Assalamualaikum......hari ini saya rasa nk santai-santai jer dalam ruangan ini bercerita tentang SUATU ILMU ORANG TAK NAMPAK.....heheheh, kalau dalam bahasa rasmi ialah Ilmu ghaib. Bukan kita nak ghaib kemana-mana,cuma nk sentuh skit jer...sebab dalam rukun iman menyarankan kepada seluruh umat islam mempercayainya dan yakin dengan kewujudan ilmu ghaib.....jadi oleh itu,kisah yang dipaparkan dalam al-quran mengenai saidina musa diarahkan oleh allah untuk mempelajari suatu ilmu ghaib dengan saidina khidir....sedangkan kalau berfikir secara lojik,bagaimana seorang nabi dan rasul boleh belajar ilmu dengan seseorang yang berdarjat wali...
Maka di sinilah rahsia yang ingin dikupaskan bahawa bukan semua nabi,rasul,sahabat,orang alim,
ulamak,orang soleh yang dapat mengetahui rahsia disebalik ilmu ghaib itu...hanya allah sahaja yang akan memberikan kelebihan itu utk kebaikan bersama.Jadi oleh itu kita sebagai manusia biasa perlu merenung dan menghayati disebalik kisah ini adakah ianya memberi keuntungan kepada kita ataupun rugi.Macamana pula ianya boleh berlaku sepanjang masa? Subjek yang menjadi kegemaran saya selain daripada subjek sains minda dan subjek pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib yang saya minat juga seperti ilmu bidang bio-energi atau terapi energi manakala bagi pengkhususan blog saya tertumpukan kepada ilmu metafizik.
Sebenarnya, artikel dalam blog saya ini lebih banyak menyentuh juga tentang metafizik,ilmu dalaman, tentang terapi energi dan setiap kalinya saya mesti menyentuh juga dari sudut sains.Kalau anda pernah membaca artikel awal di blog ini , anda pasti tahu subjek ini kerap saya tulis walau dalam nada yang ringan sahaja.
Tentang apakah yang menariknya memahami bidang bio-energi ini.Sebabnya,dua tiga hari lepas ada member saya menghantarkan sms meminta untuk belajar ilmu energi ini.Bagi saya diluar sana banyak menganjurkan kursus untuk belajar ilmu itu,tapi baginya ia lebih suka kepada tabletalk menjimatkan masa dan tempat serta ongkosnya.Tambahan pula semangat saya untuk tuliskan bab ini semata-mata kerana dia. Jadi buku-buku yang diterbitkan juga amat banyak membincangkan bab ILMU GHAIB.Nak buat macamana kita ni,lain orang citarasa dan keinginannya.
Sebenarnya,buku The Secret adalah buku yang membicarakan tentang ilmu energi. minat membaca buku itu yang malasnya...begitu juga ruangan blog, buku Michael Losier “The Law of Attraction” juga adalah tentang ilmu metafizik iaitu ilmu energi. Tambahan pula subjek feng shhui seperti buku aliran Lillian Too juga sebenarnya sains energi yang menjadi tabiat semulajadi manusia Berapa ramai yang tahu, ratusan perguruan tenaga dalam yang “tumbuh bak cendawa selepas hujan” pada awal tahun 90an juga adalah penuh dengan elemen ilmu energi? Kerana itu pukulan jarak jauh hanya berkesan jika musuh juga beremosi.
Ramai juga yang tidak tahu terapi “mandi bunga” juga adalah dari aliran terapi energi.Sebagaimana yang diamalkan sesetengah pakar bomoh yang menyuruh pesakitnya mandi bunga yang dipilihnya.Kerana itu jika kita faham tentang ilmu energi itu baru ada penjelasan kenapa ritual@terapi tersebut memerlukan tujuh jenis bunga.Tapi kenapa dengan 7 jenis bunga erk??? Tidaklah nanti kita hanya menerima tanpa mengetahui sains di sebalik ritual atau terapi tersebut.
Bagi peminat batu-batu cincin Kristal atau peminat batu-batu hikmat yang banyak dijual sehingga berharga beribu-ribu ringgit mungkin kerana telah “diisi” oleh “paranormal” atau tokoh-tokoh energi untuk tujuan yang pelbagai seperti tarik rezeki, pengasih, dan sebagainya juga perlu mengetahui bahawa memakai cincin tersebut adalah satu kaedah terapi energi atau bio energi.Sekarang ini pun sudah banyak tersebarnya blog,saudara-saudara kita menjana perniagaan dengan cara ini melalui blog.
Kepada orang yang minat cincin teras kayu juga sebenarnya terdapat unsur-unsur penerangan ilmu energi disebalik “ke-magis-an” yang dikatakan dimiliki oleh sesuatu teras kayu atau azimat tersebut. Malahan ramai orang tidak tahu kenapa ada sesetengah tempat yang agak “keramat”; yang dikatakan agak sesuai untuk tujuan-tujuan meditasi dan kenapa tempat-tempat yang tertentu seperti laut, air terjun , gua dan lain-lain sangat mujarab untuk tujuan mendapat ilmu ghaib.Tempat itu juga banyak menghasilkan ION NEGATIF.
Tradisi dan budaya mahupun ritual yang kita diamalkan dalam semua bangsa dan agama memang diterima pakai semenjak zaman dahulu kala lagi,hingga kini tidak difahami secara saintifik (walaupun ia kelihatan sangat metafizik) tetapi sebenarnya boleh dikupas dan diterangkan secara ilmiah apabila kita memahami ilmu energi.
Kadang kala saya terkejut juga dengan sesetengah orang mencela,memaki dan menuduh yang bukan- bukan apabila masyarakat mudah membuat penilaian pada ilmu energi atau terapi energi yang MEREKA tidak FAHAMI atau KENALI kerana pada asalnya bagi mereka tidak dapat diterima oleh akal apatah lagi hati untuk menerimanya.Di sebaliknya mereka sendiri mengamalkan pelbagai budaya dan amalan yang dibawa oleh datuk nenek kita yang masih bersifat tahyul dan khurafat malahan boleh merosakkan akidah jika tidak difahami dan hanya menerima dan mempercayainya bulat-bulat.
Kedudukan sekarang,usahlah terlalu cepat melenting bila kita melihat sesuatu perkara yang berlaku dipersekitaran kita,Lebih baik kita hanya berdiam diri sahaja.Itulah cara yang lebih selamat kerana sedikit sebanyak dapat dosa apabila berburuk sangka dengan semua perkara. Jadi situasi sekarang ini saya ingin cuba singkap sedutan akhbar-akhbar tabloid tertentu yang banyak mempromosikan ritual yang mistikal dan mereka sendiri tidak faham apakah penjelasan yang mereka boleh terangkan pada setiap ritual yang mereka lakukan.
Di dalam dunia dialam bidang ilmu bio-energi atau terapi energi, terdapat pelbagai kaedah dan aliran yang kita boleh pelajari dan gunakan dalam kehidupan setiap hari. Yang penting kita kena tahu dan mendalami secara asas pekara yang kita ingin pelajari. Terdapat pelbagai perguruan dan sekolah yang menawarkan ilmu ini. Ada yang ditawarkan secara instant dan ada yang berbentuk kelas yang lengkap.
Sebagai seorang pengamal terapi energy; baik dari aliran chakra mahupun meridian seperti Reiki, Perguruan Tenaga Dalam, RES56, EFT sehingga kepada moden terapi energy seperti radionics dan terapi frekuansi- untuk mendalami ilmu energi ini perlu kesabaran yang tinggi dan ujian yang mendatang pula berbagai rupa,untuk mendapatkan pengesahan dari gurunya yang ikhlas dan benar-benar ingin memakmurkan ilmu itu sendiri atau adakah gurunya bersedia menanggung kekuatan dan kelemahan anak muridnya.
Pada saya dengan mempelajari ilmu energi ini bukan untuk menjadi tabib,tok bomoh,tukang ubat,orang biasa menjadi luar biasa cepat dan sebagainya sahaja. Ia lebih luas dari itu. Tetapi hanya mereka yang benar-benar yang terlibat sahaja yang akan memahaminya.Ia juga bukan sekadar attunement, pengijazahan, transfer, penbangkitan, abhiseka, shaktipat , channeling dan pelbagai lagi bahasa metafiziknya yang tidak difahami oleh peminat yang ingin belajar.
Kalau Di barat dan lain-lain negara,mereka boleh berbuat sesuka hati samada ingin menjual semua produk ilmu itu. Kerana bagi mereka adalah sangat bebas dari segi pegangan dan kepercayaan. Kita sebagai orang islam melayu tidak boleh mengenepikan tanggungjawab pada akidah dan iman yang dianuti. Jika kita tidak menerangkan ilmu energi ini secara ilmu, maklumat dan ilmiah, dikuatiri ia mendatangkan kerosakan pada pegangan diri pengamal yang baru itu.Malahan mereka yang kurang faham ini akan sukar untuk menjawab soalan dari masyarakat luar yang suka “melabel” tanpa memahami sesuatu ilmu.
Saya rasa ramai diluar sana sudah hebat dan ada juga yang ingin menjadi “luar biasa” hebat akan tertarik apabila membaca ilmu yang ditawarkan. Maka, jika anda berminat sudah tentu anda perlu mendalami dahulu dan bertanya pada mereka yang faham sebelum membuat keputusan. Pada saya, Ilmu bio energy ini sedang berkembang dengan lebih positif. Jika dahulu ia banyak di gunakan untuk masalah penyembuhan fizikal dan masalah kerohanian yang tertentu,
Tapi pada hari ini terapi energi telah mula bercambah dalam bidang psikologi. Masalah kehidupan seperti hilang keyakinan diri,masalah kemiskinan,masalah dalam hubungan,masalah dalam perniagaan dan sebagainya sudah boleh diatasi dengan mengunakan terapi energi. Jika dahulu, bila dikatakan ilmu ghaib sahaja sudah terbayangkan mahu jadi kebal,ilmu berdamping dengan jin,ilmu kebatinan,pukulan jarak jauh, ilmu jurus, patahkan besi,makan kaca,makan macam-macam benda pun tidak ada kesan apa-apa dan sebaginya.
Hari ini saya gembira memberitahu, ilmu ghaib juga boleh kita gunakan untuk mencapai impian kita, mencapai kejayaan dalam bisnes kita, menarik kekayaan datang dalam kehidupan kita, menjadikan kita gembira dan makmur selalu.bagaimana bidang psikologi , motivasi dan terapi energy di gabungkan dan menghasilkan satu FENOMENA baru dalam industri pembangunan diri manusia lalu dijadikan satu perniagaan besar.
Ilmu ghaib bukan sekadar para mistik dan diajar di tempat-tempat yang tertutup tetapi ilmu ghaib kini melangkaui skop yang lebih luas dan lebih kedepan...Sekurang-kurangnya kita telah mula membuat satu anjakan pradigma atau menukar mindset kita di dalam bidang ilmu energy ini...
No comments:
Post a Comment