Assalamualaikum...salam sejahtera salam ketenangan salam bahagia buat pengunjung blog sekelian.Di larut malam ini saya rasa terpanggil oleh kawan-kawan utk update blog,ada yang menghantar sms memberi peringatan kepada saya bahawa,jangan sesekali menyampaikan sesuatu agama untuk mencari makan,ada juga memberi komen bahawa jangan menterjemahkan sesuatu ilmu di dalam ruangan ini seolah-olah telah memberi jawapan yang putus dan meletakkan ilmu itu wajar atau tidak wajar.Ada juga yang melontarkan soalan apakah jaminannya tentang perniagaan yang saya jalankan dan ada juga yg menyatakan apakah jaminan kebaikan di dalam melayari blog saya ini.Oklah!!!setakat ini saya berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yg memberi tunjuk ajar dan mudah-mudahan saya dpt mengemaskini selok belok penulisan saya ini.Hari ini pagi ini, sya ingin berkongsi sesama kita yg memiliki pemikiran yang positif dpt menilai sejauhmana kehebatan dan jalan terbaik utk dilakukan dalam kehidupan kita.Manakala kepada sesiapa yang tidak berminat itu,saya minta maaflah kerana saya tidak pandai untuk memuaskan hati semua pihak.
Dari awal kewujudan dunia lagi,Allah tetap memilih dari kalangan orang-orang yang tertentu bagi menjalankan sesuatu tugas menurut kehendakNya.Mereka yang akan diberi tugas khusus akan dibawa melalui latihan kerohanian yang disusun secara langsung oleh Tuhan. Melalui latihan tersebut mereka mengalami perubahan kerohanian sehingga rohani mereka menjadi cukup kuat untuk menanggung beban tugas yang diamanahkan oleh Tuhan.Ada juga yang menjadi semakin teruk dalam meniti kesukaran hidup,ada juga yang semakin tabah,ada juga yang mudah berputus asa,ada juga bersikap keras kepala,Kesemuanya itu terletak kepada kehebatan allah menentukan.Tiada siapa yang dapat memberi keputusan dan menilainya.
Latihan kerohanian secara khusus biasanya melibatkan ujian bala dan malapetaka. Ujian ditujukan kepada hati dan akal.Jiwa yang menghadapi tekanan ujian biasanya akan mengadakan tindak balas bagi menghadapi tekanan tersebut.Tindak balas itu membuat jiwa menjdi kuat dan berkemampuan menghadapi keadaan yg ditemui semasa menjlnkn tugas khusus nanti.
Di dalam Al-Quran juga byk menceritakan berbagai perkara utk menjdi santapan rohani kita semua dan berapa ramai yg menyampaikan topik yg berkaitan dlm membaiki diri seseorg. Al kisah indah hamba Allah yg tlh berjalan dalam menempuh liku-liku ujian bala.Surah Yusuf,menceritakan kisah suka duka Nabi Yusuf.Ketika kecilnya beliau dikhianati dibuli dipersendakan oleh saudara-saudara sendiri.Nabi Yusuf dicampakkan ke dlm perigi yg terpaksa tinggal di dlm perigi tersebut beberapa lama sehinggalah satu kumpulan pengembara dtg ke tempat itu.Nabi Yusuf diselamatkan drpd perigi tp dijual pula sebagai hamba.Beliau dibeli oleh seorg bangsawan Mesir.
Zaman remaja nabi Yusuf menemukan beliau dgn fitnah kaum wanita.Keelokan paras rupa nabi Yusuf menyebabkan beliau menjadi idaman setiap wanita yg memandang kpd beliau, termasuklah isteri tuannya sendiri.Beliau berjaya melepaskan diri drpd perangkap wanita bangsawan,isteri tuannya itu,tetapi sebagai natijah kpd keengganannya melayani keinginan wanita tersebut beliau telah dianiaya dan dimasukkan ke dlm penjara. Tetapi nabi Yusuf menerima semua ujian itu dengan hati yang redha,gembira,tabah,tawakal dan berserah diri dengan ikhlas.
Ujian malapetaka yg dihadapinya satu persatu itu telah mematangkan jiwa nabi Yusuf. Bila jiwa beliau sudah cukup kuat,perjalanan ujian bala diredahkan dengan cekal sekali. Datang pula kehidupan baru daripada dipenjarakan nabi Yusuf dapat dikeluarkan daripada penjara dan dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir secara terhormat.wow!!!memang luarbiasa peristiwa nabi yusof,bagaimana perkara ini boleh berlaku?sejauhmana kekuatan jiwanya menempuh ujian hidup?Daripada kesukaran beliau digantikan pula oleh allah kenikmatan.Jom! kita rungkaikan kisah ini.
Kisah suka duka Yusuf adalah memberi pengajaran dan diikuti kpd orang yg beriman dan percaya dan yakin dengan kuasa mutlak allah.Bahawa hidup ini bukan selalunya senang, selesa dan mudah. Tidak semua yang diidamkan boleh diperolehi dan tidak semua yang dirancangkan boleh terlaksana. Kadang-kadang seseorang itu perlu melalui penderitaan yang lama sebelum menemui kebahagiaan.Ada pula yang terpaksa menempuh kesengsaraan sehingga menemui ajal.Nabi Yusuf telah menempuh semua peringkat penderitaan dengan hati yg sabar, ikhlas dan tabah,sentiasa bertenang tanpa berkeluh-kesah.Setelah tamat tempuh ujian keduniaan datanglah peringkat mempraktikkan siraman air keyakinan dan pengharapan yang tinggi terhadap allah.Tahap menjiwai dan menghayati keseksaan jiwanya itu dapat diselami sepenuhnya dan dapat diterjemahkan kepada pengikutnya.
Manakala berkaitan kisah Nabi Musa yg melalui perjalanan ujian bala sebelum diangkat menjadi Rasul.Nabi Musa adalaha manusia biasa berasal daripada keturunan Bani Israil.Kaumnya ditindas oleh kaum Kibti yang berkuasa.Pemerintah Kibti adalah Firaun. Semasa kaumnya ditindas oleh kaum Kibti,nabi Musa hidup dengan aman di dalam istana Firaun, kerana pada waktu itu beliau adalah anak angkat Firaun. Kehidupannya yang tidak berhadapan dengan cabaran,tidak mempedulikan hal orang lain,penderitaan dan kesusahan tidak dirasainya,Namun dengan takdir allah tidak mampu membuat nabi Musa layak menerima jawatan sebagai Rasul Allah,melainkan diuji dengan berbagai rupa.Sehingga beliau menerima berita akan dibunuh.
Oleh itu nabi Musa dibawa kepada melalui ujian bencana bagi memantapkan kerohanian beliau.Nabi Musa dengan tidak sengaja telah membunuh seorang Kibti.Inilah menunjukkan takdir allah telah mengujinya.Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan kaum Kibti. Mereka berpakat untuk membunuh nabi Musa.Lalu Beliau terpaksa melarikan diri,meninggalkn negerinya dan kesenangan yang dinikmatinya.Beliau terpaksa merantau dri satu tempat ke satu tempat sehingga beliau sampai ke negeri Nabi Syuaib.Beliau tinggal bersama-sama Nabi Syuaib dan bekerja sebagai pengembala kambing.Setelah beberapa tahun kemudian nabi Musa berkahwin dengan anak Nabi Syuaib yang bernama Siti Safar.
Setelah berkahwin Musa membawa isterinya merantau.Semasa dalam perantauan itu saidatul Siti Safar yg sarat mengandung mengalami kesakitan.Ketika itu hari hujan.Nabi Musa tidak dpt mencari sesuatu bahan untuk menghidupkan api bagi memanaskan isterinya. beliau keluarlah mencari api.Tiba-tiba disuatu sudut beliau melihat cahaya api dari kejauhan. Beliau pun pergi ke sana.SeSampai di sana bukan api yg temui.Nabi Musa menemui sesuatu yang luarbiasa(sukar utk diterjemahkan).Beliau menyaksikan kenyataan Tuhan dan akhirnya beliau menerima arahan dan diberi pengistiharan lalu diangkat menjadi Rasul.
Sebagai pesuruh Allah,Nabi Musa menerima perintah yang sangat berat.Beliau ditugaskan untuk kembali kepada kaum Bani Israil dan kaum Kibti,sedangkan kisah lepasnya telah membuatkan dia panik,tetapi dalam masa yang saya allah menyuruhnya menyeru mereka supaya kembali kepada ajaran tauhid. Tekanan nabi Musa mesti berhadapan semula dengan kaum yang masih lagi menyimpan dendam mahu membunuh beliau masih lagi tidak hilang.Perintah Allah mesti dilaksanakan tanpa ragu-ragu dan dgn membuang segala kepentingan diri sendiri. Akhirnya beliau memiliki keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan situasi begitu. Kesimpulannya nilai ketakwaan dan kesabaran tidak akan terbentuk kalau tidak belajar mengikhlaskan diri serta tidak belajar menyemai sifat taat,redha,yakin dan bersederhana Andai kata hidup kita pula tidak digilap oleh guru dan pengesahan amalan maka akan melumpuhkan perjalanan kehidupan kita.Ermm!!! baiklah....Nanti saya akan sambung semula tajuk ini....harap maaf,ada keje sikit nk dibuat.
2 comments:
assalamualaikum....,
lama hamba tak datang tapak tuan..... harap-harap janganlah hamba disepak......
bermula adam a.s hingga muhammad s.a.w segalanya mereka adalah hamba pilihan allah yang terpilih mendukung kehendak allah mengikut.... segalanya kehendak allah memilih sesiapa yang jua layak mengikut ilmu barulah beroleh kehendak mencantumkan kudrat dan sengaja kita mempersembahkan afaal milikNya tanpa aturan dan campurtangan sifatNya.... ketahanan bagaimanakah yang dapat merungkai bebanan wujud sifat ini.... ke hulu ke hilir menggendong sengsara rohani terasa sangat di campak tak dipedulikan, DIA macam dah tak kesah dah tak peduli hingga rasa terbuang terhindar wujud sifat ini atau lenyap segala sifat itu.... layak lagi ke sifat ini mempersembahkan ikhlas, qanaaah, taat ,redha atau segala kesolehan sedangkan sifat ini belum tahu untuk Fana......
1.fana’ lillah.
2.fana’ billah.
3.fana’ fillah.
eheheh....darjat fana lillah,billah dan fillah adalah suatu darjat yg amat tinggi...sememangnya amat skit sekali org yg blh sampai di tahap ini...memandangkan kalau sudah tenggelam dalam fana diri pun sudah bengong di bawa arus takdir...inilah pula nk dibincangkan bab ikhlas,qanaah,taat,redha....
Post a Comment