Thursday, January 28, 2010

BISIKAN HATI-CHANNELING DATA

Pertama sekali saya ingin bercerita sikit tentang kisah apa erkk di dalam blog selayang pandang untuk tontonan umum,harapan saya agar ianya  memberi kebaikan kepada kita bersama. Jadi,setakat ini saya masih tidak dapat menganggap tentang status sebenar blog saya.Apakah agenda besar utk difokuskn blog saya.Oleh itu,pada peringkat ini saya terpaksa membuat title Besar dikepala blog saya "selayang pandang",Memandangkan hasil pengkajian saya dalam arena kehidupan saya serta orang lain terlalu luas untuk dikupas dan diperhalusi,maka disebalik penceritaan setiap ruangan artikel saya ini, Kita serahkan pada takdir allah dan penilaian allah semata-mata....saya berharap mudah-mudahan ianya memberi ketenangan dan keluasan berfikir dan dapat mematangkan daya upaya idea kita untuk terus maju di dunia n akhirat.

    Berdasarkan kepada pengalaman hidup seseorang itu sebenarnya banyak memberi pengajaran disebalik kisah lampau samada pahit manis yang ditempuhi,begitu juga ia dapat memberi sumber inspirasi agar lebih mengenali diri kita sendiri.Pada saya pula,pengalaman yang saya lalui ini agak unik juga walaupun mungkin orang lain pun pernah mengalaminya juga dan mungkin sudah berada diaras level yang tinggi menjulang, mungkin lebih suka disembunyikan.Manakal dipihak saya,diringankan utk berkongsi bersama.

    Sebelum itu Saya ingin menyentuh sikit tentang nabi Muhammad,Beliau merupakan seorang manusia luarbiasa yang BIJAKSANA,JUJUR,AMANAH,BENAR.Sesungguhnya semua makhluk di atas muka dunia mengenali Beliau seadanya dan hampir segenap pelusuk dunia mengetahui status Beliau. Disebalik fakta dan hujah setiap bangsa ingin menegakkan kebenaran mereka contohnya seperti Arab mengatakan merekalah pengasas kebangkitan itu, negara cina, korea bahkan mana-mana negara mahu menjadi pengasas pada kebangkitan itu. Agama lain menanti 'savior' atau 'messiah' atau 'avatar' mereka. orang islam juga menunggu Imam mahdi mereka.Lain agama lain pula bukti yang kukuh daripada kitab suci pegangan mereka.TAPI HAKIKAT KEBENARANNYA TETAP MERUJUK PADA YANG SATU JUGA. Apapun pergolakan,perebutan kuasa,penindasan dan sebagainya tidak akan berhenti selagi tidak berlaku kiamat.Persoalannya, bila?

    Ohya!!!kita kembali kepada kisah hidup saya,Berbangkit pada tajuk dan tujuan saya,ingin menerangkan semula apa itu 'channeling' dan kaitannya dengan sains.Jadi istilah Channeling yang selalu dibincangkan oleh saudara-saudara kita dalam ruangan forum telah terbukti dan ianya memang berlaku dalam hidup saya iaitu Suatu proses yg manusia menjadi medium utk memterjemahkn sesuatu yg bersumber dari sesuatu yg unik, abstrak/halus.

    Ini adalah suatu kajian dan penelitian serta pengesahan saya dlm mengenal dan memahami 'alam melayu islam dan kekuatannya' serta 'keupayaan sebenar manusia' sebagaimana berlaku dalam kehidupan para wali-wali.Berikutan itu juga saya bertanyakan hal luarbiasa yang selalu saya alami,tetapi ramai yang tidak dapat memberi respon apa-apa,melainkan setelah saya berjinak-jinak dlm dunia internet,setiap persoalan mula terjawab kenapa jadi begini dan begitu,saya alami setiap perkara itu dianggap biasa sahaja pada kacamata orang ramai,tapi bagi saya perlu dikemaskini dan untuk disesuaikan dalam kehidupan seharian agar ia tidak lari dari landasan yang sebenarnya.

    Sebelum ini saya tidak mengambil berat perkara ini kerana pada mulanya menganggap bahawa ia adalah suatu keadaan TAKDIR penentu kehidupan iaitu SUATU KEBETULAN@SURATAN.Tambahan pula kesamaan dan keselarasan disebalik kejadian itu memberi 1001 satu makna dan betul apa yang diceritakan oleh mereka yang pernah merasainya.Akhirnya ia menjadi sebati dalam sanubari saya sehinggakan dijadikan satu pegangan yang kukuh untuk berada di atas jalan yang kukuh serta keyakinan yang tinggi.

    Saya tahu, ramai di luar sana menganggap ini semua tahyul dan syirik dan mungkin diluar pemikiran manusia.tapi.....saya begitu yakin apa yg sedang di lakukan ini dan kami ada team mate(sealiran). Kami ada guru masing-masing dan akan ada yang mempertikaikan sekiranya salah tindakan tersebut.

    Perkaitan bukti saintifik dengan kisah hidup saya. Untuk kali ini, saya berjaya meringkaskan dan saya mencari bukti dalam internet melalui rakaman beberapa video mengenai frenquensi, minda dalam sedar,minda bawah sedar,abstrak travel,DNA, RNA, mind power, dan lain-lain.

    Channeling adalah suatu interaksi antara benda berfizikal dgn data yg tersimpan di dlm entiti bersifat halus @ abstrak.Entiti ini blh kita katakan sebagai jin,syaitan, jelmaan,hantu,toyol dan mambang tanah,mambang pulau,mambang bukti dan sebagainya.Manakala rujukan dari landasan pelajaran saya pula adalah melalui bisikan (lintasan hati itu boleh terbentuk melalui bbrpa cara) seperti bisikan malaikat,bisikan syaitan,bisikan jin,bisikan nafsu serta bisikan ketuhanan.Masalahnya ialah bagaimanakah kita dapat membezakan di antara kesemuanya? Maka wajarlah setengah pihak yang menjadi mangsa keadaan seperti mengalami penyakit halusinasi itu tidak dapat mengawal dirinya lalu ia jadi gila disebabkan perkara itu.Ada juga tidak dapat mengawal perasaan disebabkan bisikan nafsunya,ada juga semakin tertekan dengan bisikan syaitan dan macam-macam hal....

    Jika anda mengatakan jin syaitan dan iblis mempunyai keupayaan utk access data dan memberiknnya pd manusia,memang ianya boleh berlaku dengan mudah sekali,kerana makhluk-makhluk seperti mereka itu adalah makhluk yang terawal dan terhebat dan paling kuat beramal berbanding dengan kita sebelum ini.Tapi manusia yang rajin mencari diri dan sudah mengenali dirinya sebaik-baik,maka dia ada kekuatan utk menentang dan berlawan serta berjuang dengan golongan itu seadanya melainkan dengan keizinan allah.

    Telah di riwayatkan bahawa saat kelahiran baginda rasul,perhubungan antara langit dan bumi telah tertutup oleh kerana itulah syaitan tidak mampu lagi untuk mengumpul data.Tapi mereka boleh menganggu sahaja,Jika meraka inginkan data itu,terpaksalh mereka gunakan manusia untuk membuka 'pintu langit'itu,tapi tak sempat nak kumpul,para syaitan ini telah hilang kaki tgnnya @ kepalanya kerana di 'tembak' dgn 'api dr langit' yang datangnya dari power aulia' allah itu.

    "Dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk mendengar berita. tapi sekarang, barangsiapa yang cuba mencuri dengar, tentu akan menjumpai panah api yang membakar".....(surah al-jinn ayat:9)

    Selain itu juga, beberapa prosedur telah di buat sebelum memulakan channeling ini.Anda boleh melakukannya untuk mendapatkan data tersebut melalui cara mengambil wuduk, kalau boleh bersolat sunat,berselawat dan berzikir khusus,dengan cara muraqabah(meditasi) dan ada juga kebiasaannya apabila kita tertekan,lalu kita melakukan solat  hajat memohon jalan terbaik,sesudah itu anda akan mendapat suatu data mengenai cara-cara terbaik untuk dilakukan atau akan dipertemukan kepada seseorang yang boleh dipercayai dan selepas itu anda akan merasai ketenangan yang luarbiasa.Tapi, kalau data itu datangnya dari syaitan juga, agak kebal juga lah syaitan tu ya. 
Hasil Channeling ini kadang kala sesuatu yang di luar akal manusia, tapi hal ini telah di nyatakan di dalam quran tentang 'perkhabaran yang tidak kamu ketahui'. Seandainya perkara itu di ketahui manusia umum, jadi apa kejadahnya semua ini?!UJIANNNNNNNNNNN.....(dipilih allah untuk menaikkan darjat imannya)

    "Bacalah; dengan nama tuhammu yang mencipta. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah; dan tuhammu maha pemurah. yang mengajar dengan qalam. Dia mengajar apa yang tidak di ketahui"(Surah al-alaq ayat:1-5)

    Bagi 'ahli channeling'(ahli-ahli zikir) tentu tahu mengenai surah al-alaq ini berkisarkan kepada apa. Surah ini bukan saja merakam peristiwa surah pertama di turunkan, bahkan lebih dari itu. Iqra selain membawa pergertian baca, tafsir, fikir dan sebagainya, ia juga mengenai 'method ilmu/data itu di turunkan'. Walaubagaimanapun, lain orang lain pula pengalamannya dan lain sifu lain pula penyampaian ilmu,lain amalan lain pula khasiatnya,sudah tentunya semua itu bersumber dari ALLAH yang maha berkuasa juga.

    Saya tahu, akan ada manusia yang berkata begini "macam-macamlah manusia ni....."ada pulak yg berkata:"dari mana datangnya ilmu ini?"arghh...beriman sangat laa sampai leh dapat berita camni?'"ermm copy paste jer tu". Iman atau tidak itu urusan DIA. Orang yang sudah memahami konsep ini "channeling" ini hanya mendapat potensi mungkin dari kepakaran generasi lalu,seperti contoh citer "hideaway".... kebolehan semulajadi atau terpilih,tapi citer itu berkisarkan kebolehan berinteraksi dengan makhluk yang jahat...melalui penggunaan mata batin. Jadi oleh itu,hal ini melibatkan potensi DNA untuk memproses perkara yang datang sebagai frenquensi lalu di terjemahkan pada Akal fikiran,Itu saja.

    Sesiapa juga mampu membuatnya.Tapi ianya boleh bertahan berapa lama dan adakah berakhir dengan jalan baik atau jahat seandainya dalam hidupnya tidak ada sifu yang sentiasa memberi pengajaran kepadanya dan memantau situasinya...sebagaimana kita tengok kisah "adukateruna" sekarang ini...Kehebatan dia dapat berhujah dengan sesiapa sahaja dan berani menampilkan diri serta banyak pendedahan yang dipelajari itu adalah berpandukan ILMU LOJIK SEMATA-MATA telah membawa kepada jalan kerosakan diri sendiri.....oleh kerana dia belum menemui seseorang untuk mengesahkan tuturkatanya serta belum mencari sifu untuk membimbingnya.

    Cuma yang berbezanya ialah antara mahu atau tidak mahu atau believe it or not,Itu saja,tepuk dada tanya hati...buat solat hajat,memohon kepada allah ke mana halatuju hidup sebenarnya....apa-apapun  hidup kita dipaksa memilih antara keduanya...adakah mahu syurga atau neraka,adakah suka memilih jalan kekayaan dgn cara mudah? atau memilih utk hidup miskin?,atau memilih untuk hidup CUKUP APA YG ADA,nak pilih sakit atau sihat....gagal atau berjaya...terserah pada diri sendiri yang membuat pilihan....

    Pada hakikatnya,Saya berpegang pada prinsip "kita semua sama bodoh dan sama cerdik,yg bezanya usaha".Dari segi sainsnya, ia melibatkan potensi quantum fizik serta elemen metafizik.Saya ada deria pengalaman itu lalu bolehlah dikongsi bersama,memandangkan ada seorang dua member kita yang kini berada dalam situasi dilema,mudah-mudahan mereka rajinlah follow my blog...mungkin sedikit sebanyak ia dapat membantu untuk mereka mengesahkan diri mereka serta menambahkan lagi pengukuhan kajian saya dan mereka boleh buat keputusan tersendiri.

    Jika ada yang langsung tidak percaya method interaksi data ini,PERSOALANNYA,Jika method ini tidak wujud dan hanyalah reka-rekaan semata2,kenapa isu 'menurun'di kalangan bomoh @ saka menjadi suatu yang sukar untuk dirawati serta rasuk-merasuk dan projection maya di kawasan-kawasan tertentu terjadi.
Pertanyaan lebih besar ialah, Adakah hanya manusia yang wujud di muka bumi?Adakah semua benda 'mati'?Adakah hanya jin hantu syaitan yang berkuasa untuk menindas manusia?adakah manusia itu lemah.....?

    Jadi,ujikaji ini adalah utk memberitahu pada umum,semua di sekeliling kita yang 'hidup' dan menyimpan 'memori' baik di benak akal atau di dalam potensi DNA atau lebih dari itu.SEmua di sekeliling kita saling berinteraksi.Cuma kita tidak sedarinya kerana kita sengaja memekakkan telinga kita dan membutakan mata kita dgn menipu diri sendiri,mengatakan bahawa manusia adalah keseorangan dan semua adalah hamba pada manusia dan menganggap manusia tidak dapat lari dari kesilapan.....manusia tetap tidak maksum....apa semuanya ini?bagaimana ada di dalam al-quran menyebutkan bahawa ada sesetengah hamba allah itu,syaitan dan jin iblis tidak boleh ganggu dan mendekati mereka.Oleh kerana tahap pemikirannya diperkayakan dengan perkara negatif lalu senanglah dan mudahlah bagi manusia merosakkan alam dan seterusnya membinasakan apa saja di hadapan mereka dan mencari keuntungan melalui kejahatan dan penipuan.

    Manusia kini tidak ubah seperti ya'juj makjuj yg membinasakan apa sj kerana terlepas pandang pada sifat semulajadi dunia yang rakus,tamak,penipuan,penindasan.Selain Channeling,saya juga cuba berinteraksi dengan pokok-pokok yang berada di dimana-mana.Saya juga selalu berbual mesra dengan air....setiap kali ingin mandi,saya minta izin dengan air terlebih dahulu....dan bla bla bla..tidaklah bercakap seorang diri dengan pokok itu, tapi sepanjang perjalanan, saya akan senyum pada pokok itu dan menyentuhnya. Jika rajin, saya ucapkan 'assalamualaikum' Hasilnya, saya seolah-olah mendapat extra energy. Bunyinya kelakar, tapi itulah yang terjadi. Jika tak percaya, silalah cuba. Tapi saya lebih percaya bahawa anda akan berkata "apa kejadahnya aku cuba, gila ke apa?!".

    Jadi, jika itu jawapan anda, sampai mati pun anda akan mempersoalkan setiap perkara yang terjadi di sekeliling anda. Kalau mengikut kata ahli falsafah, 'anda baru saja gagal kerana anda telah gagal sebelum mencuba'.Begitu juga telah berkata imam ibnu sina,pakar perubatan bahawa ilmu sains dan agama tidak boleh dipisahkan....

    Jadi, teori 'semua saling berinteraksi' ini mungkin benar dan chanelling adalah salah satu method yang berhasil dalam membuktikan teori 'semua saling berinteraksi' ini. Ini berdasarkan frenquensi yang saling pantul memantul dan di serap oleh DNA atau RNA pada jasad manusia lalu di olah di otak manusia. Kemudiannya, data itu di olah melalui beberapa method yang telah di sebutkan di dalam artikel CHANNELING ber2.0 seperti mata maya, mimpi, tangan tulis dan lain-lain. Dan jika ini benar, ternyata, seluruh hidup kita ini, sedaya upaya alam cuba memberitahu sesuatu kepada kita. Selain itu juga, saya mendengar khabar bahawa zaman mahdi nanti, segala alat elektronik akan lumpuh. Jika tiada alat-alat komunikasi seperti sekarang, bagaimana anda mahu mendapat berita dari saudara mara yang jauh.

    Bagaimana anda mendapat berita mengenai apa yang telah terjadi di luar negara. Jika saya kata, Channeling adalah caranya, tidak salah bukan?! Apapun, saya tinggalkan anda dengan berfikir dan silalah mencari lagi rahsia disebalik topik ini dengan hati terbuka. Mungkin ini adalah artikel terakhir yang berkisarkan bab CHANNELING ini.

    Andai kata kita sebagai seorang yang rajin memberi khidmat utk agama,jgnlah pula kita memulau atau menyisihkan mereka yang memerlukan bimbingan,janganlah benci kepada mereka yang telah terlanjur dari melakukan perbuatan jahat....sebetulnya mendampingi mereka,memberi nasihat seadanya dan tegurlah dengan cara hikmah....nilai nasihat akan jadi berharga apabila pemberi nasihat itu ada nilai sifat terpuji pd pandangan allah,lalu akan terbentuklah hikmah ke atasnya itu...

    Tapi jika anda bijak memilih bahan bacaan dan sumber untuk menyakinkan diri anda bahawa Channeling memang 'wujud' dan berlaku, makanya teruskanlah dan kini kemaskini dan selalulah update minda anda.....
alhamdulilah, ramai yang telah sedar potensi diri sendiri sebagai MANUSIA... kita tak bergantung pada jin mahupun syaitan untuk mendapat data. Hanya ALLAH sumber kita dan kita telah di berikan cara untuk menerima data itu, tapi kebanyakkannya menipu diri sendiri dan memperlekehkan diri sendiri sebagai manusia. Apa ciptaan terhebat dan sempurna yang telah di nyatakan dalam quran?! Sudah tentu MANUSIA.Kenapa manusia terpilih,kerana manusia yang layak memegang rahsia keagungan allah.

    Penghujungnya hanya ALLAHlah yang maha mengetahui apa yang tersembunyi dan nyata. Malaikat diberikan tugas untuk apa?para nabi dijadikan kerana apa?sahabat-sahabat nabi diangkat martabat mereka demi apa?para wali bertaburan di dunia ditugaskan untuk siapa?Jika ada sesiapa yang ingin memberi komen,persilakan kemukakan dan kita boleh bincang2 untuk menambahkan kemesraan kretiviti idea yang terpendam. Jika ada yang komen dengan ayat yang sungguh 'sedap' di dengar, sesungguhnya manusia ni Macam-macam ada'level' sedang mencari,menambah,mengesahkan,menafikan,memperkemaskini,
dan macam-macamlah.ALLAH maha melihat dan mendengar dan maha mengetahui gerak hati anda.

4 comments:

BUJANG SUSAH said...

boleh dapatkan lagu disini>>> http://www.musik-live.net/

zakir932 said...

salam tuan amuji yang terpuji hencem bagai mentari pagi...,

aku suka post ni bacalah jugak repeat 3 kali nih.... kalau tuan berikan beberapa contoh yang terperinci insyallah lagi syok kefahaman makin mendalam....
adakah penggunaan taawidz(azimat) juga merupakan penyembuhan frekuensi... sebagai contoh azimat murah rezeki.....pendinding atau apa-apa jerlah dan ini di namakan peringkat permulaan pada isi alam yang luas yang mana channeling data atau bisikan hati ini hanya terkesan dari akibat tumpuan dan keyakinan yang tinggi melalui medium-medium kerohanian atau pun interaksi alam secara natural...

daripada channeling data ini ia akan akan mengalami perubahan ataupun jua digelar mutasi/evolusi seperti teori charles darwin yang mengatakan alam ini mengalami perubahan dari bawah ke atas ataupun lebih mudah di labelkan upgrade sel ataupun jirim ataupun jisim ataupun atom... sebagai contoh dulu-duluan zaman purbakala terdapat gajah sebesor-besornyer di gelar mamoth tetapi kini gajah modern lebih upgrade dengan persekitaran yang tidak menyesakkan dengan sistem atur tulang yang berpadanan dari segi geografinya.... melalui medium channeling data seseorang yang berdaya maju(tak lupa rahmatNya)mempunyai potensi diri untuk mengevolusi cahnneling data menjadi transferring data/atom... sebagai contoh kes yang terjadi ketika era Sulaiman a.s ketika menterinya yang bernama Asif memindahkan singgahsana balqis...

Nabi Sulaiman berkata pula (kpd golongan bijak pandainya): “wahai pegawai2ku, siapakah diantara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya (Balqis) sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam.” (Surah An-Naml:38 )


“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah membawanya, lagi amanah.” (Surah An-Naml:39)

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dr limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah ku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yg bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yg tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kpd Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (Surah An-Naml:40)

beginilah pengamatan aku tuan adakah ianya melampau... dan aku berfikir semua alam /makhluk/fenomena itu segalanya berinteraksi kepada jasad dan ruh manusia sehinggakan jasad itu juga adalah pemberi khidmat(data) kepada ruh... cuma yang teringin nak tahu sikit jerrr nihh.... apa untungnya bagi zat wajibul wujud ini jadikan alam yang dahsyat ni... selain tujuan untuk mempromosi zat adakah keuntungan lain bagi zat itu.

apa pun ianya bukanlah mustahil bagi takluk iradath dan kudrat yang mustahil itu adalah aku kerana melampau-lampau....... aku mohon pembetulan dari segala kecelaruan

afzamiziey said...

ops.....maafkan saya kerana terlepas pandang dalam ruangan komen di sini...ermm!!byk sgt keje perlu diselesaikan,selagi dunia belum hancur selagi itulah urusan dunia mahupun akhirat tak sudah2... inikan pula berkaitan serangan akal...serangan roh...serangan nafsu....serangan jin..serangan iblis..terpaksa ditempuh sehari-harian...tmbhan pula, kedudukan diri sendiri pun belum menemui zero point energy secara mutlak lagi...semua kenyataan zakir amat jelas dan perlu diperdalami lagi dengan amalan...bukan hanya memahami fakta semata...walaupun bukti cukup kemas 100%...ilmu rasa itu yg penting...selagi duk di dalam kategori ilmu kulit dan isi...mcmanan nak menikmati rasanya kan..kan kan...kan...!!1mudah2an akan diperluaskan lgi pengamatan kefahaman serta amalan yg selaras berpandukan dalil2 quran hadis..

zakir932 said...

baru rasa otak dan hati refresh