ZINA-ARAK-JUDI-HISAP DADAH-HISAH GANJA-HISAB SYABU-MINUM UBAT BATUK-MEROMPAK-MENCURI-MERAGUT-SKODENG-ROGOL-MENCABUL-MEMBUNUH-MEMBULI-FITNAH DAN MACAM-MACAM HAL LAH.
DIsebalik perbuatan di atas adalah suatu perbuatan berbentuk fikizal yang tidak melibatkan dalaman sahaja,tetapi kesan dan punca tindakan itu adalah suatu ilham yang dicorakkan oleh hati yang halus menjadi berkarat apabila ia bermula diwaktu umur baligh lagi kemudian tempias dari bisikan syaitan dan bisikan nafsu.Pada hakikatnya empunya badan tidak mahu melakukannya,tetapi jiwanya didesak oleh suatu kuasa jin dan iblis yang memperngaruhinya lalu hatinya sudah ditawan oleh raja NAFSU.
Perbuatan jahat itu tidak akan berhenti dari melakukannya sehingga dirinya sendiri akan terhantuk, terjerumus kelembah kehinaan dan terjatuh ke dalam lembah kesukaran.Kehidupan sehariannya akan mengalami produktiviti dalam kerjanya menurun,hubungan kekeluargaan semakin pudar,mukanya keruh, cahaya perbuatan kebaikan tidak dihormati,nilai kejujurannya diabaikan,wang ringgitnya sentiasa tidak mencukupi,hatinya dirundung kerisauan,kegelisahan,kecelaruan yang berpanjangan. Akhirnya ia mengambil jalan pintas UNTUK BERPUTUS ASA.........
Punca utama Kebaikan dan kejahatan yg dilakukan adalah krn REDHA TERHADAP NAFSUNYA....
Manusia!!!Dalam bahasa arab memberi maksud INSAN...terjemahan kepada insan adalah LUPA.Jadi oleh itu,apabila kita bergelar sebagai manusia,maka hidup kita setiap saat akan melupakan perkara yang dilakukan itu.Kenapa manusia memiliki HATI, dalam terjemahan bahasa arab HATI itu adalah QALBU, terjemahan kepada QALBU itu adalah BERUBAH-RUBAH,maka wajarnya setiap INSAN yang memiliki hati boleh berubah-rubah setiap masa...Hidup manusia pula dipenuhi dengan alam maksiat,sebabnya perbuatan maksiat itu adalah pelanggaran terhadap perintah-perintah allah,itulah yang disukai oleh raja NAFSU.
Kedudukan syahwat yang sering menghantui jiwa semua manusia tidak kira mereka berada di dalam status mana pun tetap kalah untuk melawannya,samada mereka berjawatan tinggi, berilmu,beragama,alim,kuat ibadat,remaja,orang jahil,orang kurang upaya dan sebagainya akan tewas bila berdepan dengan situasi syahwat,dirinya akan melepaskan keinginan besar nafsu yang dirasakan sedap dan seronok dengan kelazatan yang dinikmatinya sehinggakan akan berulang-ulang dilakukan.
Punca-punca ini sering melalaikan seseorang dan boleh melengahkan segala hak yang wajib dan yang sunat.....pokok pangkalnya ramai yang tewas untuk menanganinya dan membendung dan mengelakkan dirinya sendiri apatah lagi orang lain.Status perkembangan masyarakat pada hari ini sudah banyak kes yang dipaparkan dalam media elektronik media cetak tentang kejahatan manusia semakin berleluasa dan seperti tidak ada jalan yang dapat menbendungnya. Alahai DUNIA.......!!!!!!!Dunia yang bersifat ketamakan, kerakusan,kejahatan, ketidakpastian,kekeliruan telah menghinakan kehidupan manusia sejagat...
Semua golongan lapisan masyarakat pada hari ini semakin asyik dibuai cinta dibuai alam zina,kalangan yang sudah berkahwin pun turut menerima ujian hidup ini begitu juga golongan atasan.....semuanya tewas dengan godaan dunia ini.Suami isteri bercerai berai,anak-anak terabai,Pihak berkuasa,pakar motivasi,guru agama,orang alim pun tidak dapat berbuat apa-apa ?Sesungguhnya diri mereka sendiri yang telah menganiaya diri mereka sendiri. Jadi oleh itu, tiada siapa yang layak dan berhak menuding jari mereka itu salah atau betul, orang yang menuding jari boleh berkata begitu kerana ianya tidak berlaku kepada dirinya dan keluarganya....maka oleh itu ia perlulah banyak-banyak bersyukur...Jadi bantulah mereka yang menjadi mangsa kejahatan itu samada meraka yang baru bermula untuk melakukan atau yang sedang merasai kejahatan atau yang sudah berkali-kali menikmatinya kejahatan tersebut......
Di dalam pengkajian saya juga,Hal ini akan bertambah serius apabila golongan ibubapa tidak seiringan dengan anak-anak masing untuk menambahkan dan mengisi masa dengan ilmu-ilmu pengetahuan agama dan ilmu dunia yang boleh memandu arah hidup mengiku kesesuaian jiwa masing-masing.Nilai-nilai murni perlu dibentuk setiap masa kerana Di dalam hati MANUSIA itu ada keganasan,didalam hati manusia juga ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali berjinak-jinak dengan agama dan di dalam hati manusia juga ada kegelisahan dan tidak akan pudar kecuali berlindung dan berhasrat dan bercita untuk mendekatkan dengan agama yang sewajarnya.....Maksudnya bukan mengokong diri sendiri.SIapakah yang bersalah?siapakah yang perlu dipersalahkan?Alahai dunia......!!!!
Darimana punca ini berlaku?Sebenarnya kita selalu melihat bahawa diri kitalah yang benar......kononnya kita sayang pada diri dan bukanlah sayang pada agama dan kepentingan orang sekeliling kita......Selalu juga kita menafikan segala keaiban diri,kelemahan diri, kita selalu merasai tidak ada kekurangn apa-apa.Diri kita selalu berasa senang terhadap Nafsu dan dianggap semuanya baik-baik ajer...Maka disitulah hatinya dikuasai oleh kelalaian yang berpanjangan....
Akhir kata.....saya juga tidak mampu untuk membantu saudara-mara kita yang sudah hilang arah tuju hidup namun saya hanya mampu berdoa serta saya hanya boleh luahkan segala rahsia yang saya tahu melalui laman blog untuk tontonan bersama.....oleh itu fikir-fikirkanlah:
JALAN KESYURGA DIPENUHI DENGAN BERBAGAI MASALAH
JALAN KENERAKA DIPENUHI DENGAN BERBAGAI KESENANGAN DAN KELAZATAN
JALAN KEKAYAAN DIPENUHI DENGAN BERBAGAI HALANGAN
JALAN KEGAGALAN DIPENUHI DENGAN BERBAGAI ALASAN.
No comments:
Post a Comment