Hahh!!!apa nk jadi pun jadilah......di sinilah kemampuan akal dan jiwa rasa cukup lemah utk memikirkan beban ujian yang menimpa dirinya.Maka dengan itu berubahlah keadaan hatinya dan hilanglah keinginannya kpd apa yg dia mahukan selama ini.Bila dia dpt mengalahkan keinginannya maka menanglah rohaninya.Rohani mula celik dan melihat kpd perjlnan takdir Tuhan,tdk lg melihat kpd kekuatan makhluk yg bergerak di dlm arus takdir.Dia melihat bhw sgl perkara berada di dlm genggaman Tuhan. Tdk ada sesiapa yg berkuasa mendtgkn kebaikan dan kemudaratan kecuali dgn izin Allah.Maka Fanalah diri dia di dalam keasyikan, iaitu (tenggelam jiwa dan batinnya didlm kebesaran allah) lalu dia pun berada di dlm lautan takdir penentu segalanya.
Kefanaan di dlm lautan takdir memperlihatkan aspek ketuhanan pd segala kejadian.Dia melihat Tuhan yg mentadbir,mengawal dan mengurus.Jika dia memperolehi sesuatu pengetahuan dia merasakan Tuhan yg mendtgkn pengetahuan itu kpdnya.Keadaan ini telah membuatnya merasakan seolah-olah Tuhan bertuturkata dgnnya.Bertmbhlh keseronokannya mengenang Tuhan dan bertmbhlh kekuatan keinginannya mahu menghampiri Tuhan.Dalam diam -diam orang yang sekeliling yang melihatnya bagaikan sudah tidak normal,selekeh,cakap sorang diri dan bla bla bla dan orang lain kata dia sudah mereng maaaaaaa"......
Org yg berada pd peringkat ini tdk berminat lg utk mendampingi makhluk Tuhan, kadang-kadang dia terpaksa bersama makhluk tetapi hatinya ada bersama allah.Dia lbh suka bersendirian sambil mendengar ‘tutur-kata’ Tuhan.Fikirannya tlh bebas drpd urusan org ramai dan dunia seluruhnya,adakalanya tindakan dia dlm berurusan hal keduniaan tidak mengikut prosedur.Dia melakukan ikut suka hentam saja...apa nak jadi pun jadilah.....Dia juga tlh membuang usaha dan ikhtiar utk mendptkn sesuatu.Ada juga Dia tdk lg menggunakan disiplin dan cara keduniaan utk mendptkn sesuatu faedah atau menghindarkan sesuatu bahaya.
Dia bergantung 100% dan menyerah sebulatnya kpd Tuhan.Orang seperti ini tidak boleh ditiru gaya hidupnya.Hanya apa yang saya beritahu ini,kemungkinan akan mengalami situasi begini juga.Inilah menandakan seseorang itu sdh hampir berjaya menundukkan hawa nafsunya sepenuhnya.Apabila dia maju ke hdpn lg dia sampai kpd suasana tdk mempunyai sebrg matlamat dan tujuan,baik berupa keduniaan atau pun keakhiratan.Cuma utk mewarnakan kehidupan dunia sahaja dalam istilah bahasa kelatenya ialah "gomo"... Maksud dan tujuan hidupnya hanya satu landasan shj, iaitu sifunya,rasulullah dan Allah.Ini menandakan dia tdk lg dikuasai oleh sebrg kehdk dan keinginan.Pd thp ini apa yg muncul drpdnya terjdi secara spontan,tanpa berfikir atau merancang dan pd masa yg sama dia merasakan kedamaian dan kelazatan berhubungan dgn Allah.Setiap kemahuannya,kehendaknya,hajatnya tidak bersifat lahir dari kehendak nafsunya ke?akalnya ker?hatinya ker?jin ker?iblis ker?syaitan ker?....sudah tidak ada nilai bagi DIRINYA.....DIRINYA SAHAJA yang memahaminya.
Apabila hawa nafsu,kehendak diri dan segala sesuatu tlh hancur dr hatinya,maka hati itu menjadi sesuai utk diisi dgn kehendak Allah semata-mata.Baginya Allah tlh menjadikn dirinya seorg insan baru yg sudah di recycle bin yg dilengkapi dgn kehdak dan tenaga yg baru(dlm tadbir allah).Kehendaknya sesuai dgn kehendak Allah dan tenaganya bergantung kpd kekuasaan Allah. Dirinya akan dipelihara oleh allah agar sisa-sisa nafsu dan kehendak diri tidak kembali menguasainya. Apabila sisa-sisa nafsu dan kehendak diri cuba muncul, Allah akan menutupnya dan menghancurkannya sehingga selamatlah hamba itu berada di dalam suasana yang baharu.Sebagaimana kisah nabi yusof yg tlh diceritakan dlm al-quran.
Bila seseorg itu tlh sesuai dengan kehendak Allah, perintahNya, peraturanNya dan kehendakNya, maka seluruh alam akan tunduk kpd hamba Allah itu. Bila hamba menetap di dlm menjaga agar tdk terjerumus ke dlm yg haram, maka apa shj yg haram akn lari drpdnya walau di mana dia berada. Begitulah keadaan yg berlaku kepada sejarah kehidupan wali Allah (hamba yang dipelihara dan dilindungi oleh Allah).
Di dlm ujian bala seperti sakit pedih seksa gagal merosot jahanam malu terluka dan sebagainya, si hamba bukan sahaja menjadi sasaran anak panah bala, malah kadang-kadang dia juga menjadi busur panah yg menghantar bala kpd orang lain, seperti peranan tanah, air, api dan angin yg menyampaikan bala kpd makhluk Tuhan."Mulutnya masin tu,orang-orang biasa kata" Bila Tuhan perintahkan air menghanyutkan apa shj, api membakar apa shj, angin menerbangkan apa shj dan tanah menimbuskan apa shj tanpa kasihan belas atau timbang rasa dan tdk ada ragu-ragu.
Suami dipisahkan drpd isteri. Anak-anak dipisahkan drpd ibu bapa.Pemilik dipisahkan drpd harta miliknya.Tanaman dipisahkan drpd peladang. Ternakan dipisahkan drpd penternak. Hamba Tuhan iaitu manusia, juga sering berfungsi sebagai alat yg menyampaikan bala kpd orang lain. Cuba perhatikan dan kaji selidik kisah Saidina Khaidir diperintahkan menebuk perahu dan membunuh kanak-kanak yg masih kecil.Begitu juga kisah nabi Ibrahim diperintahkan menyembelihkan anaknya sendiri. Manusia lain juga biasanya akan dibawa dtgkn kesusahan kpd orang lain. Ada orang yang terlanggar orang lain dan menyebabkn kematiannya, meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa tempat bergantung.Perasaan orang yg tidak pernah mengalami seperti itu akan menggelengkan kepala dan mampu tumpang simpati dan mengatakan "apa laaa jahatnya suami dia dan berani orang lain sanggup mengatakan demikian.....manusia jenis binatang ker apa ni"
Ada pula orang yang tertembak rakan sendiri semasa berburu. Ada juga kejadian seorg yg membw lari anak jirannya bermain di pantai dan berseronok dan bergeli-geli dan sebagainya,akhirnya dipukul oleh orang kampung sampai mati,ada pula si anak-anak yang tidak mengenal dosa dan pahala,tetapi terkena panahan kilat lalu jatuh sakit lumpuh akhirnya ibunya yang bersedih hati menjaga anaknya lebih sukar berbanding masa kecil lagi,Ada pula si anak-anak bergembira mandi manda di pantai tersebut tetapi mati lemas.
Apabila seseorang manusia itu menjadi alat yg menyampaikan bala kpd org lain lebih berat dripd menjadi sasaran bala,tetapi bila Tuhan kehendaki, perkara yg demikian tetap juga berlaku. Bila hamba redha-ikhlas-sabar-kuatkan semangat-lapang dada-bertenang dan berani menerima ujian bala dari Tuhan dan redha juga menjadi alat menyampaikan bala maka Allah pun akan redha kepadanya: "Wahai nafsu muthmainnah! Kembalilah kpd Tuhanmu dlm keadaan reda (dan) diredai. Iaitu masuklah ke dlm (golongan) hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dlm syurga-Ku.(Surah al-Fajr : 27-30 )
Hamba pilihan Tuhan akan dibw kpd sesuatu matlamat yg khusus untuknya. Jika muncul di dlm hatinya sesuatu yg blh mengubah haluannya menuju matlamat yg ditetapkan oleh Allah, akan didtgkan ujian kpdnya agar kecenderungan yg cuba memesongkannya itu segera hilang dan dia kembali kpd haluan yg betul.
Demikianlah hamba pilihan itu dijaga agar hatinya tdk terpengaruh dgn apa shj yg selain Allah. Melalui proses yg demikian hatinya akan menjadi bersih dan langkahnya akan sentiasa berada di atas jln yang lurus.Kesabarannya menghadapi ujian menjdi bertambah kuat. Bila Allah redha dgnnya, Dia akn menjaganya dan menyelamatknnya drpd kejhtn makhlukNya. Hati hamba itu menjadi kuat dlm mengawal anggotanya. Darjat takwanya bertambah dan tenteramlah dia di sisi Tuhan Yg Maha Perkasa.(sebenarnya dirinya akan bertmbh seksa+tenang bagi dirinya sahaja)......maksudnya bukan sebenar-benar tenang tetapi bertambah seksa lagi dihadapan allah....ermmm!!!macamana nk bagitau erk...
Orang mukmin pilihan melalui dua peringkat kehidupan. Dalam peringkat pertama dia hidup dlm kesejahteraan, keberkatan dan menerima nikmat yg tdk terhingga. Perjlnannya sesuai dgn peraturan Tuhan(syariat). Rumahtangganya aman damai.Pekerjaan yg dibuatnya mendtgkan keberkatan(dirinya sendiri yg merasai keberkatan,org lain tdk tahu).Doanya sgt makbul. Dia memperolehi ilmu yg halus-halus dan diberi pula kesempatan utk menyaksikan perkara ghaib.Hiduplah dia dlm kedamaian, kesejahteraan,tidak diganggu oleh apa-apa pun. Kehidupan yg demikian menetap pdnya beberapa lama sehingga dia menyangkakan itulah penetapan dan makamnya.
Kemudian dtglah peringkat kehidupannya yg kedua.Secara tiba-tiba shj Tuhan melontarkan batu-batu ujian kpdnya. Dia ditimpa oleh bala yg dtg bertubi-tubi dan dari berbagai-bagai bidang.Dia tdk menyangka dan tdk menjangkakan perkara ini akan berlaku,akhirnya dia tidak berupaya menahan apa yg dtg itu.Dirinya rasa lemah-sedih-hina- mengamuk-geram-meronta-menangis-mengutuk org lain-akhirnya rebah tk bermaya.Seluruh kehidupannya dibolak-balikkan oleh gelombang ujian. Dia menghadapi kesusahan dan penderitaan yang amat sangat serta dalam masa yang agak lama. Perubahan yg berlaku secara mendadak itu membuatkan orang mukmin tadi tercengang-cengang, tidak mengerti.Sudah hilang pertimbangan akal,buntu,kosong.
Dia kehilangan segala yg berharga.Orang-orang yg segolongan dgnnya terpisah drpdnya tanpa sesuatu sbb yg kukuh. Dia tdk dpt mencari penjelasan.Jika dtg sesuatu alamat atau mimpi dia tdk mampu menghuraikannya.Dia kehilangan pedoman utk memahami sesuatu perkara yg sampai kpdnya. Bila dia membuat sesuatu janji dia tidak pasti apakah dia dpt melaksanakan janji tersebut. Bila dia berdoa tdk ada tanda-tanda yg doanya akn dimakbulkan. Bila dia cuba merenung dan merenung dan merenung dan mengkaji ke dalam lubuk hatinya utk mencari sesuatu keterangan, dilihatnya hatinya dibungkus oleh kejahilan.
Apa juga cara yg digunakannya hanya kekecewaan yg ditemuinya.Hanya nasib malang yg menyata pd penglihatannya.Dia ditinggalkan dlm keadaan demikian beberapa lama. Dlm keadaan yg sdh sgt berat itu kadang-kadang kesusahan dan penderitaan ditambah lagi ke atas bahunya. Hatinya digoncangkan dgn sesungguhnya.Masuklah dia ke dlm ruang di mana semua pintu tertutup dan semua langkah terikat. Pd masa itu hatinya akan menjadi kosong. Tidak ada apa-apa lagi yang tinggal dlm hatinya. Tabiat dan sifat kemanusiaannya hilang terus. Kesedarnnya terhdp dirinya tidak ada lagi. Dia tidak mempedulikan lagi kesusahan dan penderitaan yg menimpanya. Tatkala itu dia hanya mempunyai kesedaran rohani semata-mata.
Ujian yg dtg dgn hebatnya secara berturut-turut tlh menghancurkan dirinya yg mempunyai kehendak dan nafsu, yg sebelum itu dtg dan pergi bersilih ganti Setiap kali diri yg hilang itu kembali ia menggerakkan sisa-sisa nafsu dan kehendaknya yg masih tinggal. Ujian yg dtg dgn hebat itu tlh benar-benar menghapuskn sisa-sisa nafsu, keinginan dn syahwatnya. Barulah dia benar-benar mencapai tahap yg suci murni iaitu kesucian roh sebelum berkait dgn jasad.
Barulah dia benar-benar masuk ke dlm makam(darjat) penetapan yg tdk akan berubah lagi. Bebaslah hatinya daripada lintasan dan rangsangan. Pancainderanya tidak ada kekuatan lagi untuk melakukan maksiat. Dia adalah umpama malaikat suci yang dipelihara daripada dosa dan noda. Allah pun membuka pintu rahmat dan keredhaan-Nya. Hatinya dipenuhi oleh cahaya iman dan ilmu. Dia dikembalikan kpd kedudukannya yg mulia(hanya di sisi allah sahaja walaupun masih lg terhina dimata masyarakat. Tetapi setelah rohaninya dibasahi dengan Keberkatan dan kesejahteraan hidup,maka dikurniakan semula kepadanya. Dia menjadi tumpuan orang ramai. Mereka bersedia utk berkhidmat kpdnya dan dia bersedia memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.
Manusia dari berbagai-bagai lapisan mengunjungi dan memuliakannya. Dia dipelihara secara zahir melalui makhluk tetapi pd hakikatnya melalui kasih syg dan rahmat Allah.Bila dia sdh sampai kpd makam penetapan keadaan yg ada dgnnya berkekalan sehingga dia meninggal dunia dan kembali kpd Tuhannya.
Orang yang sedang dilatih pada jalan kerohanian akan mengalami ujian yg mengubah suasana hatinya. Perkara biasa jika doa mereka menjadi tidak makbul sesudah makbul, perkataannya tidak terlaksana sesudah ia mudah menjadi kenyataan.
Ada org yg diberi keblhn utk mengubati penyakit.Apa shj penyakit yg diubatinya sambil santai-santai gitu pun akan sembuh.Kemudian keadaan berubah. Apa sahaja penyakit yang diubatinya tidak akn sembuh.Sesudah itu dia masuk kpd suasana di mana kadang-kadang sembuh dan kadang-kadang tidak sembuh, ada doanya yg makbul dan ada yang tidak makbul, ada firasatnya yg menyata dan ada yg tidak. Latihan yg demikian perlu bagi meyakinkannya bhw dia tidak akan terlps drpd pergantungan dgn Allah walau dia berada pd makam(darjat) mana sekali pun.
Timbullah keyakinannya bahawa pd setiap makam kerohanian mesti ada pengharapan dan ketakutan kepada Allah. Hamba Allah yg dijaga akan ditetapkan utk menyaksikan kehambaannya pada setiap masa, pd semua makam. Sesiapa yg inginkan kejayaan pd jalan kerohanian dan mencapai ketetapan, hdklah melazimi kehambaan sepanjang masa dgn sebenar-benar kehambaan pd segala keadaan dan makam.
Org yg belum mencapai makam penetapan perlu berwaspada dgn dirinya sendiri. Dirinya yg menjadi sumber atau alat kpd nafsu dan berbagai-bagai keinginan akan kembali kpdnya dan meninggalkannya beberapa kali. Setiap kali ia dtg ia akan cuba mengheretnya kpd apa yg tlh ditinggalknnya sebelum tenggelam ke dlm lautan kerohanian dahulu. Ketika ia muncul seketika itu, timbullah keinginannya kpd harta, perempuan dan kedudukan yg pernah dimiliki dan dikasihinya dahulu. Nafsunya meminta dipuaskan dan keinginannya meminta dipenuhi.
Nafsu dan keinginannya meminta dia kembali kepada alam yang telah ditinggalkannya. Oleh yang demikian, berhati-hatilah dengan diri sendiri. Jihad terhadap diri perlu dilakukan secara berterusan.Jgn terpedaya dgn helah hawa nafsu dan keinginan yg byk muslihatnya. Berjihadlah sehingga ia tidak kembali lagi buat selama-lamanya. Barulah diri itu bangkit semula sebagai insan baharu, bertenaga baharu, berpandangan baharu, mempunyai selera dan citarasa baharu, berwawasan baharu dan segala-galanya pada dirinya adalah baharu yang melayakkannya bergelar hamba Tuhan.
Org yg sdg melakukan mujahadah perlu mendirikan benteng di sekeliling hatinya. Hati itu perlu dipelihara agar apa shj yg selain Allah tdk dpt masuk ke dlmnya. Hati mesti dipertahankan dgn pedang tauhid. Apa shj yg mahu masuk ke dlm hati dan mencabar kedudukan Allah mestilh dipancung dgn pedang tauhid sehingga bebaslah hati drpd yg selain Allah. Hati hanya dipenuhi oleh kecintaan kepada Allah, ketaatan kepada Allah, penyembahan hanya untuk Allah, pemujian hanya untuk Allah dan tidak ada apa lg yg mencabar kedudukan Allah pada hatinya.
Bila keadaan ini sudah sebati dlm hatinya Allah memasukkannya ke dlm pemeliharaanNya (kewalian). Tugas mengawal hatinya diambil alih oleh tentera-tentera Allah yg bertugas melindunginya secara berterusan dgn menggunakan pedang tauhid. Syaitan, hawa nafsu kebinatangan, pengaruh dunia dan makhluk yg merosakkan, angan-angan kosong dan apa shj yg tidak baik tidak berupaya lg menawan hati hamba yg dipelihara oleh Allah.
Keberkatan, kekeramatan dan kemuliaan yg dikurniakan kpdnya tdk menggoncangkan hatinya. Isteri-isteri, anak-anak dan kaum keluarganya dijaga agar tidak menjadi fitnah kpdnya. Apa sahaja yg drpd dunia ditapis terlebih dahulu sebelum sampai kpdnya agar yg dtg itu tetap bersih dan tidak membahayakannya.Beban yg ditanggungnya akan diangkatkan supaya tdk ada lg penguasaan makhluk ke atasnya. Jadilah dia hamba yg merdeka daripada sekalian makhluk.
Dia hanya memperhambakan dirinya kepada Tuhan.Dia masuk ke dlm penjagaan Arrahim yg mendakapnya dgn rahmat, kasih sayang dan keredaanNya.Penghidupannya adalah berenang dlm lautan takdir, bertindak secara spontan menurut firasat hatinya yg dipenuhi oleh nur suci.
Tanda seseorang itu telah sampai kpd makam takdir dan berada dlm ketetapan adalah Tuhan mengembalikan keinginannya (dlm keadaan terpelihara) dan dia diperintahkan supaya mengambil bahagiannya yg selama ini disimpan bg keselamatannya.Bahagiannya itu ditahan buat sementara krn dia masih di dlm perjalanan dan belum mencapai ketetapan. Tanpa ketetapan hati apa yg diingini boleh merosakkan hati itu sendiri. Bila dia sudah memperolehi ketetapan dia blh menerima bahagiannya tanpa dicederakan oleh apa yang diterimanya itu. Apa yg diperuntukkan kpdnya hanya dia yg berhak mengambilnya. Tdk ada sesiapa yg dpt merebut haknya.
Allah menetapkan keadaan hambaNya itu sebagai manusia biasa yg bertubuh badan dan hidup di dlm dunia supaya Dia dpt menyerahkan haknya yg Dia sebagai Pemegang amanah tlh menyimpannya demi kebaikan si hamba itu sendiri. Bila hatinya sudah teguh dan kuat, tidak boleh digugat oleh apa yang diperuntukkan kepadanya, maka ia diserahkan kpdnya untuk dinikmatinya sebagai balasan terhadap perjuangannya menahan diri dan melawan hawa nafsu.
Allah bukakan pintu-pintu kebaikan supaya nyatalah kedudukannya pada sisiNya dan terbuktilah kebenaran janji-janji-Nya kpd hamba-hambaNya yg bersungguh-sungguh dlm mentaatiNya. Allah bukakan keinginannya terhdp apa yg disediakan utknya dan dia digerakkan supaya meminta yg demikian.
Permintaannya pasti dimakbulkan krn Allah tidak mahu menyekat bahagian yg Dia telah tentukan untuk hambaNya, juga supaya terbukti kedudukan hamba itu, keredaan Allah kpdnya dan keberkatan doanya. Itulah nikmat yg Allah sediakan utk hamba-hambaNya yg benar-benar ikhlas kpdNya, bersabar terhdp ujian-Nya dan reda dgn takdirNya, sekalipun panjang masa perjuangannya dia sentiasa mengawal diri agar tdk keluar drpd sempadan yg Dia tentukan dan melalui berbagai-bagai peringkat kerohanian sehinggalah mencapai makam penetapan dan pemeliharaan Allah.
Setlh melengkapi bulatan perjalanannya dia kembali kpd kedudukannya sebagai seorang individu utk mengambil bahagiannya dlm kehidupan dunia ini sehingga berakhir hayatnya.Perjalanan ujian bala adalah sistem latihan kerohanian yg Allah susun kpd hamba- hambaNya yg dipilih utk melaksanakan kewajipan sebagai wakilNya di bumi, menyeru umat manusia spy kembali kpd jalanNya. Mereka mengajar manusia supaya mengenal Tuhan, mentaati peraturanNya, memakmurkan bumi ini dgn kebaikan dan membasmi kemungkaran.
Tuhan Yang Maha Mengasihi tidak berhenti menghantarkan wakil-wakilNya kpd umat manusia supaya org yg benar-benar ikhlas mahu MENGENAL DIRI DAN MENCARI ALLAH dan akan menemuiNya melalui bimbingan wakilNya.
2 comments:
assalamualaikum......
pencarian aku pada mu belum lagi berakhir.... pencarian aku pada mu belum ketemui...sedikit demi sedikit aku selidiki kamu namun aku belum berjumpa paku yang dapat memakukan aku di dinding ketetapan.
namun aku telah nampak kamu seperti sebutir geliga yang bersinar....., aku ingin pakai geliga ini namun aku tak tahu adakah aku benar-benar telah bersedia atau telah menjadi manusia yang sia-sia.....
aku nampak sebutir geliga... aku mendekatinya tapi aku tak tahu nak pakai geliga itu sebagai sakti atau hanya batu kerana aku tidak berilmu.... aku malu pada mu sifu
geliga binatang adalah suatu kekuatan yang diberikan allah utk khinzir,geliga manusia pula adalah terhasil dr kebijaksaan ilmu hikmat kesan dr cahaya zikir,ianya memberi sinaran kpd sesiapa yg terpilih.....
sesiapa sahaja blh memakainya apabila ada keinginan utk memilikinya,andainya tdk bersedia utk mendptkannya maka terciptalah baginya seribu alasan utk menolaknya.
takut-sedih-bimbang-was-was utk memakai geliga sakti ini adalah menjadi kekuatan kpd jin iblis syaitan.apabila diri tdk ada kekuatan utk memilikinya ibarat kata dia telah menjadi manusia yang sia-sia.....
aku nampak sebutir geliga... aku mendekatinya tapi aku tak tahu nak pakai geliga itu sebagai sakti atau hanya batu.
Apabila merasakan diri tdk berilmu dan tdk bersedia seumpama mencipta kelemahan diri agar dihina oleh dunia...sungguh malang sekali kehidupan ini dipenuhi dengan perasaan was was.
Post a Comment