Sunday, March 7, 2010

UJIAN APA 03?

Salam kembali untuk kali keseterusnya,ruangan artikel saya sememangnya tidak akan terhenti begitu sahaja selagi nyawa dikandung badan.Dengan kuasa allah dan kehendak allah telah memilih saya dan menetapkan takdirnya agar saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman ilmu yang secocok dan sewajarnya utk dipersembahkan kepada mereka-mereka yang dahagakan ilmu yang menepati citarasa jiwa mereka.Jadi oleh itu,setiap kandungan dalam artikel saya ini amatlah ringkas sekali, walaupun tidak dimasukkan dalil ayat quran dan hadis,namun anda semua bolehlah kaji sendiri pula dan buatlah rujukan sendiri diruangan lain.

Alhamdulillah dengan kuasa mutlak allah,telah memperlakukan kepada
Seseorang hamba yg akan memikul tugas di bumi akan dipersiapkan melalui cara yang sesuai bagi memantapkan kerohaniannya. Ujian bala bencana merupakan satu bentuk latihan yang perlu bagi membentuk kewibawaan seseorang. Orang yang dibawa kepada tarekat(perjalanan) ujian malapetaka bala bencana adalah dipisahkan daripada kesenangan dan punca yang menyenangkannya. Dia dikeluarkan daripada alam keasyikan dan kelalaian. Beban dunia yang sedang dipikulnya,seperti kebesaran,kemuliaan dan kekayaan telah dicabut daripada miliknya.

    Dia dijadikan miskin sesudah kaya,Dia dijadikan sakit sesudah sihat,dia dijadikan hina sesudah mulia dan kerdil sesudah berkedudukan tinggi.Dia dijadikan sempit sesudah kelapangan.Hamba yg melalui dan merasai perjalanan kemiskinan ini akan menjadi sgt miskin sehingga dia hampir-hampir mengemis utk mendptkn keperluannya.Tuhan selamatknnya drpd menjadi pengemis.Dibukakan sedikit pintu rezeki untuknya.Lalu bekerjalah dia sesuai dgn bidang rezeki yang dibukakan kepadanya. Bidang kerja peringkat ini berbeza daripada bidang kerja yang lalu. Kali ini medan rezeki yg blh diterokainya sgt sempit,tdk memadai utk dia menyelesaikan mslh kehidupn yg dihadapinya,hinggakn dia hampir- hampir meminjam.Bila dia sampai hampir kpd keadaan akn meminjam,Tuhan bukakn sedikit lg bidang rezekinya.Slmtlh dia drpd keperluan meminjam.

    Latihan kerohanian melalui perjalanan ujian sehingga ke peringkat ini sudah berjaya menghancurkan sebahagian besar daripada KEEGOAN dirinya.Dia sudah sampai ke pintu mengemis dan meminjam.Tuhan selamatkannya drpd mengemis dan meminjam krn masih ada lg sisa-sisa ego diri yang menghalangnya untuk mengemis dan meminjam dengan rela. Ujian bala bencana akan terus menekan keegoan dirinya sehingga sisa- sisa itu juga akan terus terhapus.Maka Dia akan memasuki peringkat latihan kerohanian yg lebih berat pula.

    Pada peringkat ini pintu rezekinya ditutup sama sekli sehingga tidak ada jln langsung utknya mencari rezeki.Pintu utk meminjam,pintu utk menaja pun juga tertutup baginya.Tuhan menghalang tangan manusia drpd memberinya pinjaman.Hiduplah dia dlm keadaan yg sgt susah.Beban berat yg menekan jiwanya itu menyebbkan hatinya ‘pecah’,hatinya hancur dan hampir tergelincir ke alam PUTUS ASA.Tp pd Peringkat ini merupakn peringkat peralihan kpd perkembangan kerohaniannya.Dirinya yg lama sudah (di recycle=‘digantikan’)dgn diri yg baru.Hati yg telah ‘pecah’ itu ‘digantikan’ dgn hati yg baru.Dlm suasana hati yg baru inilah dia dpt merasakan sesuatu hubungan yang unik dgn alam ghaib.Dia merasakan seakan-akan petunjuk dan bimbingan ghaib mendatangi hatinya.Ibarat mdh penerimaan mcm suatu cahaya dan aura magnetik(frekuensi) dan channeling data positif yang bersifat mutlak.

    Dia merasai kemunculan gerak hati yg dtg dr daerah kesedaran yg dalam(minda bawah sedar).Gerak hati yg demikian menguasai jiwanya. Dia bergerak dan melakukan sesuatu dgn ‘arahan’atau cetusan rasa yg seni(agung),yg kuat menguasai hatinya dan dia yakin dgn cetusan rasa tersebut.Cetusan rasa atau gerak hati itulah yg menjadi signalnya. Pd tahap ini barulah dikatakan dia benar-benar memasuki bidang kerohanian.Tenaga cetusan ini terbentuk disbbkan suatu kuasa cas drpd sifat rendah diri dan perlakuan dalam memohon keampunan kepada allah.

    Dia memasuki dlm latihan kerohanian peringkat selanjutnya. Dia menerima cetusan rasa,gerak hati atau ‘perintah dr dlm’ agar dia mendptkn apa yg diperlukan dgn cara meminta kpd orang lain.Tuhan bukakan tgn org ramai spy memberi kpdnya.Jika dia meminta dia akan memperolehi apa yg diperlukannya dan jika dia enggan meminta dia tidak akan memperolehi apa-apa.Pd peringkat ini juga dia sepatutnya perlukn seseorang sifu yg akan membimbingnya ke arah sesuatu perkara yg bersifat positif serta akan dicorakkan oleh sifunya dgn amalan-amalan yang khusus.

    Manakala Peringkat meminta-minta adalah merupakan latihan menghancurkan keegoan tahap paling halus.Sisa-sisa ego diri terhapus drpd hatinya.Tidak ada apa-apa lg baginya kecuali mematuhi cetusan rasa atau gerak hati yg dinisbahkan kpd ilham yg dihantar oleh Tuhan melalui lintasan malaikat.Perbuatan meminta-minta kpd org lain tdk sedikitpun membuatnya berasa aib.Apabila org ramai memberi apa yg dia minta,bertambahlah keyakinannya bhw gerak hatinya adalh benar.Akhirnya dia sampai kpd tahap kematangan jiwa tanpa ego diri.Tp ada ketikanya pula dia blh berubah dan melupakan diri pula krn tahap kematangan baginya suatu latihan seperti di atas tidak diperlukannya lagi.Inilah suatu proses yg amat bahaya kpd seseorang itu kalau tidak ada sifu yg akan pantau status batinnya.

    Bentuk latihan kerohaniannya diubah drpd meminta kpd meminjam. Tuhan bukakan hati org ramai yg berkemampuan utk memberinya pinjaman, walaupun pd zahirnya kelihatan dia tdk akan mampu membayar pinjaman tersebut.Dlm peringkat meminta-minta dahulu dia melihat makhluk sebagai tempat bergantung utk mendapatkan sumber rezekinya.Pd level atas tahap pinjam-meminjam ini pula dia melihat rezekinya dtg drpd Tuhan melalui makhluk.Walaupun tangan manusia menghulurkan bantuan kpdnya tetapi dia melihat ‘Tangan’ Tuhan yg sebenarnya memberi.Dia melalui proses latihan yang demikian beberapa lama,Jiwanya akan mengalami proses fana dan menangis dan sebak dengan pemberian allah yang begitu besar,dia merasakan dirinya sungguh terhina dan lemah sekali dengan dosa yang dipikulnya itu masih mendapat pembelaan daripada maha penyayang allah.Kemudian bentuk latihan kerohanian itu diubah lagi.....

    Dlm peringkat latihan kerohanian yang berikutnya dia tidak boleh lagi melihat makhluk sebagai sumber rezeki dan juga tdk blh bergantung kpd Tuhan melalui makhluk.Dia dibawa kpd suasana perasaan yg dlm bahawa mesti bergantung kpd Tuhan semata-mata, tiada perantaraan.Pada peringkat ini Tuhan putuskan hubungannya dgn makhluk. Orang-orang yg dahulunya tidak keberatan memberi apa sahaja yg dia meminta dan meminjam, kini terhalang berbuat demikian.Tangan makhluk tertahan drpd memberinya sesuatu jika dia meminta kpd mrk.Dia hanya blh meminta kpd Tuhan secara langsung.Jika dia memerlukan sesuatu,dia hanya perlu menadah tangannya,memohon kpd Tuhan,pasti Tuhan akan hantarkan apa yg diperlukannya itu melalui cara yg Dia pilih.Latihan yg begini membuat hatinya bergantung kpd Tuhan sahaja,tdk lg melihat keberkesanan makhluk. Begitulah selok belok latihan kerohanian yg akan dialami oleh mereka yang pernah merasainya.....baiklah..nanti saya akan sambung lagi kisah ini...diharap kalian semua dapat menilainya dengan baik sekali....

5 comments:

zakir932 said...

assalamualaikum........,

kesedaran diri diberi kertas kerja praktikal kerohanian selalunya tanpa disedari melainkan setelah terbuka hijab dari mujahadahtunnafsi.... walaupun amarah itu berjaya ditidurkan sebentar kelak suatu hari diperlukan amarah itu untuk mempertahankan diri bukan lagi memuaskan diri..... bagaimana pula dengan latihan kerohanian yang sifatnya untuk meleburkan kecintaan pada akhirat.

afzam5607 said...

waalaikumusalam....fuhhh!!!hebat soalan.....latihan kerohanian yg bersifat utk meleburkan kecintaan pd akhirat sudah tiada makna lagi bagi seseorg itu....krn kecintaan akhirat itu masih dianggap dlm posisi keduniaan lg....sbb itulah allah ada menyebut dlm al-quran...diberikan allah dua syurga kepada seseorg mukmin itu....

zakir932 said...

assalamualaikum....
jadi maksudnya kecintaan itu adalah hijab.... kecintaan kepada allah jua adakah ianya hijab kerana terdapat aku merinduiNya dan Dia dirindui kami. Seolah wujud yang dicintai dan yang menyintai...

afzam5607 said...

darjat dan segala maqam itu dinisbahkan sebagai hijab lg bagi seseorg itu...cumanya ketinggian darjat ini tdk mampu utk saya jelaskan krn ianya tdk bersuara berhuruf,hanya allah sahaja yg dpt menilai sejauhmana tahap kecintaan hambanya....keberkesanan sifat saidah rabiah al-adawiyah pun tdk ada sesiapa yg dpt menandinginya.. kelengkapan alat-alat dirumahnya utk memasak dan makan minum pun sampaikan tdk memerlukan pisau sebilah pun...knp?krn bagi beliau kalau dlm rumahnya memiliki sebilah pisau diibaratkan dirinya tlh memutuskan tali percintaan bersama allah......blh tiru gaya hidup beliau? blh ikut?apa amalannya?...begitulah wahai saudaraku weiiii....

zakir932 said...

assalamualaikum....,

ohhhh ohhhh kecintaan itu bukanlah hijab tetapi adalah alat.... sepertimana diri kita ni hanyalah alat untuk manifestasi zat..... maha suci allah dari segala perumpamaan...