PETIKAN DARI HARIAN METRO
Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my
PEKAN: “Saya yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini,” kata Rosli Awang, 52, pemilik buah nangka yang mengeluarkan pisang. Dia yang tinggal di Felda Chini 3, berkata ini kali pertama dalam hidupnya melihat kejadian pelik itu berlaku sehingga menarik perhatian orang ramai menyaksikannya secara dekat.
Menurutnya, dia tidak pasti faktor apa menyebabkan buah nangka miliknya mengeluarkan beberapa biji pisang berwarna kuning sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
“Saya menyedari buah nangka berkenaan ada kelainan ketika melihatnya enam bulan lalu sebelum membungkusnya dengan kain bagi mengelak rosak.
“Kelmarin apabila saya membuka sampul kain, saya terkejut apabila mendapati terdapat beberapa biji pisang keluar di bahagian bawah buah nangka,” katanya.
Rosli berkata, nangka berkenaan mengeluarkan buah pertama daripada pokok ditanam dua tahun lalu menggunakan biji yang tumbuh secara kembar.
Katanya, kejadian pelik juga berlaku pada buah berkenaan apabila ia mengeluarkan getah berwarna hitam bukan putih seperti kebiasaannya.
“Walaupun berlaku kejadian pelik kepada saya termasuk beberapa individu yang datang melihat buah nangka ini, namun saya menganggap ia adalah secara kebetulan.
“Ada wanita yang datang untuk melihat buah nangka secara tiba-tiba menggeletar dan seluruh badannya lemah, malah ada juga yang terjatuh,” katanya yang terpaksa memagar pokok berkenaan bagi mengelak orang menghampirinya.
-Rentetan dari kisah pelik yang ditemui oleh seorg pakcik itu mengatakan pokok nangka mengeluarkn buah pisang adalah suatu kebetulan adalah menunjukkan suatu tanggapan yang tidak berasas dan menunjukkan dia jahil dalam hal agama.Kenyataan itu membuktikan dia berlandaskan pegangan ilmu lojik semata2....sdgkn dalam islam mengajar kepada kita semua,bahawa setiap perkara yang berlaku adalah semata-mata ingin mengajar kepada kita bahawa KEAGUNGAN ALLAH dan kuasaNYA tidak boleh disangkal lagi dan ingin memberi pengajaran kepada manusia semua supaya perlu mempertingkatkan lagi kepercayaan dan pegangan kepada allah dan menghalusi lagi sifat "ASMAUL HUSNA".
Satu hal lagi apa yang dikatakannya:“Saya yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini,” .apa sebenarnya yang dia kehendaki disebalik perkara itu,kita semua tiada hak untuk mendapatkan apa-apa ganjaran disebalik apa yang berlaku.kena kaji dan fikir dan terjemahkan melalui iman berlandaskan pegangan rukun islam dan rukun iman,bukan rukun akal sahaja.
apa salahnya,sekiranya dia membuat kenyataan bahawa:"hebat sungguh kuasa allah menjadikan buah nangka keluar pisang....",
Andai kata kehidupan kita berlandaskan kepada sistem ilmu yang lojik dan kebetulan semata-mata,kenapa diwujudkn suatu ilmu sains?kenapa diwujudkn suatu ilmu tasauf?kenapa setiap kehidupan manusia tidak dapat lari daripada formula sains dan matematik? kenapa manusia melihat kepada yang lojik sahaja? kenapa tuhan suruh mempercayai dan meyakini ilmu ghaib? kenapa mempercayai kepada perkara pelik dan luarbiasa itu boleh memesongkan akidah kita semua?
Kenapa pula wanita yang datang melihat buah nangka itu boleh mengeletar dan menjadi lemah dan ada yg jatuh?kenapa ianya tidak berlaku kepada semua orang yang melihatnnya? kenapa tuan punya pokok nangka itu tidak berfikiran jauh untuk memberi komen kepada wartawan ketika itu?berapa umurnya?kenapa tahap kefahamannya masih cetek? Ada satu contoh:kenapa ramai orang yang pergi menunaikn haji kemekah,bila pulang ketanah air,mulutnya taklih duk diam menceritakan banyak perkara-perkara pelik sewaktu dia berada di sana?kenapa perkara seperti itu boleh berlaku kepada dirinya,sedangkan kepada orang lain,pelik cara lain pula?fikir-fikirkanlah wahai saudara saudari sekelian.
Saya memohon ribuan kemaafaan diatas komen petikan cerita di atas....tujuan ini adalah ingin memberi sedikit nasihat agar ianya tidak berlaku kepada orang lain,
No comments:
Post a Comment