup masuk ke dalam kehidupan intelektual di Negara Islam dan telah berjaya menentukan pula orientasi sejarah ke satu tahap yang penting, sehingga menimbulkan pelbagai polemik dan krisis.Bagi membetulkan sikap budaya dan nafas keintelektualan baru yang lebih dinamik, Malik Bennabi berjaya membuktikan bahawa wahyu Allah yang disampaikan melalui perantaraan Nabi Muhamad s.a.w, ”selama lebih 13 abad, al-Quran dianggap sebagai model penulisan paling sempurna dan tidak dapat dihasilkan dengan bahasa Arab oleh sesiapa pun” (hal. 276).
Dengan menggunakan pendekatan psikoanaltik, dan membandingkan dengan falsafah Rene Descartes, ahli falsafah Perancis yang terkenal dengan aliran pemikiran berdasarkan keraguan, Malik Bennabi berjaya melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w, walaupun pada asalnya baginda ialah seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai ilmu sebelum menerima wahyu pertama.
Pengikut aliran Descartes mengalami kerumitan dalam memahami fenomena agama dan kerana itu, Malik Bennabi berpendapat kebimbangan itu “kerana kita sentiasa berada dalam situasi tidak menentu apabila berhadapan dengan masalah berhubung dengan kenyataan yang berbeza dalam rangka kerja yang sama seperti panteisme, politeisme dan monteisme.” (hal. 45)
Berdasarkan falsafah fenomenologi yang dianuti oleh Hegel, Malik Bennabi berpendapat bahawa “jika suatu kenabian tidak boleh menyediakan ataupun menjelaskan apa-apa bukti, pengulangannya dalam keadaan tertentu membuktikan kewujudan fenomena tersebut secara umum. Justeru itu, perlulah diteliti secara serius keadaan berulang tersebut supaya boleh diletakkan sifat khusus bagi mewujudkan peraturan umum yang boleh digunapakai kepada keseluruhan fenomena itu.” (hal. 47)
Bagi menjadikan umat Islam berpegang teguh kepada akidah Islam, pengarang menggesa supaya dan mendesak agar al-Quran dikaji secara serius dalam kerangka kajian yang mantap dan falsafah keimanan. Dalam membangunkan kerangka tersebut, Malik Bennabi berpendapat “untuk membawa data yang tepat seperti tepatnya maklumat tentang diri Nabi Muhamad s.a.w dalam mengkaji fenomena al-Quran. Namun kajian ini penting sebagai satu system rujukan dalam kajian bersifat analisis ke atas sesuatu fungsi yang berbentuk geometri. Hakikatnya, fenomena yang sedang diteliti ini adalah berkaitan diri Muhamad. Untuk memutuskan bentuk perhubungan ini, langkah yang pertama adalah dengan mewujudkan suatu ciri awal merangkumi semua elemen yang diperlukan untuk member maklumat tentang diri tersebut. Pada masa yang sama bertindak sebagai objek, saksi dan hakim dalam hal yang dibincangkan.” (hal. 71)
Ini penting kerana “kita mempunyai alasan yang kukuh, kerana saksi dan hakim ini, member jaminan ke atas keterangan dan penghakimannya. Namun, ini tidak akan menghalang kita daripada mengambil langkah kedua serta mewujudkan cirri kedua yang membolehkan kita menilai fenomena ini secara langsung..Tidak ada keraguan yang patut timbul dalam menilai fakta sejarah yang sangat penting kepada persoalan ini khususnya tentang ketepatan pemikirannya serta kejujurannya.” (hal. 71)
Bagi mereka yang berfikiran kritis, kajian yang dipelopori oleh Malik Bennabi menngenai fenomena al-Quran ini tidak akan menghampakan. Sebagai sebuah analisis ilmiah yang menarik, buku ini memangnya merupakan bahan bacaan wajib malah lebih bernuansa berbanding kajian semantik al-Quran yang dibuat oleh seorang professor dari Jepun, atau kajian Fazlur Rahman, Pesan-pesan Terbesar al-Quran.
Dalam meletakkan kesedaran beragama, pengarang meletakkan perbandingan dengan dua sistem falsafah, iaitu sebagai suatu sifat dan naluri semulajadi manusia, dan sebagai sebahagian kecil daripada kejadian sejarah kebudayaan manusia. Falsafah pertama mengutamakan fizikal kerana semuanya dianggap ditentukan berdasarkan jirim, manakala bentuk yang kedua ialah sistem berbentuk metafizik yang memandang jirim itu ditentukan oelh suatu kuasa lain.
Falsafah berasaskan fizikal tidak boleh diterima oleh pengarang untuk melihat fenomena keagamaan kerana “ia adalah satu fenomena semula jadi”,”suatu yang dijadikan”, “ia bertukar dari suatu yang lain dan suatu sebab yang kreatif mutlak”, “suatu kuantiti tertentu yang tersusun tetaoi tidak mampu bergerak, jirim akan menjadi suatu bahan yang hidup, iaitu protoplasma’, “dikawal oleh asas yang tidak bergerak” telah menyebabkan “jirim menempuh dua transformasi yang berlawanan.”
Berdasarkan falsafah metafizik “membantu menjelaskan apabila peraturan fizikal tidak mampu memberikan penjelasan berkenaan sesuatu fenomena. Dari sini muncul suatu sistem yang berintegrasi dan harmoni, bebas daripada kelemahan dan percanggahan sistem terdahulu.” (hal. 40) Ini penting difahami kerana perbandingan dua system bukanlah perbandingan dua bentuk sains, tetapi ia adalah perbandingan dua kepercayaan, iaitu yang mempertuhankan jirim dan membuatkan Tuhan masuk campur.
Oleh itu, menurut Malik Bennabi hanya zaman masalah sosial dan gangguan moral yang “akan memperlagakan sains dan agama. Tetapi apabila ia berlaku disebabkan oleh perjalanan sejarah yang tidak dijangka, seperti Rusia pada akhir peperangan, dan di Perancis selepas Revolusi 1789, malangnya sains yang dipuja berpecah untuk memberi ruang kepada sains yang ringkas dan tulen: iaitu hamba yang merendah diri kepada pembangunan manusia.” (hal. 41)
Malik Bennabi turut membuat perbandingan mengenai kisah Nabi Yusuf a.s berdasarkan versi al-Quran dan kitab Injil (Bible). Perbandingan secara berurutan ayat telah menjadikannya satu perbandingan yang menarik untuk melihat perbezaaan dan ketepatan al-Quran. Ketepatan gambaran mengenai kisah Nabi Yusuf a.s, menurut pengarang “plot kisah ini adalah sama, malah tidak ada perbezaan sama sekali” tetapi antara versi al-Quran dan Bible tetap ada perbezaan yang jelas.”
Versi al-Quran mendedahkan sifat kerohanian yang dapat dilihat dalam kata-kata dan perbuatan manakala versi Bible lebih menekankan sifat orang Mesir, iaitu penyembah berhala yang menonjolkan budaya Yahudi. Misalnya mengenai ayat yang mentafsirkan mimpi raja, “alegori kemarau yang diberikan adalah kurang menyerlah: “Tujuh jagung yang kering memakan tujuh jagung hijau. Sebaliknya, dalam versi al-Quran raja hanya melihat tujuh tangkai yang kering menggantikak tujuh tangkai hijau.
“Oleh itu, versi Bible mempunyai ciri janggal, yang mengesahkan ciri-ciri meragukan dalam ayat berkenaan. Umpamanya, perkara ini dapat dapat dilihat dalam ayat berikut:”Orang Mesir dilarang makan bersama orang Yahudi:krn ia adalah sesuatu yg keji bagi org Mesir,” jelas pengarang.
Dua kisah yang digambarkan pengarang mengenai kesan mukjizat al-Quran ke atas Umar al-Khattab yang akhirnya memeluk Islam dan al-Walid bin al-Mugirah, pemimpin Quraisy yang mengagumi al-Quran, tetapi tetap menyatakan, “Dia (Muhamad) ialah seorang tukang sihir yang menanam bibit kebencian antara seorang anak dengan bapanya.”
Turut mendapat perhatian Malik Bennabi dalam kajian ini ialah mengenai beberapa perkara yang tidak dapat diduga, iaitu beberapa perkataan yeng diturunkan Allah s.w.t tanpa difahami oleh manusia, iaitu dua puluh sembilan surah. Ia dimulakan dengan simbol abjad ringkas, al-muqatta’at, seperti Alif, Lam, Mim, Ra, Kaf, Ta, Ha, Sin, Ya, Sad dan gabungan abjad, yang turut tidak difahami oleh Nabi Muhamad s.a.w.
Dalam hal ini pengarang berpendapat bahawa “kita tidak boleh mengatakan fenomena ini adalah suatu kebetulan psikologi atau fisiologi yang berlaku pada diri Nabi Muhamad s.a.w. Ataupun menjelaskannya sebagai kekurangan dlm penulisan dlm teks yang dianggap sempurna.” (hal. 277)
Seperti kata penterjemah dan penyusun buku ini, Mohamed Tahir El-Mesawi, “buku yang tidak ternilai harganya ini menerima status kecendekiawan yang selayaknya,” perlu dibaca dan dianalisis secara mendalam oleh setiap orang Islam. Syukurlah, walaupun terlewat 61 tahun sejak mula diterbitkan pada tahun 1947, atau 35 tahun selepas kematian Malik Bennabi barulah umat Islam Malaysia yang hanya mampu memahami bahasa Melayu boleh membaca analisis ilmiah mengenai fenomena al-Quran.
Meskipun sudah terlewat, intipati perbincangan dan perbahasannya masih lagi relevan, tidak boleh ketinggalan zaman. Ia tetap segar dan mampu menambahkan nuansa pengetahuan ilmiah kita, dan membolehkan kita tetap berpegang teguh kepada keimanan al-Quran bukan berasaskan keautentiknya, tetapi kerana keluasan makna dan kedalaman petunjuk di dalamnya.
Judul Buku :Fenomena al-Quran: Esei Tentang Teori Berkenaan al-Quran
Pengarang :Malik Bennabi
Penterjemah:Dari Bahasa Perancis ke Bahasa Inggeris, Mohamad el-Tahir el-Mesawi dan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu,Rosiyah Latif.
Penerbit :Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), 2008

Subscribe to:
Posts (Atom)