SIAPAKAH MURSYID?
Mursyid di dalam bahasa Arab ialah pembaharuan atau orang yg membuat pembaharuan atau seorang pemimpin,penunjuk jalan. Mursyid yg dikehendaki di sini ialah seorang pemimpin yg mulia sifatnya.Ia lahir pd awal kurun.Kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan dpt meningkatkan amalan umat Islam.
Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat Islam seorang mujaddid yg membaharui agama Islam pd setiap awal kurun.”
Sedarkah kita bahawa sekarang kita telah berada di awal kurun. Siapakah mursyid@mujaddid pada kurun yg lepas dan pada kurun ini? Marilah kita sama-sama memohon kpd Allah supaya mendpt bimbingan guru mursyid atau sifu dunia akhirat.
Persoalannya adakah mrk yg masih kekal puntung-puntung api di mulutnya( rokok )masih boleh dipanggil mursyid atau mujaddid? Adakah mrk yg baru hdk digeletek sdh melatah blh dipanggil mursyid atau mujaddid? Adakah mrk yg berpakaian moden itu tdk layak menjadi mursyid?adakah mursyid menjadi kewajipan mursyid itu berpakaian ala-ala barat?adakah mursyid itu bertasbih berserban berjubah sahaja?adakah mursyid itu berpakaian lusuh zuhud yg difahami oleh kita semua?adakah mursyid itu tdk layak hisap rokok?adakah muryid tidak adan keluarga anak isteri?adakah mursyid itu mukanya perlu bersih dan putih melepak mukanya?adakah murysid itu miskin?Di sinilah saya ingin bawa dtg beberapa sifat seorang mursyid.
Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
SIFAT-SIFAT ORANG MURSYID:
Paling alim pd zamannya. Kealimannya bertaraf mujtahid. Beliau alim dan mengetahui dlm segala mslh agama, hal-hal keduniaan, kerohanian, jiwa ( psikologi ), sahsiah dan sebagainya.Mereka bersifat Luarbiasa,pelik, tidak boleh dinilai sepenuhnya,Tidak boleh meniru gaya hidupnya,Tidak takut pd ancaman puak kufur dan munafik.Paling menonjol sifat takwanya.Bukan setakat dirinya sahaja, malahan pd murid-muridnya juga terserlah ketakwaannya dan kehebatannya.
Sangat zuhud terhadap dunia.Walaupun ia duduk dlm kekayaan, kemewahan atau bercampur dgn ahli-ahli dunia ( orang kaya ) tetapi hatinya tetap dgn Allah semata-mata dan akhlaknya dicelup dgn celupan tetap silsilah sampai kpd Rasulullah.
Lidah dan matanya amat tajam serta berpandangan jauh.(musyahadah-bashiroh).Syarahannya di dgr dan memberi kesan sampai ke lubuk hati kpd semua lapisan masyarakat.Membawa hujah yg sukar dikalahkan oleh musuh dan memberi kekuatan kpd kawan.Allah membantu dgn karamah dan ma’unnah.Sentiasa berjuang dgn lisan dan tangan.Sentiasa memimpin murid-muridnya dan ramai org dgn amalan yg membawa hampir kpd Allah .Sebagai obor bagi umat Islam pada zamannya.Menyedarkan ulamak-ulamak syariat yg sdg lalai terhadap tanggungjawab mrk.mereka Ditakuti oleh lawan dan dihormati dan disanjungi oleh kawan.
Mempunyai pengikut dan org yg simpati kpdnya.Kepimpinannya mempunyai kesan kpd jiwa, fikiran dan sikap masyarakat. Mursyid itu sendiri adalah wali Allah kerana dizaman ini sudah tiada nabi tiada rasul tiada sahabat tiada malaikat,maka mereka dinamakan WALI ALLAH.
ALAMAT UTK MENGENALI MURSYID:
1-Bashiroh(bercahaya mata hati mata akal mata roh)
2-hikmah(bijaksana dlm segala hal)
3-izin(mengesahkan kekeliruan anak didiknya)
4-ilmu(fal alun ahla zzikri inkuntum la taklamun),maknanya mengetahui segala-segala ruang ilmu.
CARA-CARA UNTUK BERTEMU MURSYID:
Mencari mursyid bkn seperti kita mencari ilmu di dlm kitab-kitab. Mencari mursyid adalah melalui amalan dan penyerahan kpd Allah. Hati sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah s.a.w. Kita tidak akan berjumpa dgn mujaddid ( mursyid ) hanya dgn keilmuan tanpa penyerahan kepada Allah.Selawat ialah salah satu jln utk bertemu dan menjadi murid kpd mursyid dan mujaddid.Kemudian hendaklah melakukan solat hajat.Pd rakaat yg pertama selepas Fatihah, baca Ayatul Kursyi.Pd rakaat kedua selepas Fatihah, baca surah al-ikhlas 7kali.
Selepas salam teruskan beristiqfar dan berdoa kpd Allah memohon siapakah yg layak menjadi SIFUnya utk sampai kpd kehendak ALLAH atau sesiapa sahaja yg lyk menjadi pembantu sifu agar dpt menemui siapakah yg akan menjadi mursyidnya.
3 comments:
assalamualaikum.....
terima kasih kerana sudi berkongsi panduan yang dapat aku belajar memandu mengikut peraturan kerana wujud peraturan itu untuk mengrungkai segala kecelaruan... sebagai aku di cipta layaknya bersifat manusia jadi hamba ingin tuan postingkan entry dengan pelbagai panduan agar aku tidak asyik menjadi banduan....
ASSALAMUALAIKUM.....,
musyikil sikit nihhh.... adakah hati seorang yang mencari mursyid akan di beri petunjuk sirr... jadi apakah dan bagaimanakah untuk mematuhi tanda-tanda dan isyarat-isyarat yang diberi....
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
berusaha membaiki amalannya..... dari segi bathin bagaimana
mintak tuan tafsir secara terperinci tentang ayat ni mengikut hakikat dan kesannya pada syariat...... buat entry baru dalam blog ya.... hamba mintak maaf aku mintak tolong
siapakah Mursyid Muhammad SAW?
siapakah Mursyid Abu Bakar Siddik
siapa pula Mursyid Umar al khattab
siapa pula Mursyid osman Affan
siapa pula Mursyid Ali abi talib
subhanallah
terima kasih ya jika anda boleh beri dalil, nas keterangan, subhanllah
Post a Comment