Saturday, November 7, 2009

METAFIZIK

Apakah maksud metafizik?

Meta = mabuk@ganas@sombong@besar hati@bebas@tidak sopan@diam
Fizik = satu cabang ilmu sains yang mengkaji tentang sifat -sifat jirim dan tenaga seperti haba,cahaya, bunyi, graviti, magnetisme.

Metafizik = falsafah @ ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan.

Apakah tujuannya mengetahui tentang ilmu metafizik?

Tujuan untuk mengetahui ilmu metafizik ini adalah kerana kita perlu meneroka kejadian alam terutamanya ilmu ghaib...memandangkan pentingnya ilmu tersebut telah dijelaskan dalam al-quran, "iaitu orang2 yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan solat (mengerjakan sembahyang) serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Kami berikan kepada mereka"-(surah baqarah: ayat 3).

Bidang ilmu metafizik merupakan suatu bidang ilmu sains yang mengajak manusia untuk mengkaji kewujudan alam kerohanian yang diterjemahkan oleh sesetengah golongan dan ianya diaplikasikan tenaga kehidupan (aura) dalam kehidupan seharian.
pengajian dan pendedahan ilmu sebegini akan mendedahkan kepada satu pengenalan dunia baru yang belum pernah diterokai. Ianya juga melibatkan penggunaan tenaga akal,roh, jasad ketahap maksimun.

Pendekatan yang dibawa oleh sesetengah pihak untuk memahami ilmu metafizik ni agak sukar kepada mereka yang belum merasai dunia ghaib.apabila diceritakan oleh sahabat -sahabat kita dalam ruangan blog masing- masing tentang perkara luarbiasa ke atas dirinya. kita akan menganggap perkara gila....tidak boleh diterima oleh akal...kerana kita terkaya dengan ilmu lojik semata-mata.....berkaitan dengan orang yg suka pergi ke mekah pada asal hukumnya memang ianya perkara wajib kepada yang mampu,manakala yang terlebih duit tu, ingin pergi lagi......oleh itu saya ingin sentuh ttg keajaibannya ingin kemekah secara tak langsung itu bila kita di sana akan menemui ketenangan yg luar biasa, banyak kejadian -kejadian luar biasa..... seandainya tetiba rasa sakit kepala....angkat tangan berdoa...pastu akan merasai kehilangan rasa sakit itu.seandainya seseorang itu bercakap besar...terimalah akibatnya..

kita kembali pula kepada makna meta +fizik =dari segi lafaz makna itu melambangkan bahawa ianya bebas dari sebarang hukum....apabila seseorang mengetahui rahsianya ianya akan diam.....kalau seseorang yang tidak boleh duduk diam tu menunjukkan ianya sesuatu yg mustahil bagi diri.kemudian seandainya seseorang itu memiliki sesuatu kepakaran dalam sesuatu perkara ia akan membawa kepada sombong dan ego dan tk kenal diri

kekuatan ilmu metafizik juga boleh mempengaruhinya ke arah melakukan keganasan, mabuk dalam dunia luarbiasanya......dan ianya akan menjadi satu perkara matlamat menghalalkan caranya.....dalam diam jin dan syaitan lebih suka akan berdamping dengannya.

Kesimpulannya untuk mendalami tentang ilmu metafizik adalah didedahkan dengan ilmu SYARIAT-TASAUF (TORIKAT)-HAKIKAT.


p/s:tunggulah huraian lagi akan datang

No comments: