UJIAN APA?EPISOD 02
Salam sejahtera salam perjuangan dalam meneruskan kehidupan ini entah apa-apa,sesungguhnya kehidupan ini belum menemui jalanan kesudahannya.al maklumlah,tiada sesiap yang layak mengesahkan kita sebagai seorang islam yang beriman melainkan allah semata-mata,Oleh itu dalam ruangan yang sempit ini saya dapat siapkan halaman blog ingin berkongsi tentang kehidupan kita ini penuh dengan raba belaka dan akhirnya tidak boleh mengatakan sapa salah dan sapa betul....cuma hidayah dan rahmat yang dapat menilainya.Tajuk kali ini saya sampaikan adalah sambungan dari tajuk semalam tentang ujian apa kebenda yang kita lalui dalam kehidupan setiap masa.Baiklah!!!Perjalanan menempuh ujian masalah bencana bermula daripada manusia yang pertama lagi.Sebagaimana kisah saidina Adam dan saidatul Hawa hidup senang lenang di dalam syurga. Kehidupan syurga merupakan sebuah kehidupan yang abadi,tidak makan tidak minum tidak tidur tidak tidak dan tidak. Di dalamnya juga tidak ada kematian, tidak ada penyakit, tidak ada susah, tidak ada panas, tidak ada lapar dan tidak ada apa sahaja yang tidak menyenangkan.
Rupanya kehidupan syurgawi tidak cukup untuk memantapkan kerohanian seseorang manusia bagi mencapai darjat yang terpuji.Selama saidina Adam menetap di dalam syurga, beban sebagai khalifah di bumi tidak dipikulnya lagi.Beliau perlu menjalani perubahan bentuk kehidupan, untuk itu beliau dihantar ke bumi.Di bumi sadina Adam menjalani perjalanan ujian kehidupan.Beliau mesti menjalani alam yang kematian,ada alam penyakit,ada alam kesusahan, ada panas, ada lapar ada berbagai-bagai perkara yang tidak menyenangkan.
Setiap ujian bala bencana itu telah mengajar dan memperkenalkan apa yang tidak dialami dan dikenal di dalam syurga, dengan demikian pengalaman dan pengenalan saidina Adam menjadi sempurna. Baharulah saidina Adam layak memikul tugas sebagai khalifah Allah di bumi. Mahkota khalifah itu hanya boleh dipakai oleh saidina Adam.Setelah beliau menjalani ujian bala dan maka beliau telah memasuki pintu taubat pula.Ujian bala bencana dan taubat adalah dua perkara yang sangat penting dan berkesan dalam menaikkan taraf kerohanian seseorang insan.Sehingga sekaranag umat islam pun turut mengikuti amalan taubat yang diamalkan oleh saidina adam.Ini adalah satu ruang untuk memantapkan kerohanian masing-masing.
Umat manusia dari keturunan saidina Adam pun akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh bapa mereka itu. Bahang kejahatan yang dilakukan oleh mereka itu merupakan satu jalan untuk mengenal dan memantapkan kerohanian dan memperkemaskinikan ruang hidup yang memerlukan kepada allah setiap masa.Kedudukan manusia yang sudah merasai kejahatan diri sendiri itu dapat mengisi ruang kehidupan itu dengan cara yang terlebih baik dimasa-masa akan datang.Syurga adalah suatu tempat yang kekal abadi dan manusia merasakan tempat mereka tinggal ini juga abadi.Semasa di dalam syurga saidina Adam sangat menginginkan kehidupan yang abadi dan itulah yang membuatnya boleh diperdayakan oleh iblis supaya memakan buah daripada pokok larangan yang kononnya boleh membuatkan saidina Adam menjadi abadi di dalam syurga.(cerita mengenai saidina makan buah khuldi ini bukan kerana derhaka sebenarnya,cerita ini ditujukan khas buat ahli-ahli syariat sahaja)...manakala nisbah kepada cerita dalam bentuk tafsiran ahli tasauf lain pun kisahnya.
Keturunan saidina Adam juga akan mendekati pokok larangan di dunia krn menyangkakan ia akan membuat mereka hidup kekal di dalam dunia. Pokok larangan di dalam dunia itu adalah hawa nafsu.Orang yang merasai buah daripada pokok hawa nafsu akan merasakan dunia ini sebagai syurga yang kekal abadi,Hidupnya akan dipenuhi dengan keseronokan,kegembiraan, kealpaan dan lupa diri dan tidak sedar diri.Timbullah keasyikan kepada dunia dan lalailah mereka di dalam arus keseronokan. Dalam kelekaan itulah mereka dijajah oleh iblis,jin,syaitan dan dajjal.
Ketika manusia sedang asyik di dalam kelekaan dan dengan mudah mereka dikuasai oleh iblis itu,maka jatuhlah mereka dalam kemurkaan Allah.Hancurlah syurga dunia mereka. Lenyaplah khayalan mereka tentang keabadian dunia dan kelazatan hawa nafsu.Tahulah mereka bahawa hawa nafsu adalah pokok larangan yang membuat manusia lupakan amanat Allah Manusia yang telah menerima padah daripada pokok larangan itu akan menjadi menyesal.Setelah mereka mengalami suatu tekanan kerohanian dan pemberontakan jiwa maka mereka akan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Tuhan. Bercucuranlah air mata mereka membasahi pipi, misai dan janggut. Sujudlah mereka kehdapan allah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang.
Jadi oleh itu pintu Taubatlah yang telah menjadikan saidina Adam sebagai manusia pilihan dan diberi kedudukan istimewa sebagai khalifah Allah di bumi.Taubat juga dijadikan sebagai sumber rujukan kepada keturunan saidina Adam dan memerlukan pintu taubat itu sebagai pedoman dan penyejuk jiwa mereka lalu dengan kehebatan kuasa taubat itu juga allah telah membuat pilihan yang wajar dan memberi suatu tugas pula kpd mereka yang sudah mencapai tahap pintu taubat yang sebenar.Manusia yang diheret kepada taubat adalah manusia istimewa yang dipilih oleh Allah untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayangNya.
2 comments:
assalamualaikum......,
segala yang terpuji adalah kamu amuji yang berani mengeji nafsi sangkaan abadi. sungguh nafsi itu tak mengerti mati walau di sebat cemeti.... terima kasih amuji kerana kamu bukan sami mukherji, entry mu penuh berisi hamba membaca bagai dibaji-baji. hidup itu wajib teruji taubat itu selaku penyuci... bagaimana penyucian yang asli adakah setakat berjanji tidak mengulangi atau tangisan menyesali sepanjang hari..... taubat itukah namanya redho pada yang hak atau pada yang batil.
waalaikumusalam walau zakir yg rajin berzikir....bila diri sudah tenggelam dalam sifat kikir mengharap blasan dari yg maha terpuji adalah bagi allah,maka akan dibukakan lagi pintu taubat bagaimana yg sesuai utk diri yg terperi, sebagaimana simbolik yg berapa dimasjidil haram..pintu itu pintu ini adalah mengjar kpd kita tahap dan maqam iman seseorg itu berdiri di atas kaki sendiri dengan pengetahuan ilmu serta melalui perjalanan tabung uji.....huhuhu!!terima kasih byk2 kerana kaulah yg sudi memberi sokongan padu dan rasa gembira membaca entri ini walaupun ianya tidak sehebat blog sufi dan blog2 islamic....dlm ramai2 kaulah yg paling berminat dgn tajuk2 ilmu makrifat seperti....aku tdk berapa suka memaparkan entri ini krn akan membuatkan org tdk fhm....walaupun begini,amuji kagum dan berpuas hati kalau entri ini dpt membantu zakir mencari diri....
Post a Comment