SIAPAKAH MAHU MENCIPTA KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT?
Mahu menjadi manusia yang luarbiasa?mengapa mereka luarbiasa?kenapa wali- wali luarbiasa?kenapa para nabi luarbiasa?kenapa pula sahabat-sahabat boleh turun jadi luarbiasa?
Adakah kita sebagai manusia biasa tidak mampu untuk mencipta dan menjadi manusia yang luarbiasa?adakah dengan menjadi manusia luarbiasa itu memerlukan berbagai-bagai ilmu,berpindah tempat belajar ilmu,memiliki bermacam-macam sijil?atau adakah hidupnya perlu tampil didalam media elektronik media cetak dulu,barulah akan jadi manusia luarbiasa?adakah perlu mahir dalam semua bidang ilmu terlebih dahulu?adalah perlu memiliki rupa yang cantik manis dan ayu dan bercahaya terlebih dahulu?
Pada hakikatnya,ingin mencipta kebolehan diri dan power itu perlu diselidiki sebagaimana yang dilalui dalam kehidupan mereka-mereka dahulu kala.Kerana pada saat ekonomi merosot,org luarbiasa itu lebih berusaha, orang lain melihat kesulitan,mereka melihat kesempatan,orang lain ragu-ragu,mereka percaya dan yakin dengan keagungan allah,orang lain lambat bertindak,mereka lebih cepat untuk bertindak,orang lain melarikan diri,mereka tetap bertahan,orang lain patah semangat,mereka melihat harapan dan pertolongan allah melalui keberkatan mahagurunya dan nikmat sebagai umat rasulullah,orang lain lalai berada dalam kegelapan,mereka selalu melihat cahaya sedang menanti, orang lain merasakan dirinya tidak sempurna,mereka akan menyempurnakan diri untuk melaksanakan secara maksimun mungkin. mereka tidak memikirkan apa orang akan kata.
Kerana dunia selalu akan melakarkan berbagai rupa dan bahasa, buat baik tetap dianggap jahat,manakala buat jahat pun dinilai zalim.....semuanya tidak sempurna melainkan ikhlas mencari diri sendiri.Hidupnya perlu berterima kasih kepada orang yang selalu melukai hatinya kerana dapat memperkuatkan semangat, berterima kasih kepada orang yang pernah menipu kerana dengan penipuan itu mereka menganggap sebagai warna kehidupan, berterima kasih kepada orang yang memarahinya kerana dapat mengingati kelemahan diri dan berterima kasih orang yang menekan diri mereka itu sebagai tanda untuk lebih berdikari.
Apa-apapun mereka merancang secara terperinci dengan langkah-langkah yang harus diambil dan pengorbanan yang dilalui. setiap ujian yang ditempuhi dengan sabar,kuat,bersemangat,berusaha, berdoa, berniat,meneliti pergerakan dirinya berlandaskan kepada kehendak allah atau kehendak syaitan. Akhirnya terciptalah suatu SUPERPOWER dalam hidupnya......sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment