Thursday, February 11, 2010

APA PILIHAN ANDA?

Alhamdulillah,Salam sejahtera salam muhibbah,dengan berkat rasulullah serta limpahan rahmat dari sifu al-arif billah,mudah-mudahan kita semua mendpt keredhaan Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah sollolahu alaihi wassallam dan ahli keluarga serta ahli-ahli baitnya.

    Setelah dikaji-kaji dari hari demi hari, rentak kehidupan manusia dari segi corak perilaku,percakapan, niat,doa,hasrat,komitmen serta daya usaha mereka memilih jalan hidup, maka terciptalah satu jawapan untuk saya melayangkan ruangan yang membincangkan tentang erti kehidupan yang ringkas.

-Apabila seseorang ingin Mendekati alam dunia sepenuhnya,dia terpaksa-memaksa dan dipaksa untuk menipu(belit)kepada semua orang untuk mencari peluang yang munasabah bagi kehendak nafsunya agar mendapat pulangan yang berbaloi.

-Apabila seseorang ingin mendekati akhirat,dia terpaksa berdepan dengan kehendak hukum syariat serta membanyakkan amalan sunat disamping dapat menjaga amalan wajib semata-mata untuk mendapatkan balasan syurga yang belum pasti dan belum conform dia akan diterima Allah.

-Apabila seseorang ingin mendekati Tuhan, apa yang perlu dia berdepan dan lalui? adakah berupa ribuan ujian yang halus-halus @beraneka jenis?.Ujian ini kadang-kadang akan dipandang remeh pada peringkat awal kerana dia rasa masih mampu selesaikan dengan cara tersendiri dan belum tiba masa baginya untuk bermunajat kepada allah, selagi nafsunya boleh bertahan untuk menempuhinya, maka tidak hairanlah selagi dia belum merasai keperitan jatuh tersungkur.

    Disaat itu,kita andaikan seseorang jatuh papa kedana@miskin@gagal, dia boleh bangkit semula dan bertindak sedaya mungkin selagi di dalam kehidupannya masih terlalu banyak tempat untuk dirujuk dan mungkin dia boleh mencari pendekatan seperti menyertai bermacam-macam kursus motivasi,jati diri, kesedaran minda dan bina semangat baru serta kursus mengajar erti kehidupan....

    Namun kehendak putaran alam,nisbah kepada fitrah semulajadi manusia blh beralih arah tujuan andai kata dirinya tidak diberi peluang untuk mendekati Tuhan.Walau beratus-ratus kali menyertai kursus dengan bayaran beribu-ribu RM pun tidak ada erti baginya.

    Adakah memadai dengan mendekati tuhan saja?adakah memadai ikut arahan tuhan sahaja? adakah memadai dengan mendampingi tuhan sahaja? OOhhh...soalan2 begini amat panas sekali dan boleh pedih telinga bila terdengar..memandangkan kehidupan di dunia pun belum puas lagi untuk dinikmati,so nanti bila dah tua-tua sikit dan sudah tidak ada gas untuk berhibur dan berseronok...pada ketika itu bolehlah nak ambik masa untuk mendekatkan diri,kononnya kena menyucikan diri dulu laa dan lengkapkan amalan dulu baru blh fikir pasal nk dekat ke apa ke....tidak begitu kawan-kawan?.

    Inilah antara agenda utama yang dimainkan oleh nafsu kita sendiri.Sentiasa menghalang diri kita  sendiri supaya mundur kebelakang dan berfikiran singkat.Antara perkara yg dikategorikan yang dapat menguatkan kerohanian dan minda kita ialah:

1. Sabar menghadapi ujian."alaaa,senangla kau cakap suruh sabar!!!kau tidak tahu apa yg aku rasa dan alaminya".... Jika anda pernah ditimpa musibah, tentu anda akan rasa dunia ini begitu sempit dan tiada ruang untuk bernafas. Kadang-kala mata sendiri tidak dapat dilelapkan kerana mengenang musibah yg sedang ditimpa.Menyesal dari tindakan yang lepas, Apabila ia selesai atau hilang, anda akan rasa lapang dada seolah-olah dunia ini memberikan anda harapan baru yang berbunga-bunga. Tetapi tidak beberapa lama anda tidak sedar diri semula.Kembali alpa dan lalai.

    Cuba anda bayangkan kalau anda berada ditempat rasulullah,apakah perasaan anda sebagaimana yang Rasulullah lalui seperti sewaktu dilempar najis, fitnah,sampah, tuduhan sesat,dituduh sebagai tukang tilik,ahli nujum. Jika anda dituduh sedemikian adakah anda akan bersabar?"ehhh..mesti laa marah punya"!!!"dia ingat sapa diri dia berani buat macam-macam kat kita".

    Oklah,bagaimana pula kalau anda menghadapi ancaman maut yg sangat hampir sepertimana cerita yang saya paparkan sebelum ini tentang seseorang yang lari dari harimau lalu terjun ke dalam perigi,tetapi dalam perigi itu ada buaya pula,kemudian kisah yg dilalui oleh Saidina Ali yang rela menggantikan tempat tidur Rasulullah sewaktu orang kafir Quraiys sedang merancang untuk membunuh baginda dan kisah saidina abu bakar sanggup mengorbankan diri dipatuk ular?

    Baiklah, berkaitan kisah ringkas ini saya ingin memberi sedikit tip untuk anda saya sama-sama menjiwai watak diri kita sendiri agar lebih berkomitmen dalam meneruskan kehidupan ini.Sebagaimana kata kunci kepada UJIAN HIDUP seperti Sabar,tawakal,tenang,cool, pasrah,redha dan bersedia menghadapi maut pada bila-bila masa adalah resepi untuk menguatkan semangat, jiwa dan kerohanian.Tetapi realitinya, kekuatan semangat dan rohani tidak akan terbentuk dan tidak tercapai selagi seseorang tidak berjaya menempuh ujian hidup. Perkara ini tidak lain tidak bukan kerana Prinsip utama yg kita utamakan,sebagaimana apa yg kita inginkan.

2. Makanan yang seimbang:Anda perlu mengurangkan makan dan banyakkan berlapar (samada berpuasa / tidak puasa) akan menambah kesabaran.Apa tidaknya, jika anda sabar menahan kerenah nafsu perut berjam-jam, mengapa tidak boleh bersabar menghadapi karenah manusia yang berbagai ragam. Menahan diri dari kelaparan pada mulanya akan menyebabkan seseorang cepat marah. contohnya kalau isteri lewat menghidangkan makanan,mula laa melenting nak marah itu dan ini,Tapi akhirnya akan melemahkan jasad, lemahkan mulut dan sifat marah menjadi neutral seterusnya yang lebih penting ia belajar memikirkan Segala perbuatan datangnya dari Tuhan yang menjadikan 'alam.

    Dirinya akan menjadi lebih bermakna jika memprogramkan akal+hati+ rohani supaya sistem ini beroperasi baik dengan memilih pakej dengan ibadah kurang bercakap,kurang makan,kurang tidur dan banyakkan berzikir.Maka dari permulaan inilah dapat menjauhi percakapan kosong,memberi motivasi yang basi,ketawa melampaui batas, mengumpat dalam hati,Rentetan itu kesan pergerakan sistem di atas itu akan mula bersinarlah nalurinya dgn sinaran cahaya keberkatan dan limpahan rohani.Setelah ia memperkuatkan setiap hari hinggalah cahaya tersebut mulai mengakar-umbi dalam hati dengan amalan zikir tetap dan zikir khusus....

    Dengan ini, realiti ilmu akan menyerlah dalam hatinya,kebenaran tetap akan dilihat sebagai kebenaran, sebagaimana kesesatan akan sentiasa jelas dalam perhatian untuk dijauhi dan dihindari dan mempertahankan diri dari terjerumus ke lembah kehinaan.

3. Merajinkan diri untuk teruskan berselawat tidaklah terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.Jangan memaksa diri dengan kalau tidak dapat mengikhlaskan diri, sekurang-kurangnya kepada peringkat orang awam, amalkan  selawat sekurang-kurangnya 1000x sehari.Saranan berselawat ini banyak keistimewaanya.

    Dari segi kehebatan cahaya selawat adalah dapat memancarkan CAHAYAnya kepada alam, Dengan kewujudan alam juga adalah berasal dari kewujudan Nur Muhammad.Nur Muhammad inilah kejadian pertama di alam ini dan darinya segala makhluk diciptakan.Nur Muhammad juga yang mengislamkan AIR API ANGIN DAN TANAH. Dengan memperbanyakkan selawat, cahaya petunjuk akan menerangi hati kita seterusnya memimpin kita ke jalan yg diredhai Allah. Semakin kuat nur dalam hati kita, semakin kuatlah kerohanian kita mencari jalan mendekati Allah.

    Perlu dingat,aura cahaya selawat ini terlalu kuat,jadi oleh itu disarankan anda memerlukan pengesahan dari orang-orang soleh terlebih dahulu utk mengamalkan bacaan selawat yang bagaimana dan jumlahnya berapa? Memandangkan rohani seseorang untuk menanggung aura selawat ini tidak mampu kerana ada percampuran karat najis dosa....contohnya;adakah sesuai dan tergamak anda mengisi di dalam satu bekas berupa makanan yg bersih bersama sampah? Hakikatnya anda perlu membersihkan terlebih dahulu bekas itu(hati).

-Anda mungkin pernah tengok orang yang banyak beramal tetapi disembunyikan kewarakannya,
-Anda mungkin pernah tengok orang yang kurang beramal tp dipamerkan kepada orang lain bahawa dia banyak beramal...kalau org lain tidak tahu hal diri dia byk amal....dia akan ceritakan pula kpd org lain pula....
-Anda mungkin pernah lihat org yg banyak beramal tetapi menyembunyikan kejahatan.

Dari segi hukum fekah mereka ini dinamakan sebagai golongan fasik iaitu dia bersekongkol dgn kekufuran dlm hatinya sendiri,menipu diri sendiri, memotivasikan orang ramai agar memalaskan umat Islam, terang-terangan berbohong demi menutupi keburukan puaknya atau parti dan segolongan yg memimpin umat Islam ke jalan neraka tersembunyi semata-mata untuk mendapatkan sambutan namanya disanjung dan menang sorak.

    Inilah hasil manusia yg tiada cahaya di dalam hatinya. Mudah diperdaya, mudah dibeli,mudah untuk dimiliki.menegakkan kebenaran yang dirasakan dirinya betul sambil-sambil memburukkan orang lain serta menokok tambah pula kecelaruan kejahatan orang lain.Membetulkan barang yang salah dan membenarkan barang yang dah benar, sepatutnya kalau kita berpihak dijalan yang benar. Maka kebenaran akan terbongkar dengan sendiri dan Tidakkah kita mengetahui bahawa kebatilan akan dilanyak.

Tuesday, February 9, 2010

ILMU REALITI?HOW....

Salam sejahtera salam tulus ikhlas buat pengunjung blog saya,malam ini saya ingin mempersembahkan kepada kalian semua tentang ILMU REALITI.Apakah yang dimaksudkan dengan ILMU REALITI kalau kita belum mengetahui terlebih dahulu tentang ILMU KLON@ILMU SESAT@ILMU REKAAN @ ILMU IKUT SELERA...

Saya tersenyum sendirian bila ingin memulakan topik ini, idea spontan ingin membicarakan tentang ilmu ikut selera,macamana untuk diketengahkan bab ini yer.Di dalam pengamatan saya tentang orang melayu islam menitik beratkan soal ilmu klon,ilmu ikut selera....maksudnya melakukan perbuatan secara beragama tetapi tidak ikhlas dan tidak jujur pada diri sendiri....contohnya amat banyak sekali berlaku dalam masyarakat islam sekarang,dalam cerita-cerita melayu sekarang pun lucu, begitu juga dengan kehidupan dikampung-kampung seperti mereka terkejar-kejar pergi ke masjid surau untuk merebut-rebut pahala yang berlipat kali ganda, kemudian kalau ada majlis-majlis tahlil, bersibuk-sibuk nak makan kenyang-kenyang dan sedap-sedap dan free. kalau tidak diajak@diundang,memang sah dimaki dan dikeji.

Kalau ada majlis solat jenazah, sibuk duk bercakap-cakap,kenapa dia tak ajak aku solat jenazah....sbb solat jenazah ni ada habuan gak...kedudukan islam sekarang ni semakin terseksa....sibuk nak jaga diri takut orang lain tidak puas hati....sibuk nak jaga hati orang lain takut orang tidak mesra dengan dia lagi dan nanti akan datang susah untuk berurusan...macam-macam hal lah.

Berbalik pulak soal buat majlis berselawat sambut kelahiran anak baru dalam keluarga....beramai-ramai datang memeriahkan suasana majlis,ada sesetengah negeri dimulai dengan tahlil dulu,ada yang dimulai dengan berzanji dulu,dan yang terus dengan  berselawat dan diakhiri dengan makan...semasa memulakan majlis baca-baca berzikir bertahlil...semuanya saya tengok lemah semangat dan tidak ada daya menarik untuk menjana jiwa masing-masing,ada yang tidak jujur pada diri sendiri dan tidak ikhlas melaksanakan amalan kebaikan tersebut. Untuk mengeluarkan kata-kata zikir pun agak kepenatan,malas dan tidak tahu apa-apa faedah dan kesan dan hasilnya,sebab ganjarannya dihari kiamat, lambat sangat nk tunggu.....

Oleh itu,Di mana nilai murni yang mereka harap-harapkan,bagaimanakah hendak menjana kekuatan iman seseorang,andai kata bacaan selawat dan zikir munajat tidak nampak kemanisannya apabila kita menyebutkannya berulang-ulang kali?saya tengok seolah-olah mereka macam berketok-ketok taktau apa-apa dan macam budak kecil yang duduk main dengan najis...oh!!!agak kasar bunyinya bahasa saya,tapi itulah realitinya kita sebagai manusia melayu islam yang semakin pupus dalam soal kekuatan batin. Jadi bagaimanakah ingin kita mengetahui lebih lanjut tentang ILMU REALITI sekiranya saya tidak buka dan kupas secara lebih halus bab ini.

Situasi lain pula, siibu bapa memukul anak-anak yang meninggalkn solat fardu, dimarahi dimaki hamun disumpah seranah dipukul dengan cara beremosi,si isteri pula di hentam dengan macam-macam alat kerana terlewat untuk menunaikan solat,ada setengah tu si suami bantai isterinya dengan batang ubikayu kerana isterinya tidak sedar dari tidur.Masalah tidur tiada siapa yg berkuasa untuk membangunkannya melainkan dengan kehendak allah semata-mata. Oleh kerana dirinya sudah tertipu dengan ILMU IKUT SELERA LOJIKNYA, begitulah yang boleh terjadi.Ada setengah tu,batang ubikayu boleh hancur lebur kerana memukul istri yang terlupa dan tidak sengaja untuk meninggalkan solat.Inikah yang dikatakan orang yang berilmu REALITI....sebenarnya itu adalah ILMU IKUT SELERA.

Situasi ini pula,bila takbir raya berkumandang....beramai-ramailah pergi kemasjid untuk menunaikan solat hari raya dengan pakaian baru-baru belaka. Diibaratkan mereka sudah bebas dari cengkaman menahan puasa selama sebulan, hati mereka dirasakan sungguh lega sekali kerana tahun depan pula akan sambut puasa. kemudian selepas solat berpusu-pusu pergi kekubur untuk menziarahi simati,menghadiahkan bacaan ayat suci al-quran,kalau yang biasanya anak-anak remaja yang perempuan,bila bertandang ke kubur dengan penuh sopannya mereka bertudung.Apabila keluar jer dari kubur di buka sana sini untuk mendapatkn perhatian orang ramai bahawa dia adalah cantik seksi dan bergaya dan bersedia untuk menerima pujian orang ramai .....adakah suami atau abang-abang atau adik-adik kakak-kakak dan si ayah yang boleh menasihat mereka yang tersasar dari landasan yang sebenarnya?Dimana ILMU REALITINYA PULA?

Situasi ke6,mengupah beberapa orang yang pandai mengaji Al-quran untuk dibacakan di atas kubur si mati,kebiasaannya akan dipilih oleh keluarga simati seramai 5 orang.Bacaan al-quran perlu dikhatamkan tiap-tiap orang, tidak kiralah beberapa hari,yang penting syarat dunia perlu ditunaikan. Supaya tidak menjadi buah mulut orang-orang kampung.Al-kesiannya kepada keluarga yang susah berhutang sana sini utk memberikan upah kepada pembaca-baca al-quran itu, manakala dipihak pembaca quran pula tidak mengikhlaskan diri,baca pula dalam keadaan laju-laju supaya cepat habis dan entah di mana hukum tajwidnya. Ada yang berlumba-luma siapa cepat tamat dapat hadiah sesama mereka. Ada pula setengah tu berpakat sesama mereka agar dicepatkan sebab banyak nyamuk,gelap dan kot-kot akan diganggu hantu kubur.

Situasi ke7,buat kenduri besar-besaran,tapi mengharapkan Wang dari orang yang diundang....kalau orang yang diundang tidak ada wang...apa situasi mereka? Dalam hatinya akan berkata begini;"ehh ehh kalau aku tak pergi kemajlis kenduri ni,nanti apa kata tuan punya majlis pula?lain kali kalau anak aku nk kawing pula, aku jemput dia,tp dia taknak datang plk kan".."ermmm kalau pergi pula,malu laa pulak bagi rm5....erm!!! mcamana erk?

Ohya!!ada satu kali saya pernah berdebat dengan seorang pakcik,dia ada mengatakan kebaikan bersama di antara org yang buat majlis kenduri kawin memerlukan modal yang begitu besar dan bergadai harta untuk mempersiapkan majlis kenduri itu, kemudian kepada pihak orang yang dijemput pula perlu memahami situasi orang yang menyediakan makanan kenduri itu,jadi kenalah menghargai dengan bayaran, sekurang-kurangnya pihak ahli majlis kenduri rugi pun tidak lah teruk sangat.

Saya pun terfikir jugak,bagaimana dengan orang yang tidak diundang?apa perasaan mereka?semestinya akan timbul jurang perkauman.kemudian pula apa ertinya kepada ahli majlis kenduri mengharapkan balasan@apa salahnya meniatkan dalam hati tujuan dengan memberi makan kepada orang sebagai kesyukuran atau bersedekah.Nilai-nilai balasan itu hanya untuk allah saja.

Ok...sekarang saya ingin merungkaikan sedikit pemahaman tentang ILMU REALITI.Tengoklah budaya hidup orang islam melayu.Adakah 10 tahun atau 20 tahun akan datang masih lagi mengamalkan budaya ini?....inilah yang dikatakan ILMU KLON,ILMU REKAAN,ILMU IKUT SELERA.Ada satu hadis yang berbunyi begini;

”Barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illalloh maka dia masuk surga”.(HR. Hakim dan lainnya dengan sanad hasan, hadist dari Mu’adz)

Persoalan saya!!adakah sudah mencukupi dengan ucapan terakhir itu dengan "laa ilaa ha illalloh"? Hadis Nabi ini begitu dalam maksudnya kalau ingin dijelaskan, kalau kita hanya tafsir mengikut satu makna zohirnya,hanya memadai dan mencukupilah dengan ucapan itu saja,tidak perlu solat,tidak perlu buat baik kepada ibubapa, tidak perlu puasa,tidak perlu berzakat,tidak perlu naik haji dan tidak perlu itu dan ini.

Al-seksalah kita semua kalau melihat islam itu satu agama yang berlandaskan kepada ilmu lojik semata-mata.Al-kisahnya Maka dengan memberanikan diri saya ingin cuba menjelaskan sedikit sahaja tentan ILMU REALITI sebagaimana yg dikehendaki oleh allah sebenarnya.

ILMU REALITI adalah ilmu untuk mempelajari cara memfanakan diri(iaitu memecahkan benteng kelemahan diri,kecacatan diri,menyucikan hati yang berkarat dengan amalan zikir yang khusus).

Cara-cara menyatukan akal+hati+roh secara keseluruhan dibawah kekuatan keyakinan kita dengan memegang prinsip :"bahawa aku adalah hak milik allah secara mutlak serta dapat mentiadakan diri sendiri", Maka disitulah akan terbuka halangan keegoan diri kita sendiri.Jadi oleh itu,setiap amalan kebaikan yang dilakukan dalam pengetahuan syariat perlu berjalan seiringan dengan kehendak orang awam melalui akal serta meniti perjalanan halus dengan daya hati disamping meningkatkan gelombang interaksi rohani bersama allah.

Bagi orang sudah memahami ILMU REALITI bahawa perintah dan larangan ALLAH adalah sesuatu yang tidak boleh dibezakan sehingga bagi mereka tidak ada lagi ketaatan dan kemaksiatan karena sudah tidak ada lagi siapa yang harus taat dan siapa yang harus ditaati, bahkan seluruh isi al-Qur’an adalah kesyirikan karena masih membezakan antara perintah dan larangan, antara ketaatan dan maksiat, antara yang baik dan yang buruk.(Awas!!!perkataan ini tidak sesuai utk org awam yg belum memahami selok belok ILMU REALITI).

Inilah erti tauhid menurut mereka, sehingga mereka tidak dapat membezakan lagi antara wali Allah  dengan musuh Allah,antara orang yang dicintai Allah dan orang yang dimurkai Allah,antara ma’ruf dan munkar, antara muttaqin dan orang durhaka,antara orang yang taat dengan ahli maksiat.(Awas!!!perkataan ini tidak sesuai utk orang awam yang belum memahami selok belok ILMU REALITI).

Apabila seseorang memiliki keyakinan yang demikian maka terlepas Islam dari lehernya dan dia telah kafir dengan kekafiran yang nyata walaupun orangnya mengaku telah mencapai mengenal diri atau mengaku sebagai wali Allah maka mereka adalah wali syaitan.(Awas!!!perkataan ini tidak sesuai utk orang awam yang belum memahami selok belok ILMU REALITI).

Kesimpulannya,menurut orang tasawuf ILMU REALITI adalah ilmu yang berasal dari perasaan, kecintaan. Manakala hawa nafsu tanpa mengikuti pegangan dan ajaran al-Kitab dan as-Sunnah dari gurunya,nescaya dia sudah terlepas dari memahami ILMU REALITI.Sedangkan ilmu realiti menurut islam adalah ilmu yang berasal dari al-Kitab dan as-Sunnah dengan pemahaman as-Salafush shohih dan ahli sunnah wal jamaah dan tidak lari dari 4 mazhab fekah dan 4 mazhab tasauf.Sejajar pula dengan saluran 4 orang khalifah ar-rhosyidin dan 4 orang ulul azmi dan 4 orang yang bernama abdullah pengumpul al-quran dan 4 orang malaikat di level tertinggi dan 4 orang malaikat dilevel rendah sikit.

PENDEDAHAN TENTANG PELUANG BISNES

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana telah melayari blog selayang pandang. Ini merupakan satu peluang yang masih baru dipasaran dunia dan akhirat untuk menjana minda lebih berkuasa serta memiliki rohani yang mantap.Dan saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah membuka mata kepala dan mata hati saya menyertai PROGRAM E-KUTU ONLINE untuk merasai nikmat magnet wang dan diharapkan anda semua juga dapat mengambil peluang ini bersama.

Blog saya ini dibuka bermula aktif pada hujung bulan 12/2009, sasaran blog diketengahkan ini adalah cadangan dari kawan untuk saya sebarkan apa-apa yang bermakna untuk santapan umum. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi peluang yang baik dan menguntungkan kita semua. Dengan adanya peluang sebegini maka berkuranglah pengganguran yang tinggi di luar sana dan ianya juga dapat memberi ilmu yang berguna kepada kita semua. Dalam merealisasikan sistem yang dijalankan ini telah memaksa orang yang menyertai PROGRAM E-KUTU ONLINE untuk menderma kepada orang yang terawal terlebih dahulu....barulah pendapatan untuknya akan bertambah.

Selain itu juga, ianya dapat membasmi skim-skim cepat kaya dan skim-skim duduk diam dapat duit(pelaburan yang menggunakan kaedah jahat) yang semakin popular masa kini dan menjuruskan bangsa kita kepada kemalasan dan kesudahannya sanggup kerugian  ribuan ringgit kerana terpedaya dengan godaan goyang kaki dapat pulangan yang besar. Akhirnya mereka FOBIA dalam dunia perniagaan.Datanglah peluang kepadanya yang begitu baik pun....dia tetap akan memandang sebelah mata.

Di atas dasar keperhatinan terhadap bangsa dan agama,DREAM CLUB EXCLUSIVE (kutu online) bersama-sama anda ingin mencurahkan ilmu dan motivasi yang membina untuk anda semua, serta dapat berkongsi ilmu dan melihat sendiri dari segi kecacatan dan kelemahan yang ada dalam program ini. Pandangan bagaimana ingin keluar dari kancah kemiskinan dan belenggu hutang yang dihadapi oleh kebanyakan orang dan membuangkan segala sikap negatif yang boleh merosakkan jiwa.Hidup kita mesti diteruskan...apa-apa pun yang berlaku tetap kena maju kedepan.

PROGRAM
“Jika Anda Sedang Mencari-cari Peluang,atau sudah banyak perkara anda mencuba,Atau Baru Ingin Bermula, Atau ingin Mengubah Kehidupan Anda, Ini Adalah ruang terbaik untuk Anda Mulakannya...”
Dengan gabungan golongan lama dan muda, bersatu hati untuk mencurahkan ilmu untuk anak bangsa dalam program e-kutu online ini. Ilmu dari sudut offline dan online akan digabungkan bersama dalam merealisasikan impian disamping menangani masalah kewangan yang menghantui kita semua. InsyaAllah

Lapangkanlah dada,buka minda,buka hati,tenangkan diri (buang sikap tamak,buangkan sifat hasad dengki anda)teruskan perjuangan anda  untuk menjana pengetahuan dunia akhirat dan membaca semua isi kandungan blog saya ini. Dengan usaha yang sedikit ini, dengan izin Allah dan dengan kekuatan semangat saya,tanpa segan silu,saya memohon ampun kepada allah andai kata penyebaran program saya ini tidak mendatangkan apa-apa hasil, Dengan itu juga saya memohon akan mndapat petunjuk dan hidayah serta kepada kita semua dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan hidup. InsyaAllah.

“Usaha Yang Sama,strategi yang sama..tidak akan membantu anda untuk maju ke depan....untuk dapat lebih tapi takut berimpian, tidak payah laa anda ingin melakukan,Tetapi kalau anda Dapat Lebih... Anda Bandingkan Sendiri... Lebih Mudah, Lebih Pendapatan.. Yang Pentingnya Tidak Membebankan..” untuk dapatkan info-info semasa dan apa-apa komen...bolehlah anda tinggalkan dalam ruangan komen atau menghubungi cikgu sabri 0139121001 atau cikgu siti 0193416109 untuk mendapatkan pengesahan.

Monday, February 8, 2010

SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang tawaduk serta dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir! minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan. Dan telah aku gugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Syeikh Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un (silaknat) beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah.Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu.Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku."
Ujarnya dengan nada yang tegas.