Saturday, December 19, 2009

BAGAIMANA MEMBINA PERSONALITI UNTUK BERJAYA

UNTUK menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup adalah sama seperti membina rumah. Ia disokong oleh beberapa batang tiang.Salah satu ‘tiang’ yang menyokong diri anda untuk terkenal, dikenali dan berjaya dalam apa juga bidang ialah PERSONALITI.

Personaliti atau keperibadian adalah keperluan yang amat penting - tidak boleh diabaikan.Tidak ada manusia yang lahir dengan persona liti yang tinggi. Mereka berusaha untuk mencapai taraf personaliti yang tinggi itu. Anda juga mestilah begitu. Anda mesti berusaha untuk mencapainya, jika anda mahu dikenali, terkenal dan berjaya dalam hidup.

ASAS MEMBINA PERSONALITI
Asas untuk membina personaliti adalah dari bawah. Dari mula. Dan dalam diri anda. Ia tidak dapat dilihat oleh mata tetapi dapat dirasa kesannya. Ia disebut pensonaliti batin.Ada dua kategori personaliti, laitu personaliti zahir dan bathin. Anda akan mempelajari bagaimana membina personaliti bathin terlebih dulu, kerana ai penting untuk menentukan personaliti atau keperibadian zahir.
Jika anda masih belum faham lagi, anda boleh ambil contoh ini :-

Seorang wanita tidak akan cantik, walaupun menggunakan mekap yang mahal,jika seandainya dia tidak mempunyai kulit muka yang bersih dan sihat.Tidak guna anda mengenakan pakaian yang mahal (untuk personaliti zahir) jika anda tidak mempunyai personaliti bathin.Kerana itu, asas untuk membina keseluruhan personaliti ialah bermula dari dalam diri anda. Personaliti dalaman anda akan memancarkan personaliti zahir.

KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN DAN PERSONALITI
Semua orang yang berjaya di dunia ini setuju bahawa kejayaan, kekayaan, dan menjadi terkenal bermula dari kesihatan yang baik. Sihat badan dan sihat pemikiran. Ditambah satu lagi, sihat hati.Kesihatan anda yang baik akan memancar di muka dan tubuh anda. Muka anda akan berseri, sihat, merah, kesan dari darah yang mengalir sihat hasil dari kesihatan anda yang baik.

Senyuman anda berseri, ikhlas dan disukai kerana anda mempunyai kesihatan yang baik. Mampukah anda tersenyum begitu, jika anda tidak sihat? Runsing? Bimbang? Atau lain-lain perkara yang tidak sihat? Senyuman anda itu akan disukai. Dan sudah tentu akan dikenali bila anda disukai.

Makanan yang anda makan setiap hari akan menentukan kesihatan anda. Makan hanya makanan yang mengandungi zat yang membina kesihatan dan pemikiran yang sihat. Tidak semestinya makanan itu mahal, tetapi banyak makanan murah yang mengandungi zat, seperti ikan bills, sayur bayam, ikan dan lain-lain.

Suasana sekeliling juga mempengaruhi kesihatan anda. Dapatkan sebanyak mungkin udara bersih, kerana udara yang anda sedut itu akan meresap ke dalam darah anda,kemudian beredar ke dalam seluruh tubuh badan anda.

Tidur mesti cukup lapan jam. Tidak boleh Iebih atau kurang. Ini amat penting untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anda. Cara berehat yang amat baik ialah tidur.

Kemudian senaman. Senaman amat-amat diperlukan oleh tubuh anda, supaya anda sihat dan sudah tentu supaya anda dipandang segak, kacak dan segar. Bagaimana anda boleh dipandang segak berpersonaliti jika perut anda buncit ? Senaman adalah jawapan untuk mengatasi masalah lembab, sembab, gemuk, perut buncit dan pucat. Anda tidak perlu menguntukkan masa yang panjang untuk senaman. Setengah jam atau sejam di waktu pagi atau petang sudah mencukupi. Berlari, bermain bola, berenang adalah contoh senaman yang baik.

Kebersihan juga mesti diambil berat demi kesihatan dan pensonaliti anda. Jangan sekali-kali mengabaikan kebersihan diri dan tempat tinggal anda. Ia mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap keperibadian atau pensonaliti anda.

KESIHATAN FIKIRAN DAN HATI
Fikiran yang sihat mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda. Bebaskan fikiran anda dari berfikiran kotor dan runsing. Bebaskan segera. Runsing, risau adalah ciptaan fikiran anda sendiri. Anda sebenarnya yang mencipta risau dan runsing. Sudah tentu anda dan fikiran andalah yang menghapuskannya.
Setiap masalah ada hikmahnya. Setiap masalah juga ada penyelesaiannya. Selesaikan masalah anda segera sebelum ia melarat dan menjejaskan kesihatan dan personaliti.

Jiwa anda juga mestilah bersih, jika anda mahu mempunyai personaliti bathin. Jiwa yang bersih datangnya dari fikiran dan hati.

Bersihkan hati anda dari segala sifat dengki, tamak, iri hati, berbohong, cakap besar, memandang rendah kepada orang lain, mengumpat, mengata dan lain-lain sifat keji.Hati yang kotor itu akan mempengaruhi kata-kata. Kata-kata bongkak, cakap besar, membenci, berbohong semua adalah kerana hati yang kotor. Anda akan dibenci jika anda mempunyai sifat-sifat keji itu. Bila anda dibenci, rezeki anda tersekat (kerana rezeki adalah berjalan dari tangan ke tangan).

WAJAH ADALAH GAMBARAN HATI
Jika seandainya ada sifat-sifat buruk di hati anda maka sifat-sifat itu akan tergambar di wajah anda, kerana wajah adalah gambaran hati.Begitu juga sebaliknya. Jika anda mempunyai hati yang bersih maka wajah anda kelihatan bersih, suci dan memancarkan personaliti yang gilang gemilang. Personaliti anda akan tergambar di wajah. Segala pergenakan dan jiwa anda akan mengambarkan personaliti yang tinggi. Anda akan disenangi. Tidak lama kemudian anda akan dikenali dan terkenal.

Percakapan dan perbualan anda akan disenangi kerana tidak menggambarkan perbualan yang buruk seperti mengumpat, membenci, dengki dan irihati.Senyuman anda akan menjadi ikhlas, berseni kerana terpancar dari hati, bukan sekadar di bibir sahaja. Senyuman yang ikhlas manis akan disukai.Kerana itu, membina personaliti adalah bermula dari dalam diri anda. Di bathin anda.

LAIN-LAIN PERSONALITI BATIN
Kepercayaan amat penting sekali dalam membina personaliti. Bukan sahaja untuk personaliti yang tinggi, bahkan untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Jika anda tidak dipercayai, jalan untuk mencapai kejayaan semakin sempit.Cakap anda dipercayai. Tidak hanya cakap kosong atau bohong. Segala cakap anda benar. Bila anda diamanahkan, pegang amanah itu, hingga anda dipercayai.Anda juga dipercayai kerana tepat pada janji. Sebagaimana anda membenci pada orang yang tidak menepati janji, begitulah orang akan membenci anda, jika anda selalu sambil lewa terhadap janji. Jangan sekali-kali berjanji jika anda fikir tidak dapat menepatinya.

Bercakap besar adalah satu lagi pensonaliti bathin yang keji. Onang yang cakap besar selalunya orang yang banyak berbohong. Impian anda untuk terkenal dan berjaya akan musnah jika seandainya anda suka cakap besar. Anda akan diumpat dan dikeji jika seandainya anda suka bercakap besar, sebagaimana anda membenci orang lain yang suka bercakap besar.

Seterusnya ialah TENANG. Jiwa yang tenang adalah idaman semua orang. Ketenangan lahir dari hati ,yang tenang. Ketenangan hati ini akan terpancar di wajah anda. Bila anda berwajah tenang anda akan diminati dan disukai.Hati yang tenang juga akan membentuk gerak laku anda yang tenang, tidak tergesa ¬gesa, tidak tergopoh-gapah. Jangan sekali-kali mudah marah dan melenting. Orang yang cepat marah tidak disenangi dan tentu dibenci - tidak ada yang ingin bergaul.Tenangkan hati selalu. Tarik nafas dalam-dalam beberapa kali, jika anda rasa seperti sudah tidak tenang lagi.

MEMBINA PERSONALITI ZAHIR
Pensonaliti bathin anda, secara otomatik akan terpancar di zahir anda. Jika bathin anda berkeyakinan, zahir anda akan kelihatan meyakinkan. Wajah anda wajah meyakinkan. Bila bathin anda terbina kepercayaan, wajah anda akan menggambarkan penuh kepercayaan. Begitulah seterusnya.

Tumpuan yang utama diberi kepada pakaian dalam membina personaliti zahir.Pakaian diberi tumpuan yang paling utama, kerana pakaian melambangkan personaliti zahir yang amat penting. Pakaian juga menjadikan anda Iebih berkeyakinan dalam segala urusan.Pakailah pakaian yang kemas, bersih sesuai dengan keadaan.Jika anda dapat memakai fesyen yang terbaru, itu sebaik-baiknya. Jika tidak dapat, memadailah dengan pakaian yang bersih kemas dan sesuai dengan keadaan.Jika anda mahu membina pensonaliti zahir, ketepikan sebahagian dan pendapatan anda untuk membeli pakaian.

Kemudian wajah anda. Wajah anda biarlah kelihatan bersih dan sebarang minyak-¬minyak atau tidak kering. Menjaga wajah tidak sesusah yang disangkakan. Sabun dengan air sudah memadai. Jangan salah anggap - hanya yang benwajah kacak dan Iawa sahaja yang disukai. Salah! Wajah anda tidak semestinya kacak atau cantik. Yang penting ialah bersih dan tenang.

Kemudian rambut. Rambut anda hendaklah sentiasa kemas sepanjang masa. Tidak kira sama ada anda berambut panjang, pendek, lurus, ikal - sediakan sebatang sikat di poket untuk menyikat rambut anda bila perlu. Walau bagaimana bersih dan kemasnya pakaian anda dan anda memakai ‘after shave’ atau ‘cologne’ yang mahal, anda belum mempunyai personaliti yang tinggi jika rambut anda tidak kemas.

Kita memang banyak bercakap setiap hari. Kerana itu bau nafas perlu diberi perhatian khusus. Jika nafas anda berbau, anda tidak disenangi. Anda sendiri tidak tahu sama ada nafas anda berbau atau tidak. Hanya orang lain yang tahu. Dan mereka itu tidak akan memberitahu anda. Malang sekali orang yang nafasnya berbau.Kerana itu, kesihatan gigi perlu diberi perhatian. Cabut mana yang rosak, kerana gigi yang rosak salah satu penyebab bau nafas.Berbagai jenama bahan kumur terjual di pasaran. Mengapa tidak bersedia - sebelum orang lain mengetahui anda mempunyai bau nafas?

Sama seperti bau mulut - bau badan juga tidak disenangi. Bau badan berpunca dari peluh yang berlebihan dan makanan yang anda makan. Tetapi sekarang sudah ada kosmetik yang boleh menghilangkan bau badan. Gunakanlah, asalkan ianya suci, bersih dan tanpa alkohol.

Akhirnya, jagalah pergaulan anda. Jauhi dan orang-orang yang berfikiran negatif, yang akan menjadikan anda orang yangrnendah peribadi.

Perkara-perkara yang telah disebutkan tadi hendaklah diresapkan di dalam diri anda sehingga menjadi habit anda. Bila benar-benar telah menjadi habit, barulah anda mempunyai personaliti yang tinggi untuk kejayaan hidup dan terkenal.

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan 5607...,

macam nak artist rasanya keperluan zahir batin yang terjaga tapi kebanyakan orang terkenal kurang ada etika personaliti gini terutama artis wanita dari segi berpakaian....

saya juga tertarik dengan pandangan tuan ini.....Tidak semestinya makanan itu mahal, tetapi banyak makanan murah yang mengandungi zat, seperti ikan bills, sayur bayam, ikan dan lain-lain.