Monday, March 8, 2010

BARAH OTAK.....


"Fuh....banyaklah perkara yang berlaku di dunia sekrg ini yer..."!! cuaca pun semakin panas tk terhingga....rasanya dunia sudah nk kiamatlah......" kata saya dalam hati dalam pukul 3 pagi.

Semua tidak kena, satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.Kalau hal politik masing-masing salah,kalau di zaman tun tengku abdul rahman...ramai yang tidak tahu...tapi kalau di zaman pemerintahan tun dr mahadir mohamed pula...mcm-mcm  hal yang tidak disukai oleh masyarakat, sampaikan sekarang pun masih ada lg rakyat yang tidak berpuas hati,masih basah dimulut mereka mengata itu dan ini dengan apa yg tlh beliau lakukan.

Begitu juga pada zaman pentadbiran paklah kita, Orang sekeliling duk mengata dia makan duit laa...takder pembangunanlah dan duk kongsi projek ngan menantunya laa dan bla bla bla... Hari ini pula pentadbiran dipegang pula oleh datuk najib kita.....masih tetap dikatakan semua yg beliau lakukan tdk menetapi dengan landasan ajaran agama islam laa dan bla bla bla.....

Salam sejahtera salam ketenangan kpd sidang pembaca sekalian, adakah anda juga sdg mengalami berkonflik atau mungkin mengharunginya dgn perasaan yg melukakan dan emosi tidak stabil ?atau tidak berpuas hati dengan apa yg anda miliki atau anda keluh kesah dari apa yang anda tidak miliki.

Tengoklah masyarakat hari ini,mengalami kencing manis,kencing masin,darah tinggi,barah, kanser,sakit otak, gila,migrain dan macam-macam penyakit yg menimpa....semua ini adalah berpunca daripada hati yg kotor.... .situasi yg dialami dlm kehidupan mrk seperti contoh di atas itulah yg merosakkan diri masing-masing.

Begitulah juga terdpt byk punca berlaku konflik kehidupan manusia sekrg ini, antaranya sifat hati yg kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yg maksudnya: "Dlm hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah HATI."

Hati kotor ini akan berjangkit dlm hati manusia lalu direalisasikan melalui pemikiran kemudian akan dibentuk kepada emosi yg akhirnya akan melakukan tindakan tdk rasional. Inilah yg dinamakan dgn MAKSIAT BATIN. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yg akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik. Antara maksiat batin itu seperti:

1)Kekotoran dlm perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yg tdk halal atau haram seperti meminum arak dan mknan yg dimkn dari punca rezeki yg diambil melalui dengan cara paksa,perebutan, bersifat tamak,penipuan,tiada keikhlasan diri.Mka sumber rezeki itu tdk mendtgkn keberkatan kepadanya.

2)Kejhtan mata iaitu seseorg yg suka melihat kpd bahan lucah,haram,samar-samar atau was- was dan diceritakan kpd orang lain bahawa apa yang dilihatnya itu sebagai satu jaminan dan kepuasan hatinya.Dirinya tidak sedar dari itu adalah suatu perasaan hasad dengki dan kejahatan mata yang memukau dirinya.

3)Keburukan lidah yakni berckp perkara-perkara yg tidak diajarkan oleh agama seperti mengumpat,memfitnah, memburukkan orang lain,mempersendakan orang lain,memaki hamun,bercakap besar,bercakap ego,menyumpah,sumpah seranah,mengeluarkan kata-kata kesat,bercakap bahasa yang keji.

4)Kejhtan kemaluan bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yg tdk dibenarkan,samaada laki itu normal atau orang kurang upaya pun akan terpukau dengan kejahatan kemaluan ini.Tiada siapa yang mampu menahan dan menasihatinya utk menjauhi perbuatan seperti itu.

5)Kehinaan tgn yg bermaksud mencuri harta orang lain,menyeleweng kuasa yg diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

6)Kejhtan kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tmpt pelacuran dan tempat perjudian dan tmpt yang melalaikan diri berpanjangan.Dalam erti kata tidak kira kemana tempat dia pergi tetapi masanya hanya di isi dengan keseronokan dunia semata-mata.

7)Keburukan telinga bermaksud mendgr perkara-perkara yg tdk elok seperti mendgr org sdg mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan org lain atau mendengar cerita-cerita berunsurkan sesuatu yang negatif.

Barah HATI  ini seterusnya akan berjangkit pula kpd zahir anggota badan, antaranya:

# Bercakap banyak 100% hal dunia semata-mata.
# Suka marah-marah
# Berhasad dengki
# Bakhil kedekut tidak bertempat.
# Suka bermegah-megah,berbangga-bangga
# Sombong dan takbur dengan diri sendiri
# Cintakan dunia dan kekayaan dan pemilikannya.
# Suka memfitnah
# Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
# Riak iaitu perbuatan yg dilakukan semata-mata krn terlalu inginkan pujian dan sanjungan dr orang lain.

Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yg dinyatakan di atas,maka akn bertambahlah titik dosa dlm dirinya yg menjadikan dirinya mengalami lbh byk konflik kecelaruan.Lalu segala rahsia utk menikmati warna-warni kehidupan di luar sana yg tenang, damai dan bahagia tidak akan tercapai dengan mudah.

Rentetan dari itu mereka akan menjadi bercelaru utk membentuk suatu kehidupan bagaimana yg ingin dimiliki krn mereka tdk sedar dgn mencipta suatu pemikiran,kepercayaan dan emosi berpandukn kepada unsur negatif seperti TIDAK BOLEH!!!JANGAN!!!TIDAK!!!PAYAH!! Akhirnya mereka menemui kegagalan. Berdasarkan kajian saya juga,kebykn org yg tlh gagal dlm rumahtangga,dlm perniagaan,dlm pekerjaan, dlm organisasinya,dlm persaudaraan beberapa tahun lepas menunjukkan ciri kegagalan yg dialami oleh semua peringkat usia. Org-org ini bukan hanya gagal tetapi mrk terus akan hidup dgn KEGAGALAN.Mereka juga akn mengalami kecelaruan yg tidak akan putus-putus dlm kehidupannya. Sikpa mereka juga lebih suka berbicara dan berbincang tentang kesedihan, ketakutan, kesengsaraan, kepedihan,kepyhan, kelukaan dan kegagalan drpd topik-topik lain.

Secara tidak langsung mereka telah menghalang penciptaan realiti kehidupan mrk itu.Mereka membentuk kehidupan dgn suka bertangguh,tidak berdisiplin,mengambil kesempatan dgn kebaikan orang lain,mempergunakan dan memperdagangkan orang lain serta kebaikan yg diterimanya itu tidak dihargai dan tidak berterima kasih.Akhirnya kenikmatan yg ingin mereka miliki itu ditentang dan terhalang

Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berblk kpd Islam iaitu mempelajari asas agama syariat + tasauf + hakikat dgn menghayati hubungan dengan allah,menghayati hak hubungan sesama alam(manusia-tumbuhan-haiwan),menghayati hak hubungan dengan diri sendiri.

Kaitan untuk menghayati hak dengan diri sendiri inilah semakin pupus dan dilupakan oleh manusia semua, seperti mengawal hati dgn ibadat wajib yg khusus serta amalan sunat yg di pilihnya dlm ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendlm dgn ikatan akidah yg kuat serta percaya kepada hari akhirat. Kesimpulannya...bentukknlah diri dan rajin-rajinlah bermain dgn diri sendiri bhw: :"YESSSSSSSSS!!!....YESSSS!!!.....AKU AKAN JADI YANG TERBAIK UTK DIRIKU....."ucapkanlah dan lafazkan perkataan ini sejuta kali dlm kehidupn anda...semoga anda akn dpt mencipta sebuah kehidupan yg BAHAGIA, TENANG, COOL,......di bwh keredhaan allah selalu.

Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yg bersarang dlm HATI kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik dan akan terbentuk nilai murni KESABARAN DAN KEIKHLASAN.

No comments: