KENAPAKAH LILIN INI 7 BATANG?
Al-kisahhhhh suatu cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda semua hari ini adalah sambungan cerita mengenai pengalaman hidup yang dipaparkan dalam tajuk dibawah mencari erti hidup.Di dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan,satu persatu saya dapat belajar daripada peristiwa yang berlaku dihadapan mata,kejadian yang melibatkan diri, kesukaran yang ditempuhi,jerit tangis mengenang nasib hidup,keseronokan di dalam hiburan, kegelisahan di dalam kejahatan, kecelaruan di dalam maksiat,kemiskinan orang lain dapat dirasai dengan kesedihan,kekurangan bekalan untuk mengisi perut yang kekosongan memulas keroncong sumbang sentiasa minta diisi.
Akhirnya dapat menemui satu jalan untuk memperlengkapkan serta memantapkan lagi diri sendiri dalam meneruskan kehidupan yang terlebih baik, di dalam usaha untuk memperkemaskan diri serta membaiki keadaan diri dan keluarga,di saat itu juga di uji dan diberi amanah oleh allah untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan kesukaran dan kegelisahan dan kesedihan.Sesungguhnya setiap kekurangan yang berlaku pada diri sendiri adalah menjadi satu pengalaman masin dan manis untuk diterjemahkan kepada orang lain yang belum merasainya.....sebelum orang lain yang merasainya,maka saya terlebih dahulu merasainya untuk diajarkan dan ditegur kepada mereka-mereka yang menjadi mangsa keadaan yang tiada tempat untuk mencari jalan penyelesaian.Tugas saya adalah membantu kategori orang-orang yang berdekatan sahaja.kalau yang kaya-raya yang cerdik pandai yang berjawatan yang berstatus tinggi semestinya mereka akan merujuk diKL dengan pakar-pakar motivasi.
Sudahlah diri sendiri pun masih belum terkawal untuk mempertahankan diri dalam kekalutan dunia,dengan tidak semena-mena adalah menjadi suatu tanggungjawab dan tugas untuk berkhidmat demi agama mengajak dan membawa mereka yang hampir terjerumus kelembah putus asa dan hilang keyakinan diri,AL-maklumlah kebanyakan orang akan berkata....
"aahhhh!!!cakap tak serupa bikin,masalah itu tk pernah berlaku atas diri sendiri,bila kena pada diri sendiri baru laaa tahu sakit ke sedap".Walaupun agak pahit untuk ditelan kebaikan yang kita lakukan....namun,sifu saya berpesan,khabarkan dan ajarkan kepada mereka mengikut level mereka yang memerlukan walaupun diri sendiri masih rasa kurang.
Maka ditakdirkan allah,saya terpaksa menanggung kesengsaraan dan kecelaruan orang lain,lalu allah memiilih saya sebagai pemandu pelancong peringkat dalaman sahaja.Apa-apapun saya terpaksa akur dan menyerah kalah dengan takdir penentu segalanya bahawa saya perlu menghayati,menjiwai dan merasai dimana punca setiap kejadian,dimana silapnya,dimana sesatnya,dimana kebenaran hakiki yang sewajarnya untuk diajarkan kepada orang lain.Alhamdulillah,terima kasih banyak-banyak ya allah,engkau telah mengajarkan kepada aku suatu ilmu yang tidak tercatat di dalam mana-mana buku melainkan aura percikan cahaya iman dari sifu serta keberkatan dari rasululllah.
Walaupun begitu,berbuat baik terhadap sesama manusia,bersedekah pada orang yang susah,menolong orang-orang yang dizalimi,meringakkan beban orang yang menderita,memberi makan kepada orang yang kelaparan,jenguk-jenguk orang yang sakit dan membantu orang yang ditimpa musibah telah memberi suatu kuasa menyejukkan hati serta merasa diri bahagia tenag dan damai,walaupun dipenghujung kebaikan yang kita persembahkan dibalas dengan najis sekali pun.....inilah yang sifu saya ajarkan.
Walau bagaimanapun dalam meneliti perjalanan hidup yang saya tempuhi kini tidak habis-habis dengan ujian hidup, semakin kuat beramal,semakin kaya,semakin miskin,semakin baik sifat,semakin berubah,semakin low profile semakin hebat ujian yang terpaksa ditempuhi.......keluarga@sahabat@jiran@orang sekeliling akan berkata: "bersabarlaaa saudara!!!!setiap perkara yang allah lakukan itu ada hikmatnya.."Begitulah realiti kehidupan,manusia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berserah diri kepada allah semata-mata setelah dia buntu.Jadi oleh itu,apa yang manusia boleh katakan???
Sejarah hidup seseorang yang merasai saat pahit manis dan masin dalam kehidupan itu sebenarnya diberikan oleh allah adalah suatu RAHMAT yang cukup hebat kerana pada peringkat awal kita menjadi hamba allah hanyalah ingin berpegang kepada SURUHAN dan larangan allah dan mengharapkan balasan syurga disebalik kebaikan yang dilakukan dan takut menerima balasan neraka disebalik kejahatan yang dilakukan. Apa-apapun untuk mencapai darjat level iman kita diangkat dari suatu kesalahan yang dilakukan akan diberikan oleh allah pula suatu kefahaman adalah beramal semata-mata utk MENGENALI allah,lalu allah membawa datang suatu musibah dan ujian besar dalam bentuk yang lain dan dia terlepas dari ujian itu,allah ingin mengangkat darjatnya kepada level iman supaya orang itu dapat MENDEKATKAN diri kepada allah pula,lalu ujian datang pula dengan lebih teruk lagi iaiitu dihadiahkan kepadanya masalah hidup besar berbanding sebelumnya.
Tiba satu masa dia berjaya melepasi tekanan masalah itu,lalu allah mewujudkan suatu perasaan untuk dirinya dapat merasai suatu kuasa hidupnya adalah dapat BERTEMU dengan allah pula.
Setelah ia berpegang dengan kuat keagungan allah untuk MENEMUI allah,lalu allah akan berikan kepadanya suatu tekanan hidup yang dianggap dia akan rebah tersungkur,rebah lemah longlai,lemah tak bermaya....di saat itu,dirinya tenggelam dalam kuasa allah secara mutlak dan menyerah diri 100% dan setelah ia berjaya melepasi tekanan itu,dirinya diletakkan pada level imannya yang kukuh bahawa dia sudah bersedia untuk menemui saat kematian....
Allah yang Maha bijaksana dan Maha Agung,DIAlah yang memperlakukan berbagai cara dan rupa tanpa terikat dengan sebarang makhluk dan mengikut kehendaknya sendiri,setelah hamba itu sudah hilang rasa takut untuk mati dan hilang rasa takut neraka, maka ia akan diuji dengan rasa malas untuk beramal semata-mata kerana allah dan dia akan mendakwa dirinya bahawa sudah sampai tahap semuanya adalah kehendak allah yang menjadikan dia begitu.kononnya ia telah asyik dibuai pertuturan ketuhanan.....
Disaat itu pula dia dapat terlepas ujian allah begitu,lalu dirinya akan diubah citarasa jiwa dalamannya(feeling) kearah JATUH CINTA kepada allah dan mula rasa RINDU kepada allah....inilah saat makrifat dan hakikat penghujung kehidupannya yang dia pilih....
Last sekali hiduplah dia sebagai manusia biasa yang tidak terjejas dengan apa-apa situasi dan kebanyakkan dirinya hanyalah berlakon di dalam kehidupan masyarakat. bahkan dirinya pada waktu itu hanya menjadi manusia biasa dan tidak dapat dikesan kehebatan dimilikinya yang diberikan oleh allah secara rahsia.
Kadang-kadang allah menguji juga keadaan dirinya dengan power yang dimilikinya itu dibongkarkan allah kepada orang awam bahawa dirinya begini begitu lalu seseorang itu akan menyebarkan cerita itu kepada orang ramai....sebagai contoh dia pandai mengajar suatu ilmu yang baik kepada orang ramai,mengubat orang sakit,memberi pertolongan dalam sudut motivasi,menahan kejahatan berlaku dalam masyarakat, menjampi menghalau kejahatan jin iblis,pandai mengurut orang,memiliki ilmu firasat yang luarbiasa,kaya tanpa bekerja, berharta tanpa berpenat lelah,dapat mengawal keadaan yang penuh kekalutan dan macam-macam lagi.
Apabila dia sudah memahami situasi itu merupakan ujian besar bagi dirinya,
maka dia akan cuba menghilangkan diri dan menyembunyikan kehebatan itu setelah allah melihat reaksi dirinya tidak mahu berkeadaan begitu,lalu allah menarik power itu serta merta.Setelah dia memahami gelagat manusia yang dipenuhi dengan sifat-sifat tercela dan dirinya tidak rasa selesa dengan kehidupan dalam masyarakat ini,lalu dia lebih suka memilih untuk bersendirian(uzlah) di dalam rumahnya atau di dalam gua....
Keadaan ini tidak menjadi suatu halangan lagi baginya,tiada takut,tiada keluh kesah,tiada ego,tiada tamak,tiada hasad dengki,tiada riak,tiada terkesan apa-apa dari gangguan dan godaan dunia dan akhirat. sebab dia sudah sampai tahap mengenali dirinya dan mengenali allah.rahsianya tetap dipegang dan disimpan dan dia abadikan hanya untuk dirinya sahaja tanpa mengajar ilmunya kepada sesiapapun melainkan allah yang memilih sesiapa sahaja utk menemuinya.Hidupnya pula penuh dengan lakonan untuk menjaga pandangan orang ramai.Supaya tidak timbul fitnah.
Bahana yang dapat dirasai oleh saya semakin keliru,sebagaimana persoalannya berbunyi untuk apa aku hidup didunia ini?apakah matlamat hiduku?Apakah kepentinganku kepada orang awam?apakah kerugian yang terpaksa aku tanggung dari kebaikan dan kejahatan manusia lakukan keatas diriku?setelah allah memberikan jawapan yang lebih halus,maka terpancarlah suatu sinaran baru serta keyakinan yang kuat untuk disalurkan dalam kehidupanku dan diteliti setiap masa dan hidup penuh waspada serta low profile.
Memang betullah dengan apa yang berlaku kepada para wali-wali dahulu kala dan kini yang membentuk dan mewujudkan suatu organisasi amalan berzikir dan majlis ilmu khusus semata-mata ingin mengajak dan melahirkan manusia yang bersopan santun dihadapan allah dan memiliki sifat-sifat terpuji.Jika seseorang itu tidak mendalami ilmu ini dan memberanikan diri untuk mendampingi pusat-pusat jemaah islam ini nescaya dirinya akan terpesong jauh dari landasan yang sebenar.Sebagaimana Hidupnya tidak lekang dari sifat-sifat yang boleh merosakkan dirinya dan jiwanya akan dihiasi dengan kekayaan sifat tercela berpanjangan seperti BERSANGKA BURUK SESAMA SENDIRI-KELUH KESAH-PUTUS ASA-EGO-MEMBANGGAKAN DIRI-RASA DIRNYA HEBAT-RASA DIRINYA BAIK=RASA DIRINYA CUKUP AMALAN-RASA DIRINYA CUKUP HEBAT-TIDAK ADA NILAI IKHLAS-MENGELUH-RIAK-HASAD DENGKI-TAMAK-RASA SUDAH CUKUP APA YANG ADA-TAKUT BERIMPIAN-BERANI BERANGAN-ANGAN KOSONG-REBUT JAWATAN-SUKA KEPADA GOSIP- SUKA MENGUNGKIT KEBAIKAN YANG DILAKUKANNYA-SUKA MEMBURUKKAN ORANG LAIN DIHADAPAN ORANG LAIN-MAHU DI PUJI-MAHU DISANJUNG-(Ini adalah pengkajian saya sahaja, bukan bermaksud untuk merendah sesiapa,kalau ada sesiapa rasa saya yang teruk,katakanlah sepuas hati, saya sanggup terima hukumannya).
Rentetan itu,rahsia paling besar dalam kehidupan manusia ini sudah terjawab untuk saya simpan selama-lamanya.Kenapa allah melakukan berbagai benda atas dunia ini?
Kenapa allah menjadikan kejahatan dan menjadikan kebaikan?sekian terima kasih.
5 comments:
salam tuan nak nanya nih....
adakah seorang sifu jika sifu hanya dalam maqam mutmainah ia hanya dapat memimpin muridnya setakat mutmainah sahaja dan tak dapatlah si murid nak up level nafs-nya ke level yang tinggi cikit sebab tak ada guardian...?
salam kembali tuan empunya soalan...berbalik kepada soalan tuan itu adalah,tidak mustahil anak muridnya naik kelevel tinggi..sbb byk juga kisah yang berlaku diantara kes ini, sebagaimana citer asif baqriyya berjaya memimpin anak muridnya seramai 10 ribu orang dan ramai yg berjaya dan menjadi orang alim ulamak,menjadi wali,menjadi pakar masing2... pastu ada kisah seorg wali yang bernama apa ntah...saya pun tk ingat,anak muridnya lbh hebat dri gurunya...berbagai karamah yang dimiliki anak muridnya..tetapi sifunya, tk ada apa pun kelebihan....kalau seseorg itu ikhlas dan betul utk belajar ilmu...maka tdk pedulikan tindakan sifu...dan kita pelajari ilmunya sahaja....itulah jln yg terbaik baik anak murid..
salam sejahtera..salam kemaafan krn saya terlalu pantas memberi jawapan ttg seorang ulamak yang tersohor pada zamannya ialah yang bernama syeikh ibnu barsyusya...bukan bernama asif baqriyya...beliau ni seorang wali dan seorg yg muktabar zaman dia yang berjaya mengangkat singgahsana utk dipersembahkan kepada nabi sulaiman...harap dimaafkan...
manakala tentang ulamak yang bernama syeikh ibnu barsyusya itu adalah seorang alim yang termasyur dan berjaya melahirkan anak didiknya yang berjaya dan berprestij dan berwibawa...tapi akhirnya barsyusya itu telah terperangkap dalam keilmuannya lalu mati dalam keadaan cukup dasyat..mati dalam kafir...
maka oleh itu,tidak mustahillah bagi kita jika seorang sifu hanya dalam maqam mutmainah ia hanya dapat memimpin muridnya setakat mutmainah sahaja dan mmg luarbiasa akan berlaku kpd anak muridnya utk up level nafs-nya ke level yang tinggi.
begitu juga dgn kisah NABI MUSA,kenapa tuhan arahkan nabi musa belajar ilmu dengan saidina khidir..sedangkan nabi musa yang terlebih tinggi levelnya berbanding saidina khidir....sedangkan saidina khidir adalah seorang yang berdarjat wali...
itulah pengajaran yang dapat kita ambil disebalik kisah yang dipaparkan oleh allah kepada kita......AGAMA ISLAM ADALAH SUATU AGAMA YANG UNIK DAN LUARBIASA.....Sekian terima kasih....
salam tuan...,
banyak visitor menggelarkan diri tuan sebagai TUAN AMUJI jadi tuan telah bermaqam pada maqam rodhiah... tak terlanjur perkataan klu hajat dapat berguru dgn TUAN AMUJI
salam kembali,
alahai tuan zakir....jgn dibising-bising laa ingin berguru ngan saya...hal ini jgn heboh2kan...ttg kedudukan seseorg dipandangan mata orang lain hanya allah saja yang memberi firasat...amuji tetap manusia biasa2 saja....dan amuji terima seadanya kalau ada apa2 persoalan...kalau nk sembang2...tinggalkan pesanan dalam ym ke..atau tinggalkan pesanan dlm fb,nk bertanya ker kena privacy skit...tidak sesuai utk tontonan umum..
Post a Comment