Friday, July 2, 2010

ALAHAIII DUNIAAA



Alahai dunia!!!!!!!!!!!!!!!alahai Duit!!!!!!!!!!!!!!!alahai nafsu!!!!!!!!!!Sebilangan BESAR penghuni muka bumi hidup dalam serba kekurangan dan selalu tidak mencukupi. Usaha kerajaan disesebuah negara selalu melaungkan ingin membasmi kemiskinan dan ingin mengubah kekurangan kewangan masyarakat. Sehinggakan hidup melarat kepada golongan yang lemah selalu ditindas selalu ditipu selalu diperdagangkan selalu ketinggalan selalu tersisih.
Kehidupan mereka dihina dimaki dan dibiarkan begitu sahaja. Berbagai cara dan usaha yang ingin mereka lakukan. Namun hasilnya tetap tidak mencukupi.
Puncanya ialah kerana ketiadaan wang. Apakah ini dinamakan TAKDIR?adakah dinamakan musibah?adakah dinamakan Nasib? Apakah ia muktamad di sisi kehendak ALLAH.
Bukankah kita disuruh berikhtiar mencari rezeki. Bukankah kita disuruh berusaha merubah diri? Daripada berpeluk tubuh kepada bertebaran di muka bumi? Daripada kedudukan hina kepada kemuliaan. Sudah hilangkah akal? Berpada dengan takdir ALLAH? Beranggapan dengan hidup biasa-biasa boleh bahagia atau tenang dalam kehidupan. Atau hanya menunggu saat kematian akan tiba?Atau tidak perlu memikirkan masa depan dan matlamat hidup? Tiada arah tujuan.Atau adakah hanya memandang sudut akhirat sahaja?Adakah berbaloi dengan apa yg telah ada?Hebat punya pukulan dan tempias kuasa Wang ni kan!kan!.Ianya mempunyai kuasa yang luar biasa dalam mempengaruhi kehidupan manusia di atas muka bumi walaupun pada hakikatnya wang hanyalah suatu ILUSI dan rekaan manusia sahaja.DUIT@FULUS@DOLLARS@ BATH@JUNAIH@DINAR boleh menjadikan manusia bahagia-sihat-bersemangat-kuat- berkuasa-ego-yakin-cakap besar-takabur-riak-bertenaga-dimuliakan-dihormati-disanjungi dan juga punca kepada banyak musibah yang melanda manusia sejak dahulu seperti selalu sakit-lemah-miskin-hina-perpisahan-pergaduhan-kecurian-kejahatan-kemurkaan-sengsara- lemah semangat-hasad dengki.

Persoalannya sekarang yg ingin saya utarakan ialah bagaimana DUIT boleh menjadi ’penentu’ kepada kebaikan atau keburukan yang menimpa manusia? Apa sebenarnya DUIT?Apa sifat duit sebenarnya?di mana asalnya? ke mana ia akan pergi?sampai bila akan bernilai pada dunia? Kenapa negara yahudi begitu berkuasa untuk menghancurkan manusia yg tidak bersalah?
Kerana DUIT........................

Wang mempunyai kuasa tertentu di atas bumi ini. Bukan berhantu sebagaimana fahaman sesetengah orang lama yang mengatakan bahawa jika kamu pandai jaga wang maka wang akan menjaga kamu. Tapi ada wang memang membantu.Masalahnya wang sememang dan sebetulnya berhantu juga.Kenapa pula? Kalau nk tahu jawapannya cuba kita nisbahkan kepada diri sendiri......dan menjiwai perwatakan diri kita sendiri semasa ketiadaan wang...apa tindakan kita?kita akan bekerja dan berusaha....bila memiliki wang......bagaimana perasaan bila memiliki wang yang tidak terikat dengan pinjaman atau hutang dengan sapa-sapa? bagaimana merasainya,contohnya bila ada duit,ada-ada saja kehendak,nak beli itu dan nak beli ini.Sedangkan ianya tidak penting tidak wajib dan disegerakan.pelik kan tuh.....

Semasa memiliki DUIT yang banyak melebihi kebiasaannya, bagaimana situasi diri kita....tidakkah kita akan tergilakan lagi untuk mendapatkan lebih banyak lagi........siang malam tidur rehat semasa bekerja semasa makan, apa yg difikirkan apa yang dicakapkan apa yg dibincangkan?semestinya bab DUIT.kalau diri sendiri tidak memilikinya,dirinya akan bercakap tentang orang lain yang memiliki DUIT yang banyak pula....

Bukan lagi suatu rahsia kenyataan bahawa wang adalah alat untuk hidup dan mengecapi impian hidup manusia. Wang bukan matlamat. Cuma wang jadi perantara untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan daripada manusia. Tak ada yang free. Begitu juga kepada guru yang mengajar al-quran,kalau dia tidak ada pekerjaan lain dan hanya menumpukan kepada pengajaran itu semestinya memerlukan upah dan bayaran kepada perkhidmatan tersebut, memandangkan kehidupan sekarang memerlukan wang. Adakah memadai mengharapkan ganjaran dan balasan pahala semata-mata? sedangkan kehidupannya perlu makan minum.

Lain pula situasi guru-guru yang mengajar al-quran di zaman dahulu kala, walaupun mereka tidak mendapatkan apa-apa upah pun, kerana mereka sudah memiliki pekerjaan kampung yang biasa mereka lakukan.Tambahan pula pada ketika itu tidak memerlukan sesuatu barang yang ada pada masa kini.Begitu juga dengan guru-guru agama seperti tok imam, tok bilal, tok guru yang mengajar di masjid dan surau. Kalau zaman sekarang ini tidak dinilai dari segi upah semestinya ramai yg tidak memberi perkhidmatan tersebut.Zaman dah berubah,dunia dah maju.

Oleh itu setiap orang perlu didedahkan cara bagaimana memperolehi wang. Setelah itu perlu tahu pula bagaimana menggunakan wang agar wang yang diperolehi tidak lenyap sekelip mata. Senario berlakunya 'kehilangan wang' ini sangat berkait rapat dengan mentaliti golongan pengguna. Lazimnya wang yang dapat hujung bulan masuk poket kanan keluar poket kiri - tiada yang tertinggal dalam poket tu. Kemudian kebiasaanya yang berlaku pada awal bulan terima gaji, selepas tiga hari menerima wang gajinya, poket sudah kosong.Kesiannnnnnnnn!!!!

Pendedahan bagaimana yang sesuai dengan seseorang itu untuk mendapatkan side income? Senario sekarang ramai yang berkecimpung dalam dunia networking. Mereka mencuba dan belajar dan mengikuti berbagai kursus untuk membentuk mentaliti yang tinggi dan kuasa ilmu yang hebat bagi mencipta rangkaiannya sendiri. Namun ramai yang melakukan sekerat jalan.
Adakah ia di katakan gagal? adakah dia tidak sesuai dengan pekerjaan itu? adakah selalu ditipu oleh syarikat? adakah orang tidak mempercayainya? adakah dia perlu mencuba sampai bila- bila? Bila ia akan menemui kejayaan dan kekayaan? adakah dia dilahirkan gagal dan kurang? Apakah jaminan yang akan diterima oleh seseorang itu apabila menceburi di dalam sesuatu perniagaan. Apakah risikonya?Apakah kebaikanya?

Kalau seseorang ingin mencuba berniaga, Apakah perniagaan yang sesuai? kadang-kadang tengok pada minat dan faktanya. Ada yang cuba menjual sesuatu produk-produk yang sesuai bagi minatnya atau membuka kedai makan contohnya? Sejauhmanakah ianya boleh bertahan? Pasang surut kehidupan manusia sebenarnya sukar utk diterjemahkan kpd seseorang.melainkan diri mereka sendiri membuat kajian dan meneliti kuasa mencipta kekayaan diri dan dihiasi dengan kebahagiaan ketenangan dan hidup dengan penuh simple dan tidak melupakan dunia akhirat. Tambahan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Salah satu definasi financial intelligence ialah selama mana wang dapat bermastautin dalam poket anda. Jika pendek tempohnya maka rendahlah financial intelligence seseorang. Anda bagaimana? Kemuncak kepada financial intelligence ialah kekayaan berpindah dari satu generasi ke satu generasi. Seperti yang berlaku kepada beberapa keluarga super rich di Eropah.

Berbalik kepada pakar motivasi pakar ekonomi yang memberi tip-tip utk mengorak langkah dalam mencapai kekayaan berbagai bentuk, begitu juga buku-buku motivasi mengajar erti kehidupan dan buku-buku mencipta WANG dan macam-macam hal lah.

Hakikat bukannya ingin hidup saja memerlukan wang. Tetapi bila menemui saat kematian pun juga memerlukan wang, untuk upacara pengkebumian dsb. Kalau boleh nak juga tinggal seringgit dua kepada anak isteri, bagi yang berkahwin. Lebih baik kalau tinggal seringgit dua lagi untuk tujuan wakaf.

Sungguhpun begitu saya kagum dan bangga dengan mereka yang membuat keputusan tidak mahukan wang yang banyak."cukuplah apa yg ada". Mereka memilih untuk sekadar cukup makan pakai. Mereka redho dengan cara itu.Saya pun bangga dengan mereka yang berusaha dengan gigih tetapi tidak menyusahkan orang lain utk meraih keuntungan yang besar.Tetapi bagaimana pula situasi kepada penulis yang merepek macam saya nie?heheheheh!!!

pokok pangkalnya....kalau dunia ini dipenuhi dengan orang yang bekerja sebagai pegawai polis, siapa pula akan menjadi penjahat?kalau semua miskin,takkan bank pula akan wujud?kalau semua jadi cikgu,siapa pula akan jadi anak murid?kalau semua kaya raya,siapa pula yg akan miskin?.

belajarlah ilmu syariat belajarlah ilmu tasauf dan akan mengetahui hakikatnya kehidupan di dunia ini.sekian terima kasih......saya ciplak sikit bahan idea dari blog dr nordin.saja jer nk tmbhkan lgi hujah yg munasabah.

2 comments:

zakir932 said...

wang itu mubah
segalanya jadi mudah
hingga timbul resah
nafsu mula mengarah
inginkan sampah
sampah di anggap madah
segala helah terlihat sudah
begitu jadah
pada mu mubah

afzam5607 said...

hahahah.....setiap barang yang mubah semestinya akan dipandang sampah pada ahli yg suka berfalsafah,ianya tetap menjadi mudah kepada ahli dunia, menjadi kesukaran kepada ahli syariat,akan menjadi pening kepada ahli tasauf memikirkannya....hehehe!!
padahal semuanya adalah ilusi.