Thursday, September 23, 2010

PEMBUKAAN MELALUI LINTASAN HATI

Sebagaimana ada seorang wali besar berkata: lintasan hati manusia ada 4 jenis.
1)Dari allah.
2)Dari malaikat.
3)Dari diri sendiri.
4)Dari syaitan.

Ilham dari allah memberi peringatan.Ilham dari malaikat ialah gesaan supaya taat dan patut.Ilham dari diri sendiri ialah untuk memuaskan nafsu dan Ilham dari syaitan ialah supaya sentiasa kepada maksiat.

Dengan "cahaya tauhid" dpt menerima ilham dari allah, melalui doa dan amalan.
"cahaya makrifat" dpt menerima ilham dari malaikat, melalui istiqamah dengan istiqfar.
"cahaya keimanan" diri sendiri dapat dikawal daripada keinginan yg merosakkan melalui rajin berselawat.
"cahaya islam" dapatlah ditolak bisikan dari syaitan melalui selalu berdamping dengan para wali serta memohon pertolongan dari mereka.

Maka benarlah dengan apa yg diperkatakan oleh wali tersebut bahawa : "Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah".

Selama itulah hidupnya tidak memberi makna untuk mencapai kebahagiaan serta ketenangan yang abadi.

1 comment:

zakir932 said...

nak mintak nak mohon tambah lagi