Saturday, December 19, 2009

KENAPA MENGIDAPI PENYAKIT KENCING MANIS

-Penyakit yg dihidapi oleh masyarakat malaysia pada hari ni terlalu ramai,sehinggakan mengikut statistik dua orang setiap 10 saat di seluruh dunia sebabkan komplikasi termasuk jantung,buta,kencing manis,darah tinggi dan strok.


DI sebalik kempen meraikan Hari Diabetes Sedunia yang disambut sebelum ini dan tahun2 lepas,ada fakta lain yang harus dititikberatkan ramai apabila membicarakan kewajaran pelbagai program dan usaha kesedaran bahaya kencing manis ini. Faktanya-setiap 10 saat,dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun.Tidak cukup dgn itu,diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut.

Menggerunkan bukan?Hakikatnya,di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan,separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.

Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Malaysia yang diketahui kaya pelbagai jenis hidangan yang lazat, sedikit sebanyak menjadikan ramai leka dengan kandungan gula dan kalori makanan yang diambil.

-Hujah saya(afzam5607)kpd kata2 datuk itu:Manakala di dalam seribu jenis bahan makanan semulajadi mempunyai seribu satu khasiat dan penawar.namun ianya hanya fakta dan pengamal2 makanan pun turut mengundang penyakit top,ada yg berpantang larang pun turut mengidapi penyakit tersebut.Kenapa perkara ini terus berlaku dan masih ditahap membahayakan.

“Faktor ini digabung pula dengan gaya kehidupan moden kurang aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes yang ketara di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara kempen kesedaran diabetes kepada orang awam anjuran persatuan itu, baru-baru ini.

-Gaya kehidupan moden kurang aktif bagaimana yg dimaksudkan itu, kalau kita melihat org zaman2 dahulu dan kalau waktu ini,mereka telah melangkaui umur 70-an,baru dapat dikesan punca penyakit.tetapi orang2 yang peringkat baru seperti dikira dalam generasi ketiga,umur sudah meningkat kepada 30-an pun sudah terkena penyakit kencing manis dan sebagainya?kenapa terlalu awal mereka mengidap penyakit
tersebut,dimana silapnya?sekitar pd tahun 70-an sehingga 80-an,keputusan manusia yg mengidap penyakit kencing tidak begitu membimbangkan kenapa?adakah faktor gaya kehidupan zaman dulu dan skrg ini memberi kesan juga?

Mengetahui kadar gula dalam darah membantu mengurus diabetes.Selain penyakit maut, diabetes juga kerap dirujuk sebagai ibu segala penyakit kerana memungkinkan pesakitnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung.Malah,risiko serangan angin ahmar sememangnya lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes berbanding bukan penghidap penyakit itu.

Bukan itu saja, pesakit diabetes juga berisiko hingga empat kali ganda terhadap penyakit jantung atau yang berkaitan kardiovaskular.

Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menegaskan, diabetes adalah penyakit seumur hidup yang setakat ini tidak boleh disembuhkan.Namun, usaha mengawal pemakanan,melakukan senaman dan mengambil ubat-ubatan mengikut keperluan adalah kaedah pengurusan diabetes yang terbaik.

-namun,mengikut pendapat saya pula,usaha mengawal pemakanan itu memang baik dan penawar utk penyakit itu tidak ada memandangkan berbagai jenis makanan yg diciptakan oleh sesebuah syarikat semakin berleluasa dan campuran2 bahan dlm pemakanan itu tidak dpt dikawal,ada makananan2 yg mengandungi bahan2 yang tidak dibenarkan oleh islam,namun ianya tetap berlaku yg penting bagi pengusaha adalah utk menambahkan rasa sedap dan tidak memabukkan dan mereka dapat untung.

-jadi oleh itu,tanpa kita sedari,kesan2 sebegitulah yg semakin hari membuatkan diri kita terseksa menerima berbagai jenis penyakit.Walau apa2pun ada juga sesetengah pihak yg ikhlas dan berani membantu utk memberi maklumat tentang produk2 yang tidak boleh dipercayai utk diambil,namun masyarakat masih tetap berdegil juga.akhirnya mereka merana.boleh dikatakan setiap keluarga mesti memiliki saudara yg berpenyakit kencing manis@darah tinggi@strok.

Gengran antara komplikasi akibat diabetes.
“Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun,” katanya.Biarpun diabetes dikenali sebagai penyakit orang dewasa, namun kebelakangan ini diabetes Jenis Dua terbukti semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ia dikaitkan dengan masalah terlalu gemuk atau obesiti, kurang bersenam dan diet tidak sihat. “Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca kegemukan yang membawa kepada diabetes.Malah hari ini,tidak menghairankan jika anda mengenali seorang pesakit diabetes yang hanya berusia 12 atau 10 tahun,” katanya.

Jelas Dr Mafauzy, berdasarkan Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2006, menyenaraikan Negeri Sembilan dan Melaka sebagai negeri yang mencatatkan kadar peratusan pesakit diabetes tertinggi di Malaysia manakala kadar diabetes terendah adalah di Sabah.

-Cuba kita renungkan dan kaji balik kenapa dimelaka dan negeri sembilan termasuk dalam peratusan pesakit kencing manis yg tertinggi?apakah gaya hidup mereka?apakah sumber makanan yg diutamakan?macamana kegiatan jenayah berlaku disana?sejauhmana pendekatan ugama dikalangan masyarakat disana?kenapa disana banyak tempat2 lagenda dan bersejarah?kenapa negerinya kecil berbanding negeri lain?kenapa negerinya paling indah?

“Faktor genetik sememangnya penyumbang besar masalah diabetes. Di Malaysia, majoriti pesakit diabetes berketurunan India diikuti Melayu dan Cina.“Namun perlu diingat,jika seseorang itu lahir dalam keluarga yang ada sejarah penyakit itu maka risiko untuknya menghidap diabetes sangat tinggi. Oleh itu, langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah pemakanan sihat dan lakukan senaman,” katanya.

-Saya ingin menyentuh seorang artis yang mengamal gaya hidup yg sihat dari kecil sehingga skrg dia masih mengamalkan senaman,manakala pemakanan pun turut diberi penekanan.namun apa penyakit yg terpaksa dia tanggung?lebih teruk penyakitnya dari kencing manis?saya bukan ingin salahkan senaman itu tidak penting....tetapi ada satu rahsia yg kebanyakan masyarakat tidak tahu,nanti saya akan huraikan dihujung bicara ini.
Dr Mafauzy berkata, tidak ramai yang tahu, tetapi hakikatnya hampir 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia adalah daripada Jenis Dua. Selain faktor genetik, diabetes jenis ini turut dikaitkan dengan obesiti dan tidak aktif secara fizikal.

Diabetes Jenis Dua ini juga satu masalah kronik yang menjejaskan kaedah tubuh menangani glukos. Ini disebabkan diabetes jenis ini menyebabkan tubuh menolak kesan insulin atau tubuh tidak menghasilkan kadar insulin mencukupi bagi mengekalkan tahap glukos normal.

Diabetes Jenis Dua juga tidak memerlukan insulin sepanjang hayat tetapi anda boleh mengawal glukos dalam darah dengan diet, bersenam atau kombinasi pengambilan ubat-ubatan atau di kalangan sesetengah pesakit mungkin perlu mengambil sedikit insulin. “Ada kala pesakit menunggu simptom datang sebelum mendapat rawatan. Namun, ada kala mereka langsung tidak sedar simptom yang ditunjukkan tubuh mereka. Ia menyebabkan mereka hanya tahu diserang diabetes secara tidak sengaja selepas terjadinya komplikasi kesihatan,” katanya.

Kadang kala, jika ada simptom pun, ia sangat minimum. Secara umum simptom diabetes adalah kerap membuang air kecil (polyuria), kerap dahaga (polydipsia), kerap lapar (polyphagia) dan hilang berat badan tanpa sebab yang khusus, rasa kebas yang ekstrim, rasa sakit pada kaki (disesthesias) dan penglihatan kabur.

Bagi jangka masa yang lama, diabetes menyebakan komplikasi pada jantung, salur darah, mata, ginjal juga saraf. Retinopati misalnya adalah sebab utama buta dan ia terjadi kerana jangka masa panjang. Retinopati menyebabkan kerosakan pada salur darah kecil di retina.

Secara umum tanpa pengurusan diabetes yang baik, selepas 15 tahun menghidap diabetes, dua peratus pesakit menjadi buta manakala 10 peratus berhadapan dengan masalah penglihatan.

Secara lebih teknikal pula, komplikasi diabetes terbahagi kepada komplikasi mikrovaskular (membabitkan salur darah kecil) seperti buah pinggang (nephropathy), saraf rosak (neuropathy), penglihatan terjejas (retinopati, katarak atau glaukoma).

Manakala komplikasi makrovaskular (membabitkan salur darah besar) menyebabkan masalah seperti jantung, angin ahmar, gangrene dan akhirnya kaki dipotong (amputasi) selain masalah metabolik, mati pucuk dan masalah waktu hamil.

INFO: Faktor Risiko Diabetes Jenis Dua
Usia dan bangsa - semakin anda berusia semakin tinggi risiko diserang diabetes. Apatah lagi jika anda dari keturunan kulit hitam, Asia Selatan dan kaukasian. Dalam satu kajian di United Kingdom didapati mereka yang berketurunan kulit hitam dan Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh) adalah lima kali lebih berisiko diserang diabetes berbanding mereka yang berkulit putih.

Genetik - jika ada lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah diabetis. Risiko anda lebih tinggi jika ahli keluarga itu adalah emak atau ayah malah bapa saudara sama ada sebelah ibu atau ayah.

Obesiti - kebanyakan mereka yang menghidap diabetes Jenis Dua adalah obes.Lebih gemuk seseorang itu lebih tinggi risikonya. Apatah lagi jika tidak aktif bersenam.
Diabetes waktu hamil - wanita yang diserang diabetes waktu hamil berisiko untuk menghidap diabetes.

KONKLUSI dr afzam5607 pula mengatakan bahawa setiap pesakit kencing manis atau darah tinggi yang terpaksa menangungnya bertahun2 dan mengikuti segala saranan doktor tentang pengambilan ubat-ubatan,bersenam,menjaga pemakanan yang stabil adalah suatu cara terlebih baik.Tapi para pakar doktor juga ada menyebut bahawa penyakit tersebut tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya dan ianya hanya dapat mengurangkan tekanan darah sahaja.

Jadi oleh itu,kepada sesiapa yg terbaca ruangan blog saya ini,tlg sampaikan kepada mereka yang berkaitan bahawa kurangkan dan hentikan tabiat,buruk sangka-hasad dengki-tamak-runsing-bimbang-takut-gerun-fitnah,kerana tabiat2 seperti itu akan mengundang manusia kepada penyakit2 kencing manis dan darah tinggi.

Satu contohnya,ada seseorang itu bimbang dgn kesihatan dirinya,entah kenapa apa yg perlu dibimbangkan,
ada pula runsing dgn anak2nya,bila besar nanti akan jadi apa,anak2 belajar jauh2 pula,cukup tak duitnya,bila anak besar berumahtangga,macamana la mrk nk cari harta dan memiliki harta sendiri,bila naik kereta ingin pergi kemana2,bimbang akan berlaku kemalangan,bila buat amal ibadat bimbangkan samada akan masuk syurga atau neraka,bila tidak cukup amalan pula bimbang akan masuk neraka dan tidak diterima oleh tuhan,ada pula yg bimbang kalau anak2 berhutang ngannya bila akan dpt bayar hutang,bila anak2 jatuh papa miskin tkder duit,bimbangkan macamana  mereka nk meneruskan kehidupan,apabila menjalan suatu perniagaan,bimbang adakah akan untung atau rugi.

kebanyakan dikalangan ibubapa yg sudah berusia,itulah yg mereka fikirkan ttg anak2nya....sbb itulah mrk terpaksa mengidapi macam2 penyakit. Bila anak2 berjauhan,ibubapa tinggal berdua sahaja....apa yg difikirkan,mcamana laa kehidupan anak2 aku ni,mrk balik tak beraya nanti....kalau mrk balik selamat ke tak dlm perjalanan.....kalau aku mati nanti,macamana mereka nak bahagikan harta2 ni....nanti mereka bergaduh....nanti berpecah belah lah anak2 aku,bila aku tkder harta benda,mcmana pula keadaan anak2 aku,adakah mereka melupakan aku,atau anak2 aku tk ambil peduli ttg aku nanti.....bila aku nk makan benda ni...nanti aku sakit plk...kan susah anak2 aku kena balik.....kalau aku pergi kemekah....macamana laa nk jaga umah tangga aku dan harta2 aku ni.....

Oklah pelawat2 blog...cukuplah dulu utk kali ini ttg ruangan penyakit kencing manis....nanti saya akan sambung lagi...apa yg sesuai utk saya persembahkan kepada semua.harap maaf didahulukan.

1 comment:

Zarul's said...

Salam Sahabat Semua..
Saya ingin berkongsi masalah penyakit diabetis dan produk yang digunakan..Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada ALLAH SWT. Masalah ini berlaku pada kawan sepejabat saya..2 Bulan yang lepas ibu jari kakinya hampir dipotong sbb kesan kandungan gula dlm darah tahap kritikal (27). Syukur alhamdulillah selepas beliau bertemu abang kandungnya dan mendapatkan 2 produk iaitu gula seeter mix(daun stevia) dan cholest control fibre dan mengamalkan makanan kesihatan tu lebih kurang sebulan lebih hasilnya ibu jari kakinya mula menunjukkan kesan yang ketara untuk pulih..Ujian doktor juga menunjukkan kadar kandungan gula mula berkurang dan sekrang terus normal 4-5 shj..Ni semua kuasa Allah SWT..Kita manusia mampu berusaha dan ALLAH yang menentukan..Sila hubungi saya untuk keterangan selanjutnya tetang produk 019-6572108 (Zarul-Melaka)zarul.effenddy@gmail.com