Penyakit fitrah semulajadi yang disediakan oleh allah kepada manusia sejagat adalah penyakit yang ringan-ringan biasa kita dengar,penyakit itu berbentuk batuk,selsema,pening,demam,sakit perut......penyakit ini tidak mengenal rupa samada lelaki mahupun perempuan,muda,tua,besar atau kecil.....kenapa penyakit ini sering menimpa kepada setiap keluarga?
Ya!!inilah pengajaran kepada kita semua bahawa setiap penyakit-penyakit ringan seperti ini memberi makna yang begitu dalam kepada kita untuk dihayati.....tetapi ramai yang terlepas pandang dan menganggap ianya suatu perkara biasa,sedangkan dari sudut pegangan agama syariat dan tasauf sebenarnya ialah supaya kita sentiasa menghargai kesihatan,menghargai masa,mengawal kedudukan ketika bersosial,menjaga persekitaran,menjaga perbualan,menjaga hati...
Sebagaimana kalau kita lihat daripada televisyen suatu rancangan siaran langsung ditayangkan memberi penekanan dari sudut menjaga kesihatan,memilih pemakanan,bersenaman dan bla bla.......sebenarnya perkara itu bukanlah suatu disiplin yg pelik kerana semua orang boleh melakukan.Tetapi ada juga yang mengabaikan dan menganggap syarahan dan ceramah mengenai kesihatan ini suatu perkara biasa sahaja untuk didengar.Berlainan pula Kalau kita tengok corak kehidupan orang dahulu kala,dan kehidupan orang-orang di kampung sekarang,tidak ada masalah pun dengan pemilihan makanan.
Mari kita tengok kepada Masyarakat melayu islam zaman skrg ini terlalu leka,lupa kepada kebesaran allah,melupakan keagungan allah,tidak berterima kasih kepada allah dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupanya,tidak menghargai pemberian allah,tidak bergembira untuk mendekati allah,
Apabila seseorang terkena tempias penyakit-penyakit ringan itu timbullah nilai-nilai tidak baik bagi dirinya,bila terasa lemah, letih,pening,sakit kepala ...al keluarlah bahasa cantik-cantik seperti..."cilakak betul,aku demam ari ni"cis...selsema pulak dah.... ini kerana terhidup bau asap laa ni" menatam betul,aku makan pun tkder selera....eeeiii teruklah" adoiiilaah aku makan ubat pun tk sembuh2 jugak..apa punya ubat laaa".sakitnya mula semakin teruk dan mulalah hatinya berbisik,allah di mana?allah buat apa sekarang?allah tidak sayang kepadaku?apa laa allah ni,...dan mengeluh dan tidak berpuas hati dengan penyakit yang menimpanya.....tengoklah manusia sekarang,begitu keras hatinya...
Cubalah bayangkan sikap manusia sekarang....kalau anak-anak yang demam pulak,apa reaksi ibubapa....dimanjakan dan dibeli macam-macam ubat agar anaknya sembuh....makan itu tidak boleh makan ini tidak boleh,berpantang ajal maut entah apa-apa....fuh!!penat melihat reaksi mereka....sedangkan allah ada dimana-mana,allah sentiasa melihat kita,tiada setitik pun nilai lemah,hina diri memohon hajat, memohon daripada allah di atas setiap perkara yang berlaku...setelah bersusah payah berubat berjampi sana sini berpantang makan minum, nilai keikhlasan bermanja dengan allah tidak terlintas dalam hatinya.
Sampaikan penyakit ringan-ringan pun menjadi bertambah serius dan sukar untuk sembuh.
Apatah lagi kalau manusia mengalami penyakit yang pelik-pelik dan musibah penyakit yg tidak sembuh-sembuh.apakah perasaan mereka.tujuan sebenarnya allah ingin mengajar kepada kita tentang kesedaran menjadi manusia yg sentiasaaaaaaaaaaaaa berhajat kepada allah.
Hidup kita tidak boleh lari dengan kehendak allah.setiap perkara baik atau buruk yang berlaku semestinya memerlukan penghayatan dan menjiwai perwatakan kita ini untuk diselami bagi mencapai makrifatullah.
Waduh-waduh!!sikit-skit pasal makrifatullah....hebat mana sangat gakkk nk cerita pasal itu kalau bukan ahlinya dan kalau bukan yang sudah menjiwainya dan yang sebetulnya kalau orang sudah mencapai tahap itu,kebiasaanya mereka hanya berdiam diri sahaja....tidak ada gunanya diceritakan kepada sesiapa kerana tahap merasai kemanisan dan kepahitan itu agak jauh dan tidak boleh diambil contoh dan ditiru gaya hidupnya.
Apa-apapun,saya akan membuka sedikit ruangan tentang makrifatullah itu sebagai daya tarikan dan semangat kepada mereka yang berminat sahaja.Pendedahan ini tidak layak untuk difahami kalau orang yang tidak ada aura luarbiasa dan pemikiran diluar kotak,dalam bahasa mudah ialah (orang gila-gila ketuhanan).
Jika ada orang mendakwa dirinya bermakrifat dengan Hakikat Muhammadiah dan Insan Kamil sedangkan dia berada pada jalan yang berbeza daripada jalan wali-wali,jalan sahabat,jalan-jalan susun jalur sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, sesungguhnya dakwaan orang itu adalah tidak benar. Orang berkenaan telah diserkup oleh kekeliruan di suatu peringkat dalam perjalanannya.Pencariannya belum berakhir. Kebenaran yang sejati belum ditemuinya.Mungkin kesan kefanaan(terbuka tabir kecacatan diri) dan mabuk asmara belum terhapus sepenuhnya daripada hatinya.
Tanda seseorang itu belum pulih daripada kefanaan, mabuk dan kebaqaan(musyahadah)adalah dia masih mencari-cari hakikat dirinya, darjat dirinya dan mengintai-intai kalau-kalau namanya ada dalam senarai orang yang diredhai allah.Dia masih lagi melihat hakikat dirinya pada darjat ahli ketuhanan, masih dikuasai oleh suasana Ilmu dan dia tidak berselera melakukan amalan syariat.Dia masih lagi dalam keadaan menanti-nanti sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa yang dinantikannya.Pegangan hatinya sudah sampai ditahap yakin,tetapi masih lagi tiada sifat berharap dan takwa(maksudnya harap tak harap).susulan itu,akalnya masih lagi ditahap berpegang pada ilmunya, sedangkan makrifat tiada batasan.kefahamannya diluar sifat akal.
Orang seperti ini perlu berzikir banyak-banyak,membaca aurad mengikut jumlahnya,sentiasa bermuraqabah(meditasi tasauf)mengucapkan salawat banyak-banyak, mudah-mudahan dia mengenali sifunya,wali-wali dan Muhammad Habiballah yang sebenarnya sebagai landasan pegangan akidah yang tepat bagi pengesahan yang kukuh di atas susun rankaian rasulullah. Bila Muhammad Habiballah sudah dikenali dan walinya maka semua pengalaman kerohanian yang sudah dilalui akan menjadi kenangan manis.Ia menjadi modal bagi seseorang mencari keuntungan di dalam syariat. Syariat adalah medan perniagaan yang luas. Modal yang tidak dilaburkan di dalam syariat(fekah islam) tidak akan berkembang. Lama kelamaan modal tersebut akan kehabisan.
Ada orang yang telah mengalami hakikat makrifat mendapati sukar untuk masuk semula kepada syariat. Bukan dibuang syariat dan bukan dipegang syariatnya. Sekalipun mereka tidak membuang syariat mereka lebih suka ‘membawa diri’ daripada menyertai kegiatan orang ramai seperti yang dianjurkan oleh syariat. Ada di antara mereka yang tidak bersembahyang Jumaat bersama-sama dengan orang ramai.Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di hadapan mata mereka. Mereka tidak mengajak orang lain kepada yang makruf. Sikap menyepi diri biasa ditemui pada orang yang melalui jalan hakikat.mereka tidak melarang atau menyuruh,tetapi mereka lebih kepada berdiam diri seribu bahasa.(awas!!!huraian ini perlu kepada penjelasan yg panjang).
Bukanlah pengetahuan (ilmu) dan pengenalan (makrifat) yang menandakan seseorang itu sudah sampai ke penghujung jalan. Selagi ada ilmu dan makrifat selagi itulah jalan belum tamat. Tanda seseorang itu sampai ke peringkat akhir adalah apabila tidak ada lagi pengetahuan dan tidak ada juga makrifat, kedua-duanya mengaku kalah di hadapan Allah s.w.t. Apa yang ada hanyalah kejahilan hakiki. Tidak ada lagi pendapat tentang Tuhan juga tidak ada walau satu bentuk pun pengenalan mengenai-Nya.
Pada ketika itu hamba(manusia) dengan segala kerendahan hatinya mengakui bahawa tidak ada sesiapa yang mampu memecahkan benteng keperkasaan-Nya yang melindungi keesaan-Nya. Pengetahuan sebenar tentang Tuhan adalah tidak tahu. Pengenalan sebenar tentang Tuhan adalah tidak kenal. Setinggi-tinggi ilmu dan makrifat yang boleh dicapai adalah pengakuan bahawa hanya Dia yang kenal Diri-Nya. Saidina Abu Bakar as-Siddik yang sentiasa benar telah mengatakan: “Maha Suci Tuhan yang tidak mengadakan jalan untuk Dia dikenali melainkan memberi kita kesedaran dan pengetahuan yang Dia tidak mungkin dikenali”.
Akhir kata....cukuplah dulu utk ruangan ini,mudah-mudahan kita akan bertemu lagi,sekian terima kasih wassalam...
7 comments:
jalan makrifath ini di umpamakan seorang penyelam yang menyelam mencari mutiara sehingga timbul nafsunya inginkan lagi sebuah mutiara yang BESAR PUNYA lalu menyelamlah dia hingga ke lautan yang paling dalam sehingga ia terlupa oksigen dah nak habis barulah ia sedar hanyalah kehampaan yang ditemui namun ia mati dalam kepuasan kerana ia berjaya melupakan dunia daratan yang penuh pancaroba dari ketenangan laut yang damai.
.
.
..
.
tuan afzam apakah benar seseorang itu akan di kurniakan dengan kod seperti no telephonelah klu nak di hubungi......iaitu kod dari ASMA allah..... setiap orang berlainan kodnya... betul ke tak... ataupun lebih baik lupakan ajerlah kerana ianya tidak boileh dipercayaiiiiii.... sekarang server damn susah nak YM
salam kembali...terima kasih krn sudi dtg berkomen2...ohya!!pasal kod ni memang allah sediakan setiap org...ada yg masih pakai code cmd ping 202.188.11.0. -ttl...tpi code itu sudah expired date.
code itu terikat dibawah minda bawah sedar(separa sedar) seperti cip memory....seperti kamera pengalaman...apabila tahap keyakinan dan pengharapannya sudah menjiwai dlaman dia..maka apa2 pun dia blh terima apa saja....
cuma...buat masa skrg ni lupakan dulu...
ohhhh jadi lepaskan dulu kerlah
ada yg masih pakai code cmd ping 202.188.11.0. -ttl...tpi code itu sudah expired date.
apa benda nihh
hehehe...itu adalah satu contoh code yg digunakan utk pelepasan kepada sistem bagi melajukan frekuensi line internet....oleh krn sistem yag ada dalam broadband tidak cukup...sistem yg ada dalam laptop atau komputer yg sudah siap sedia ada...tpi tdk digunakan..maka begitulah cara2 nya utk kita beronline dengan allah... kena faham2 laa istilah bahasa ICT ni...saya buat contohnya...
oooh ip addres....
apabila tahap keyakinan dan pengharapannya sudah menjiwai dlaman dia..maka apa2 pun dia blh terima apa saja....
apa kaitannya dengan...terikat dibawah minda bawah sedar(separa sedar
ohya...berkaitan minda bawah sedar itu adalah dibawah daya aura cahaya kerohanian yang dianugerahkan oleh allah kepada seseorang itu dengan bersebab...maksudnya dibawah jagaan sifunya mcamana?
Post a Comment