Friday, April 16, 2010

NIAT YG TERSANDAR KE MANA?

BERSANDARKAN NIAT KEPADA ALLAH SEBULAT-BULAT TUMPUAN.
TIDAK SIA-SIA SESUATU MAKSUD APABILA DISANDARKAN KPD ALLAH  DAN TIDAK MUDAH TERCAPAI TUJUAN JIKA DISANDARKAN KPD DIRI SENDIRI.

Hikmat dan maksud yg tersirat disebalik sandaran niat yg mutlak kpd allah ini menggambarkan keadaan hamba Allah yg mempunyai pegangan dan prinsip yang baik  serta jelas iaitu mahu mengubah kehidupan isi dunia utknya supaya menjd tmpt kehidupan yg sentosa, tetapi ternyata gagal melaksanakan maksudnya apabila dia bersandar kpd kekuatan dirinya sendiri. Bersandarkan kpd kemampuan dan ilmu yg dimilikinya dpt mengubah segala-galanya yg diingini. Allah menyifatkan dunia sebagai tempat huru-hara dan kekeruhan dan kecelaruan.

Sesiapa yg memasuki alam dunia pasti menemui dgn keadaan tersebut. Kekuatan huru-hara dan kecelaruan yg ada pd dunia sgtlah kuat krn Allah yg meletakkan hukum kekuatan itu padanya. Percubaan utk mengubah apa yg Allah tentukan akan menjadi sia-sia. Allah yg menetapkan sesuatu perkara, hanya Dia shj yg dpt mengubahnya. Segala kekuatan, baik dan buruk, semuanya dtg drpd ALLAH.dgn maksudnya.Sebagai satu contoh: "alaaaaa...semua org pasti tahu setiap perkara yg berlaku dtgnya dari allah,samada dia buta atau tuli atau sebagainya"....
Hakikatnya semua jadi kabur bila berdepan dgn situasi yg menyakitkan jiwanya. Oleh yg demikian jika mahu menghadapi sesuatu kekuatan yg dtg dari ALLAH  mestilah juga dgn kekuatanNya.

Kemampuan yg paling kuat bagi menghadapi kekuatan yg dipunyai oleh dunia ialah kekuatan QANAAH (bersederhana dan berpada-pada) berserah diri kpd Allah. Kembalikan semua urusan kpdNya. Rasulullah s.a.w tlh memberi pengajaran dlm menghadapi bencana, ujian, malapetaka,musibah,bala, dgn ucapan dan penghayatan: Firman Allah SWT : "Kami datang dari Allah. Dan kepada Allah kami kembali."

Semua perkara dtgnya dari Allah dan akan kembali kpd Allah juga. Tapi sampai bila ianya dpt bertahan dgn memegang prinsip begitu. Misalnya, api yg dinyalakan, dari mana datangnya jika tidak dari Allah dan ke mana perginya bila dipadamkan jika tdk kpd Allah.Cuba kita renungkan sekejap, sifat api adalah panas dan blh membakar apa saja. Tetapi kpd sifat api boleh berubah apabila nabi ibrahim dicampakkan kedlm api,pd saat itu nabi ibrahim blh kesejukan.Adakah disbbkan nabi kekasih Allah?Adakah itu mukjizat nabi?Apakah sifat sebnr bagi api?Adakah kehendak Allah menjadikan begitu? Yg jelasnya semua perkara dtgnya dari Allah,jadi oleh itu Allah ingin melakukan apa saja yg diingininya tanpa sbb atau tanpa syarat tanpa rukun tanpa dan tanpa.......

Apabila sesuatu maksud disandarkan kpd Allah maka menjadi hak Allah utk melaksanakannya. Tdk kira seseorg itu masih dlm kemiskinan,kegagalan,kaya,sihat,sakit,sengsara. Samada dia orang yg dihormati, wali,sahabat,org soleh,org biasa atau sesiapa sahaja.Begitu juga dgn Nabi Adam yg mempunyai maksud baik iaitu mahu menyebarkan agama Allah di atas muka bumi ini dan menyandarkan maksud yg baik itu kpd Allah. Manakala Allah pula menerima maksud tersebut.Setlh Nabi Adam wafat, maksud dan tujuan beliau masih diteruskan dan diambil alih. Allah memerintahkan maksud tersebut dipikul oleh nabi-nabi yg lain sehingga kpd nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Setlh Nabi Muhammad s.a.w wafat ia dipikul pula oleh para ulama,para cendikiawan yg menjd penganti atau pewaris nabi-nabi. Ia tidak akan berhenti selama ada org yg menyeru kpd jalan Allah. Jika dipandang dari segi perjalanan pahala maka boleh dikatakan pahala yg diterima oleh Nabi Adam krn maksud baiknya berjln terus selama agama Allah berkembang dan selagi ada org yg mewarisi dan meneruskan amanah ini.

Hati yg sedar berbeza drpd hati yg lalai. Hati yg sedar sentiasa menginsafi dan berhati-hati akan hakikat kejadiannya pd masa org lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bhw ia dijadikan utk mengabdikan diri kpd Allah sahaja.Taat dan patuh kpd segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan.Hati yg sedar juga menyedari bhw ia akan kembali kpd Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yg tlh dilakukan di dunia.

Hati yang sedar yakin dan benar-benar beriman kpd Allah. Hati yang sedar adalah hati yg gementar terhdp kekuatan Allah , hati yg berman kpd Allah dan hari akhirat serta rukun iman yg lain juga rela mengorbankan segala jiwa dan raga utk perjuangan Islam. Imannya sentiasa menjd pemancar utk setiap amalannya. Apa jua yg dilakukannya hanyalah utk mendpt keredhaanNya. Sentiasa terbayang akan janji-janji Allah dibenaknya yg tidak terpaut dgn dunia dan takut dengan siksaan Allah kelak.

Hati yg lalai membenci dan menentang kebenaran.Redha bersama kebathilan yg ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yg sedar akan sering menjaga personalitinya dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yg sedar akan sering bermunajat dgn Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur.

Jika kita bantu agama ALLAH, Insya ALLAH..ALLAH juga akan membantu kita walaupun pada batinnya kita tidak perasan.Banyakkanlah menyebut namaNYA dan zikru'llah.Moga hati kita akan tenang serta tenteram apabila menyebut namanya..

1 comment:

zakir932 said...

assalamualaikum....

berkelana mencari arah ..... hingga seorang mukmin ditentukan untuk melihat dengan penglihatan ku, mendengar dengan pendengaran ku dan bla...bla...bla... siapa yang menentukan adalah dari tiada menjadi ada kemudian kembali tiada