Sunday, March 7, 2010

UJIAN APA LAGI?04



 Alhamdulillah,sempat lagi diedit tajuk baru utk disambungkan dlm tajuk ujian apa 03,baiklah berbalik kepada ujian hidup ini.marilh kita tgk bagaimana perkara ini akan berlanjutan.Latihan kerohanian yg dikenakan allah kpdnya diubah pula dlm bentuk yg lain.Dia hanya blh meminta kpd Tuhan dgn hatinya sahaja,dgn berhrp dan yakin penuh kpd Tuhan,tanpa ucapan lisan,tanpa menadah tgn.Jika dia meminta dgn lisan atau menadah tangan dia tidak akan memperolehi apa yg diperlukannya.Jika dia meletakkan hrpn kpd Tuhan di dlm hatinya Tuhan akan memberi.Latihan begini menmbhkn kesedaran&penghayatannya bhw Tuhan mengetahui yg zahir dan yg batin,yg diucapkan dgn lidah dan yg dibisikkan oleh hati,yg meminta dan yg menghrp.Ada ketika dia berdoa dengan menadahkan kedua tangannya semata-mata krn org lain, tuhan menerimanya,ada ketika permintaan utk kepentingan dirinya sendiri tetapi tidak diterima oleh allah,bagi dirinya hanya perlu perlu berdiam diri sahaja kerana memadai bagi allah memperkenankan hajatnya.Maka akan Bertmbhlh pengenalannya tentang keagungan dan kemuliaan allah.

    Apabila dia sudah mengenali Tuhan secara demikian,dia akan dibawa kpd suasana latihan yg lain pula.Pada aras latihan kerohanian ini pula,dia tidak boleh meminta apa-apa,baik secara lisan atau pengharapan dlm hati.Dia tdk blh lagi berdoa atau menyampaikn hajatnya kepada Tuhan.Jika dia meminta atau berharap,apa yang diminta dan dihrpkn itu akan mendpt ujian pula.Dia hanya blh menyerah sepenuhnya kpd Tuhan.Terserah kpd allah samada mahu memberi atau tidak dan apa yg mahu diberiNya.

    Dlm suasana yg demikian dia dapati allah tetap memberikn keperluannya walaupun dia tidak meminta dan mengharap.Tuhan tetap memeliharanya dan memberikannya apa yg patut.Pd peringkat ini dia mengenali Tuhan al-Karim yg memberi apabila perlu,memberi tanpa diminta,memberi hanya dgn hamba terlintas sahaja,memberi menurut keperluan hamba tanpa hamba meminta atau berharap,memberi yg lebih baik drpd apa yg hamba minta atau harapkan,memberi pd waktu yg sesuai hamba menerimanya dan memberi tanpa had,tanpa terpengaruh kpd permintaan,harapan atau kehendak sesiapa pun.

    Allah adalah Tuhan yg berbuat apa yang Dia kehendaki.Pada tahap ini tidak ada lagi kehendak dan hawa nafsu yg mengingkari Tuhan pada si hamba itu.Inilah peringkat kewalian umum.Peringkat seterusnya bergantung kpd tugas khusus yg akan dipikul oleh hamba yg mencapai kewalian umum itu.Dari kalangan wali-wali yg umum itulah dipilih dan diberi latihan yg lebih khusus utk menjlnkn sesuatu tugas yg Tuhan kehendaki bagi manfaat makhlukNya.

    Latihan kerohanian yg disusun oleh Tuhan secara langsung atau yg diistilahkan sebagai perjlnan ujian memberi kesan yg lbh mendlm dan lbh cepat dlm mempertingkatkn kekuatan rohani,berbanding dgn latihan secara suluk dan lain-lain.Para sahabat Rasulullah s.a.w yg menempuh ujian bala tdk perlu memasuki jemaah tasauf yg ada suluk atau khalwat, tetapi mrk merupakan golongan yg paling teratas dlm senarai wali-wali Allah,Kerana di zaman mrk itu sudah ada sifu paling agung iaitu rasulullah.

    Latihan secara bersuluk dan berzikir adalah jln biasa, sementara pembentukan kerohanian secara ujian bala bencana dan dialami dengan penuh keseksaan jiwa dan fizikal adalah jln pintas yg cepat menyampaikan kpd matlamat.Tetapi mereka perlu dimantapkan lagi dibawah jagaan sifunya.Manakala ahli ibadat(syariat) dan ahli zikir umum mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai tahap kerohanian yg dicapai oleh ahli bala dalam masa berbulan-bulan.

    Istilah ujian membawa maksud yg sgt luas.Ujian blh didefinasikan sebagai rangsangan atau pengaruh putaran alam benda(hukum alam semulajadi)kepada rohani manusia.Alam kebendaan pd hakikatnya tidak mempunyai sebarang kekuasaan dan kekuatan,tetapi percantumannya dgn alam rohani menybbkan alam benda mampu mengeluarkan kesan dan pengaruh.Kesan dan pengaruh alam benda itu tertuju kpd jiwa dalamannya,iaitu menarik batiniah agar melupakan kedudukannya yg asli yg hanya tahu bertauhid sahaja.

    Maksud ujian yg sebenarnya adalah ujian kpd pegangan keyakinan dan ketakwaan bersumberkan ilmu tauhid.Rohani yg berpegang kpd tauhid diuji adakah alam benda akan membuatnya melakukan syirik, derhaka,tidak yakin kepada allah?.Dlm segi ini bolehlah dikatakan kewujudan alam benda hanyalah daya yg merangsang utk menguji rohani. Ujian tersebut menjadi dalil sama ada rohani mampu bertahan dlm tauhid dan sampai kpd kedudukannya sebagai suruhan Tuhan ataupun jatuh ke dalam lembah kekafiran.Rohani yg dpt bertahan menerima ujian alam benda akan mula ingin berdamping dan mendekati allah lalu diangkat oleh allah utk menikmati suatu kuasa keajaiban dgn menyayangi allah dan merinduiNya.Rohani yg tewas di dlm ujian itu akan memanjai syahwatnya dan meletakkn sepenuh perhatian kpd alam benda semata-mata.

    Tujuan latihan kerohanian sama ada dgn cara berzikir, bermeditasi, berselawat,mengamalkan bacaan aurad atau ujian bala bencana adalah untuk mengeluarkan apa shj yg selain Allah drpd HATI. Oleh kerana hati manusia pada asal kejadianya adalah hanya layak utk Allah,kecintaan kepadaNya dan ketaatan kepadaNya adalah suatu kuasa ajaib yang jarang diberikan oleh allah,kerana tahap utk sampai kesitu memerlukan ketahanan menempuh ujian yang berapi-api bagaikan kilat dan bagaikan tsunami.Manakala sifat-sifat mulia yg dicelupkan oleh allah utk mencapai darjat dekat diri denganya pun sudah tdk terhingga melalui ujian,apa-apapun sementara yg selainNya hanya layak duduk di pinggiran sahaja.Bagi mencapai tahap ini diperlukan KESABARAN DAN KEIKHLASAN YANG TINGGI.....Fuuhhhh!!!!.

    Kesabaran merupakan sumber kpd segala kebaikan dan melaluinya org yg beriman dpt meningkat kpd taraf menyerah diri dgn sepenuh KERELAAN kepada Tuhan.Drpd darjat sabar,seseorg itu akan melompat ke darjat REDHA.Ketika di dlm status kesabaran ada perjuangan menentang yang batal.Bila sdh sampai kpd status REDHA,perjuangan tdk ada lg krn yg batal sdh hancur.Tipu daya syaitan,rangsangan hawa nafsu dan tarikan dunia tidak ada kuasa terhdp org yg redha sepenuhnya dgn peraturan dan kehendak Allah.Hati yg demikian dinamakan hati yg dicelupkan dengan tauhid zatiah,tauhid mutlak,tauhid sarmadiah dan tauhid sabqu.(istilah tauhid ini akan dijelaskan nanti kalau ada masa)

    Pd peringkat permulaan menerima ujian drpd allah,si hamba byk mengeluh,putus asa,geram,celaru,hina,jahil,miskin dan akhirnya berdoa memohon allah mengangkatkan kesusahannya dan memberikannya kesenangan. Tuhan tdk menerima rayuannya dan dia dibiarkan berterusan di dlm kesusahan.Dia menghadapi pertarungan batin yg hebat.Senjatanya adalah SABAR.Dia bersabar dan terus bersabar dan bertahan sambil meletakkan hrpn kpd allah.Setelah beberapa lama dia puas dan tdk tahan lg dgn ujian yang menyakitkan jiwanya itu,kesusahan dan masalah yg dihdpinya tidak juga terangkat drpd bahunya,maka bermulalah berubah pndngnnya.
akhirnya akalnya,hatinya dan rohnya mengaku kalah......

    Dia mula menilai kembali apa yg menyusahkan dan menjadi masalahnya itu.Penilaian semula membuatnya melihat bhw perkara yg dianggap sebagai kesusahan dan masalah itu sebenarnya bukanlah perkara bsr yang perlu ditakuti utk bertembung dengannya.Kesusahan dan masalah itu timbul drpd keinginannya terhdp sesuatu dan yg diingininya itu bukanlah sesuatu yang berharga,terutamanya pada sisi Tuhan dan pada kehidupan akhirat.Dia menyedari bahawa dia hanya mengejar sesuatu yang tidak berharga, yang diingini oleh hawa nafsunya, dan dia lari daripada sesuatu yang sangat berfaedah.
Dipenghujungnya dia meletakkan dalam dirinya bahawa:"APA NAK JADI PUN JADILAH YA ALLAH....KERANA AKU TIDAK ADA KEKUATAN MELAINKAN KAU YG MEMBERIKAN AKU SEGALANYA" 

1 comment:

zakir932 said...

assalamualaikum.......,

hati itu adalah anggota yang paling sensitif dengan apa yang disentuh terus akan mempengaruhinya dan akan melupakan ingatannya kepada allah khususnya dari sentuhan hal yang berkaitan kedunian dan kelazatan syahwat..... adakah dengan asakan ujian itu cukup untuk melekakan hati dari berpaling selain dari allah.....

ketekunan melakukan riadah(mhancurkan nafsu) berbanding kesabaran menanggung ujian manakah yang terlebih dahulu menjadi keutamaan