Sunday, November 22, 2009

ULAT KELUAR DR KEMALUAN

Slm sejahtera kpd semua!!Disebalik itu,aku tak dpt nk komen2 lebih,sumber yg diperolehi walaupun copy paste...tetapi ianya memberi seribu makna dan seribu jalan kesedaran....siapa yg salah?siapa perlu dipersalahkan?apa yg perlu dilakukan?apa pantang larangnya kepada yg terkena hampir sama ngan kisah ini?adakah perlu dipercayai?kalau percaya?apa moralnya citer ini?

---------------------------------------------

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung.

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan.
"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah…" rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bgi Pak Cu yg tinggi ilmunya,dri kali pertama dia memndang tubuh Ita,dia sdh tahu semmgnya Ita tlh terkena ilmu hitam."Mmg sah Ita terkena ilmu'Lubang Jarum'.Ilmu ini selalunya dtg dri bomoh-bomoh Siam bgi mrk yg ingin melaksanakan niat jht.Ianya terlalu jijik n dilaknati agama",kata Pak Cu kpd Pak Lah yg duduk disisi anak kesygnnya itu.

Menurut Pak Cu,mrk yg mengmlkn ilmu 'Lubang Jarum' ini tlh melakukan perkara yg paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin n mengelap najis pdnya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut2.Satu lgi benda yg digunakn ialah mendptkan tuala wanita yg masih terdpt drh haid.Surah Yassin yg disapu dgn najis tadi dibkr&disapukan pd tuala wanita tersebut.Kemudian ke2 bhn tadi diberikn kpd bomoh utk dijampi n dipuja.

Betapa kejam n terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yg dilaknati agama.Mrk ini semmgnya tlh terpesong jauh dri ajarn Islam krn sanggup melakukan perkra itu.

Setlh dijampi n dipuja,pengamal ilmu ini hdklh pergi mencari satu mata air yg sdg mengalir kemudian bahan td hdklh digunakn bgi menutup lubang bgi menyekat aliran air spy tdk mengalir. Selagi lubang itu tertutup selgi itulah darah haid tdk akan keluar dri kemaluan wanita yg dituju itu dgn ilmu hitam.

Kpd para wanita,berhati2lah semasa membuang tuala wanita krn khuatir blh dijdikn bhn utk melaksanakan niat jht seseorg. Berdsrkn cerita n pengamatan Pak Cu,dia sedar bhw Ita tlh terkena ilmu hitam oleh seorg pemuda yg sgt tergila-gilakannya.

Mmg bnr,Ita pernah menolak cinta seorg pemuda krn pemuda itu khabarnya seorg pengedar dadah.Pemuda itu merasa kelakiannya tercbr lalu menyimpan dendam apatah lgi bila mendgr Ita tlh bertunang dgn Lokman seorg pemuda yg selama ini menjd musuhnya. Keadaan ini menybbkn pemuda itu hilang pertimbangn sehingga sanggup melakukn perbuatn sedemikian bg melaksanakn dendamnya.

Pd peringkat awal,pemuda itu tlh melemparkan fitnah kpd Ita n Lokman dgn mengatakan mrk tlh membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung.Ramai penduduk kampung terpengaruh dgn kata2 pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tdk percya krn perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah krn dia beranggapan Ita tlh mencemarkan nama baiknya.Namun begitu Ita n Lokman masih tetap memperthnkn kesucian cinta mrk.Ita tlh keluar dri rumah setlh dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri n menumpang dirumah ibu saudaranya di kampung seberang utk bebrp bulan sehinggalh keadaannya benar2 tenat barulah Pak Lah dtg mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah dtg,keadaan Ita sdh teruk.Rasa menyesal tdk terhingga dihati Pak Lah krn tlh menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya tlh menjaga Ita dgn baik.Pernah bebrp kali iparnya dtg memujuk agar menerima Ita kembali krn iparnya tdk percaya Ita melakukn perbuatan terkutuk itu n dirasakan Ita tlh terkena ilmu sihir.

Apa yg lbh mengharukan,Ita turut dikeji n dihina oleh penduduk kampung.Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yg paling tragis dan dia juga merasa sedih n terharu.Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat,penyakit Ita itu bkn sembarangan krn drpd wajahnya yg pucat n badannya yg kurus kering itu terjdi akibat drpd semua darah tlh berkumpul di bahagian perut.Jika tdk berhati2 blh mengancam nyawa.Atas dsr simpati&perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa&tenaga utk mengubati Ita krn ia memerlukan proses yg agak rumit.Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap mlm selama 3 mlm berturut2.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
__________________

1 comment:

zakir932 said...

membakar kemenyan dan mengasap buluh......

klu sesetengah manusia cakap membakar kemenyan itu tandanya pak ustaz tu sebenarnya ada amalan yang bercampur syirik kerana menjamu jin dengan asap kemenyan....sah ada khadam lah tu..... ada juga kedapatan perawat islam yang di fitnah menggunakan amalan kesyirikan akibat menggunakan kaedah menjamu-jamuan untuk merawat sesetengah kes.

tetapi jika di amat-amati mengapa di gunakan kemenyan atau kaedah menjamu-jamu kepada jin itu adalah sebenarnya untuk memikat jin keluar dr kesetian janji yang di buat... mengumpan jin yang kelaparan akan memudah tugas perawat untuk melanyak jin yang degil yang amat sangat....

penggunaan buluh lebih kepada perisai pertahanan kepada perawat kerana unsur buluh dapat menyerap unsur negatif dan memerangkap aura jahat itu ke dalam buluh tetapi rasa aku ajerlah lebih baik ditambah ke dalam buluh tersebat garam dan lada hitam bagi meneutralkan unsur kejahatan....

mengikut pengalaman seseoranglah... jika buluh kuning itu hendaklah di tanam di lam tanah di bahagian rumah akan dapat menyerap kejahatan hitam yang di cubai terhadap penghuni dan jika sekiranya unsur kejahatan itu kuat kuasanya, buluh itu akan meletup dan fungsi buluh itu juga sebagai penagkis serta pembalikan serangan ilmu hitam kembali kepada si penyihir.....

jika buluh kuning itu barang satu kaki panjangnya di masukkan garam dan sekadar di letakkan di dalam rumah kesannya hanyalah sebagai pemusnah ilmu hitam dan tuan punya ilmu hitam takkan tahu sama ada ilmunya berkesan atau sebaliknya....wallahualam. jadi tak payahlah nak berserang balas biar si penyihir ingat segala sihirnya berkesan sedangkan segalanya hampeh......