Tuesday, February 9, 2010

ILMU REALITI?HOW....

Salam sejahtera salam tulus ikhlas buat pengunjung blog saya,malam ini saya ingin mempersembahkan kepada kalian semua tentang ILMU REALITI.Apakah yang dimaksudkan dengan ILMU REALITI kalau kita belum mengetahui terlebih dahulu tentang ILMU KLON@ILMU SESAT@ILMU REKAAN @ ILMU IKUT SELERA...

Saya tersenyum sendirian bila ingin memulakan topik ini, idea spontan ingin membicarakan tentang ilmu ikut selera,macamana untuk diketengahkan bab ini yer.Di dalam pengamatan saya tentang orang melayu islam menitik beratkan soal ilmu klon,ilmu ikut selera....maksudnya melakukan perbuatan secara beragama tetapi tidak ikhlas dan tidak jujur pada diri sendiri....contohnya amat banyak sekali berlaku dalam masyarakat islam sekarang,dalam cerita-cerita melayu sekarang pun lucu, begitu juga dengan kehidupan dikampung-kampung seperti mereka terkejar-kejar pergi ke masjid surau untuk merebut-rebut pahala yang berlipat kali ganda, kemudian kalau ada majlis-majlis tahlil, bersibuk-sibuk nak makan kenyang-kenyang dan sedap-sedap dan free. kalau tidak diajak@diundang,memang sah dimaki dan dikeji.

Kalau ada majlis solat jenazah, sibuk duk bercakap-cakap,kenapa dia tak ajak aku solat jenazah....sbb solat jenazah ni ada habuan gak...kedudukan islam sekarang ni semakin terseksa....sibuk nak jaga diri takut orang lain tidak puas hati....sibuk nak jaga hati orang lain takut orang tidak mesra dengan dia lagi dan nanti akan datang susah untuk berurusan...macam-macam hal lah.

Berbalik pulak soal buat majlis berselawat sambut kelahiran anak baru dalam keluarga....beramai-ramai datang memeriahkan suasana majlis,ada sesetengah negeri dimulai dengan tahlil dulu,ada yang dimulai dengan berzanji dulu,dan yang terus dengan  berselawat dan diakhiri dengan makan...semasa memulakan majlis baca-baca berzikir bertahlil...semuanya saya tengok lemah semangat dan tidak ada daya menarik untuk menjana jiwa masing-masing,ada yang tidak jujur pada diri sendiri dan tidak ikhlas melaksanakan amalan kebaikan tersebut. Untuk mengeluarkan kata-kata zikir pun agak kepenatan,malas dan tidak tahu apa-apa faedah dan kesan dan hasilnya,sebab ganjarannya dihari kiamat, lambat sangat nk tunggu.....

Oleh itu,Di mana nilai murni yang mereka harap-harapkan,bagaimanakah hendak menjana kekuatan iman seseorang,andai kata bacaan selawat dan zikir munajat tidak nampak kemanisannya apabila kita menyebutkannya berulang-ulang kali?saya tengok seolah-olah mereka macam berketok-ketok taktau apa-apa dan macam budak kecil yang duduk main dengan najis...oh!!!agak kasar bunyinya bahasa saya,tapi itulah realitinya kita sebagai manusia melayu islam yang semakin pupus dalam soal kekuatan batin. Jadi bagaimanakah ingin kita mengetahui lebih lanjut tentang ILMU REALITI sekiranya saya tidak buka dan kupas secara lebih halus bab ini.

Situasi lain pula, siibu bapa memukul anak-anak yang meninggalkn solat fardu, dimarahi dimaki hamun disumpah seranah dipukul dengan cara beremosi,si isteri pula di hentam dengan macam-macam alat kerana terlewat untuk menunaikan solat,ada setengah tu si suami bantai isterinya dengan batang ubikayu kerana isterinya tidak sedar dari tidur.Masalah tidur tiada siapa yg berkuasa untuk membangunkannya melainkan dengan kehendak allah semata-mata. Oleh kerana dirinya sudah tertipu dengan ILMU IKUT SELERA LOJIKNYA, begitulah yang boleh terjadi.Ada setengah tu,batang ubikayu boleh hancur lebur kerana memukul istri yang terlupa dan tidak sengaja untuk meninggalkan solat.Inikah yang dikatakan orang yang berilmu REALITI....sebenarnya itu adalah ILMU IKUT SELERA.

Situasi ini pula,bila takbir raya berkumandang....beramai-ramailah pergi kemasjid untuk menunaikan solat hari raya dengan pakaian baru-baru belaka. Diibaratkan mereka sudah bebas dari cengkaman menahan puasa selama sebulan, hati mereka dirasakan sungguh lega sekali kerana tahun depan pula akan sambut puasa. kemudian selepas solat berpusu-pusu pergi kekubur untuk menziarahi simati,menghadiahkan bacaan ayat suci al-quran,kalau yang biasanya anak-anak remaja yang perempuan,bila bertandang ke kubur dengan penuh sopannya mereka bertudung.Apabila keluar jer dari kubur di buka sana sini untuk mendapatkn perhatian orang ramai bahawa dia adalah cantik seksi dan bergaya dan bersedia untuk menerima pujian orang ramai .....adakah suami atau abang-abang atau adik-adik kakak-kakak dan si ayah yang boleh menasihat mereka yang tersasar dari landasan yang sebenarnya?Dimana ILMU REALITINYA PULA?

Situasi ke6,mengupah beberapa orang yang pandai mengaji Al-quran untuk dibacakan di atas kubur si mati,kebiasaannya akan dipilih oleh keluarga simati seramai 5 orang.Bacaan al-quran perlu dikhatamkan tiap-tiap orang, tidak kiralah beberapa hari,yang penting syarat dunia perlu ditunaikan. Supaya tidak menjadi buah mulut orang-orang kampung.Al-kesiannya kepada keluarga yang susah berhutang sana sini utk memberikan upah kepada pembaca-baca al-quran itu, manakala dipihak pembaca quran pula tidak mengikhlaskan diri,baca pula dalam keadaan laju-laju supaya cepat habis dan entah di mana hukum tajwidnya. Ada yang berlumba-luma siapa cepat tamat dapat hadiah sesama mereka. Ada pula setengah tu berpakat sesama mereka agar dicepatkan sebab banyak nyamuk,gelap dan kot-kot akan diganggu hantu kubur.

Situasi ke7,buat kenduri besar-besaran,tapi mengharapkan Wang dari orang yang diundang....kalau orang yang diundang tidak ada wang...apa situasi mereka? Dalam hatinya akan berkata begini;"ehh ehh kalau aku tak pergi kemajlis kenduri ni,nanti apa kata tuan punya majlis pula?lain kali kalau anak aku nk kawing pula, aku jemput dia,tp dia taknak datang plk kan".."ermmm kalau pergi pula,malu laa pulak bagi rm5....erm!!! mcamana erk?

Ohya!!ada satu kali saya pernah berdebat dengan seorang pakcik,dia ada mengatakan kebaikan bersama di antara org yang buat majlis kenduri kawin memerlukan modal yang begitu besar dan bergadai harta untuk mempersiapkan majlis kenduri itu, kemudian kepada pihak orang yang dijemput pula perlu memahami situasi orang yang menyediakan makanan kenduri itu,jadi kenalah menghargai dengan bayaran, sekurang-kurangnya pihak ahli majlis kenduri rugi pun tidak lah teruk sangat.

Saya pun terfikir jugak,bagaimana dengan orang yang tidak diundang?apa perasaan mereka?semestinya akan timbul jurang perkauman.kemudian pula apa ertinya kepada ahli majlis kenduri mengharapkan balasan@apa salahnya meniatkan dalam hati tujuan dengan memberi makan kepada orang sebagai kesyukuran atau bersedekah.Nilai-nilai balasan itu hanya untuk allah saja.

Ok...sekarang saya ingin merungkaikan sedikit pemahaman tentang ILMU REALITI.Tengoklah budaya hidup orang islam melayu.Adakah 10 tahun atau 20 tahun akan datang masih lagi mengamalkan budaya ini?....inilah yang dikatakan ILMU KLON,ILMU REKAAN,ILMU IKUT SELERA.Ada satu hadis yang berbunyi begini;

”Barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illalloh maka dia masuk surga”.(HR. Hakim dan lainnya dengan sanad hasan, hadist dari Mu’adz)

Persoalan saya!!adakah sudah mencukupi dengan ucapan terakhir itu dengan "laa ilaa ha illalloh"? Hadis Nabi ini begitu dalam maksudnya kalau ingin dijelaskan, kalau kita hanya tafsir mengikut satu makna zohirnya,hanya memadai dan mencukupilah dengan ucapan itu saja,tidak perlu solat,tidak perlu buat baik kepada ibubapa, tidak perlu puasa,tidak perlu berzakat,tidak perlu naik haji dan tidak perlu itu dan ini.

Al-seksalah kita semua kalau melihat islam itu satu agama yang berlandaskan kepada ilmu lojik semata-mata.Al-kisahnya Maka dengan memberanikan diri saya ingin cuba menjelaskan sedikit sahaja tentan ILMU REALITI sebagaimana yg dikehendaki oleh allah sebenarnya.

ILMU REALITI adalah ilmu untuk mempelajari cara memfanakan diri(iaitu memecahkan benteng kelemahan diri,kecacatan diri,menyucikan hati yang berkarat dengan amalan zikir yang khusus).

Cara-cara menyatukan akal+hati+roh secara keseluruhan dibawah kekuatan keyakinan kita dengan memegang prinsip :"bahawa aku adalah hak milik allah secara mutlak serta dapat mentiadakan diri sendiri", Maka disitulah akan terbuka halangan keegoan diri kita sendiri.Jadi oleh itu,setiap amalan kebaikan yang dilakukan dalam pengetahuan syariat perlu berjalan seiringan dengan kehendak orang awam melalui akal serta meniti perjalanan halus dengan daya hati disamping meningkatkan gelombang interaksi rohani bersama allah.

Bagi orang sudah memahami ILMU REALITI bahawa perintah dan larangan ALLAH adalah sesuatu yang tidak boleh dibezakan sehingga bagi mereka tidak ada lagi ketaatan dan kemaksiatan karena sudah tidak ada lagi siapa yang harus taat dan siapa yang harus ditaati, bahkan seluruh isi al-Qur’an adalah kesyirikan karena masih membezakan antara perintah dan larangan, antara ketaatan dan maksiat, antara yang baik dan yang buruk.(Awas!!!perkataan ini tidak sesuai utk org awam yg belum memahami selok belok ILMU REALITI).

Inilah erti tauhid menurut mereka, sehingga mereka tidak dapat membezakan lagi antara wali Allah  dengan musuh Allah,antara orang yang dicintai Allah dan orang yang dimurkai Allah,antara ma’ruf dan munkar, antara muttaqin dan orang durhaka,antara orang yang taat dengan ahli maksiat.(Awas!!!perkataan ini tidak sesuai utk orang awam yang belum memahami selok belok ILMU REALITI).

Apabila seseorang memiliki keyakinan yang demikian maka terlepas Islam dari lehernya dan dia telah kafir dengan kekafiran yang nyata walaupun orangnya mengaku telah mencapai mengenal diri atau mengaku sebagai wali Allah maka mereka adalah wali syaitan.(Awas!!!perkataan ini tidak sesuai utk orang awam yang belum memahami selok belok ILMU REALITI).

Kesimpulannya,menurut orang tasawuf ILMU REALITI adalah ilmu yang berasal dari perasaan, kecintaan. Manakala hawa nafsu tanpa mengikuti pegangan dan ajaran al-Kitab dan as-Sunnah dari gurunya,nescaya dia sudah terlepas dari memahami ILMU REALITI.Sedangkan ilmu realiti menurut islam adalah ilmu yang berasal dari al-Kitab dan as-Sunnah dengan pemahaman as-Salafush shohih dan ahli sunnah wal jamaah dan tidak lari dari 4 mazhab fekah dan 4 mazhab tasauf.Sejajar pula dengan saluran 4 orang khalifah ar-rhosyidin dan 4 orang ulul azmi dan 4 orang yang bernama abdullah pengumpul al-quran dan 4 orang malaikat di level tertinggi dan 4 orang malaikat dilevel rendah sikit.

2 comments:

zakir932 said...

salam ku dari zakir si fakir nusantara....,

selagi masih merasakan hidup maka berpakaianlah diri dengan syariat

selagi merasakan tiada diri maka “Dengan-Ku dia mendengar, dengan-Ku dia melihat, dengan-Ku dia memukul, dan dengan-Ku dia berjalan.”

selagi mana diri terbungkus di dalam jasad dan masih memerintah alam soghir selagi itulah syariat masih wajib di syiarkan ke serata alam

tetapi bila cubit pipi rasa sakitlahhh?

afzam5607 said...

hehehe....sendiri tanggung dan sendiri merasailah disebalik penghayatan ILMU REALITInya macamana erk.....terima kasih keran sudi berkomen-komen dan berluah kasih suci mencari hakikat kebenaran.