Thursday, April 8, 2010

BAGAIMANA HENDAK SUCIKAN NIAT

RASULULLAH SAW pernah bersabda dan maksudnya yg ingin saya sampaikan dari maksud hadis itu sebagaimana berikut. 
“Barangsiapa yg berhijrah dgn membawa niat yg jelas kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu PASTI diterima oleh Allah dan Rasul.Barangsiapa yg berhijrah kerana dunia utk mendapatkan segala-galanya atau utk wanita yg ingin dimilikinya atau dikahwininya, maka semestinya tujuan asal utk berhijrah itu tidak akan sampai maksudnya dan akan terhenti pada tujuan hijrahnya itu.

FAHAMILAH dgn tenang dan perlahan-lahan dengan maksud kata-kata RASULULLAH SAW tersebut dan selamatkanlah atas diri kamu.

Hikmat kenyataan maksud hadis adalah bertujuan ingin sucikan maksud serta tujuan hidup kita perlu jelas. Keluar dari satu hal kepada hal yang lain adalah hijrah juga namanya. Apa yang didapati dari hijrah ialah apa yang dituju atau dimaksudkan dengan hijrah itu. Orang yang keluar dari penjara hawa nafsu dan dunia kerana inginkan syurga, maka pencariannya akan terhenti pada syurga. Orang yang keluar dari penjara akhirat kerana menginginkan kekeramatan akan berhenti bila berjaya memperolehi kekeramatan.

Orang yang keluar dari semua penjara alam kerana bermaksud mencapai Ilmu Allah akan berhenti pada ilmu. Orang yang keluar dari kurungan ilmu kerana mahu mendapatkan makrifat akan berhenti pada makrifat. Semua maksud dan tujuan yang telah dinyatakan tadi menghalang seseorang dari masuk ke Hadrat Allah s.w.t. Hanya satu sahaja tujuan yang benar-benar suci lagi murni, iaitu berhijrah kepada Allah, Rasul dan kekasih baginda (susun jalur daripada percikan cahaya cinta kepada rasulullah seperti golongan sahabat-nabi-wali dan sesiapa saja).
Rasulullah s.a.w menyebutkan kalimah "berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya", bukan berhijrah kepada Allah semata-mata.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi yang bermaksud:
Wahai Muhammad! Kamu melihat mereka melihat kamu, dan meskipun mereka melihat kamu namun, mereka tidak mengenal kepada kamu.

Org yg berada di dalam wilayahNya akan dibawa pula kpd darjat pilihan. Setelah dipilihNya diserahkan amanat dan disingkapkan kepadanya khazanah Rahsia-rahsiaNya.Org yg berada pd peringkat ini sudah dpt menyimpan Rahsia-rahsia Allah,Tdk akan dibukakan kpd sesiapa melainkan kpd yg memerlukannya sahaja.Mrk tidak membebelkannya sebagai barang murahan yg boleh menyebabkan berlaku fitnah kpd orang ramai. Setelah itu semua dilalui, jadilah dia seorang khalil atau sahabat setia.Seorg khalil dpt mencapai makam al-mahabbah (darjat cinta).
Darjat cinta ini dinamakan makam as-Sir iaitu makam Hakikat Muhammad s.a.w. Kefanaan di dalam makam Mahabbah ini membakar segala tutupan dan hijab lalu tersingkaplah kemutlakan. Lalu si hamba masuk ke Hadrat Allah dgn didorong oleh tarikan yang kuat oleh cahaya nur yang pada sisiNya. Selamatlah si hamba itu sampai ke Hadrat Tuhannya. Allah yg memulakan ciptaanNya dan mengulanginya. Permulaan segala sesuatu ialah Allah dan akhirnya juga adalah Allah.Dia Yang Awal dan Yang Akhir.
"Kami dtg dr Allah kpd Allah kami kembali dan kerana Allah apa yg kami lakukan"
Di situlah akan terciptanya sifat QANAAH dalam diri seseorg yg sudah memahami selok belok kehidupan yg dilaluinya.......Baiklah, persoalan tentang QANAAH itu nanti saya akan ceritakan lagi....sabar menunggu.

No comments: