Thursday, September 23, 2010

BERKENAAN PERKARA LEBIH BAIK

Ahli-ahli sufi bersepakat bahawa allah melakukan apa saja yg dikehendaki terhadap hambanya dan menetapkan mereka apa saja yg ia mahu,samada itu lebih baik kepada mereka atau tidak, kerana hambanya itu adalah makhluknya dan perintah itu adalah perintah.
Allah berfirman dengan maksudnya:
"Dia  tidak ditanya tentang apa yg diperbuatnya,tetapi merikalah yg akan ditanya"
(surah al-anbiya'-23).

Ahli-ahli alim ulamak umarak dan auliya' bersepakat bahasa semua urusan allah dengan hambanya seperti kemurahan, kesihatan, keselamatan, keimanan, panduan,kurniaan, hidayah adalah satu pemberian daripada allah belaka.Jika allah tidak melakukan itu semua, maka itupun blh juga baginya. tidak ada satu pun yg mewajibkan allah memberi semua yg tersebut itu, kerana jika allah dimestikan mengikut sesuatu tindakan,maka tidak layaklah bagi allah itu menerima segala pujian dan kesyukuran.

Kekuatan kekuasaan kemurahan kemuliaan allah tidak terikat dengan syarat mahupun rukun utk memberi sesuatu kebaikan atau kejahatan kepada hambanya, kerana allah bertindak di atas kemahuannya dan kehendaknya yang mutlak.Andai kita berputus asa, mengeluh, protes, memarahi allah di atas permintaan kita tidak ditunaikan.Dengan sendirinya tidak membawa apa-apa keuntungan untuk diri kita.

Golongan ahli soleh juga ada menyebut bahawa PAHALA dan DOSA itu bukanlah soal diambilkira sebagai utk membalas jasa bakti hambanya atau membalas jasa kejahatan itu.  Sesuatu perkara yg patut diberi ganjaran pahala atau seksa sebenarnya adalah kerana KEHENDAK ALLAH SEMATA-MATA dengan sebab sifat Kemurahan dan keadilan ALLAH. Jadi dgn itu manusia tidak sepatutnya menerima azab yg kekal abadi akibat dari yg mereka telah lakukan dan kemudian mereka bertaubat, dan mereka juga tidak sepatutnya menerima pahala yg kekal dan mereka tidak terbatas kerana amalan baik yg terhad yg telah mereka lakukan.

Sesungguhnya hambanya perlu bersikap redha kepada KETENTUAN ALLAH dan bersedia dengan segala keputusan yang akan diterimanya.Pegangan yang betul perlu ada dalam diri hambanya adalah ALLAH membuat sesuatu itu bukanlah kerana sebab sesuatu. Kerana jika ada bersebab maka sebab itu ada pula sebabnya. Apabila ia bersebab menunjukkan tidak benar sama sekali,MAHA SUCI ALLAH DARI TERIKAT DENGAN SEBAB.

ampunilah dosa kami kerana memandang serong kepadamu ya allah!!!sesungguhnya sedikit sebanyak kami bersyukur dengan kefahaman dan hidayah yang engkau campakkan ke dalam hati kami ya allah!!!aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

1 comment:

zakir932 said...

di dalam melihat asbab dan sebab hendaklah melihat asbab dari penyebab. Jika masih bersebab kelakuan mu, maka itulah hijab. dan jika segala afaal itu tiada sebab dan penyebab maka itulah dia yang bertempat di aku.