Thursday, June 3, 2010

APA CERITA NI?


    Ramai orang menunggu-nunggu peluang. Pada zaman skrg ni byk perkara yg berlaku,zaman dah berubah dunia dah maju.Jadi sekarang ini sudah menjadi sebilangan kecil kpd sebahagian besar yang mencarinya. Tersangat sedikit daripada bilangan yang kecil itu berusaha mencipta peluang. Apa kedudukan anda?

    Tanpa disedari saya meneliti dan mengkaji serta memerhatikan banyak kes yang berlaku secara luaran mahupun yg dalaman.Saya telah menghabiskan hampir 20 tahun menunggu dan mencari jawapan yang lojik serta munasabah utk diterjemahkan di dalam kehidupan. Apa yang ditunggu pun tidak jelas. Untung sabut timbul untung batu tenggelam, pepatah melayu. Sejak 7 tahun yang lepas akhirnya saya dapat melepasi kategori penunggu tu Memang seksa giler jadi penunggu. Dalam anjakan yang dibuat tu terdapat beberapa keputusan besar yang perlu diambil. (Perkara ini akan dibongkar apabila tiba masanya.) Taklah ke peringkat antara hidup dan mati! Sampai ada yang menegur, "Kenapa ambil risiko. Kekal cara sedia ada kan baik. Kenapa nak buat kerja gila macam tu."

Alhamdulillah kini saya sudah menjadi pencari. Pencari peluang. Tak nak tunggu lagi dah. Diunjur ke masa depan 5 tahun lagi, targetnya nak upgrade kan diri menjadi pencipta peluang hidup sendiri berpandukan dengan pegangan agama di era globalisasi pula. Ameen.

Ambil inspirasi daripada kata-kata:
"Great people talk about ideas. Average people talk about things. Small people talk about other people."

Mungkin dapat disetarakan penunggu peluang tu dengan jenis minda yang suka bercakap tentang orang. Pencipta peluang setara dengan jenis minda yang gemar bercakap tentang idea. Agak mustahil minda yang suka cakap tentang orang dapat mengeluarkan idea bernas.

Kembali kepada soal risiko. Bukankah hidup ini berisiko? Sejak hari pertama hendak dilahirkan sudah ada risiko -- antara hidup dan mati.  Tak mati di medan perang, mati di rumah. Setiap hari kita mendengar berita baru-baru setiap masa, mati dilanggar kereta dan macam-macam ada. Siapa sangka. Nampaknya risiko ada di mana-mana. Kalau lari dari ketakutan lebih baik berhadapan. Dalam perkara yang nak diceburi sudah tentu perlu ada persiapan sebelum terjun. Kalau dah tahu tak boleh berenang kenapa terjun tanpa life jacket.

Namun tak perlu tunggu semua dah sempurna baru nak terjun. Bagi yang nak tunggu perfect tu biarkan mereka. Bagi saya pula sedang asyik menikmati keselesaan kereta yg memuaskan hati pengguna,takkan inginkan terbabas melanggar pembahagi jalan.Oleh itu tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang sempurna ada di syurga ciptaan allah yg akan diberikan kepada sesiapa sahaja yg dia pilih tanpa syarat atau rukun. Di dunia semuanya berisiko dan tidak sempurna. Teruskan menongkah arus. Teruskan pendakian. Tak perlu pandang belakang.

Ringkasnya, minda kaya ialah minda segar yang mencipta peluang. Minda yang mempunyai agenda besar. Minda yang melahirkan idea. Minda yang tidak kenal apa itu risiko. Itulah fitrah kejadian manusia.

Berbalik kepada kisah sekarang ini yg menjadi cerita yang topten antara hubungan suami isteri, rumahtangga mereka yg baru bermula,ada yg hampir hancur dan ada yg sudah retak dan berbagai masalah yg timbul.Kebanyakan yg kita lihat golongan isteri-isteri teraniaya,suami pula bersedap-sedap dan berlazat di luar sana.Di dalam hal ini,adakah golongan suami yg bermasalah dan bersalah?Jadi oleh itu, mari lah sama-sama kita buka minda dan tidak menuding jari kemana-mana pihak,situasi dunia skrg ni, nisbah bagi kaum lelaki dengan wanita adalah (1:50).

Kalau kita bercakap dan bertanya kabar situ sini,kenapa ramai golongan suami tambah isteri, itulah yg menjadi persoalan yg tidak dapat diterima oleh golongan isteri.Mereka hanya tahu menganggap bahawa suami tk kenang budi la,tidak menghargai perhubunganla,tidak dapat membalas pengorbanan isteri la dan tidak jujur la,curang la dan macam-macam hal lah..........

kalau kita bercakap pasal poligami,si suami tambah isteri pada 30tahun yang lepas, memanglah lojik kerana ianya jarang berlaku memandangkan pada waktu itu,golongan isteri memiliki pengetahuan agama yg tinggi.Tabah-kuat-sabar-semangat-cool-sikap terbuka dan serah pada takdir dengan redha dan hepi.

Namun kini,30 tahun kehadapan,golongan isteri hanya pandai membangkang dan mengkritik dan tidak berpuas hati kerana iman dan pengetahuan agama mereka agak nipis bagaikan kulit bawang.Apabila mereka berada dalam zon selesa-aman-tenang-selamat-bahagia.Maka kehidupan seorang isteri hanya hidup dalam beragama biasa-biasa saja.Ada masa buruk sangka, ada masa meradang,ada masa tidak penyabar,ada masa pemarah,ada masa benci dengan suami,ada masa tidak hormat suami,ada masa melawan cakap suami,ada masa membantah, ada masa buat bodoh dengan suami,ada masa mengabaikan suami,ada masa tidak berpuas hati,ada masa tidak boleh bergurau.Itulah dinamakan seorang yg beragama islam biasa-biasa saja.

Apabila dirinya dirundung seribu masalah,bermulalah nak insaf.....tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu saja insaf,tapi nafsunya duk mengekang utk belum bersedia utk berubah.
Lama kelamaan,dirinya diuji lagi dan mengalami penganiayaan,maka barulah ia mula terasa ingin berhijrah dan berubah...tetapi masih belum bersedia dan dia menganggap dirinya masih belum layak untuk berubah sikap dan sifat luar dan dalam,apatah lagi utk berusaha utk mengenal diri.
Setelah diberi tekanan oleh dunia melalu takdir allah,disitulah ia merasakan dirinya sudah tidak ada makna lagi,maka dia merasakan dirinya sudah tidak ada makna lagi utk hidup di dunia ini. dia sudah menyerah kalah dan rebah tersungkur,Disitu lah akan terbuka buku baru utk dirinya MENGENAL DIRI............................SIAPAKAH DIRIKU SEBENARNYA?APAKAH TUJUAN AKU HIDUP DI DUNIA INI?APA TUGAS AKU SEBAGAI SEORG INSAN? BAGAIMANA BERAKHIRNYA KEHIDUPAN AKU?

Tuesday, June 1, 2010

UJIAN HIDUPKU

Salam bahagia salam ketenangan.....tidakku sangka panas ditengahari tapi rupanya hujan jugak yer.... begitulah ujian,masalah,cabaran,bala,malapetaka, yg terpaksa dilalui dan ditempuhi oleh setiap manusia yg sentiasa percaya kepada tuhan......iman seseorang yg dapat membezakan antara apa itu ujian apa itu maksiat apa itu bala apa itu nikmat......jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit kisah malang yg berlaku kepada saya sekeluarga...kereta mewah dan mahal dan selesa yg baru saya miliki dalam dua bulan ini yg memiliki rupa yg cantik putih berseri2.....kini sudah hancur dimakan besi pembahagi jalan....kejadian ini berlaku dihighway dari kuantan menghala ke pekan selepas persimpangan ke tanjung lumpur,sungai soi.kejadian ini berlaku pada kul 5 petang.

ketika kejadian ini berlaku....saya sekeluarga menikmati keselesaan kereta camry ini,dengan kelajuan 150km sejam,ketika hujan mula turun,saya cuba memperlahankan kelajuan itu,lebih kurang ia turun kepada 100km sejam, entah tetiba dalam selekoh biasa saja........kereta saya berpusing2 sebanyak 3 kali.....pada waktu itu, saya kelu sekejap dan tktau nk buat apa....kemudian datang seseorang yg ingin memberi bantuan....dan menyuruh kami sekeluarga keluar dari kereta itu..memandang kereta2 dari arah sana yg begitu laju.....

dan ada beberapa org cuba datang menolak kenderaan saya ke tepi....alhamdulillah semua keluarga saya tidak mengalami kecederaan.....saya pun ada terfikir,kenapa perkara ini berlaku yer.....hairan bin ajaib.....inilah yg dinamakan takdir allah...dia melakukan kepada sesiapa sahaja....tidak kira tua atau muda,miskin atau kaya..berilmu atau jahil....org yg alim atau jahil....dalam hal ini saya sudah ceritakan di dalam bab ujian hidup dalam tajuk yg lepas2.......kalau setakat nk cakap saja dan tidak pernah mengalami kesukaran hidup....tk perlu laaa bercakap besar sejauhmana utk menempuh sebarang ujian hidup.....oklah nanti saya sambung lagi citer ini....sekian terima kasih...

Wednesday, May 26, 2010

KEYAKINAN DAN HARAPAN?

KEYAKINAN DISERTAI DENGAN HARAPAN IALAH  DIADAPTASI MELALUI PERBUATAN. JIKA TIDAK BERLAKU SEDEMIKIAN IA ADALAH MENJADI ANGAN-ANGAN KOSONG.

keyakinan yg disertai pengharapan dan angan-angan adalah dua perkara yang serupa  tetapi datang melalui saluran yang berlainan, lalu meninggalkan kesan yang berbeza. Segala perkara yang asalnya datang dari Kudrat dan Iradat Allah.Tetapi akan diasingkan apabila sampai ke perbatasan langit dunia. Sebahagiannya diserahkan kepada dunia dan sebahagian lagi dipelihara daripada gangguan dunia. Apa sahaja yang diserahkan melalui dunia akan melahirkan kekeliruan dan keraguan serta menutup kebenaran.

Apa yang tidak diusik oleh dunia akan tetap berada dalam kesucian yang murni dan tidak putus dari tali kebenaran. Sesiapa yang menerima hidangan dari dunia akan menerima kesannya iaitu gambar-gambar sangkaan dan khayalan tersebut. Salah satu kesan yang didatangkan oleh dunia adalah angan-angan. Angan-angan adalah sejenis alam khayalan atau ilusi yang berada di bawah bumbung langit dunia. Di dalam alam ini seseorang itu boleh mendapatkan apa sahaja dengan cara berkhayal, dan yang diperolehi dari khayalan itu menimbulkan sejenis kelazatan atau kepuasan kepada nafsu orang yang berkenaan. Misalnya, seorang pemuda yang tergilakan seorang gadis, boleh mendapatkan gadis itu di dalam alam khayal dan berbuat apa sahaja yang mendatangkan kelazatan dan kepuasan.

Alam khayalan ini juga yg disambut dan diamalkan oleh penagih-penagih dadah dan peminum arak. Banyaklah yang boleh didapati di dalam alam khayalan, tetapi apabila kesedaran datang semula seseorang itu akan berpisah daripada semua yang dimilikinya di dalam alam khayalan tadi. Kelazatan di sana boleh dinikmati di sana sahaja, tidak boleh dibawa kpd alam nyata ini.

Pada saluran yang tidak diganggu oleh dunia, perkara yang berbeza terjadi. Apabila seseorang memperolehi kurniaan dari Allah yang tidak dikotori oleh dunia, akan lahirlah satu tenaga di dalam dirinya yang dinamakan harapan. Jika angan-angan mengheret seseorang kepada alam khayalan, harapan pula mengemaskan kedudukannya berpijak di atas bumi kenyataan. Tenaga harapan adalah tenaga yang datangnya dari Allah. Pengurniaan tenaga harapan adalah tanda bahawa si hamba itu diasingkan daripada kekufuran kerana tidak BERPUTUS ASA melainkan orang kafir.

Tenaga harapan menjadi benteng memisahkan iman daripada kufur. Orang yg memperolehinya sebenarnya mendpt taufik dan hidayat dari Allah. Apabila Allah mengurniakan kpd hambaNya harapan itu tandanya yang Allah berkenan membawa si hamba itu kepada apa yang diharapkan. Tenaga harapan akan menggerakkannya menuju kpd apa yg disediakan untuknya. Pergerakan atau amal tidak terpisah daripada tenaga harapan. Jauh sekali perbezaan antara orang yang berharap dengan orang yang berangan-angan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang bodoh adalah yang memperturutkan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapatkan syurga dari Allah.
( Maksud Hadis )

Manakala kaitan dengan firman Allah pula menyebutkan:
"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” ( Ayat 23 : Surah Fussilat )

Orang yang diheret oleh angan-angan akan jatuh ke dalam jurang kebinasaan dan akan terlanggar dinding sendiri, rugi di dunia dan lebih rugi lagi di akhirat.Orang yang diheret oleh harapan dengan berbagai-bagai amal dan usaha dan pemikiran positif dan kedepan dan tidak pandang kebelakang serta mendoakan hajatnya akan tercapai dan bersedia dengan sebarang keputusan baik atau buruk,mereka itulah yang akan berjaya, baik di dunia dan lebih baik  lagi di akhirat.

Saturday, May 22, 2010

JANGAN JADI SEORG ISLAM YG KAKU

Salam sejahtera salam mesra, marilah kita kembali kepada persoalan apakah orang-orang yang tidak mengikuti agama yang benar TETAPI melakukan pekerjaan dan perbuatan sesuai dengan ajaran agama yang benar, semua amalannya itu akan diterima oleh Tuhan. Kita sudah membincangkan secara ringkas tentangnya, tetapi bagaimana pula alasan logik yang diajukan oleh kaum intelektual dan kita juga sudah memperhatikan apa yang mereka kutip dari Al-quran dan as-sunnah sebagai landasan fundamentalnya.

Sekarang kita akan lihat, apakah jawapan dari mereka yang disebut dengan kelompok orang-orang soleh. Kelompok yang menentang bulat-bulat pendapat yang diajukan oleh kaum intelektual tersebut.Mereka mengatakan secara tegas bahwa perbuatan baik non muslim (bukan muslim) tidak mungkin akan diterima oleh Tuhan. Perbuatan orang-orang kafir itu tidak ada nilainya sama sekali dimata Tuhan, semua amal perbuatan mereka itu akan ditolak dan tertolak. Kelompok orang-orang soleh yang berpikiran kaku ini juga tidak lupa untuk membawa dua alasan penting untuk mendukung pendapatnya, iaitu :

Alasan penting yang pertama adalah alasan rasional, kalau memang perbuatan baik non muslim itu diterima dan perbuatan baik muslim juga diterima jadi apakah bezanya menjadi muslim atau non muslim. Demikian juga sebaliknya, kalau perbuatan buruk non muslim akan mendapat hukuman dan perbuatan buruk muslim juga mendapat hukuman yang sama, jadi di mana letak perbezaannya antara menjadi muslim dan bukan muslim. Dalam hal ini apa pengaruhnya menjadi muslim atau non muslim?

Alasan penting kedua adalah alasan berlandaskan Nas, mereka mengutip dalil dengan merujuk kepada apa yang tertulis pada al-quran surat 14 ayat 18 :

“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.”

Dengan bermodalkan ayat ini, maka kelompok orang-orang soleh yang berpikiran sempit tersebut menegaskan bahwa perbuatan mulia semulia apapun, sekalipun lebih mulia dari perbuatan dan pengabdian para nabi sekalipun, maka sungguh perbuatan mereka akan sia-sia belaka jika tidak digandingkan dengan keimanan kepada Tuhan.

Dan untuk melengkapi dalilnya, mereka juga terkadang mengambil ayat yang lain dari al-quran , seperti surat 24 ayat 39 :

“Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya”

Dengan menambahkan ayat ini, maka sudah semakin kuatlah perhitungan atas orang-orang kafir, perbuatan mereka semuanya akan sia-sia dan bagaikan sebuah fatamorgana. Seolah-olah ada dan bermanfaat padahal tidak ada dan tidak berguna sama sekali.

Sampai disini kita sudah melihat, apa dan bagaimana alasan-alasan logik yang disampaikan oleh dua kelompok yang paling berpengaruh tersebut. Jalan pemikiran pertama mengatakan semua orang boleh dan dibolehkan masuk surga tanpa membeza-bezakan agamanya, apakah muslim atau non muslim semuanya sama saja dimata Tuhan.

Tafsiran ayat-ayat al-quran mahupun hadis mempunyai tafsiran yg sungguh luarbiasa dan bertingkat-tingkat levelnya.Sebagaimana ayat-ayat tersebut pula boleh diukur melalui maksud makna kalimah asal seperti contohnya yg dapat kita lihat mengenai orang-orang kafir itu boleh diertikan juga kepada org islam yg tidak menepati landasan agama pula akan berubah menjadi org kafir.

Ada sebahagian juga tuhan mengatakan bahawa kalau seseorang muslim itu syirik khafi, lama kelamaan ia akan menjadi kafir.......begitu juga kalau mrk syirik khabir sejelas2nya boleh jatuh hukum kepada kafir juga....jadi daripada kesan utk menjadi seorang yg cerdik sahaja di dalam agama memang tidak dpt melengkapi pengurusan kehidupan mreka, Oleh itu mereka perlu diterapkan sebanyak-banyak ilmu untuk mencapai darjah cerdik dan bijaksana.Apakah ertinya awwaluddin makrifatullah,apakah maksudnya hendaklah kamu menyembah allah seolah2 kamu melihatnya dan seandainya kamu tidak mampu,maka kamu andaikan dan bayangkan seolah2 tuhan melihat kamu.....manakala apakah pula ertinya seandainya kamu tidak mengenal allah,bagaimana kamu layak utk menyembahnya......

Kelompok yang lain mengharamkan syurga terhadap umat manusia manapun kecuali mereka muslim. Syurga tertutup untuk orang-orang non muslim, syurga dibuat khusus untuk orang Islam. Syurga pula disediakan kepada harga dirinya dan kepada pengikutnya sahaja. Pendapat kelompok manakah gerangan yang paling logik dan yang paling masuk akal yang boleh kita terima? Apakah pendapat kelompok pertama ataukan pendapat kelompok yang kedua dan pendapat golongan lain?Atau apakah masih ada pendapat yang lain diluar pendapat tersebut?

Thursday, May 6, 2010

ADAKAH MEMADAI DGN CERDIK SAHAJA?

Salam sejahtera,salam ingatan tulus ikhlas,artikel kali ini saya ingin sampaikan diberi judul ‘ada berapakah agama yang benar’. Kita telah sampai kepada pertanyaan apakah orang-orang yang tidak mengikuti agama yang benar TETAPI melakukan pekerjaan dan perbuatan sesuai dengan ajaran agama yang benar, semua amalannya itu akan diterima oleh Tuhan?

Misalnya agama yang benar telah memerintahkan untuk berbuat baik kepada semua manusia, mendukung hak-hak orang yang tertindas, menengahi perselisihan, memerangi para pemeras dan penindas, menolong orang-orang yang bernasib malang, membantu orang-orang miskin, menegakkan keadilan dan memberikan pendidikan sebagaimana tugas kenabian pada setiap zamannya. Lalu kita bertanya apakah mereka yang melakukan tugas-tugas kenabian tersebut akan diberi pahala atau tidak?

kesimpulannya buat baik atau buat jahat yg tidak menuyusahkan orang lain itulah yg menjadi motif utama dalam kehidupan bermasyarakat.Tetapi budaya yang diamalkan dalam islam ini sudah menyeleweng dari landasan yg sebenar...ramai yg berbuat kebaikan di dalam kehidupannya tetapi banyak menyusahkan orang ramai, kebanyakannya mereka tamak dalam merebut keuntungan dunia dan kedekut sehinggakan menyusahkan orang lain. Sebahagian drpd mrk hanya berbuat kebaikan apabila membuat hubungan dengan tuhan, tetapi hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk di abaikan.

Dengan kata lain apakah keimanan kepada satu agama yang benar adalah sebagai prasyarat untuk memperoleh pahala disisi Tuhan? Disini kita akan menemukan dua jalan fikiran yg paling berpengaruh. Pertama adalah logikal perdamaian mutlak (Absolute Conciliation) yg dibawakan oleh kaum intelektual, dan yang kedua adalah logikal manifestasi murka Tuhan yg melebihi kasih sayangNya yang dibawakan oleh orang-orang soleh yang kaku.

Mereka yang disebut kaum intelektual ini mengajukan argumennya dengan berbagai macam bukti, baik bukti rasional maupun bukti yang ditemukan di dlm kitab suci Al-quran.Mereka mengatakan bhw semua perbuatan baik sebagaimana yg disebutkan diatas itu pastilah akan mendapat pahala dari Tuhan dengan alasan :

Pertama, Allah memiliki hubungan yang sama terhadap semua wujud yang ada, Allah tidak memiliki hubungan kekerabatan dengan siapapun. Allah tidak rasis, Dia ada dibarat dan juga ada ditimur, Ada diatas dan juga ada dibawah, Allah ada dimasa sekarang, masa lalu dan masa yang akan datang. Bagi Allah sama saja semuanya, Dia meliputi segala sesuatu, dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Allah tidak memiliki ikatan keluarga dan hubungan khusus dengan siapapun dan dari bangsa manapun, tidak dengan orang barat, timur, utara, selatan atau yang lainnya. Oleh karena itu tidak masuk akal kalau Tuhan memilih-milih siapa yang akan dimurkainya dan siapa yang akan dikasihinya dengan mengabaikan amal perbuatan manusia dari golongan tertentu dan menerima amal perbuatan dari kelompok yang lain.

Karena hubunga Allah dengan semua manusia adalah sama saja, maka tidak mungkin dan tidak masuk akal kalau Allah menerima perbuatan baik dari satu orang dan tidak dari orang yang lain. Jika perbuatan baiknya sama maka seyogyanya diterima dengan cara yang sama pula berdasarkan perinsip keadilan Illahi.

Kedua, Kebaikan dan keburukan itu hakikatnya ada pada perbuatan tersebut. Misalnya kejujuran, berkata-kata sopan, menegakkan keadilan dan lain-lain disebut baik karena pada hakikatnya pekerjaan tersebut adalah baik. Demikian juga keburukan, seperti mencuri, berbohong, korupsi dan lain-lain disebut buruk karena hakikat perbuatan tersebut memang sudah buruk dari sononya (innate).

Jujur, sopan, menegakkan keadilan disebut baik bukanlah karena Allah memerintahkan untuk mengerjakannya. Demikian juga mencuri, rampok, korupsi disebut buruk bukanlah karena Allah telah melarangnya.

Dengan memperhatikan alasan kedua ini maka tidak alasan bagi Tuhan untuk menolak amalan baik dari seseorang dan menolaknya dari orang yang lain. Kedua, Tuhan sudah menyatakan di dlm Al-quran pada surat 5 ayat 69 :

“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, Shabiin dan orang-orang Nasrani, siapa saja (diantara mereka) yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akherat serta beramal saleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

Jelas isi al-quran itu tidak terbantahkan lagi bhw siapa saja yang beramal baik akan diterima disisi Tuhan.

Thursday, April 22, 2010

TIPU DAYA-TERTIPU-DITIPU ATAU MENIPU.

TIPU DAYA TERHDP ORG YG TIDAK TAAT

RASA SEDIH LANTARAN TDK KUAT UTK BERBUAT TAAT TETAPI TDK MAMPU BERGERAK UTK BERBUAT DEMIKIAN,MANAKALA RASA SEDIH BILA TDK KUAT UTK BERBUAT KEJAHATAN ITU TETAPI MAMPU UTK BERBUAT DEMIKIAN, TIMBUL RASA PENYESALAN APABILA TERBUAT KEJAHATAN ITU ADALAH TANDA DIPERDAYA  (OLEH SYAITAN).


Dunia adalah satu bola besar yg di dlmnya penuh dgn warna-warna syaitan yg menutup pandangan mata hati manusia. Hati yg tertarik kpd warna syaitan akan menghadap kpdnya sambil membelakangi kebenaran. Walaupun syaitan mencuba sedaya upaya menutup hati manusia tetapi kadang-kadang ada juga cahaya kebenaran yg berjaya menyelinap masuk ke dalam hati.

Pd masa itu org yg berkenaan dpt melihat keburukan dan kecacatan yg ada pd dirinya. Dia akan berasa gundah-gulana melihat keadaan dirinya yg tdk berbuat taat kpd Allah. Dia melihat kpd umurnya yg berlalu dgn sia-sia. Timbullah keinginanya utk mengubah cara hidup. Bila dia melihat org lain rajin berulang-alik ke masjid dia pun ingin berbuat demikian. Bila dia melihat org lain rajin beribadat, berzikir, memuji dan memuja Allah, dia juga mahu berbuat demikian. Bila dia melihat org lain alim dlm bidang agama dia pun ingin menjadi alim juga.Apa juga bidang ketaatan kpd Allah yg org lain buat dia juga ingin membuatnya, bahkan dia ingin melakukan lbh dr org lain. Begitulah keinsafan yg timbul pd dirinya.

Org yg rohaninya masih terkurung di dlm bola dunia tdk terlps dri gangguan warna syaitan. Syaitan sentiasa shj memancarkan cahayanya bagi mengelirukan pandangan hati. Syaitan mempunyai berbagai-bagai cara dlm memesungkan manusia dari jln Allah. Kejayaan syaitan yg paling besar adalah jika dpt mengheret manusia melakukan kederhakaan kpd Allah dgn berbuat syirik. Jika ia gagal berbuat demikian ia tdk akan membiarkan hamba-hamba Allah berjln dgn senang lenang di atas jln yg lurus.

Syaitan akan mengenakan berbagai-bagai tipu muslihat terhdp manusia yg sudah timbul keinsafan utk berbuat taat kpd Allah. Syaitan tdk melawannya dgn kekerasan. Org ini akan dihdpi dgn lemah-lembut dan pujuk rayu. Perhatian org tadi dialihkan drpd apa yg dia ingin lakukan kpd apa yg dia sudah lakukan. Syaitan memperlihatkan kpdnya betapa besarnya kebaikan yg pernah dilakukannya

Ditiupkan ke dlm hati org itu bhw dia sebenarnya sudah berada di atas jln yg lurus. Syaitan membuktikannya dgn memperingatkannya tentang segala kebaikan yg tlh dilakukannya. Tlh ramai org yg ditolongnya, semuanya dia masih ingat. Tlh byk sedekah yg dikeluarkannya, semuanya dia masih ingat. Dia juga biasa bersembahyang, walaupun dia juga biasa meninggalkannya. Dia tertinggal sembahyang bkn krn cuai, tetapi krn kesibukan dan tdk disengajakan.

Byk lg perkara-perkara baik yg diulang tayang oleh syaitan. Syaitan terus membuaikan hatinya sehingga dia merasakan yg dirinya tdklah seburuk yg disangkakannya ketika mula-mula dtg keinsafan tadi. Hilanglah kesedihan yg mengacau jiwanya lantaran menyangka yg dia memang sudah berada dlm golongan yg taat. Keinginan yg membara tadi sudah mula malap dan akhirnya padam terus. Dia pula kembali kpd kehidupannya sebagaimana sediakala.

Begitulah cara syaitan memperdayakan manusia. Mula-mula ditiupkan waswas ke dlm hati, kemudian dibentuknya sangkaan-sangkaan yg menutup kebenaran kononnya kehidupannya tidak memerlukan pegangan syariat,apatah lagi ilmu tasauf,inikan pula hanya mengambil berat pasal ilmu hakikat sahaja. Manusia pun menurut sangkaan dgn meyakini bhw apa yg dituruti itu adalah kebenaran. Begitulah yg terjadi kpd org yg melihat kpd amal secara lahiriah sahaja. Penglihatannya tidak sampai kepada roh amal itu.wallahu a'lamm.....nanti kita sambung lgi erk.

Friday, April 16, 2010

APA BEZA REDHA DGN TIDAK REDHA?

REDHA ATAU TDK REDHA KPD NAFSU PUNCA MELAKUKAN MAKSIAT ATAU KETAATAN ADALAH BERSANDARKAN NIAT KEPADA APA?

INDUK SEGALA MAKSIAT, SYAHWAT DAN KELALAIAN ADALAH REDHA TERHADAP NAFSU DAN SUMBER SEGALA TAAT, TERPELIHARA DIRI (DARI SYAHWAT) DAN BANGUN (PADA TAAT) ADALAH TIDAK REDHA KPD NAFSU.

BERSAHABAT DGN ORG JAHIL YG TDK MENURUT HAWA NAFSU  LBH BAIK DRPD BERSAHABAT DGN ORG ALIM YG TUNDUK DAN KALAH KPD NAFSU. ILMU APAKAH YG DPT DIPANGGIL BAGI ORG ALIM YG DITAWAN OLEH NAFSUNYA, SEBALIKNYA KEJAHILAN APAKAH YG DPT DISEBUTKAN BAGI SESEORG YG SDH DPT MENGEKANG NAFSUNYA.

Hikmat ini memaparkan sifat iblis yg bercanggah dgn kehendak Allah dlm sudut mengabdikan diri kepada Allah (ubudiyah). Hikmat 43 ini pula akan menghuraikan nafsu, yg biasa dipanggil hawa nafsu. Terdpt perbezaan antara sifat iblis dgn hawa nafsu. Sifat iblis adalah pendtg haram sementara hawa nafsu adalah tuan rumah yg mengizinkan pendtg haram tinggal di rumahnya. Tdk mungkin ada sifat yg menyalahi ubudiyah jika tdk ada hawa nafsu. Malaikat tdk mempunyai hawa nafsu, sbb itu mrk sentiasa taat dan menjlnkan tugas mrk dgn sempurna, malah mrk tdk tahu berbuat derhaka kpd Allah. Matahari tdk ada hawa nafsu,sbb itu ia tidak menyimpang dari orbitnya. Manusia mempunyai hawa nafsu sbb itu manusia blh berbuat apa saja demi memuaskan keinginannya dan blh lari dr jln lurus yg dibentangkan kpd mrk.

Iblis dan kuncu-kuncunya iaitu syaitan bertindak memberi saranan dan cadangan tetapi tidak berkuasa menggerakkan mana-mana anggota manusia spy  melakukan sesuatu yg dia ingini. Tetapi, jika hawa nafsu menerima saranan dan cadangan iblis itu maka hawa nafsu berkuasa memaksa anggota tubuh badannya spy berbuat sebagaimana yg disarankan oleh iblis itu. Iblis menyalurkan sifat-sifat, dan hawa nafsulah yg menerima serta memakai sifat-sifat tersebut. Satu perkara yg ketara adalah saranan atau idea yg disampaikan oleh iblis dan syaitan kpd hawa nafsu itu dirasai oleh hawa nafsu bhw saranan itu dtg dari dirinya sendiri, bukan disalurkan kpdnya dari sumber lain.

Hawa nafsu akan mempertahankan pendpt iblis dan syaitan yg diterimanya itu seperti dia mempertahankan pendptnya sendiri bahkan dia mendabik dada mengakui bahawa pendpt tersebut adalah pendapatnya sendiri (yg kononnya dtgnya ilham dari ALLAH). Karl Marx yg menyebarkan fahaman tdk bertuhan tidak mengatakan fahaman itu sebagai rencana iblis tetapi dia mengakui bhw dialah yg menemui fahaman tersebut.Pendirian mrk kebanyakkan tlh serap dalam diri bahawa kehidupan mrk akan bahagia stlh menemui kematian.Doa dan ucapan yg manis-manis diucapkan oleh orang alim dari kalangan mrk ini memukau golongan tersebut. Dari itu mrk bebas melakukan apa sahaja utk berhibur dan berseronok.

Peter yg menyebarkan fahaman Tuhan tiga dlm satu tidak mengatakan iblis yg mengajarnya tetapi mengatakan dia menerima wahyu dari Tuhan. Begitulah kebodohan dan kesombongan hawa nafsu yang tidak sedar dirinya ditunggangi oleh iblis dan syaitan. Apabila dia menerima cadangan dari iblis dan syaitan dia derhaka kpd ALLAH dan melakukan syirik terhdp Allah.

Hawa nafsu bukan setakat mampu menerima rangsangan dari iblis dan syaitan malah dia sendiri berupaya merangsang dirinya sendiri tanpa dirangsang oleh iblis dan syaitan. Rangsangan yg muncul dari hawa nafsu sendiri mengarah kpd melakukan maksiat adalah utk melepaskan tekanan perasaan yg tidak puas dan menyedapkan, memenuhi tuntutan syahwat dan asyik dgn perkara yg melalaikan. Apabila iblis dan syaitan memberi rangsangan yg sesuai dgn sifat nafsu itu sendiri mudahlah dia melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia tdk berasa sedih bila berbuat kejhtn dan tidak berasa rugi bila hanyut di dalam lautan kelalaian. Apa yg penting baginya ialah memenuhi apa yang dia ingini tanpa menghiraukan akibatnya.

Seseorg yg diistilahkan sebagai jahil tetapi tidak menurut hawa nafsu, tidak ada padanya sifat megah, sombong, takbur dan bodoh. Dia boleh tunduk kpd kebenaran jika kebenaran itu pahit utk ditelannya. Dia blh juga menyampaikan kebenaran yg diketahuinya kpd orang lain. Jadi, kebodohan apakah yg blh dikatakan kpd org seperti ini yg bersedia menerima dan menyampaikan kebenaran. Org yg diistilahkan sebagai alim pula, bagaimana blh dikatakan alim jika dia menurut hawa nafsunya, memakai sifat bodoh dan sombong, menolak kebenaran jika dtg dr org lain atau tdk secucuk dgn kehdk nafsunya.

Org alim yg menurut hawa nafsu tdk dpt mengjk manusia utk mendekatkan diri kpd Allah, sebaliknya mengajak mrk menyembah ilmunya. Manusia lain menjd alat baginya utk menaikkan ego dirinya sendiri. Oleh yg demikian adalah lebih baik jika bersahabat dgn org jahil yg tdk tunduk kpd hawa nafsunya. Kejahilan tdk menghalangnya utk mengenali kebenaran dan dia juga mampu memberi sokongan ke arah kebenaran.

Sifat iblis adalah hijab(benteng) DI LUAR hati dan sifat hawa nafsu adalah hijab(benteng) DI DLM hati. Jika hijab diluar disingkapkan dgn tenaga kebenaran, maka hijab di dlm ini juga perlu disingkapkan dgn tenaga kebenaran. Nafsu mesti ditundukkan kpd kebenaran. Pekerjaan ini bknlah mdh krn nafsu kita adalah diri kita sendiri. Tdk ada beza pd hakikatnya di antara nafsu, hati dgn diri. MEMERANGI HAWA NAFSU BERERTI MEMERANGI DIRI SENDIRI.
Di dlm diri sendiri itu berkumpul kemahuan, cita-cita, ilmu pengetahuan dan lain-lain. Apabila mahu berperang dgn diri sendiri tdk cukup dgn meminta pertolongan kpd diri sendiri,terpaksa memerlukan bantuan daripada pakar ilmu tasauf serta amalan zikir yg disampaikan. Ilmu sahaja tdk berdaya menentang hawa nafsu krn ilmu adalah alatnya dan alat akan patuh kpd tuannya.

Perbahasan ilmu yg berlarutan akn menmbhkan kekeliruan dan akn MENEGUHKAN NAFSU. Walaupun memiliki kefahaman ilmu Makrifat yg tinggi pun tidak blh digunakan utk melawan hawa nafsu krn jika makrifat digunakan ia akan menarik ke dlm ilmu, maka terjadilah yg serupa. Oleh itu jgn meminta tolong kpd ilmu dan jgn meminta bantuan makrifat utk melawan nafsu tetapi LARILAH kpd sifu yg pakar dlm tasaufnya dan larilah kpd Allah. Menjeritlah sekuat-kuat hati,Menangislah bagaikan menitiskan air mata darah sekalipun dan  pintalah pertolonganNya. Istiqamah atau tetap di dlm ubudiyah, menunaikan kewajipan sambil terus berserah diri kpd Allah, itulah kekuatan yg dpt menumpaskan hawa nafsu. Jgn sekali-kali menuntut kekeramatan krn ia juga menjadi alat hawa nafsu.

Tetaplah di dlm zikir-selawat-meditasi dan ubudiyah lain, tdak berubah keyakinan terhdp Allah, kekuasanNya, kebijaksanaanNya dan ketuhananNya baik ketika sihat atau sakit, senang atau susah, kaya atau miskin, suka atau duka. Apabila wujud sifat redha kpd ketentuan Allah,itu tandanya hawa nafsu sdh tunduk kpd kebenaran.Tetapi ianya memakan masa yg lama utk berhempas pulas dgn perkara ini.Namunnnnnnn.................Teruskanlah usaha ini sehingga akan merasai nikmat kesengsaraan ini dan jgn berputus asa dlm mencari kebenaran hakikat diri