Tuesday, April 6, 2010

MACAMANA HATI BOLEH BUTA JUGA?

KEAJAIBAN YG SGT LUAR BIASA ADALAH ORG YG LARI DR SESUATU YG TDK MUNGKIN DIA MELPSKAN DIRI DRPDNYA DAN DICARINYA SESUATU YG TDK MUNGKIN SENTIASA MENEMANINYA. SESUNGGUHNYA BKN BUTA MATA YG DI KEPALA TPI, BUTA MATA YG ADA DI DLM HATI.

    Hikmat disebalik penceritaan yg ingin saya jelaskan di sini tentang tingkatan makrifat (pengetahuan tertinggi) yg dicapai melalui  penyaksian mata hati. Makrifat melalui mata hati diperolehi dgn cara bertauhid(awwaluddin makrifatullah).Hikmat ini menggambarkan  ttg tauhid yg tertinggi dgn memegang rahsia berkeyakinan (harapan + takut). Tingkatan yg tertinggi itu tdk mdh dicapai. Jln utk mencapainya adalah dgn menghapuskan segala prasangka buruk serta membuang semua jenis syirik, yg kasar dan yg halus. Hikmat dibelakang tabir nikmat kesengsaraan yg dilalui oleh seseorang itu menceritakan tentang syirik halus-halus yg terpaksa dilalui dan dirasainya terlebih dahulu, iaitu hati bukan setakat bergantung kpd Allah shj tetapi pd masa yg sama ia juga berharap kpd makhluk, lantaran kurang keyakinannya kpd Allah, atau krn menyangkakan makhluk blh melakukan sesuatu yg memberi bekas kpd perjlnn takdir Ilahi.

    Syirik yg demikian dirumuskan oleh Hikmat ini dgn mengatakan bahawa ia terjadi akibat buta mata hati.Kedudukan buta mata hati adalah disebabkan lapisan karat-karat yg bersalut pada hati. Sekiranya mata hati dpt melihat tentu dilihatnya bhw  dlm apa juga keadaan dia tdk terlps dari Kudrat dan kehendak Allah secara mutlak. Seseorang tdk akan dpt melpskan dirinya dari Allah walau kelubang cacing. Allah mempunyai segala sifat-sifat iftiqar yg menyebabkan sekalian makhlukNya tdk ada jln melainkan bergantung kpdaNya.
Kaya-miskin,susah-senang,sakit-sihat,gagal-berjaya, bahagia-sengsara. Apabila Allah  menciptakan makhluk maka dihukumkan makhluk itu berkehendak kepadaNya setiap saat, hanya Dia yang kaya, tidak berkehendak kepada sesuatu apa pun. Para hamba yg insaf,sentiasa sedar dan tunduk kpd hukum Allah, lalu mereka meletakkan pergantungan kepadaNya semata-mata. Mereka tahu bhw mrk tidak mungkin dpt melpskn diri drpd Allah dan ketentuanNya.

    Mereka juga tahu bahawa mereka tidak mungkin dapat melepaskan diri dari sesuatu yang Allah letakkan ke atas mereka. Apabila Allah meletakkan beban ke atas hambaNya maka hanya Dia sahaja yg mampu mengangkat beban itu daripadanya. Hamba dari golongan inilah yang celik mata hati, sedangkan mereka yang buta mata hati masih melihat makhluk sebagai sumber yg mendtgkan kesan. Mereka meminta pertolongan sesama makhluk. Mereka berharap makhluk akan melepaskan mereka daripada beban yang sedang mereka pikul. Mereka lupa bahawa  makhluk yang kelihatan seolah-olah berkuasa  memberi kesan itu hanyalah lalu-lalang di hadapan mereka, tidak ada yang menemaninya.

    Makhluk hanya ejen yg singgah utk menyampaikan apa yg Allah tentukan.Setelah tugas mereka selesai maka berlalulah mereka dari situ. Berteman dgn sesuatu yg dtg seketika kemudian menghilang merupakan keputusan yang tidak benar. Lebih baik bertemankan sahabat sejati yang tidak pernah berpisah walau satu detik pun, tidak disentuh oleh mengantuk dan kelalaian dan tidak sekali-kali menghampakan sesiapa yg bersahabat denganNya.

    Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat)  yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.( Ayat 40 : Surah at-Taubah )


BERBAIK SANGKALAH  TERHADAP ALLAH WALAU APAPUN YG MENIMPA DIRI SENDIRI SERTA ORANG LAIN.

JIKA KAMU BELUM MENCAPAI BAIK SANGKA TERHADAP ALLAH  LANTARAN KESEMPURNAAN SIFATNYA, MAKA HENDAKLAH KAMU MEMPERBAIKI SIFAT SANGKA TERHADAP WUJUDNYA KERANA WUJUD ALLAH  BESERTA KAMU. BUKANKAH DIA TIDAK MELETAKKAN KAMU MELAINKAN PADA YANG BAIK-BAIK  DAN  TIDAK MENYAMPAIKAN KPD KAMU MELAINKAN NIKMAT-NIKMATNYA.

    Kita menggantungkan hrpn dan hajat kpd sesama makhluk krn kurangnya pengenalan (makrifat) terhdp Allah.Masih banyak ujian yg perlu dipikul dan dirasai dan dihayati dalam kehidupan. Apabila kurang kenal maka kita mengadakan sangkaan-sangkaan terhadapNya. Sangkaan dibahagikan kpd dua iaitu sangkaan baik dan sangkaan buruk. Sangkaan baik dtgnya dari iman dan sangkaan buruk dtgnya dari keraguan. Corak sangkaan terhadap Allah itulah menentukan haluan hajat dan harapan. Jika kita menyangkakan ada makhluk yg mampu menyampaikan harapan dan hajat kita maka kita bersandar kpd makhluk.
    Jika kita menyangkakan makhluk tidak berdaya maka kita tidak bersandar kpd makhluk.Perkara sangkaan ini masih lagi di bawah persoalan Iradat dan Kudrat Allah.Sangkaan baik dibawa oleh malaikat dan sangkaan buruk dibawa oleh syaitan. Hadirnya lintasan sangkaan buruk adalah tanda rohani kita masih terikat dgn alam dunia yang diselubungi oleh cahaya syaitan. Syaitan berada di bawah bumbung langit dunia dan rohani kita juga berada di bawah bumbung yang sama, maka syaitan boleh menjadi kawan dan juru nasihat kepada hati kita.
    Selagi rohani kita tidak melepasi kongkongan langit dunia selagi itulah gerak hati atau lintasan yg dibawa oleh syaitan mengganggu hati kita. Tujuan latihan kerohanian ialah memberi kekuatan kpd rohani  agar ia dapat naik melepasi langit dunia, lalu lepaslah ia drpd taklukan syaitan. Lintasan syaitan tdk lg mengganggu hatinya, sebaliknya hati akan menerima lintasan malaikat.

    Apabila kita memahami tentang hakikat sangkaan buruk maka kita akan berusaha membuangnya agar ia tidak melekat di hati kita.Contohnya"ikut suka hati allah jer nk buatkan kita itu ini atau mentang-mentanglah dia berkuasa,macam-macam perkara dia buatkan kita serabut".Jadi oleh itu persangkaan ini adalah suatu sikap yg boleh menghalang diri kita maju kedepan bagi mencapai tahap makrifat.Apa-apapun, Allah tetap Allah yg maha berkuasa, DIA akan mengubah sangkaan itu digantikan dengan sangkaan baik. Bagi kita orang awam, baik sangka terhadap Allah dibina di atas kesedaran terhadap nikmat-nikmat yg Allah kurniakan kepada kita. Nikmat yang kita terima daripada Allah tidak pernah putus sejak kita mula dijadikan hinggalah ke detik ini. Manakala sangkaan buruk terhdp allah dibina atas kesedaran terhdp kesengsaraan yang diberikan allah.

    Dlm surah al-Mu'minuun ayat-ayat 12 hingga 14 Allah s.w.t memberi gambaran yg jelas ttg kejadian manusia, supaya manusia menginsafi nikmat yg diterimanya tanpa diminta dan Allah memberi nikmat dgn sebaik-baiknya. Maksud firmanNya itu ialah:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan manusia dari air yang tersaring dari tanah. Kemudian Kami jadikan dia setitik mani di tempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lantas darah itu Kami jadikan seketul daging. Kemudian daging itu Kami jadikan tulang-tulang. Kemudian tulang-tulang itu Kami baluti dengan daging. Lantas Kami jadikan dia kejadian yang lain. Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta".

    Perhatikanlah maksud ayat-ayat di atas. Siapakah kita pd peringkat-peringkat asal kejadian kita sebagai manusia? Apakah kita sudah ada ikhtiar dan usaha? Adakah kita sudah pandai berharap dan berhajat? Jawapannya pasti TIDAK, ketika itu kita tidak memiliki apa-apa dan tidak mengetahui apa-apa. Dlm keadaan yg paling lemah dan paling tidak mengerti apa-apa itu adakah Allah membiarkan kita? Adakah lantaran kita tidak berusaha dan berikhtiar maka Dia membiarkan kita kelaparan, kehausan,ketagihan,kesedihan? Adakah lantaran kita tidak mengajukan harapan dan hajat maka Dia tidak memperdulikan kita? TIDAK, sama sekali tidak! Allah tidak sekali-kali membiarkan hamba-hambaNya.

    Dia memberi perlindungan dan penjagaan tanpa diminta, tanpa diusahakan, tanpa diharapkan dan tanpa dihajatkan. Apakah ketika di dalam perut ibu sahaja Allah  memberikan kebaikan kpd kita dan menyekatnya apabila kita meluncur keluar kepada alam dunia ini? Tidak, bahkan nikmat kebaikan Allah berjalan terus,Adakah kita meminta utk dilahirkan dan kita minta tidak mahu mati?Ketahuilah dan kajilah bahawa cuma bezanya ketika di dalam perut ibu kita menerima tanpa kesedaran  dan tanpa pengetahuan, apabila kita berada di dunia kita menerima nikmat serta kebaikan itu dgn kesedaran dan berpengetahuan.

    Kesedaran dan pengetahuan itu membina sangka baik kita kepada Allah. Jika Allah telah membuktikan Dia sanggup memberi tanpa diminta mengapa ia enggan memberi apabila harapan dan hajat ditujukan kepadaNya? Hamba yg insaf setelah dibaluti dengan berbagai ujian kehidupan akan lebih berkeyakinan kpd Allah dan dia akan bergantung kpd Allah dgn baik sangka.(Nantikan sambungannya mengenai sucikan tujuan).

1 comment:

zakir932 said...

assalamualaikum....,

bertongkat dagu jugak nak tunggu ilmu dari blog superbrand nih....

musykil...,
musykil...,
musykil..., harap di layan

bagaimana nak merealisasikan berbaik sangka itu melalui medium afaalNya...?