Masalah adalah suatu suasana atau situasi,perbuatan manusia dan kejadian yang berlaku meninggalkan kesan tidak selesa, kedudukan ini memberi kesan daripada tiga 3 elemen utama kejadian manusia iaitu fikiran(akal),perasaan(hati) dan fizikal(jasad).
Situasi dan suasana, perbuatan manusia dan kejadian disebabkan oleh keadaan iklim,cuaca,kesilapan manusia,kesalahan manusia,wabak penyakit,bencana alam dan sebagainya.
Contoh kesan yang membuatkan seseorang itu tidak selesa kpd Fikiran seperti Lupa,lalai,bingung, keliru, kusut,serabut,celaru.
Contoh kepada Perasaan pula seperti Benci,sakit hati,bimbang,sedih, marah,kecewa,bosan,takut,risau,malu dan lain-lainnya.
Contoh kepada Jasad seperti Sakit,pedih,penat,ngantuk,lapar,dahaga, pening,senak,lelah dan sebagainya:
Berkaitan masalah tentang emosi yang saya ceritakan dibawah itu memberi seribu satu makna untuk diatasi;sebagaimana ruangan yang lepas dalam tajuk-tajuk yang saya ceritakan adalah tidak lari dari kekuatan amalan zikir yg khusus,berselawat dan bla bla adalah cara terbaik utk mengelakkan emosi yg tidak stabil menjadi baik.Ada pepatah yg mengatakan: "Orang jahil lari dari masalah,Orang bijaksana mengutip masalah".
Masalah pula itu umpama bayang-bayang.Jalan ke syurga dipenuhi dengan pelbagai masaalah,Jln ke neraka dipenuhi dengan pelbagai kesenangan &keseronokkan.Manakala ujian timbul bila dunia ada..padahal dunia azalinya tetap ada...dunia juga bersifat kecelaruan,ketamakan, kesengsaraan dan terhina.Andai kata tidak pandai mengawal kedudukan dunia.bagaimanakah ingin berdepan dengan akhirat.
Turunnya darkness kerana menguji,munculnya lebih bijak untuk menguji si bijak,timbulnya penjahat untuk menguji sang baik,datangnya bala untuk menguji sang penyabar..adanya negatif force untuk mencucuk positive force..semuanya kerana keseimbangan dan balance...
Ibarat kata huruf alif yang tegak berdiri mencacang,kalau ditambah tanda baris di atas,di bawah, di depan ianya tetap huruf alif berdiri tegak sampai mati...ia tetap juga alif...
Dari sudut keutamaan dan pendedahan mungkin kita mendptkn suatu pendekatan yg diselimuti suasana kurang kesungguhan dalam mempelajari ilmu Tasauf. Ia ada kaitan rapat dengan sejarah perkembangan ilmu dalam dunia Islam yang diselangi berbagai cita rasa dan pengaruh kepimpinan, dan pilihan mereka sendiri. Juga peranan musuh menfitnah ilmu ini dengan menggunakan lidah ilmuan islam didikan mereka.
Nabi Muhammad saw berperanan penting dalam pelbagai bidang kehidupan umat Islam. Selain tugas kerasulannya, Baginda saw juga seorang pemimpin negara dan reformer sosial. Antara yang paling menonjol, Baginda saw adalah seorang sufi atau pengamal Tasauf. Amalan Baginda saw sebagai ahli sufi sebenarnya telah disampaikan kepada para Sahabatnya (bererti Muslim yang ditemui Nabi saw atau melihat Baginda). Sejarah telah banyak merakam kehidupan zuhud para Sahabat ra yang penuh hikmah, dan manifestasi cinta mereka kepada Allah swt yang sukar ditandingi.
Amalan sufi Baginda itu terpapar pada akhlaknya yang tinggi atau Al Akhlakul Karimah seperti zuhud. Pengiktirafan Allah swt akan ketinggian akhlaknya Nabi saw jelas terpapar pada firman Allah swt di Surah Al-Qalam ayat 4 :"Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) mempunyai budi pekerti yang teragung"
Allah memuji Nabi saw kerana memiliki akhlak mulia dan menyeru manusia menuruti jejak langkah Baginda. Rasulullah saw sendiri sentiasa berpeluang memiliki kekayaan tetapi Baginda memilih suatu kehidupan yang
didasari kemurahan hati dan sifat penyayang terhadap fakir miskin. Sifat mulia ini yang dimiliki oleh Nabi saw harus dijadikan contoh sesuai dengan firman Allah swt di Surah Al-Baqarah ayat 142.
"Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam, umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul menjadi saksi atas perbuatanmu."
2 comments:
ehhh...ehhh
nak mintaklah rahsia pembuka kunci langit dan bumi ada tak....
heheheh!!!maafkan saya laa zakir, rahsia pembuka kunci tu tdk blh diserahkan kepada orang sebarangan...kena mintak izin dengan sifu laaa dulu....
Post a Comment