Thursday, February 11, 2010

APA PILIHAN ANDA?

Alhamdulillah,Salam sejahtera salam muhibbah,dengan berkat rasulullah serta limpahan rahmat dari sifu al-arif billah,mudah-mudahan kita semua mendpt keredhaan Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah sollolahu alaihi wassallam dan ahli keluarga serta ahli-ahli baitnya.

    Setelah dikaji-kaji dari hari demi hari, rentak kehidupan manusia dari segi corak perilaku,percakapan, niat,doa,hasrat,komitmen serta daya usaha mereka memilih jalan hidup, maka terciptalah satu jawapan untuk saya melayangkan ruangan yang membincangkan tentang erti kehidupan yang ringkas.

-Apabila seseorang ingin Mendekati alam dunia sepenuhnya,dia terpaksa-memaksa dan dipaksa untuk menipu(belit)kepada semua orang untuk mencari peluang yang munasabah bagi kehendak nafsunya agar mendapat pulangan yang berbaloi.

-Apabila seseorang ingin mendekati akhirat,dia terpaksa berdepan dengan kehendak hukum syariat serta membanyakkan amalan sunat disamping dapat menjaga amalan wajib semata-mata untuk mendapatkan balasan syurga yang belum pasti dan belum conform dia akan diterima Allah.

-Apabila seseorang ingin mendekati Tuhan, apa yang perlu dia berdepan dan lalui? adakah berupa ribuan ujian yang halus-halus @beraneka jenis?.Ujian ini kadang-kadang akan dipandang remeh pada peringkat awal kerana dia rasa masih mampu selesaikan dengan cara tersendiri dan belum tiba masa baginya untuk bermunajat kepada allah, selagi nafsunya boleh bertahan untuk menempuhinya, maka tidak hairanlah selagi dia belum merasai keperitan jatuh tersungkur.

    Disaat itu,kita andaikan seseorang jatuh papa kedana@miskin@gagal, dia boleh bangkit semula dan bertindak sedaya mungkin selagi di dalam kehidupannya masih terlalu banyak tempat untuk dirujuk dan mungkin dia boleh mencari pendekatan seperti menyertai bermacam-macam kursus motivasi,jati diri, kesedaran minda dan bina semangat baru serta kursus mengajar erti kehidupan....

    Namun kehendak putaran alam,nisbah kepada fitrah semulajadi manusia blh beralih arah tujuan andai kata dirinya tidak diberi peluang untuk mendekati Tuhan.Walau beratus-ratus kali menyertai kursus dengan bayaran beribu-ribu RM pun tidak ada erti baginya.

    Adakah memadai dengan mendekati tuhan saja?adakah memadai ikut arahan tuhan sahaja? adakah memadai dengan mendampingi tuhan sahaja? OOhhh...soalan2 begini amat panas sekali dan boleh pedih telinga bila terdengar..memandangkan kehidupan di dunia pun belum puas lagi untuk dinikmati,so nanti bila dah tua-tua sikit dan sudah tidak ada gas untuk berhibur dan berseronok...pada ketika itu bolehlah nak ambik masa untuk mendekatkan diri,kononnya kena menyucikan diri dulu laa dan lengkapkan amalan dulu baru blh fikir pasal nk dekat ke apa ke....tidak begitu kawan-kawan?.

    Inilah antara agenda utama yang dimainkan oleh nafsu kita sendiri.Sentiasa menghalang diri kita  sendiri supaya mundur kebelakang dan berfikiran singkat.Antara perkara yg dikategorikan yang dapat menguatkan kerohanian dan minda kita ialah:

1. Sabar menghadapi ujian."alaaa,senangla kau cakap suruh sabar!!!kau tidak tahu apa yg aku rasa dan alaminya".... Jika anda pernah ditimpa musibah, tentu anda akan rasa dunia ini begitu sempit dan tiada ruang untuk bernafas. Kadang-kala mata sendiri tidak dapat dilelapkan kerana mengenang musibah yg sedang ditimpa.Menyesal dari tindakan yang lepas, Apabila ia selesai atau hilang, anda akan rasa lapang dada seolah-olah dunia ini memberikan anda harapan baru yang berbunga-bunga. Tetapi tidak beberapa lama anda tidak sedar diri semula.Kembali alpa dan lalai.

    Cuba anda bayangkan kalau anda berada ditempat rasulullah,apakah perasaan anda sebagaimana yang Rasulullah lalui seperti sewaktu dilempar najis, fitnah,sampah, tuduhan sesat,dituduh sebagai tukang tilik,ahli nujum. Jika anda dituduh sedemikian adakah anda akan bersabar?"ehhh..mesti laa marah punya"!!!"dia ingat sapa diri dia berani buat macam-macam kat kita".

    Oklah,bagaimana pula kalau anda menghadapi ancaman maut yg sangat hampir sepertimana cerita yang saya paparkan sebelum ini tentang seseorang yang lari dari harimau lalu terjun ke dalam perigi,tetapi dalam perigi itu ada buaya pula,kemudian kisah yg dilalui oleh Saidina Ali yang rela menggantikan tempat tidur Rasulullah sewaktu orang kafir Quraiys sedang merancang untuk membunuh baginda dan kisah saidina abu bakar sanggup mengorbankan diri dipatuk ular?

    Baiklah, berkaitan kisah ringkas ini saya ingin memberi sedikit tip untuk anda saya sama-sama menjiwai watak diri kita sendiri agar lebih berkomitmen dalam meneruskan kehidupan ini.Sebagaimana kata kunci kepada UJIAN HIDUP seperti Sabar,tawakal,tenang,cool, pasrah,redha dan bersedia menghadapi maut pada bila-bila masa adalah resepi untuk menguatkan semangat, jiwa dan kerohanian.Tetapi realitinya, kekuatan semangat dan rohani tidak akan terbentuk dan tidak tercapai selagi seseorang tidak berjaya menempuh ujian hidup. Perkara ini tidak lain tidak bukan kerana Prinsip utama yg kita utamakan,sebagaimana apa yg kita inginkan.

2. Makanan yang seimbang:Anda perlu mengurangkan makan dan banyakkan berlapar (samada berpuasa / tidak puasa) akan menambah kesabaran.Apa tidaknya, jika anda sabar menahan kerenah nafsu perut berjam-jam, mengapa tidak boleh bersabar menghadapi karenah manusia yang berbagai ragam. Menahan diri dari kelaparan pada mulanya akan menyebabkan seseorang cepat marah. contohnya kalau isteri lewat menghidangkan makanan,mula laa melenting nak marah itu dan ini,Tapi akhirnya akan melemahkan jasad, lemahkan mulut dan sifat marah menjadi neutral seterusnya yang lebih penting ia belajar memikirkan Segala perbuatan datangnya dari Tuhan yang menjadikan 'alam.

    Dirinya akan menjadi lebih bermakna jika memprogramkan akal+hati+ rohani supaya sistem ini beroperasi baik dengan memilih pakej dengan ibadah kurang bercakap,kurang makan,kurang tidur dan banyakkan berzikir.Maka dari permulaan inilah dapat menjauhi percakapan kosong,memberi motivasi yang basi,ketawa melampaui batas, mengumpat dalam hati,Rentetan itu kesan pergerakan sistem di atas itu akan mula bersinarlah nalurinya dgn sinaran cahaya keberkatan dan limpahan rohani.Setelah ia memperkuatkan setiap hari hinggalah cahaya tersebut mulai mengakar-umbi dalam hati dengan amalan zikir tetap dan zikir khusus....

    Dengan ini, realiti ilmu akan menyerlah dalam hatinya,kebenaran tetap akan dilihat sebagai kebenaran, sebagaimana kesesatan akan sentiasa jelas dalam perhatian untuk dijauhi dan dihindari dan mempertahankan diri dari terjerumus ke lembah kehinaan.

3. Merajinkan diri untuk teruskan berselawat tidaklah terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.Jangan memaksa diri dengan kalau tidak dapat mengikhlaskan diri, sekurang-kurangnya kepada peringkat orang awam, amalkan  selawat sekurang-kurangnya 1000x sehari.Saranan berselawat ini banyak keistimewaanya.

    Dari segi kehebatan cahaya selawat adalah dapat memancarkan CAHAYAnya kepada alam, Dengan kewujudan alam juga adalah berasal dari kewujudan Nur Muhammad.Nur Muhammad inilah kejadian pertama di alam ini dan darinya segala makhluk diciptakan.Nur Muhammad juga yang mengislamkan AIR API ANGIN DAN TANAH. Dengan memperbanyakkan selawat, cahaya petunjuk akan menerangi hati kita seterusnya memimpin kita ke jalan yg diredhai Allah. Semakin kuat nur dalam hati kita, semakin kuatlah kerohanian kita mencari jalan mendekati Allah.

    Perlu dingat,aura cahaya selawat ini terlalu kuat,jadi oleh itu disarankan anda memerlukan pengesahan dari orang-orang soleh terlebih dahulu utk mengamalkan bacaan selawat yang bagaimana dan jumlahnya berapa? Memandangkan rohani seseorang untuk menanggung aura selawat ini tidak mampu kerana ada percampuran karat najis dosa....contohnya;adakah sesuai dan tergamak anda mengisi di dalam satu bekas berupa makanan yg bersih bersama sampah? Hakikatnya anda perlu membersihkan terlebih dahulu bekas itu(hati).

-Anda mungkin pernah tengok orang yang banyak beramal tetapi disembunyikan kewarakannya,
-Anda mungkin pernah tengok orang yang kurang beramal tp dipamerkan kepada orang lain bahawa dia banyak beramal...kalau org lain tidak tahu hal diri dia byk amal....dia akan ceritakan pula kpd org lain pula....
-Anda mungkin pernah lihat org yg banyak beramal tetapi menyembunyikan kejahatan.

Dari segi hukum fekah mereka ini dinamakan sebagai golongan fasik iaitu dia bersekongkol dgn kekufuran dlm hatinya sendiri,menipu diri sendiri, memotivasikan orang ramai agar memalaskan umat Islam, terang-terangan berbohong demi menutupi keburukan puaknya atau parti dan segolongan yg memimpin umat Islam ke jalan neraka tersembunyi semata-mata untuk mendapatkan sambutan namanya disanjung dan menang sorak.

    Inilah hasil manusia yg tiada cahaya di dalam hatinya. Mudah diperdaya, mudah dibeli,mudah untuk dimiliki.menegakkan kebenaran yang dirasakan dirinya betul sambil-sambil memburukkan orang lain serta menokok tambah pula kecelaruan kejahatan orang lain.Membetulkan barang yang salah dan membenarkan barang yang dah benar, sepatutnya kalau kita berpihak dijalan yang benar. Maka kebenaran akan terbongkar dengan sendiri dan Tidakkah kita mengetahui bahawa kebatilan akan dilanyak.

No comments: