Thursday, December 31, 2009

DARJAT ZIKIR

Menjawab kepada persoalan masyarakat islam tentang minat utk mengamalkan zikir ini adalah pada awal blog saya sudah diceritakan serba sedikit,jadi oleh itu saya ingin ketengahkan lagi sumber penting dan penekanan penting dalam zikir adalah amat BESAR.


InsyaAllah,saya akan cuba menghuraikan sedikit tentang darjat zikir ya'ni peringkat-peringkat zikir.saya blh terangkan secara ringkas sebagai tambahan artikel dulu.mudahah-mudahan walaupun sikit,tapi bermanfaat kepada kita semua.sesungguhnya perbandingan pengetahuan Allah dengan hambaNya amatlah jauh berbeza.seperti yang tercoret di dalam Quran yang berbunyi;

"katakanlah Muhammad,seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum habisnya penulisan kalimat-kalimat Tuhanku,meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu(pula).(surah al kahfi ayat 109)"

Zikir secara umumnya ialah apa sahaja amalan dan perbuatan zahir dan batin yang membawa seseorang itu kepada mengingati Allah. Amal ibadat dan perbuatan sama ada yang zahir atau batin yang berlandaskan hukum syariat yang dikerjakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhoan Allah dikatakan ianya sebagai zikir.

Manakala secara khusus pula tentang zikir samada melalui amalan zahir dan batin dpt dinilai dan berlandaskan kepada konsep pegangan ilmu tasauf seiring dengan pegangan hukum syariat.Ini adalah kerana zikir itu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Zikir Anggota, Zikir Lisan, Zikir hati dan Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam pengamal zikir itu.zikir juga di sebut di dalam Quran yang berbunyi;

"(iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram".

Ayat diatas menunjukkan kepada kita betapa perlunya seorang hamba itu membasahi lisannya dengan berzikir.

Tingkatan Pertama:Zikir Lisan(dgn menggunakan lidah sambil disebut2 kalimat zikir dpt didengar oleh telinga sendiri)

Tuntutan untuk melakukan Zikir ini adalah sangat-sangat ditekankan sebagai senjata dan alat pencuci jiwa semasa dan sepanjang perjalanannya menuju kepada tuntutan agama.manakala peringkat kedua diamalkan juga dalam keadaan berterusan akan mencapai suatu aura luarbiasa utk mendekatkan diri kepada allah dan akhirnya akan dicampakkan oleh allah suatu perasaan segala amalan yg dilakukan semata2 kerana KASIH KEPADA ALLAH. Walaupun lalai atau merasa pahit dan berat untuk berzikir,

mereka digalakkan juga untuk mengistiqamahkan Zikir Lidah ini mengikut feeling masing2 dan bilangan-bilangan tertentu.Lidah yang digunakan untuk berzikir sekurang-kurangnya dapat mengelakkannya daripada mengumpat-umpat dan mengeji orang lain atau ucapan yang sia-sia atau melalaikan.

Inilah wajah-wajah kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada mereka yang berzikir walaupun hatinya lalai. Kemampuan untuk berzikir secara lisan tanpa keasyikan hati utk menerima kemanisannya ini hendaklah disyukuri agar nanti AKAN mendapat kurnia dan anugerah Allah.

Dengan kemuliaan kurnia Allah yang sedikit dan kelebihan yang ada pada orang yang bersyukur inilah, maka Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari mendatangkan suratan dalam bukunya (kalam hikmah)yang seterusnya sebagaimana berikut;

"Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir(lisan) serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh)erti dalam sedar dan manis".

Keterangan:
Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga dengan maha halusnya allah serta bantuan allah memberi sedikit power yg tidak disangka2 kerana bahawasanya jaga itu ingat hati daripada mengantuk dlm kelalaian dan tidur kepada(sempurna sebagai seorang hamba) dan Adab Al-Khidmat.

Disanalah akan berpindah ia daripada zikir lisan kepada zon zikir hatii yang datang tanpa diduga daripada melazimkan dia (zikir lisan).

Tingkatan Kedua:Zikir hati
Apabila seorang hamba mengistiqamahkan dan sentiasa bersyukur dengan Zikir Lisan mereka, Insya Allah.... Allah Yang Maha Lemah Lembut dengan pertolongan dan limpah kurniaNya akan mengangkatkan martabat Zikir Lisan mereka kepada Zikir dalam sedar zahir dan batin,hati hamba yang sebelum ini lalai atau lalai dengan gangguan-gangguan keduniaan,lalu akan terjaga dan tersentak sedar untuk mula melihat kepada hakikat Zikir Lisan serta segala suatu yang lain.Mata hati yang sebelum ini tertutup sewaktu berzikir akan terbuka untuk memandang Keesaan dan Keagungan Allah. Zikir-zikir lisan yang diucapkan akan terlancar dan bergerak selari dengan gerakan hati di samping dapat merasai makna-makna dan rahsia zikir mengikut kadar yang dikurniakan Allah.

Hati yang sebelum ini, buta dan jahil dengan hakikat dan makrifat mula mengenali dan memahami makna-makna di Alam Malakut(alam yg tidak dapat dilihat oleh mata zahir)yang terpancar pada zahir sesuatu.Mereka dapat melihat akan hikmah dan pengajaran di sebalik sesuatu yang zahir yang mendatangi mereka.Hiduplah hati atau jiwa mereka menuju kepada menghampiri allah yang akan menyempurnakan kebersihan hati untuk layak dipanggil sebagai seorang hamba dengan tahu melaksanakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan dengan pelbagai hal hati yang merujuk kepada kepatuhan dan ketundukkan yang penuh dengan kesedaran batin.

Dengan sebab inilah Zikir serta jaga ini dinamakan juga sebagai Zikir Hati kerana hidup hati itu dengan mengingati dan memandang Allah pada setiap kali memandang "selain dr allah" atau sesuatu yang zahir; sedar dan terjaga hati itu untuk mengenal dan memahami akan hakikat bagi segala sesuatu.

Dengan Zikir hati inilah, bermulalah satu perjalanan hati untuk meneroka dan memasuki alam-alam batin atau alam-alam rahsia atau Alam Ketuhanan Yang Maha Tinggi. Dan dengan kerana inilah digambarkan dan diceritakan pula oleh Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari sebagai menyambung tulisan beliau dalam kitabnya "kalam hikmah" yang seterusnya sebagaimana;

"Dan daripada zikir serta diperolehi jaga (Zikir Yaqozhoh) kepada zikir serta wujud Hudur serta Allah (Zikir Sir)".

Keterangan:
Dan daripada zikir serta diperolehi jaga pada zikir serta oleh Hadir hati dengan kehendak serta Allah. Dan adalah Hadir hati itu kepada mereka iaitu Hadir dengan kebenaran allah.tatkala ghaibnya daripada sekelian pancaindera dan daripada memandang semuanya.Dan dalam darjat ini berpindah ia daripada Zikir hati kepada Zikir Sir(naik level).Zikir Sir itu ghaib ia daripada barang yang lain daripada ahli zkir itu.

Tingkatan Ketiga:Zikir Sir
Sesungguhnya Allah itu maha Penyayang lagi maha Mengasihi akan hambaNya.Maka dengan KasihNya yang maha tinggi lalu Allah mengangkatkan darjat Zikir hatii seorang hamba pilihanNya kepada tingkat yang seterusnya iaitu Zikir Sir.Zikir Sir ini merupakan Zikir yang telah datang kehadiran hati serta Allah. Dan Zikir ini juga merujuk kepada kehadiran Rahsia diri yang terpendam sebelum ini. rahsia Hidupnya dengan TuhanNya di mana seluruh ingatan,seluruh pandangan,penyaksian dan seluruh "rasa" tertumpu kepada Yang Haq. Ingat dengan Yang Haq; Syuhud kepada Yang Haq dan "merasa" dengan Yang Haq. Dengan kata lain, seluruh anggota badan yang zahir dan batin sentiasa dalam keadaan Zikir

Ini adalah kerana,jiwa atau hati hamba telah hapus atau hilang atau qhaib daripada pengaruh pancaindera dan memandang kepada semua benda pada pihak tidak diiktibarkan apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dirasa, apa yang diucapkan; malah setiap hal zahir mereka adalah merupakan Zikir kerana mereka tidak melihat sesuatu itu melainkan dilihatNya Allah dan tidaklah mereka dilakukan sesuatu perbuatan atau amalan melainkan dengan "perintah" yang datang dari Allah.(tdk blh mendakwa diri dan tdk blh bising)

Sungguhpun demikiannya hal keadaan hati yang sentiasa ingat akan kehadiran Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu berzikir dan berzikir dengan Sirnya, namun ianya belum sampai kepada puncak kesempurnaannya yang Hakiki. Hati ini masih melihat dan memandang kepada dirinya sendiri, hati ini masih terpesona dengan keajaiban rahsia dirinya di mana hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi wujud yang lain iaitu dirinya.

walaubagaimanapun Allah lebih mengetahui akan rahsia di sebalik zikir itu.
Tingkatan Keempat:Darjat Kesempurnaan
nanti kita akan sambung lagi lain kali...apakah rahsia disebalik darjat kesempurnaan bagaimana perlu kita cari dan korek....???

No comments: