Tuesday, February 16, 2010

APA MATLAMAT KEHIDUPAN?


APA MATLAMAT KEHIDUPAN 01


Setiap orang yang hidup dalam dunia ini membina kehidupan masing-masing berdasarkan dorongan naluri semulajadi seperti keinginan berkeluarga, mencari rezeki, memiliki tempat tinggal, memiliki kereta yang lebih selesa dan sebagainya.Setelah dorongan naluri masih banyak yang boleh mensejahterakan kehidupan di dalam alam ini.Hasilnya seseorang itu akan bertindak melulu dengan penuh kekalutan,kesibukan,ketamakan, penipuan supaya berjaya memiliki sesuatu seperti pekerjaan yang baik, tempat tinggal yang selesa dan kemudahan asas yang lain yang diperlukan.

Akhirnya Masing-masing sudah berkeluarga, hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak.Namun tidak berapa lama kemudian, Hidupnya dirundung berbagai masalah,keadaan rumahtangga mula kucar kacir, sedangkan pada waktu dahulu tujuan dan matlamat hidupnya ingin mencapai apa yang ingin dimiliki tidak mengikut saluran betul dalam agama.Baginya Bukan mudah mahu membina kehidupan yang selesa dan bahagia itu. Seseorang itu perlu melalui kesusahan dan pengorbanan bagi memperolehinya. Adakah jika seseorang itu mahu memasuki bidang kerohanian dia mesti meninggalkan atau membuang apa sahaja yang telah dimilikinya itu? Patutkah dia meninggalkan pekerjaan, rumah tangga, isteri, anak-anak dan masyarakat lalu lari ke hutan dan gua?

Oleh kerana keadaan mula bercelaru lalu mereka cenderung kepada aliran agama,ada yg sanggup mengikuti jemaah yang entah apa-apa,ada yang terus meninggalkan tanggungjawab ke atas anak-anak isteri, ada yang menyertai jemaah agama yang menyesatkannya, ada pula yang menyertai jemaah yang betul lalu gemar mempelajari ilmu untuk mengenal diri dan disebalik pelajarannya itu telah menjadikan kehidupan nabi,sahabat dan wali-wali yang dibaca daripada buku-buku sebagai role model.Aspek kewalian yang paling menarik perhatian mereka adalah karamah.

Karamah dianggap sebagai bukti ketinggian darjat seseorg wali itu.Kebolehan wali mengeluarkan karamah dikaitkan dgn sifat zuhud dan bertawakal penuh yang dimiliki oleh wali tersebut.Orang yg berminat kepada ilmu kebenaran hakiki itu mengandaikan jika mahu memperolehi pangkat kewalian dan boleh mengeluarkan kekeramatan, perlulah dia memilih hidup BERTAJRID (sepenuhnya dengan meninggalkan ikhtiar).

Seseorang itu perlu bertawakal sepenuhnya kepada Allah.Sikap melulu BERTAJRID(meninggalkan ikhtiar) membuatkan seseorang meninggalkan pekerjaan,isteri, anak-anak,masyarakat dan dunia seluruhnya. Dia lari ke hutan, ke puncak gunung dan ke gua-gua.Dia mengasingkan dirinya drpd segala-galanya yg dia anggap blh menghalang perkembangan kerohaniannya.

Ketika di dlm pengasingan itu dia meniru cara hidup wali-wali.Dia memaksa dirinya supaya menjadi kuat beribadat dan berzikir. Tidak mempedulikan keselamatan dirinya dan tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.Nasihat orang yang tidak sekepala dengannya tidak akan diterima,memandang sebelah mata dari apa yang berlaku ke atas dirinya,Terlepas pandang pada persekitaran yang membuatkan dia lebih berkeyakinan dengan kuasa allah.

Biasanya orang yang BERTAJRID(meninggalkan ikhtiar) secara melulu ini tidak dapat bertahan lama. Kesabarannya tidak cukup kuat untuk menanggung kesusahan yg mendatanginya semasa dlm pengasingan. Kerinduan kepada anak-anak,perempuan cantik,isteri,duit,kereta,rumah dan sebagainya akan mengganggu jiwanya.Kecemburuan terhadap isteri yang jauh di mata merisaukan fikirannya. Harta yang byk ditinggalkan mungkin sudah direbut oleh orang lain. Dia pula tidak dapat makan dengan mencukupi, tidurnya juga tidak selesa. Tubuhnya menjadi lemah dan semangatnya juga lemah.

Akhirnya dia tidak tahan lagi menanggung penderitaan dan kegelisahan. Dia lari daripada alam pengasingan dan kembali kepada kehidupannya yang lama. Setelah kembali dia melihat kerugian yang sudah dialaminya selama dia lari jauh. Kerugian perlu dituntut ganti. Kali ini dia menggunakan apa juga cara untuk menebus semula masa dan peluang yang telah terlepas daripadanya. Kelakuannya menjadi lebih buruk daripada sebelum dia lari ke dalam alam pengasingan dahulu.

BERTAJRID(meninggalkan ikhtiar) secara melulu memberi kesan yang tidak baik kepada org yang mencintai jalan kerohanian. Tidak mungkin seseorang yang baru mahu memulakan latihan kerohanian beramal seperti wali-wali yang sudah berpuluh-puluh tahun melatihkan diri. Tindakan mencampakkan segala-galanya yang dimilikinya secara tergesa-gesa membuatkan dia berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang menggoncangkan imannya dan boleh menyebabkan dia berputus asa. Dia tidak seharusnya meniru secara melulu kehidupan wali-wali yang sudah mencapai DARJAT KETEGUHAN DAN KEYAKINAN.

Seseorang perlu melihat kepada dirinya sendiri;mengenalpasti kedudukannya,kemampuannya,kelemahan diri,kecacatan diri dan daya tahannya. Ketika masih di dalam darjat bersebab,maksudnya dia perlu bertindak sesuai dgn hukum sebab akibat. Dia harus bekerja utk mendapatkan rezekinya utk dirinya atau ibubapanya atau isterinya.Dia juga perlu mengadakan sebab bagi mensejahterakan kehidupannya.Sebagai persediaan memasuki bidang kerohanian dia terlebih dahulu perlu bergerak di atas landasan sebab musabab yang boleh memperkuatkan daya tahan dan kesabarannya.

Dia masih lagi terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan. Dia masih melihat tindakan makhluk mempunyai kesan dan pengaruh. Oleh yang demikian adalah wajar jika dia juga mengadakan tindakan menurut hukum sebab musabab dengan menggunakan bakat kemanusiaannya demi mengatur perancangan dengan rapi agar apa yang dia hajati boleh tercapai. Jika niatnya benar dan baik, perjalanan sebab musabab akan membantunya menuju ke arah yang dihajatinya. Tanda seseorang itu diletakkan di dalam sempadan sebab sebagai kenderaannya menuju matlamat, adalah urusan dan tindakannya menurut peraturan sebab musabab tidak menyebabkannya mengabaikan kewajipannya terhadap tuntutan agama.

Dia tetap berasa mudah untuk berbakti kepada Allah, tidak menggunakan cara yang diharamkan oleh Allah, tidak gelojoh dengan nikmat dunia dan tidak dengkikan nikmat yang Allah kurniakan kepada orang lain. Apabila seseorang berjalan melalui amalan tasauf maka akan menurut hukum sebab musabab yang tidak menyalahi hukum syariat, serta memantapkan kehidupannya zahir dan batin,dunia dan akhirat.

Jiwanya akan berkembang dengan baik dan teratur,keyakinannya semakin meningkat tanpa menghadapi kegoncangan yang dia tidak berdaya menanggungnya. Rohaninya akan menjadi lebih kuat sedikit demi sedikit dan menolaknya ke dalam suasana TAJRID secara teratur dan selamat. Akhirnya dia mampu bertajrid sepenuhnya.

5 comments:

UstazCahaya said...

Salam ziarah..

Matlamat hidup saya ada lima:


1- Untuk beribadah kepada Allah.

2- Menjadi khalifah di bumi Allah.

3- Menunaikan Rukun Islam Yang Lima

4- Berusaha mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia juga akhirat.

5- Menghindar daripada api neraka.

zakir932 said...

001 landskap rohani melapor diri mencari ilmi di halaman amuji agar diri sentiasa di awasi(malunya amuji tak pujuk) bukan sekadar takut api agar kelak terhindar syirik al khafi....

seseorang yang baru mahu memulakan latihan kerohanian beramal seperti wali-wali yang sudah berpuluh-puluh tahun melatihkan diri akan mendapat letih diri....cuba memati diri tetapi tersembunyi memaksa diri.... dalam persembunyian mencari pasti tapi sunnah babi masih dijilati hingga lidah berapi-rapi memaki isteri orang pun jadi benci. mohon taubat mensuci hati tapi hari-hari amarah berpesta tari meneguk baran setengah mati akhirnya menipu diri konon zuhud di maqam tajrid....


ada satu alkisah seorang di maqam asbab yang meminta pinta seolah mengarahkan allah meletakkan dia ke dalam maqam tajrid... tetapi memang allah itu maha pengasih lagi penyayang memamng allah kasi jugak pada orang asbab ni lalu si asbab ni mendapat maqam tajridnya juga... tak payah kerja dah semua tersedia setiap pagi dapat makan dan makanannya juga berjadual... yang mana si mamat asbab ni rupanya dipenjarakan kedalam penjara yang mana itulah maqam tajrid baginya... kerana sedih dan malu dengan kesalahannya akhirnya allah makbulkan doanya maka dia pun keluarlah dari penjara tersebut... bla ... bla... bla... kesimpulannya ialah.
.
.
.
Hendaklah kamu bersabar dan tunggu jika kamu rasa jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia, dan dalam menunjukkan penyerahan kamu kepadaNya, dan dalam memfana'kan diri kamu kepadaNya, sehinggalah sampai takdir Ilahi dimana tempoh masa itu telah cukup dan masa bertukar telah hadir.

afzam5607 said...

salam kembali buat shbtku sekelian yg selalu follow blog saya...wahai si zakir!!!di atas permintaan shbtku yg lain...maka bermula lah ingin ku buka sedikit demi sedikit rahsia makrifat agar mendapat bayangan untuk mencari diri....ari ni sakit kepala skit...memikirkan macamana ingin mengolah satu tajuk minda sepada sedar plk...

myman2u said...

yer...itu yg kutunggu...minda bawah sedar alam makrifat...huhuhu

afzam5607 said...

salam sejahtera salam sayang dariku utk kalian.masalah minda bawah sedar ker....alam makrifat ker..memang tidak layak utk dipersembahkan...cuma rangka2 tu nanti laa saya akan rungkaikan seadanya....bawa bersabar laa yer..tgklah dalam sehari dua lagi macamana....