Dulu.....apabila aku selalu melakukan kejahatan dan dosa,
diriku sentiasa rasa berkuasa tanpa memikirkan akibat diseksa,
pommm....aku rebah,lalu timbullah perasaan ingin insaf dr dosa,
Lalu aku mula sedar, terkurung di dlm bilik dgn rasa selesa,
Aku.....menghiasi kehidupan dgn amal ibadat dgn penuh sentosa,
Setelah merasakan sudah byk mengamalkan kebaikan, mcm rasa biasa,
Jadi...sampai bilakah utk merasai peningkatan keimanan jadi luarbiasa,
kalau beramal seorang diri tanpa merujuk kepada yg maha berkuasa,
Sedangkan hidupku dibawah kehendak yg maha Esa,
Hakikatnya, bukan diri kita yg hebat melainkan allah yg maha perkasa,
Jin syaitan iblis yg akan mengheret aku kpd berputus asa,
Maka oleh itu aku perlu berhati-hati setiap masa,
ikut rasa akan binasa
perlu berzikir sepanjang masa,
bermujahadah bermusyahadah tidak kira masa,
terciptalah nilai sabar dan ikhlas utk taat dan berjasa,
maka insyallah akan tenggelam diri dalam maha esa.
Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan& Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan& Allah melepaskan engkau dari keduanya,supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain ALLAH.ALLAH.ALLAH
Friday, August 20, 2010
Wednesday, August 18, 2010
WASIAT DITERIMA BERBEZA DARI SEGI TAHAP KEIMANAN
LIMA WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W."Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah tlh memberikan lima wasiat,antaranya :
1.Jgnlh engkau gantungkan hatimu kepada dunia krn sesungguhnya Aku tdk menjdikn dunia ini untuk engkau.
2.Jadikan cintamu kpdKu sbb tmpt kembalimu adalah kpdKu.
3.Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4.Putuskan hrpn dri makhluk krn sesungguhnya mrk itu sedikitpun tdk ada kuasa ditgn mrk.
5.Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud krn sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Sebagaimana Sidi Syeikh Ibrahim bin Adham berkata,"Tlh dtg kpdku bebrp org tetamu dan aku tahu mrk itu adalah wakil guru tariqat.Saya berkata kpd mrk, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kpd Allah S.W.T.Lalu mrk berkata,"Kami wasiatkn kpd kamu 7 perkara,iaitu:
•Org yg byk bicaranya jgnlh kamu hrpkn sgt kesedaran hatinya.
•Org yg byk mkn jgnlh kamu hrpkn sgt kata-kata himat darinya.
•Org yg byk bergaul dgn manusia jgnlh kamu hrpkn sgt kemanisan ibadahnya.
•Org yg cinta kpd dunia jgnlh kamu hrpkn sgt husnul khatimahnya.
•Org yg bodoh jgnlh kamu hrpkn sgt akn hidup hatinya.
•Org yg memilih berkwn dgn org yg zalim jgnlh kamu hrpkn sgt kelurusan agamanya.
•Org yg mencari keredhaan manusia jgnlh hrpkn sgt akan keredhaan Allah drpdnya.

Tuesday, August 17, 2010
Ting...ting... ting...jam menunjukkan ke pukul 2.00 pagi, selepas selesai menonton sebuah movie HBO....aku berehat sekejap dan terdiam lalu terfikir seketika........kenapa masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini tidak didedahkan dan terdedah dengan satu pelajaran ilmu tasauf? Kenapa pula mereka yang sudah mendalami ilmu tasauf pun tidak dapat berbuat apa-apa? Kenapa mereka berdiam diri? Kenapa mereka tidak hebohkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara?
Pada hari ini pula, kelihatan begitu suram dan tidak diminati oleh sesiapa saja, ramai yang beranggapan ianya suatu pelajaran yang pelik dan sukar utk dipelajari.Sebabnya ramai juga yang membawa ajaran ini ke arah yang tidak sesuai dengan kehendak semasa serta terlalu jauh dari sudut kehidupan duniawi, Ada juga pembawaan mereka seolah-olah jauh menyimpang dari kehendak syariat. Kenapa? Mengapa ini berlaku? Semuanya ini adalah disebabkan tahap pemikiran dan pemahaman masing-masing belum masak ranum di dalam jiwa masing-masing.
Sehubungan dengan itu, sejauhmana pula tahap keberkesanan pelajaran tasauf dalam kehidupan seseorang itu bila mereka belajar dan berguru ? Aku naik hairan dengan maklumat yang aku terima daripada kawan-kawan bahawa ilmu tasauf sukar diterima oleh generasi sekarang dalam maksud 15 tahun kedepan ini, kerana mereka menganggap bahawa keseronokan, kegembiraan yang dikecapinya belum puas dan belum bersedia untuk berubah kepada yang terlebih baik.
Adakah kaum ibubapa dan penjaga yang bersalah dalam mendidik anak-anak mereka? Adakah kaum ibubapa pun tidak didedahkan dengan ILMU TASAUF?......sedangkan di negara Turki, Arab Saudi, Sudan, Afrika, Mesir, Iran, Iraq, Indonesia dan lain-lain negara mempamerkan dan mengalu-alukan pengajian Ilmu Tasauf di dalam masyarakatnya dan ianya menjadikan suatu budaya dalam kehidupan seseorang yang beragam Islam.........Kenapa di negara Islam seperti di Malaysia tidak berlaku sedemikian rupa? Apakah kecacatannya? Apakah masalahnya? adakah tidak wujud seseorang yang bertanggungjawab untuk mengubah sesuatu kesesatan dan kejahilan tersebut? Bagaimana pula fungsi majlis agama negeri?
Madad Sidi Syeikh Mukhtar r.a telah meliputi timur dan barat. Bertaburan merata dunia dan setiap tempat dan kawasan. Melalui anak 'roh' Sidi Syeikh yang saban hari mengalunkan zikir dan selawat serta wirid-wirid yang lain. Beruntungnya jika semakin ramai seperti mereka di tempat dan kawasan yang kita diami.
Namun, perjalanan menyebarkan Thorikah ini amat sukar. Bukan semudah berkata-kata yang boleh diucapkan apa sahaja. Tetapi, hakikat ketinggian nilai itu, memang menjadikan ia amat sukar didekati dan dimiliki. Bahkan ramai yang berjaya memilikinya, namun terlepas kerana terleka dan terpedaya dengan keasyikan duniawi. Begitu juga sinar hidayah yang ada pada diri Wali Mursyid Khalifah Rasulullah s.a.w.(penganti baginda).
Pengalaman aku menceritakan segala-gala dalam jiwaku ini bahawa, ketentuan mengatasi kecerdikan. Di mana bila sesuatu itu sudah ditentukan oleh Yang Maha Bijaksana, maka kecerdikan manusia hanya mampu menjadi hiasan semata-mata. Tidak dipakai lagi. Kerana, kecerdikan akal hanya 'kunci' yang dipakai ketika 'membuka' sesuatu, namun tidak diguna lagi selepas berjaya membukanya! Kemudian selepas dapat dibuka, nilai kecerdikan akal akan terkeluar dari kotak pemikiran. Kerana.......................................menjadi rahsia peribadinya
Madad Madad. Madad Ya Sidi Syeikh!
Moga bumi Malaysia akan disirami madad Abal 'Ainain ( Syeikh Ibrahim Qurasy Dusuqy r.a ) yang pernah berkata : " Tidak akan akan sampai hujung usia dunia sehinggalah berkembangnya tarikatku ke masyriqain ( timur dan barat )
Marilah kita sama sama berusaha setakat yang kita mampu agar ada 'saham' yang telah kita sumbangkan dalam perjuangan yang penuh barokah ini. Amin
Maka dengan ini, aku rasa sudah tiba masanya kepada golongan-golongan ahli bertasauf menonjolkan diri masing-masing mengikut daya hikmat dan kebijaksanaan yang diberikan oleh Allah untuk membantu mereka yang memerlukan. Kemudian bersedia memberi khidmat ilmu berlandaskan fakta-fakta ilmu tasauf. Sebagaimana yang telah diterjemahkan oleh seorang yang mulia imam besar al-ghazali yang telah menerbitkan buku ihya'ulumuddin....kandungannya lebih kurang menyebutkan bahawa wajib ke atas setiap muslim mempelajari ilmu tasauf untuk membaiki dirinya dan menghindarkan diri dari melakukan perkara terkeji dan menghiasi diri dengan sifat yang mulia. Dalam erti kata sebenar sifat semulajadi manusia adalah yang lebih layak baginya adalah LEMAH- HINA- JAHIL DAN MISKIN.
Sebagaimana berkata Syeikh Khotim Al-jaiz: 'Barangsiapa mengatakan bahawa ia CINTA kepada Allah, tapi ia tidak mengamalkan apa yg disuruh dan mementingkan akhirat daripada dunia semata-mata, ia adalah PEMBOHONG, Barangsiapa mengatakan bahawa ia masuk akan Syurga, tapi ia bakhil atas hartanya untuk amal kebaikan, ia adalah PENIPU, Barangsiapa yang menCINTAI RASULULLLAH, tapi tidak mahu mengikuti sunnahnya yang dibawa dan dipikul oleh para aulia', maka itu adalah PENDUSTA. Oleh itu jangankan dikatakan dan mendakwa diri boleh rasa kasih dan sayang kepada rasulullah, kepada keluarga anak isteri ibu bapa pun belum tentu dapat diterjemahkan dalam sesebuah rumahtangga.
Maka dengan itu, segala amalan dalam bentuk ibadat zahir dan batin, seluruh waktu mereka tidak ada yang sia-sia kerana sentiasa dipenuhi dengan Asas-Zikir martabat-Zikir tetap-bacaan wirid - meditasi, maka setelah semuanya itu dapat diamalkan dengan istiqamah,ikhlas, jujur pada diri sendiri maka suatu masa nanti mereka akan dapat merasai nikmat hikmat hidayah dan rahmah sebagai WARID.
Buat pengetahuan semua untuk memahami secara kasar status wirid pula dalam pemahaman tasauf adalah dituntut oleh Allah. Maka sesuatu akan berlaku di dalam batinnya sebagai pemberian Allah yang berupa ketenangan, cahaya ilahi, kemanisan, tauhid yang mantap dan hidayah.
Akhir kata, sesuatu yg akan berlaku ke atas batinnya berupa hal-hal yang halus dan bercahaya sehingga denganya menjadi lapanglah dadanya dan bersinarlah hatinya. Perkara ini berlaku disebabkan peraturan kehidupannya sebagai seorang islam mengabdikan diri melalui sumber ilmu syariat melalui pelaksaaan bertasauf iaitu jalan menuju kepada kasih dan cinta kepada Rasulullah lalu tujuannya akan mudah tercapai melalui musyahadah, di mana ia berusaha sedaya upaya untuk memulihkan rohaninya lalu akan mendapat rahsia segala rahsia.
Sebagaimana berkata ulamak bahawa seseorang yang berthorikat itu menjadi medium atau jalan atau jambatan yang menghubungkan antara ilmu syariat yang diamalkan sekarang dengan hakikat kehidupan sebagai seorang manusia yang normal. Syariat yang dilakukan tanpa Tasauf ibarat tubuh badan manusia tanpa roh. Sesungguhnya seseorang yang bertasauf tanpa berthorikah adalah sia-sia.Sesungguhnya thorikah itu adalah sebagai pelengkap kehidupannya sebagai seorang islam yang bersyariat mengikut tatacara yang soheh dan dibenarkan dalam islam.

Monday, August 9, 2010
PERJALANAN DUNIA AKHIRAT AKAN JADI CACAT DGN SEBAB
Salam sejahtera salam mesra utk semua.
Hari ini saya nk sentuh skit sahaja bayangan tentang kecacatan perjalanan seseorang kepada dunia mahupun akhirat apatah lagi kepada tuhan. Kecacatan yang dimaksudkan ialah setiap perkara yang boleh membatalkan perjalanan hidup ialah hidupnya sentiasa dengan sikap malas- lemah semangat-jemu-riak-takjub dan hijab.
Kehidupan seseorang tidak berusaha mencari sifu untuk mendapatkan nilai musyahadah dengan mentahkikkan hati dengan menilik allah dana zahir dan batin tidak akan tercapai tanpa disirami baja fakir-lemah-hina-jahil........
bagaimana pula ingin mendapatkan apa yg dicita-citakan...adakah ?..kenapakah? mengapakah?bagaimanakah? dimana? apakah?.....

Friday, July 23, 2010
KENAPA TERTEKAN?
Tekanan perasaan melampau dalam diri berpunca daripada pelbagai masalah hidup dikatakan mampu menjadi ‘api’ yang membakar diri seseorang sehingga bertindak di luar batasan dan hilang sifat perikemanusiaan.Sesetengah bangsa yang mengalami masalah ini akan mengambil mudah untuk menyelesaikan dengan membunuh diri, ada sebahagiannya menjadi gila, manakala golongan orang-orang barat akan memakan aiskrim untuk mengurangkan tekanan tersebut.
Bagaimana pula situasi yang melanda kaum muslim yang beragama islam?
Pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, apabila seseorang itu suka memendam perasaan dan tidak berpeluang meluahkannya secara terbuka, maka sifat itu akan menjadi ‘kudis’ mempengaruhi fikiran untuk bertindak kejam.
“Kewarasan akal fikiran seseorang itu akan hilang apabila otaknya serabut dan sering berdepan masalah kerunsingan, maka secara tidak langsung tekanan dihadapi akan mencecah paras kritikal iaitu peringkat tertinggi.
“Ada pelbagai masalah menjadi penyumbang utama keadaan ini termasuk tekanan kerja, masalah peribadi dan pergaulan hidup”.
Di dalam akhbar ada melaporkan seorang lelaki menemui ajal di tangan adiknya sendiri akibat ditikam berkali-kali dengan pisau serta dipukul menggunakan objek keras sehingga otaknya bersepai selepas kedua-dua mereka bertengkar disebabkan bil elektrik rumah didiami bersama tertunggak mencecah RM2,000.
Amir Khan Abdullah, 53, ditemui terbaring dalam bilik tengah rumahnya di Kampung Laksamana, Gombak di sini, dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada badan, kira-kira jam 9.45 pagi semalam. Difahamkan, perbalahan mangsa yang tinggal bersama adiknya itu sejak 10 tahun lalu dan tidak memiliki pekerjaan berlaku kira-kira jam 4 pagi berpunca daripada bil elektrik yang tertunggak menyebabkan bekalan elektrik di rumah itu hampir dipotong.
Mengulas kenyataan itu, Dr Mohd Fadzilah berkata, tidak mustahil ada unsur metafizik atau gangguan luar seperti gangguan makhluk halus yang mempengaruhinya.
Rentetan itu, Setiap hari masalah ini berlaku dimana-mana, sekarang ini pun berjuta-juta manusia mengalami tekanan perasaan, suami sedih dengan sikap isteri yg curang, isteri sedih dengan sikap suami yang bermain kayu tiga,isteri sedih suaminya kawin lebih dari satu, ibubapa sedih dengan anak-anaknya yang bersikap buruk, ibubapa malu dengan anak perempuannya mengandungkan anak luar nikah, ibubapa sedih dengan mak ayah mereka bersikap dingin dalam perhubungan kekeluargaan, pasangan yang baru kawin mengalami kekurangan kewangan, anak-anak muda yang mengalami tekanan disebabkan perlakuan jahatnya terdedah oleh pihak polis, mengalami tekanan disebabkan kerana bahan fitnah.
Setengahnya bagaikan nak gila memikirkan keadaan dirinya asyik bergelumang dengan dosa dan maksiat,ada pula berfikiran tertekan disebabkan apakah erti hidupnya yang dibelenggu oleh berbagai masalah, ada pula memikirkan siapakah dirinya?kenapa dirinya dijadikan begini begini begitu?Ada pula tu duk benggong dengan kerinduan dan kebengongan mencari tuhan, mencari diri, mencari wali, mencari nabi mencari makna kehidupan.
Dengan sebab perkara ini sering berlaku, wujudnya ilmu tasauf ilmu hakikat, wujudnya thorikat untuk memberi peluang kepada mereka untuk menerokai dan memahami apa isi kandungannya.Perkara seumpama ini perlu diselesaikan sedikit demi sedikit bagi memahami eeti kehidupan yang sebenar dan sejauhmana kita akan mengenalinya.......carilah jawapannya yg ada di dalam ruangan yang terdahulu mengenai kisah-kisah yang berkaitan. diharapkan kalian semua menemui jawapan yang sesuai dengan level iman anda....sekian terima kasih

KENAPA-MENGAPA-APAKAH BERTAUBAT?
Taubat adalah satu langkah nyata seseorang hamba dalam menyesali dosa-dosanya. Orang yang bertaubat akan sentiasa berusaha menahan dirinya (bukannya mudah saudara-saudara nk menahan diri dari kesalahan-kesalahan tersebut) dari kembali melakukan kesalahan/maksiat yang sama berulang-kali.......Sesungguhnya perkara ini memerlukan beberapa proses yang rapi.
Tidak mencukupi hanya menyesal semata-mata,tidak memadai dengan berniat sahaja,tidak sempurna dengan solat hajat, tidak selesa dengan solat taubat semata-mata, tidak bahagia hanya membaca quran.................sesungguhnya kuncinya ada pada seorang wali....pergilah dapatkannya.......
Sebagaimana saidina yang paling mulia paling agung nabi muhammad s.a.w bersabda: "barangsiapa yang melazimkan serta beristiqomah memohon keampunan(beristiqfar) kepada allah setiap saat, maka allah akan membuka segala jalan kesempitan yang ditempuhinya, manakala yang berada dalam kesedihan dan kesengsaraan akan dibahagiakannya dan akan diberikan rezeki dan keberkatan tanpa hitung (tanpa sebab)".
Manusia adalah makhluk yang selalu diancam oleh hawa nafsu dan syahwat yang mengintai dan sentiasa bersedia menyeretnya ke lembah kubangan maksiat. Lalu berlakulah dosa dan diikuti pula penyesalan tanpa kesudahan. Namun, kerap-kali terjadi betapa ramainya yang tidak tahu apa yang mesti dilakukan ketika menyesal dengan perbuatan maksiat yang telah dilakukan. Ramai yang terpinga-pinga bagaimanakah sebenarnya mahu bertaubat, adakah taubat diterima, bagaimana mahu meninggalkan maksiat, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya bertaubat, dan pelbagai lagi persoalan yang timbul di fikiran.
Memandangkan zaman dah berubah dunia dah maju,berbagai dorongan dan kejahatan yang sering menghantui jiwa masing-masing. dengan adanya perkhidmatan internet,jalur lebar tanpa sempadan ini telah membuatkan diri seseorang itu dimanjai dan akhirnya leka dan lama-kelamaan entah jadi apa.......itulah lumrah kehidupan manusia yang berpaksa berjihad sungguh-sungguh untuk menangani masalah tersebut.Semuanya tidak kira usia atau status. Semuanya akan tewas....berbagai-bagai kisah yang kita dengar dan tengok dalam berita, kebanyakan kes-kes zina-zina-zina-seks-seks-duit-duit-duit......aduhai!!!!!saya sendiri pun taktau nk komen.....
Dari sudut lain pula, muncul pula kelompok manusia yang mendabik dada dirinya suci tetapi suka mencela dengan sombong dan merendahkan mereka yang mahu bertaubat kembali ke pangkal jalan yang baik. Dalam satu sisi yang lain, terfikirkah kita bahawa orang yang merasa berdosa/bersalah lalu mahu kembali kepada kebaikan itu adalah jauh lebih baik berbanding orang yang suka mencela orang lain dengan perasan menganggap dirinya sentiasa suci tanpa dosa.
InsyaAllah, dengan artikel yang ringkas ini selain memberi harapan kepada mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan, ia turut memberikan sebuah penjelasan yang terperinci berkaitan perngertian dan tatacara taubat yang sebenar. Selain itu, saya juga mampu memberi sedikit tips-tips dan clue-clue dan ingin mengajak kepada masyarakat awam agar sentiasa bersifat rendah hati, bijaksana, dan memberi motivasi/semangat kepada golongan yang mahu kembali kepada kebaikan.
Di antara kandungan buku yang terjual dipasaran mempunyai macam-macam untuk membantu masyarakat tentang penjelasan hakikat taubat, syarat-syarat taubat, tanda-tanda diterimanya taubat, taubat berlaku untuk setiap dosa termasuk dosa tanpa sedar, taubat nasuha, penjelasan tentang bentuk-bentuk maksiat, hakikat syirik dan taubat, perkara-perkara yang mengahalang taubat seperti syirik, bid'ah, kejahilan dan berburuk sangka kepada Allah, kemudiannya buku-buku yang dijual juga turut menjelaskan berkenaan penawar-penawar maksiat iaitu perbuatan yang dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Yang terakhir, buku tersebut turut membimbing anda melakukan solat Taubat dan amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa.
"Ya Allah! Bantulah kami, Engkau sebagus-bagus Penolong, bukakanlah (menangkanlah) kami, Engkau sebagus-bagus yang membukakan, ampunilah kami. Engkau sebagus-bagus Pengampunan, kasihanilah kami, Engkau sebagus-bagus Pengasih, berilah kami rezeki. Pemberi Rezeki, tunjukkanlah kami dan hindarkanlah kami dari diri kami yang menzalimi diri kami sendiri serta dari kaum yang zalim.

Friday, July 2, 2010
ALAHAIII DUNIAAA

Alahai dunia!!!!!!!!!!!!!!!alahai Duit!!!!!!!!!!!!!!!alahai nafsu!!!!!!!!!!Sebilangan BESAR penghuni muka bumi hidup dalam serba kekurangan dan selalu tidak mencukupi. Usaha kerajaan disesebuah negara selalu melaungkan ingin membasmi kemiskinan dan ingin mengubah kekurangan kewangan masyarakat. Sehinggakan hidup melarat kepada golongan yang lemah selalu ditindas selalu ditipu selalu diperdagangkan selalu ketinggalan selalu tersisih.
Kehidupan mereka dihina dimaki dan dibiarkan begitu sahaja. Berbagai cara dan usaha yang ingin mereka lakukan. Namun hasilnya tetap tidak mencukupi.
Puncanya ialah kerana ketiadaan wang. Apakah ini dinamakan TAKDIR?adakah dinamakan musibah?adakah dinamakan Nasib? Apakah ia muktamad di sisi kehendak ALLAH.
Bukankah kita disuruh berikhtiar mencari rezeki. Bukankah kita disuruh berusaha merubah diri? Daripada berpeluk tubuh kepada bertebaran di muka bumi? Daripada kedudukan hina kepada kemuliaan. Sudah hilangkah akal? Berpada dengan takdir ALLAH? Beranggapan dengan hidup biasa-biasa boleh bahagia atau tenang dalam kehidupan. Atau hanya menunggu saat kematian akan tiba?Atau tidak perlu memikirkan masa depan dan matlamat hidup? Tiada arah tujuan.Atau adakah hanya memandang sudut akhirat sahaja?Adakah berbaloi dengan apa yg telah ada?Hebat punya pukulan dan tempias kuasa Wang ni kan!kan!.Ianya mempunyai kuasa yang luar biasa dalam mempengaruhi kehidupan manusia di atas muka bumi walaupun pada hakikatnya wang hanyalah suatu ILUSI dan rekaan manusia sahaja.DUIT@FULUS@DOLLARS@ BATH@JUNAIH@DINAR boleh menjadikan manusia bahagia-sihat-bersemangat-kuat- berkuasa-ego-yakin-cakap besar-takabur-riak-bertenaga-dimuliakan-dihormati-disanjungi dan juga punca kepada banyak musibah yang melanda manusia sejak dahulu seperti selalu sakit-lemah-miskin-hina-perpisahan-pergaduhan-kecurian-kejahatan-kemurkaan-sengsara- lemah semangat-hasad dengki.
Persoalannya sekarang yg ingin saya utarakan ialah bagaimana DUIT boleh menjadi ’penentu’ kepada kebaikan atau keburukan yang menimpa manusia? Apa sebenarnya DUIT?Apa sifat duit sebenarnya?di mana asalnya? ke mana ia akan pergi?sampai bila akan bernilai pada dunia? Kenapa negara yahudi begitu berkuasa untuk menghancurkan manusia yg tidak bersalah?
Kerana DUIT........................
Wang mempunyai kuasa tertentu di atas bumi ini. Bukan berhantu sebagaimana fahaman sesetengah orang lama yang mengatakan bahawa jika kamu pandai jaga wang maka wang akan menjaga kamu. Tapi ada wang memang membantu.Masalahnya wang sememang dan sebetulnya berhantu juga.Kenapa pula? Kalau nk tahu jawapannya cuba kita nisbahkan kepada diri sendiri......dan menjiwai perwatakan diri kita sendiri semasa ketiadaan wang...apa tindakan kita?kita akan bekerja dan berusaha....bila memiliki wang......bagaimana perasaan bila memiliki wang yang tidak terikat dengan pinjaman atau hutang dengan sapa-sapa? bagaimana merasainya,contohnya bila ada duit,ada-ada saja kehendak,nak beli itu dan nak beli ini.Sedangkan ianya tidak penting tidak wajib dan disegerakan.pelik kan tuh.....
Semasa memiliki DUIT yang banyak melebihi kebiasaannya, bagaimana situasi diri kita....tidakkah kita akan tergilakan lagi untuk mendapatkan lebih banyak lagi........siang malam tidur rehat semasa bekerja semasa makan, apa yg difikirkan apa yang dicakapkan apa yg dibincangkan?semestinya bab DUIT.kalau diri sendiri tidak memilikinya,dirinya akan bercakap tentang orang lain yang memiliki DUIT yang banyak pula....
Bukan lagi suatu rahsia kenyataan bahawa wang adalah alat untuk hidup dan mengecapi impian hidup manusia. Wang bukan matlamat. Cuma wang jadi perantara untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan daripada manusia. Tak ada yang free. Begitu juga kepada guru yang mengajar al-quran,kalau dia tidak ada pekerjaan lain dan hanya menumpukan kepada pengajaran itu semestinya memerlukan upah dan bayaran kepada perkhidmatan tersebut, memandangkan kehidupan sekarang memerlukan wang. Adakah memadai mengharapkan ganjaran dan balasan pahala semata-mata? sedangkan kehidupannya perlu makan minum.
Lain pula situasi guru-guru yang mengajar al-quran di zaman dahulu kala, walaupun mereka tidak mendapatkan apa-apa upah pun, kerana mereka sudah memiliki pekerjaan kampung yang biasa mereka lakukan.Tambahan pula pada ketika itu tidak memerlukan sesuatu barang yang ada pada masa kini.Begitu juga dengan guru-guru agama seperti tok imam, tok bilal, tok guru yang mengajar di masjid dan surau. Kalau zaman sekarang ini tidak dinilai dari segi upah semestinya ramai yg tidak memberi perkhidmatan tersebut.Zaman dah berubah,dunia dah maju.
Oleh itu setiap orang perlu didedahkan cara bagaimana memperolehi wang. Setelah itu perlu tahu pula bagaimana menggunakan wang agar wang yang diperolehi tidak lenyap sekelip mata. Senario berlakunya 'kehilangan wang' ini sangat berkait rapat dengan mentaliti golongan pengguna. Lazimnya wang yang dapat hujung bulan masuk poket kanan keluar poket kiri - tiada yang tertinggal dalam poket tu. Kemudian kebiasaanya yang berlaku pada awal bulan terima gaji, selepas tiga hari menerima wang gajinya, poket sudah kosong.Kesiannnnnnnnn!!!!
Pendedahan bagaimana yang sesuai dengan seseorang itu untuk mendapatkan side income? Senario sekarang ramai yang berkecimpung dalam dunia networking. Mereka mencuba dan belajar dan mengikuti berbagai kursus untuk membentuk mentaliti yang tinggi dan kuasa ilmu yang hebat bagi mencipta rangkaiannya sendiri. Namun ramai yang melakukan sekerat jalan.
Adakah ia di katakan gagal? adakah dia tidak sesuai dengan pekerjaan itu? adakah selalu ditipu oleh syarikat? adakah orang tidak mempercayainya? adakah dia perlu mencuba sampai bila- bila? Bila ia akan menemui kejayaan dan kekayaan? adakah dia dilahirkan gagal dan kurang? Apakah jaminan yang akan diterima oleh seseorang itu apabila menceburi di dalam sesuatu perniagaan. Apakah risikonya?Apakah kebaikanya?
Kalau seseorang ingin mencuba berniaga, Apakah perniagaan yang sesuai? kadang-kadang tengok pada minat dan faktanya. Ada yang cuba menjual sesuatu produk-produk yang sesuai bagi minatnya atau membuka kedai makan contohnya? Sejauhmanakah ianya boleh bertahan? Pasang surut kehidupan manusia sebenarnya sukar utk diterjemahkan kpd seseorang.melainkan diri mereka sendiri membuat kajian dan meneliti kuasa mencipta kekayaan diri dan dihiasi dengan kebahagiaan ketenangan dan hidup dengan penuh simple dan tidak melupakan dunia akhirat. Tambahan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang tinggi.
Salah satu definasi financial intelligence ialah selama mana wang dapat bermastautin dalam poket anda. Jika pendek tempohnya maka rendahlah financial intelligence seseorang. Anda bagaimana? Kemuncak kepada financial intelligence ialah kekayaan berpindah dari satu generasi ke satu generasi. Seperti yang berlaku kepada beberapa keluarga super rich di Eropah.
Berbalik kepada pakar motivasi pakar ekonomi yang memberi tip-tip utk mengorak langkah dalam mencapai kekayaan berbagai bentuk, begitu juga buku-buku motivasi mengajar erti kehidupan dan buku-buku mencipta WANG dan macam-macam hal lah.
Hakikat bukannya ingin hidup saja memerlukan wang. Tetapi bila menemui saat kematian pun juga memerlukan wang, untuk upacara pengkebumian dsb. Kalau boleh nak juga tinggal seringgit dua kepada anak isteri, bagi yang berkahwin. Lebih baik kalau tinggal seringgit dua lagi untuk tujuan wakaf.
Sungguhpun begitu saya kagum dan bangga dengan mereka yang membuat keputusan tidak mahukan wang yang banyak."cukuplah apa yg ada". Mereka memilih untuk sekadar cukup makan pakai. Mereka redho dengan cara itu.Saya pun bangga dengan mereka yang berusaha dengan gigih tetapi tidak menyusahkan orang lain utk meraih keuntungan yang besar.Tetapi bagaimana pula situasi kepada penulis yang merepek macam saya nie?heheheheh!!!
pokok pangkalnya....kalau dunia ini dipenuhi dengan orang yang bekerja sebagai pegawai polis, siapa pula akan menjadi penjahat?kalau semua miskin,takkan bank pula akan wujud?kalau semua jadi cikgu,siapa pula akan jadi anak murid?kalau semua kaya raya,siapa pula yg akan miskin?.
belajarlah ilmu syariat belajarlah ilmu tasauf dan akan mengetahui hakikatnya kehidupan di dunia ini.sekian terima kasih......saya ciplak sikit bahan idea dari blog dr nordin.saja jer nk tmbhkan lgi hujah yg munasabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)