Assalamualaikum....salam update salam ingatan kepada sidang pengemar mencari info-info yg lojik dan munasabah dalam mencari rahsia kehidupan yang sebenar utk diterjemahkan dalam kehidupan masing-masing. Daripada kisah-kisah yang saya paparkan dan sumber-sumber ilham ilmu yang saya pelajari ini dapatlah dikongsi bersama-sama kalian semua dan apa-apa yg berlaku itu adalah di bawah kawalan ALLAH semata-mata.
Amal yang dilakukan secara diam-diam hendaklah lebih disukai daripada amal yang disertai dengan menghebohkan atau didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah atau seperti asas bangunan. Tanpa asas,dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat dijadikan sebagai tempat berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata dalam syairnya :
"Landasan yang tersembunyi, tidak terlihat mata kerana merendah,Bangunan yang menjulang tinggi, Di atasnya dibangun megah."
Saidina Mu'adz bin Jabal pernah berkata: "Sesungguhnya Allah menyintai org-org yg berbuat kebaikan,bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap."
Jadi oleh itu adakah wajar bagi kita semua lebih gemarkan kemasyhuran daripada apa yang sepatutnya kite lakukan? Adakah kita akan terjejas sekiranya apa yang kita kerjakan tidak mendapat pujian yang setimpal dengan apa yang kita korbankan? Adakah kita lebih puas mendapat pujian daripada apa yang kita lakukan mendapat manfaatnya kepada orang lain? Apa yang perlu kita pilih samada memenuhi keperluan diri, keluarga sendiri terdahulu atau memuaskan kehendak orang lain yang kononnya mendapatkan keuntungan berbentuk wang ringgit, pujian, sanjungan, penghormatan dan sebagainya?
Terpulanglah kepada kita untuk memlih, jika dengan Niat kerana ALLAH, insyaAllah kita takkan ragu-ragu dengan petunjukNya.Andai kata kita merasakan diri kita yang terbaik dan terhebat dan tiada siapa yg boleh menandingi kita,namun dimanakah kesedaran diri kita yg sebenar sebagai manusia yg memegang sifat semulajadi LEMAH HINA JAHIL DAN MISKIN. Kenapa ramai yg berpegang kepada kehidupan berlandaskan kepada kelogikan semata-mata.Di mana hilangnya mistik file ilmu kerohanian yg dipelajari semasa dia kecil dulu.
Kenapa perkara ajaib,perkara luarbiasa,perkara pelik tidak dapat diterimanya dan hanya memandai-mandai tahu mempersalahkan orang lain,Buat macam itu salah buat macam ini salah. Kenapa dia selalu merasakan dirinya sahaja yang betul?
Takdir Allah dan usaha serta perbuatan manusia adalah dibawah kawalan mutlak daripada ALLAH. Namun untuk memudahkan kefahaman kita dalam mencari arah tuju kehidupan, hendaklah kita memahami melalui fakta yg lojik serta tengok kepada teori.Secara ringkasnya manusia terbahagi kepada dua kategori, adalah kalanya ia lebih layak berusaha sehingga rezeki baru akan datang dengan usahanya tersebut dan adakala sebaliknya, yakni allah menghendaki seseorang tidak harus banyak berusaha namun rezeki itu yg akan datang kepadanya.
Sesungguhnya kewajipan seseorang manusia yg mengelarkan dirinya sebagai HAMBA ALLAH,maka adalah layak baginya menyerahkan segala urusan kehidupannya kepada majikan (ALLAH) kerana DIA maha mengetahui ke atas apa-apa yg menguntungkan dan merugikan HAMBANYA.dari sinilah maka manusia mesti YAKIN SERTA BERHARAP dengan sepenuh hati jika allah menempatkan seseorg kepada golongan org-org yg wajib berusaha dan menghitung dalam mencari rezeki maka semestinya ia menerima apa adanya dan tidak terlalu berkeingingan untuk hidup secara diam semata-mata iaitu hanya beribadat sepanjang masa dan mengabaikan usaha utk mencari rezeki. Bagaimana pun hal itu boleh diketahui dari perasaan seseorg tersebut yg terasa ringan dan mudah utk mendapatkan rezeki sehingga tidak menghalang dari menunaikan kewajipan agamanya,misalnya solat dan berbakti kepada ibu bapa.
Sebaliknya salah satu tanda apabila allah telah mendudukkan seseorg dalam golongan hamba yg tidak perlu berusaha kuat adalah :"jika allah memudahkan seseorg tersebut dalam memperolehi rezeki dgn cara yg tiada disangknya,kemudian jiwanya tetap tenang ketika terjadi kekurangan kerana tetap berpegang teguh dan bersandar kepada allah dan pada masa yg sama dia sama sekali tidak ada perubahan di dalam melakukan ibadah dan taat kepada allah.
ehem ehem ehem.........................nanti saya akan sambungkan lagi cerita mengenai jgn jadi seorg islam yg kaku serta dicantumkan dgn sifat Qanaah.bila tuhan izinkan dengan masa yg sesuai.....
No comments:
Post a Comment