Salamualaikummmm.....terima kasih sekali lagi buat pemerhati blog saya,kepada penganalisis,pencari idea,peng copy paste,pemberi komen atau sapa-sapa saja yang berkaitan dengan penulisan saya.Hari jumaat bersamaan 11/2/2010= jatuh kepada unsur 7 yang memberi erti kepada saya bahawa perencah menu kehidupan dunia ini ada kaitan juga dengan RAHSIA NOMBOR 7.
Kenapa al-quran ada menceritakan tentang 7 org Ashabul Kahfi,kenapa pelangi ada tujuh warna?kenapa nafsu ada 7 jenis lapisan karat,kenapa allah berikan 7 sifat yang mulia kepada wali,ada pula 7 petala langit, 7 petala bumi,kalau yang mengamalkan ilmu perubatan bomoh,kaedah-kaedah yang digunakan dalam jampi-jampian pula,kebiasaan kena mengikut syarat yang dikenakan seperti memerlukan 7 helai daun sirih,7 biji limau nipis,kalau nk dapatkan jodoh contohnya kena dptkan 7 jenis bunga untuk dimandikan,ilmu muzik pula ada 7 juga(do-re-mi-fa-s0-la-ti).Ada pula diceritakan tentang 7 keajaiban dunia. Idea spontan yang terlakar dalam benak kepala kepala saya, pada hari itu terus saya masukkan dalam note,sebelum ianya hilang begitu sahaja,cuma saya belum sempat untuk dipersembahkan pada kalian.
Idea yang tercipta pada hari itu saya tuliskan,cumanya belum sempat dimasukkan dalam blog,jadi hari ini berkesempatanlah saya meninggalkan bahan ini untuk tontonan umum,Ohya!!! pasal RAHSIA NOMBOR TUJUH ini kita lupakan dulu, kerana hari ni saya nk bawa kepada semua tentang suatu topik emosi dalam kehidupan seharian. Pada hari ini dan hari bersilih ganti pun ada-ada aje akan berlaku perkara yang sama menimpa kepada emosi manusia.Cuba anda selami dan tenggelamkan emosi anda bersama saya sekejap...
OOOpppsss!!!di saat anda sedang membaca ruangan ini,Jomm!! cuba kita renung sedalam yang mungkin pada waktu ini,waktu sekarang ini ada saudara- saudari kita,orang sekeliling kita...ketika ini ada yang asyik bergayut ditalipon, masing masing meluahkan isi hati sebagai tanda berkasih-sayang,ada yg sdg berperang, ada yg bertumbuk bergaduh,ada sedang sakit perut,ada yang sakit kepala,ada yang kepenatan,ada yg sedang tidor, ada sdg menaja orang sana sini untuk mencari pendapatan,ada yang bersedih hati,
Ada yg sdg kepuasan,ada sdg yg berputus asa,ada yg ketika ini merasai kesakitan kerana baru kejappp jer berlaku kemalangan,ada sedang sakit nak bersalin,ada keluarga sdg berkalutan menguruskan jenazah, ada yang bergembira kerana majlis perkahwinan,ada yang sedang bergaduh antara suami isteri tentang kecurangan,ada yang bertapa dalam masjid mencari ketenangan, ada yg sedang membaca quran,ada yg sedang berzikir,ada yang sdg berhibur.Ada yang tidak tahu nk buat apa-apa.
Ada yang sdg asyik berskodeng, ada yg sedang mandi,ada yg sedang mengalami penyakit demam, selsema,batuk,kanser,barah,sakit jantung,kencing manis, darah tinggi,ada pula sedang memikirkan untuk menyelesaikan hutang,ada yg sedang merancang untuk merompak mencuri, ada yang tengah bengong mencari hidayah,ada yang baru insaf,ada yang baru terjerumus ke lembah kehinaan,ada yg sedang mabuk,ada yang sedang berjudi,ada yang sedang bercumbuan,ada yg sdg menari berdangdut, ada yang sedang berzina,ada yang sedang pekena syabu,ada sdg hisap ganja,ada yg mencari sifu.
Ada yg sdg layan syabu baru dibelinya semlm, untuk dinikmati seorang diri,kerana ketagihannya itu,dia tk dpt berbuat apa-apa,maka dia layan terus utk merasa nikmat khayalan itu, ada yg sedang-sedang aje,ada yang memikirkan nasib yang menimpa dirinya,ada yang sudah buntu,ada yang geram,ada yg sdg menangis,ada yang risau,ada yang malas buat apa2,ada yang memandu kereta ke sana sini,
Ada yg sdg menonton televisyen,ada yg sdg memasak,ada yg sdg asyik berbunuh-bunuhan,ada yg sdg merempit.Ada yg sdg memancing untuk mengisi masa lapangnya serta memikirkan sesuatu yg akan berlaku kepada dirinya.Ada yg bergurau senda dengan anak isteri.
Bagaimana pula dengan emosi ANDA SEKARANG?,Apakah yang ingin anda lakukan diwaktu sekarang untuk menyelesaikan masalah anda?Adakah ANDA SEDANG pilu-sedih-boring-geram-tidak tenang-celaru-hilang arah-serabut- benci-nak marah-tidak ada semangat-tidak puas hati dengan seseorang- putus cinta-ingin mencari keseronokan-mencari tuhan-mencari diri sendiri-ingin berkahwin tetapi tiada jodoh-tiada wang utk menyediakan sesuatu perkara penting-tidak tahu nak buat apa-apa-Hidup dipenuhi dengan tekanan terpaksa-dipaksa-memaksa?
Begitulah kedudukan dan situasi sebenar yang manusia sejagat alami dan tempuhi disamping mencari sesuatu dalam menepati selera jiwa dan kehendak masing-masing, apabila mereka berada dalam kesusahan, mereka ingin mencari kekayaan,tapi masih lagi gagal dan fobia,ada yang mencari kebenaran tetapi menemui kesesatan,ada yang mencari ketenangan menemui kekalutan, ada yg mencari diri menemui duri,ada yang mencari arah tapi masih tak tentu arah,mencari tuhan menemui jin iblis, mencari kehebatan (karamah) menjadi gila isim, mencari wang menemui penipuan, mencari jodoh menemui perzinaan, mencari hidayah menemui rahmah....mencari wali menemui orang pelik, mencari petunjuk menemui GPS...heheheh!!!
Al-kisahnya berlakulah sebagaimana yang tidak disangka-sangka,pada kebiasaannya dalam setiap hari kita selalu merancang untuk melakukan sesuatu tetapi hanya satu atau dua perkara sahaja yang menepati perancangan kita.Kenapa perkara ini blh berlaku?inilah titik persoalan kepada emosi kita yang tidak menentu setiap masa, Tetapi hidup kita adalah diberi pilihan.Walaupun takdir penentu segalanya.
Andai kita memilih jalan ke syurga,semestinya kita memperbaiki diri,
andai kita memilih jalan ke neraka,semestinya kita mencorakkan keseronokan tanpa sempadan,
andai kita memilih jalan kesakitan, kita mengabaikan segala kesihatan dalaman dan luaran,
andai kita memilih jalan kegagalan,kita menciptakan seribu alasan,
andai kita memilih kekayaan,kita terpaksa menempuh halangan sampai terkeluar biji mata.hehehehe!!!
Allah melapangkan bagimu,supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan(keselesaan) dan Allah melepaskan engkau dari keduanya(KESEMPITAN DAN KESELESAAN),supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah dan rujukan dari sifu.
Mutiara kata yang berbunyi:
Kesusahan itu satu latihan
Kesenangan itu satu ujian
KeSabaran itu bekalan terbaik
Kata arwah Tok Uban Lubuk Paku :
"Tak payah pi naik gunung utk bertapa mencapai ketinggian makrifat, ujian kat dunia sekarang pun dah cukup".
Inilah pentasnya..Dalam ramai, dlm berseorangan,dlm sihat,dlm sakit, dalam gembira, dalam duka,dalam kekayaan,dalam kesukaran,Aku tetap bersama Allah(inilah proses pengembaraan manusia mencari erti kehidupan masing-masing.Apabila berakhirnya dengan "aku tetap yakin dengan kehendak allah dan aku yakin tuhan akan bersama aku".maka di sinilah jiwanya hanya diam seribu bahasa,tidak dibongkarkan kepada sesiapa,masih lagi berada dalam keadaan biasa-biasa saja.orang sekeliling tidak mengetahui apa yg dihayatinya.
Kenapa mengembara mencari Allah? "hati mukmin istana Allah'.Kat luar sana adalah tanda-tanda sahaja,di dalam diri ada bukti.Berapa ribu masjid aku bertahajud,Berapa byk pondok perguruan aku redahi,
Berapa buah bandar aku berdakwah,Berapa byk makam wali aku bertafakkur,Berapa kali aku bertawaf.Berapa ramai aku memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan.Berapa byk aku menerima nasihat,berapa byk aku memberi nasihat.berapa lama aku perlu berdiam diri,berapa lama aku perlu bersembunyi?...Akhir kata,usia yang membezakan manusia,tetapi halatuju yang sama,lain ceritanya bila pemikiran yang berbeza menghalangnya utk memecahkan rahsianya,manakala pengalaman adalah memperlengkapkan kehidupannya......oklah nanti kita ikuti sambungannya yer...kalau ada masa ada peluang ada idea...saya persembahkan lagi.
No comments:
Post a Comment