Ada orang berfikir kenapa Allah selalu menguji. Apakah ALLAH tidak tahu hasil ujiannya ke atas manusia yang telah diprogramkan sejak azali. Dalam Al-Quran banyak menjelaskan perihal manusia diuji....dan Allah menyebut tujuan Ia menguji adalah untuk mengetahui hambanya yang benar-benar beriman dan yakin dengan keagungan ALLAH. Sesetengah ayat quran tersebut mengambarkan seperti Allah itu lemah sebenarnya adalah tafsiran bagi orang yg jahil..... kerana ayat itu adalah tafsiran manusia biasa. Apabila seseorg dpt mengenal Allah dan mengenal dirinya, maka ia akan fahamlah akan sebenarnya isi tersirat disebalik ayat-ayat tersebut.
Kepada yang ingin mengenal diri memerlukan kepada ketahanan ujian yang berbagai rupa dan setiap saat. Persoalannya bukan atas dasar berjaya atau tidak, tetapi merujuk kepada persoalan keredhaan iaitu saling redha-meredhai(manusia+Allah). Kesabaran dan keikhlasan yang dibentuk oleh sang hamba melalui ujian itulah yang akan membuatnya lbh tabah meneruskan kehidupannya. Ujian tidak akan berakhir selagi jiwa tak mengenal erti tenang, damai, selesa, yakin, rindu dan kasih kepada allah. Kerana jiwa yang tenang tidak akan mengendahkan lagi kepada kepenatan, kesakitan,kesusahan, kepayahan, ketakutan,keresahan n kerunsingn. Bagi dirinya hanya menganggap semua situasi yang dialaminya itu adalah perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk mencapai keyakinan yang hakiki.
Adakah hidup ini suatu ujian @suatu paksaan @ suatu pilihan @ kebetulan @ suratan? ALLAH menciptakan makhluk dan menghidupkannya dengan berbagai-bagai rupa dan bentuk, berbagai bangsa, berbagai syariat, agama, pegangan dan kebebasan.Tapi proses perkembangan, kemajuan,kehancuran, kemelesetan, kekejaman tidak akan berhenti selagi dunia ini tidak hancur sehancurnya.Setiap orang melihat dirinya dan melihat di sekelilingnya terdapat byk bilangan. Kehidupan yang bermacam-macam... hingga kita kata ini adalah UJIAN Allah. Ada orang yg akan rasa bertuah setelah dpt melepasi ujian dengan penuh kegembiraan ada pula merasakan sungguh malang hidupnya kerana masih gagal dan buntu untuk melepasi sempadan ujian tersebut.
Yang lucunya dlm kehidupan manusia, saya telah menilik kesan Ujian yang terkena kepada sesetengah golongan manusia, contohnya seseorg wanita cantik manis berpelajaran tinggi, bersosial, dipenuhi dengan keseronokan dan hampir lupa diri, lalu dia berjinak-jinak ke dalam dunia percintaan dgn seorang lelaki yang dianggapnya blh menjadi teman hidupnya sampai bila-bila. khayalan itu telah membawa dirinya entah ke mana-mana, padahal wanita itu masih lg belajar,belum bekerja,masih berada dibawah perlindungan ibubapa, tetapi mempunyai angan-angan yg besar untuk mendirikan rumahtangga dan membina sebuah keluarga bahagia. Setelah dia gagal dalam dunia percintaan, hidupnya telah hancur diterjah oleh kekasihnya. Akhirnya ia merana dan berputus asa dalam hidup,lalu dia berbisik dalam hatinya "kenapa tuhan perlakukan begini kepadaku", "kenapa allah menguji aku begini"...apa salahku"? Apa akan berlaku kepada hidupku akan datang"? macamana aku ingin berdepan dengan masyarakat"?Tengoklah dirinya...tak sedar diri lagi kenapa?
Situasi kedua bagi pasangan suami istri yg hidup dalam kemewahan, ada ramai kenalan,berjawatan tinggi, selalu disanjung tinggi dan dihormati,hidup dipenuhi dengan lakonan,bertindak sebagai vvip yang sopan santun,dalam masa yang sama pasangan itu ada kekurangan kepada tugas tanggungjawab masing-masing. Hal tanggungjawab dalam agama diremehkan, hidup bersosial melebihi batas, sudah bertahun-tahun mrk mendirikan rumahtangga, namun mrk tidak memiliki zuriat, akhirnya berlaku diluar kawalan antara pasangan tersebut menyalahkan antara satu sama lain, hidupnya kembali suram, keseronokan dlm perhubungan pula semakin pudar, hidup mereka dirasakan amat sunyi sepi tanpa orang ketiga,akhirnya mereka berbisik dlm hati mereka sendiri dengan rasa tidak puas hati , "kenapakah tuhan menguji hidup mereka sedemikian rupa?"kenapa mereka dipilih untuk berdepan dengan ujian ini?kenapa tidak orang lain?"
Situasi ketiga bagi pasangan suami istri ini berbeza dengan pasangan di atas. Mereka ini pula yang mulanya dipenuhi dengan kemewahan semata-mata, pasangan mereka diibaratkan macam pasangan sejoli, secocok, standad, bijak,hidup penuh sopan santun, istri selalu dimanjakan, semua yang dikehendaki oleh isterinya pasti ditunaikan, lama kelamaa si isteri sudah lupa siapa dirinya,(tdk berpijak dibumi yg nyata) sudah lupa kepada tanggungjawab untuk melayan dan menjaga suami sebaik mungkin, secara tidak sedar si isteri mula terikut-ikut perangai suami yang malas untuk mendirikan solat, malas berpuasa, malas berzakat, tanpa ribut tanpa hujan mereka juga telah mengabaikan ibubapa, sering meninggikan suara di hadapan ibubapa, bersikap kasar dengan anak-anak, Ada ketika tu,aktiviti kaum wanita sempat mengisi masa lapang bersama jiran-jiran,saudara mara dan bersantai-santai di petang hari, si isteri masing-masing sempat beramah mesra asyik bercerita potpat potpet, duk bercerita kebaikan dan keburukan suami dan ada yang tu pula selalu di up up up kan punya up tentang suaminya itu seorang yang baik, pelawak, penyayang,pemurah,sopan,lalu dinisbahkan suami orang lain tidak sehebat suaminya.
Akhirnya pecahla rahsia bahawa suami yang dipuja-puja itu adalah telah berlaku curang.....pelaminku sudah musnah disebabkan suaminya bermain cinta dengan wanita lain....pastu suaminya selalu sibuk dengan tugasnya, ada contrak yang belum diselesaikan,selalu isterinya ditinggalkan bagaikan bergantung tidak bertali. Apakah bisikan hati si isteri ketika itu selepas mengetahui aktiviti sebenar sisuaminya, HANCUR....PEDIH... GERAM.. .BENCI..TERLUKA.. "kenapakah aku perlu dpn dengan ujian hidup ini"?kenapa suamiku menduakan aku"? "tergamaknya suami buat begini kepadaku sedangkan aku adalah isteri yang paling baik dan hati bersih"."kalau aku tahu ini akan berlaku, nescaya aku tidak akan berkahwin dengan suamiku?Cubalah kalian semua perhatikan sikap isteri,masih tidak sedar diri kenapa berlaku begitu?
Situasi keempat,seseorang yang berstatus alim,beragama,kemana-mana saja dia pergi,orang akan menghormatinya, dimana-mana tempat orang membuat majlis amal,dia tidak ketinggalan akan dijemput untuk membacakan doa selamat dan macam-macam kepakaran laa diperlukan oleh orang kampung,lama kelamaan dirinya telah hilang dirinya yang sebenar,riak,ego,tamak,rasa dirinya lebih hebat dari orang lain,kemudian entah kenapa,dia boleh tergoda dengan seseorang wanita yang kebetulan berpakaian seksi dan nafsunya tidak tertahan lalu berlakulah terjah menerjah antara mereka,akhirnya berita tersebar dari hasil perzinaan yang dilakukan itu telah meninggalkan benih zuriat tanpa perkahwinan.akhirnya dialah puncanya dan dalam diam dirinya terdetik,kenapakah aku diuji sebegini rupa,kenapa aku terpaksa menangung malu dihadapan orang kampung,untuk apa sebenarnya aku hidup di dunia ini kalau tidak berbakti kepada agama....
Situasi kelima,beberapa orang perempuan yang baru belasan tahun, masih bersekolah, hidupnya penuh dengan kebebasan, suka merayau ke sana-sini,bergedik- gedik seolah-olah tindakan mereka itu memberi ruang untuk membangkitkan ghairah kaum lelaki, hidupnya mahu dipuji berpanjangan,dibelai dan sebagainya, situasi begini disebabkan ibubapanya tidak ada pegangan agama yang baik serta mengabaikan agama, masing-masing berpakat melepaskan tangan untuk membentuk anak-anak menjadi seorang yang baik, ibubapanya tidak menekankan soal pemakaian anak - anak, kemudian terjadilah sesuatu perkara yang tidak dijangka-jangka,sianaknya dirogol beramai-ramai dan didapati anaknya mengandung...apakah bisikan hati ibubapanya..."kenapakah kami diuji sebegini rupa?",manakala si anak pula berfikir,"kenapakah aku dipilih untuk dirogol, kenapa aku diuji begini"?tengoklah manusia.......
Situasi keenam,pasangan suami isteri ini pula hidup dalam ketidaksefahaman, selalu berlaku pergaduhan, semuanya tidak kena,si suami kata kepada istri tidak pandai melayan dan menjaga suamin dengan baik, masakan dan minuman isetri tidak sedap, setiap kebaikan yang dilakukan oleh isteri tidak disanjung dihormati dan dihargai,seandainya berlaku kesilapan dipihak isteri, maka suami akan melenting dan siap naik kaki tangan dan mengungkit bermacam-macam hal, sampaikan melontarkan kuasa cerai kepada isterinya.Ada ketika isterinya melakukan kebaikan, tetapi tetap dianggap suatu kesalahan juga,apabila isteri ingin mempertahankan perkara betul yang dilakukan tetap dibangkang oleh suami, susulan dari itu, hidup mereka dipenuhi dengan kekosongan jiwa.
Kehidupan mereka juga tidak menerapkan unsur lawak jenaka atau bergurau senda bersama keluarga. Tambahan itu pula, ibubapanya diabaikan....nilai kasih sayang tidak ditonjolkan dan tidak melekat dalam hatinya, baginya tidak ada erti untuk dipersembahkan untuk keluarga, apa nak jadi pun jadilah...ia menganggap kalau tuhan ingin mencampakkannya ke neraka pun dia sudah bersedia, apatah lagi untuk berimpian mencapai ke alam syurga...akhirnya berlakulah ujian hidup yang membuatkan dia tidak sedar diri, ada ketika dia jadi kalut, ada kala dia serabut, ada kala dia tidak tahu arah hidupnya, ada kala semua orang tidak hormatinya,adakala orang membencinya,adakala kebaikan yang dilakukannya tidak dihargai....akhirnya dia kalah pada takdir hidup....dia terfikir!!"kenapa sewaktu aku berada dalam kesusahan pada waktu itu,aku dapat melebihkan masa dihadapan allah,setelah aku sudah berada dalam zon selesa,aku tidak sedar yang aku kembali menonjolkan sifat ego, riak, tamak, tidak puas hati, hilang selera makan dan bla bla bla....sakit itu dan sakit ini, aku mula hilang tumpuan untuk mendekatkan diri kepada allah yang telah memberikan kpdku segala-galanya". Jadi nasihat orang lain tidak diperlukan lagi kerana dia memandang dirinya sudah kental,kalis dengan ujian hidup dan tidak apa-apa lagi yang perlu difikirkan hanya menunggu saat mati sahaja.....
Lain pula hal orang begini, pemuda ini dianggap sudah tenggelam dalam kehendak allah, Dia memahami kehendak dirinya sendiri, tidak perlu orang lain untuk memahaminya kerana bagi dia, setiap perbuatannya tidak ada nilai di sisi allah, dia merasakan hidupnya tidak ada tujuan, dia menganggap dirinya hanya untuk membantu orang, bagi dirinya hanya untuk menceriakan keadaan sahaja, buat sesuatu pun tidak ada apa-apa nilai dan erti , tidak melakukan apa-apa pun tetap tidak mendatangkan apa-apa faedah...akhirnya dia beranggapan dan bermain dalam hati nuraninya sendiri "kenapakah aku di uji begini rupa","sedangkan orang lain tidak ada yang melalui proses ujian dalaman seperti dirinya". Dia bagaikan duk berperang dalam hatinya sendiri. Dirinya sudah terjerumus dalam kemaruk cinta dan rindu kepada allah semata-mata,setiap perbuatan yang dilakukan hanya menunggu signal dari allah sahaja.....lalu dia hilang arah tujuan hidup kerana apa lagi ? lalu dia memohon agar dipercepatkan untuk menemui saat kematian.
Jadi oleh itu, cuba kita perhatikan situasi ujian yang dilalui oleh mereka sangat berbeza kedudukan. Di sisi seseorang itu akan menganggap bahawa dirinya sahaja menanggung suatu perasaan yang tidak terperi. Manakala disebalik pandangan Allah pula kepada manusia itu adalah ingin melihat sejauhmanakah kebergantungan manusia kepada allah serta tahap keyakinan dengan kuasa allah. Hakikat meleburkan diri dan pandang pada satu hakikat Wujud akan memahami erti ujian. Sebenarnya bukan ujian tapi KEADILAN DAN KEIKHLASAN atas dasar perjanjian dan amanah. Sebab itu Allah ada berkata..."apa yang dilakukan dan diamalkan manusia adalah kembali pada diri manusia itu sendiri"....kalau dia buat baik utk dirinya,kalau buat jahat pun,hanya menzalimi dirinya sendiri.
Kesimpulannya di sini bahawa pengertian UJIAN yang terpaksa dilalui oleh manusia adalah untuk membezakan mereka yang ada nilai keikhlasan diri. Jelasnya, nilai keikhlasan dlm melakukan kebaikan semata-mata kerana untuk Allah tidak berlaku sama sekali kerana sifat asal manusia ingin mencapai keikhlasan apabila melakukan kejahatan. Mereka boleh mengikhlaskan diri apabila mendapat keseronokan nafsunya seperti mendapat kepujian,kebanggaan,dihormati,disanjungi,diagung-agungkan. Setiap perbuatan jahat itu dianggap baik baginya,disitulah akan timbulnya sebenar-benar keikhlasan KERANA NAFSU,
....sebab nilai keikhlasan dalam amalan kebaikan utk ALLAH itu akan bercanggah dengan kehendak nafsunya.
Realitinya keikhlasan yang dicari-cari oleh mereka itu tidak ada nilai disisi allah kerana perbuatan kebaikan yang dilakukan itu adalah "buat kerana TERPAKSA".Manakala keikhlasan melakukan perbuatan kejahatan itu adalah kerana KEREDHAAN NAFSU.
Keikhlasan dalam melakukan amalan kebaikan bukan mudah dicapai,kerana KEIKHLASAN yang sebenarnya bukan setakat menqosadkan(niat) dalam hati bahawa amalan itu dilakukan untuk allah semata-mata,tetapi keikhlasan hanya akan tercapai apabila amalan itu dilakukan dalam keadaan MUSYAHADAH.
Apa itu musyahadah?....erm,lain kali laa saya huraikan..
Setiap gerak-geri yang dilakukan sebenarnya beserta dengan kehadiran hati. Masalahnya,macamana ingin melahirkan kehadiran hati? sedangkan pada waktu hatinya dipenuhi dengan karat keduniaan dan nafsu. Jika ingat Allah pun hanya beberapa saat sahaja tidak menyampaikan erti solat. Apakah perasaan kita jika berjalan tanpa pakaian? Mujurlah kera-kera di hutan ada bulu. Jadi tidaklah ia terasa sangat jika tak berpakaian pun.
Sebenarnya, memang payah untuk melontarkan bahasa tentang sesuatu ilmu kerana ahli-ahli pemikir yang taksub dengan fakta ilmunya ditambah lagi dengan jumudnya dan memahami ilmu. Kebanyakan manusia beragama tetapi tidak memahami isi ajaran kitab apatah lagi untuk dihayatinya.Samada kitab taurat dari umat Musa, Injil oleh umat Isa dan Al-Quran untuk umat nabi Muhammad. Masing-masing ada syariat dan nabinya. Syariat yang banyak dengan tauhid yang satu.
(artikel ini telah diubah suai dari blog asal member saya:http://ateef.blogspot.com/)......
No comments:
Post a Comment