Wednesday, January 20, 2010

PERTUTUTURAN DAN AMALAN ADALAH GAMBARAN HATI

Apabila kita lupa kepada ALLAH,apa saja dibuat dalam hidup serba tak kena dan orang lain yang perlakukan kepadanya pun tak kena.Mereka akan banyak bercakap berkenaan kerjanya,perbuatannya,kesukaannya,citaranya.

Orang miskin pula apabila kekurangan belanja akan memikirkan bagaimana untuk mengatasinya.Orang kaya dan berharta sentiasa membayangkan harta dan kekayaannya.Mereka akan bercakap soal projek dan bagaimana mengatur strategi bagi menambah kekayaan.

Seorang pendakwah fikirannya sentiasa berlegar terhadap masalah umat dan cara memperbaiki serta menyampaikannya. Mereka sentiasa berbicara bagaimana dakwahnya boleh sampai ke telinga mereka yang masih tidak dapat menerimanya.

Seorang pakar perubatan tradisional sperti bomoh memikirkan dan bercakap tentang jenis jin hantu dan ubat-ubatan dan mencari-cari pesakit.

Seorang yang sentiasa hidup memburu nafsu akan mencari kawan sealiran dengan mereka untuk berseronok. Seorang yang sedang bercinta akan suka bercakap dengan kekasihnya hingga ia terbawa-bawa di dalam mimpi disebabkan terlalu banyak mengingatinya.

Apa yang kita cakap dan lakukan selama ini mencerminkan apa yang ada di dalam hati kita. Apa yang diutarakan ini nampak seperti berbelit-belit tetapi sebenarnya yang lebih ditakuti, jika kita terbelit dengan fikiran dan tindakan yang tidak berasaskan ingatan terhadap Allah. Kita banyak berfikir terhadap hal keduniaan tetapi kita tidak berapa mengingati kepada yang lebih agung iaitu Allah yang mencipta seluruh kejadian di muka bumi ini. Kita banyak memikirkan ciptaan Allah tetapi kita lupa kepada penciptanya.

Kita banyak memikirkan dan berbicara tentang ganjaran dan balasan disebalik perkara yang kita lakukan dan terlalu yakin dengan claim dari ALLAH.

Kalau kita bercakap pun kurang, apatah lagi amalan kita. Kalau yang kita cakap itu pun belum tentu dibuat, apatah lagi yang tidak bercakap langsung, malah lebih parah terlintas di fikiran pun tidak.


Bayangkan kalau tidak terlintas sedikit pun mahu melaksanakan perintah beribadat, bersyukur, berzikir,berselawat,memikirkan kebesaran ALLAH memberikan berbagai perkara dalam kehidupan kita,tidak berserah diri dengan tindak tanduk yang kita lakukan semata-mata kerana ALLAH, serta memperjuangkan kalimah Allah. Itulah yang membawa kepada segala gejala. Sebenarnya gejala sosial bermula apabila kita 'bermasalah' dengan Allah.

Pendek kata, punca segala yang tidak kena dengan kehidupan kita apabila kita MULA melupakan Allah. Kalau menyebut pun sudah jarang-jarang, bagaimana pula hendak ingat ALLAH dalam hati dan dalam pemikiran Tentang ALLAH apatah lagi rasa sayang dan rindu ALLAH.serta Dalam suasana orang kita bercakap polemik kalimah Allah ditulis di gereja, sebahagian kita baru tersentak yang mana satu betul. Masa ini baru hendak ambil pusing nama Allah yang dulunya banyak 'terpusing' dengan putaran dunia. Solat dan zakat serta haji entah ke mana, malah semuanya tidak ke mana. Kita bukan hanya perlu memperjuangkan kalimah Allah yang Maha Agung semata-mata tetapi hendak hidup dan mati dengan 'skrip' Allah melalui al-Quran dan hadis.

Apa ertinya kita pertahankan nama Allah tetapi hidup menyusahkan diri sendiri sebagai seorang Islam yang menzalimi diri sendiri dan keluarga dan tidak mengambil kisah dari apa yg berlaku dan tidak berfikir jauh dan menggunakan hati yang ikhlas mencari keredhaan ALLAH......Zaman kini adalah manusia menitikberatkan pasal nama ALLAH sahaja dan amalan semata-mata tanpa mengorek mencari nilai cinta dan kasih sayang kepada ALLAH.....Hidupnya selesa membangkit dari kejahatan orang lain dan membangkit kebaikan yang dilakukan....apa kejadah manusia yang bersikap sedemikian rupa seperti ini..........Hidupnya hanya membuat fitnah terhadap agama gara-gara perilaku kita.

Sama juga kita bermati-matian mempertahankan identiti seorang mualaf yang mati supaya dikebumikan di kubur orang Islam. Tetapi ketika hidupnya, kita tidak prihatin untuk menyampaikan dakwah dan tidak ambil tahu kehidupan agamanya.

Akhir kata,eloklah kita meneliti di peringkat mana hati dan ingatan kita terhadap Allah agar selepas ini, kita lebih prihatin dengan diri kita dan keadaan umat Islam serta hubungan kita dengan Allah. Adakah kita perlu untuk mempercayai kewujudan Jin Syaitan?Adakah kita perlu mengambil tahu hal ALLAH? apa maknanya kalau kita percaya kepada kewujudan JIN SYAITAN sedangkan kewujudan ALLAH diperlekehkan?

Cuba perhatikan di mana kedudukan kita?

1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat Allah bila susah dan bermasalah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat(mengenal) kepada Allah,

Kedudukan hati di peringkat pertama dan kedua, kita belum selamat dan tidak boleh diharap menjadi penyelamat serta pembela kepada diri, keluarga serta masyarakat. Usahakan semoga kita dapat naik ke peringkat ketiga kerana pada peringkat itu kita mulai selamat dan menyelamat manakala peringkat keempat adalah peringkat pejuang serta pemenang dunia dan akhirat serta superpower.

No comments: